You are on page 1of 6

Panduan Tugasan Geografi PT3

PT3 Geografi 2014: Kerangka Pelaksanaan Tugasan


Masa pelaksanaan PT3 Tugasan Geografi adalah dari 1- 18 Julai 2014. Guru perlu siapkan
pemberian markah sebelum 14 Ogos 2014.

1. Perancangan (10 markah)


2. Proses Awal (20 markah)
3. Proses Akhir (70 markah)

PT3 Geografi 2014: Contoh Borang Soal Selidik

PT3 Geografi 2014: Konsep dan Definisi


Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang
relevan. Pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanih.

PT3 Geografi 2014: Faktor/Punca Pencemaran Udara

1. Pembakaran terbuka
2. Asap dari kilang
3. Asap dari kenderaan bermotor

PT3 Geografi 2014: Kesan Pencemaran Udara

1. Jerebu
2. Gangguan kesihatan
3. Hujan asid

PT3 Geografi 2014: Langkah/Cadangan Mengatasi Masalah Pencemaran Udara

1. Penguatkuasaan undang-undang
2. Kempen kesedaran
3. Menggunakan petrol tanpa plumbum
4. Penggunaan alat catalytic converter pada kenderaan

PT3 Geografi 2014: Bahan Grafik

1. Peta minda
2. Jadual
3. Graf

PT3 Geografi 2014: Susunan Laporan

1. Borang Pentaksiran Individu


2. Borang Akuan Pengesahan
3. Jadual Kerja
4. Objectif dan Kaedah Kajian
5. Laporan Akhir
6. Bahan Lampiran: Borang Soal Selidik
7. Senarai Rujukan

SILA HURAIKAN CONTOH ISI PENTING DI BAWAH DENGAN AYAT SENDIRI

Tajuk: Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (pilih sama


ada udara, air, tanih)
Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah
pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur
Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau
Visual

1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji


(pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada udara, air atau tanih)

Pencemaran Udara :
Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan
bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya
perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi
kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama
pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang
dan sebagainya.

Pencemaran Air :
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-
apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi
atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan
menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang
awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan
akuatik.

Pencemaran Tanih :
Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan
oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan
kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan
pencemaran tanah berlaku.

2. Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut


(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan
keaslian dan kritis. anda perlu menghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda
sendiri. dan huraikan juga mengikut ayat anda sendiri)

Faktor dan Punca Pencemaran Udara


Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.
Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri
kereta.
Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan
pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran
udara berlaku.
Penyemburan racun makhluk perosak
Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk
Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara
penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin.
Letusan gunung berapi
Pelepasan asap kenderaan
Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

3. Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan
kajian
(huraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian.
Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian
kes anda)

Kesan Pencemaran Udara


Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia,
tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.

Kesan terhadap Kesihatan Manusia

menjejaskan sistem pernafasan.


Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen
dalam darah.
Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang
penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu


Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan.
Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan
dengan adanya gas ozon di udara.

Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan


ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan


Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam
dan terbunuh.
Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang
tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam
udara.
Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah
membawa maut kepada haiwan.
Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan


terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.
Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang
begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer.
Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran
sulfur dioksida(SO2) di dalam udara.
Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang


melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-
alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan
ozon ini.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan
kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global


Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga
dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh
kesan rumah hijau.

Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida


dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya
menjadi panas.

4. Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.


(huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pencemaran yang anda pilih
dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah
mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda)

Langkah mengurangkan pencemaran udaraAntara langkah untuk mengurangkan pencemaran


udara adalah:

Menghijaukan kawasan
Penggunaan petrol tanpa plumbum
Program kitar semula
Kempen
Tindakan Undang-undang
Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

(a) Menghijaukan kawasan


Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan
dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas
oksigen melalui proses fotosintesisnya.
(b) Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum
dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah
kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

(c) Program kitar semula


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di
sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual
barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara
barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas
terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk
menghasilkan kertas baru.

(d) Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah
dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai
dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi
akan datang.

(e) Penukar bermangkin


Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan
menukarkan catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara
mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam
industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two-
way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur
pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida
kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three-way
Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu,
tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak
kenderaan bermotor.

(f) Tindakan Undang-undang


Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam
ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati
bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia
ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.

(g) Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar


Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar
kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek
yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga
dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan
kesedaran secara lebih berkesan.

5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi
masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam
sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah
pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang
akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka
hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh
tuhan.

6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang
dan sebagainya.

You might also like