You are on page 1of 12

SABAH DAN SARAWAK

1. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia
diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.
2. Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama
60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad.
3. Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan
untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam
politik adalah terhad. Sarawak
1. Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia, iaitu
Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP) pimpinan Ong Kee
Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959. Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan
sebilangan kecil orang Melayu.
2. Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS), ditubuhkan pada bulan April 1960 di
bawah pimpinan Dato' Bandar Abang Haji Mustapha. Ramai anggotanya terdiri daripada orang
Melayu. Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia.
3. Pada bulan April 1961, lahir pimpinan Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National
Party (SNAP)Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.
4. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di
bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud. Parti ini ialah parti berbilang
kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan
kecilnya terdiri daripada orang Iban dan orang Bidayuh.
5. Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan
Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 daan Sarawak
Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962. Kebanyakan ahli bagi
kedua-dua parti ini terdiri daripada orang Cina.
6. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia
walaupun pada Peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan
kemerdekaan terlebih dahulu.
7. Hanya SUPP yang terus menentang.
8. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti, iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan
PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.
9. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan
berusaha menyekat pengaruh SUPP.
10. Di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik, namun, pengumuman Tunku Abdul

Rahman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik di negeri itu
bagi tujuan mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan
Malaysia.
11. Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan
Bersatu atau United National Kadazan Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah
pimpinan Donald Stephens. 12. Pada bulan Disember 1961, lahir Pertubuhan Kebangsaan
Sabah Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha
Datu Harun yang mewakili orang Islam di Sabah.
13. Pada bulan Jun 1962, lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G. S.
Sundang, iaitu Parti Pasok Momugun.
14. Pada masa itu, muncul dua buah parti yang mendapat sokongan orang Cina, iaitu Parti
Bersatu, pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin.
15. Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO, USNO, Parti Pasok
Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.
Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
16. Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang
dikenali sebagai Perkara 20.
17. Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak. Perkara 20 menyenaraikan tuntutantuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru
oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
18. Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya
menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
19. Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan
negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan.
20. Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah:
21. Reaksi parti-parti politik di Sarawak clan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia dapat
dilihat dalam jadual berikut:(sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5)
22. Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula
menyokong pembentukan Malaysia.
23. Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah
Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk
Sarawak dan Sabah.
24. Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah

Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan
Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini.
25. Di samping itu, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak
dan Sabah antaranya termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald
Stephen, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.

BRUNEI
1. Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia
pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau
pendapat rakyat Brunei.
2. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan
Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu
kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
3. Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.
4. A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional
Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan
Brunei.
5. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan
Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
6. A.M. Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan
Filipina.
7. Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera
British
8. A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat
perlindungan politik di Indonesia.

REAKSI NEGARA LUAR


INDONESIA
1. Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal Indonesia tidak
menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
2. Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat pembentukan
Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.
Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah

mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.


3. Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia
telah diumumkan pada 20Januari 1963.
4. Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah
Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang
tindakan.
5. Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui
Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel
termasuklah dari Britain, Australia,New Zealand dan Kanada.
6. Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.
7. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha
Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah.
8. Bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak
berlaku kerana tindakan ini menjelaskan Indonesia sendiri.
9. Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila
Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia
Ketiga.
10. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa
buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan
Malaysia.
11. Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila
berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia. Jeneral Soeharto telah menggulingkan
Presiden Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia,
Adam Malik, bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
12. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.

Filpina
1. Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman
rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
2. Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada
milik Kesultanan Sulu.
3. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan

Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan
haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya
memperoleh Piagam Diraja daripada British.
4. Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat
inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
5. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.
6. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang
terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.
7. Menjelang bulan Jun 1966, Filipino telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.
8. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara
melaluiMAPHILINDO (Malaysia, Filipino clan Indonesia).
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura pada akhir bulan Mei 1961, beliau telah
berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah (Jun 1961) serta ke Brunei (Julai 1961)
untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
2. Selain itu, rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah
Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.
3. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di
Singapura pada bulan Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.
4. Jawatankuasa ini berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia,
mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan
Malaysia.
5. Mesyuarat Jawatankuasa ini telah berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton
(Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan Singapura.
6. Brunei telah menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir. Dalam mesyuarat
terakhir di Singapura pada bulan Februari 1962, ahli-ahli bersepakat mengemukakan satu
memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.
7. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang memberikan pertimbangan kepada
pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan
baru.
8. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh tiga orang pegawai British, iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony
Abell dan Sir David Watherston.
9. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato' Wong Pow Nee dan Tan Sri
Ghazali Shafie.

10. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang
gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak
British.
11. Suruhanjaya ini telah meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah.
12. Pada masa yang sama, suruhanjaya ini menerima memorandum yang dikemukakan oleh
pelbagai pertubuhan.
13. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dari bulan Februari sehingga bulan April 1962 dan
mengemukakan laporan mereka kepada kerajaan British pada bulan Jun 1962.
14. Menurut laporan Suruhanjaya Cobbold, satu per tiga penduduk Sarawak dan Sabah
menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu per tiga menyokong dengan syarat, iaitu
kepentingan mereka harus dilindungi dan satu per tiga lagi menginginkan kemerdekaan
sebelum menyertai Malaysia.
15. Suruhanjaya ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya, perlembagaan
Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya dan bahasa Melayu
dijadikan bahasa kebangsaan. Cadangan lain termasuklah jaminan terhadap hak dan
kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah, pemberian nama Malaysia kepada negara baru
yang dibentuk serta penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
16. Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
17. JAK ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan
Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah.
18. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi
TanahJajahan) dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu,
Tun Abdul Razak. Kedua-duanya mengunjungi Sarawak dan Sabah bagi menerangkan
penubuhan Malaysia.
19. Jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak
dan Sabah ke dalam persekutuan Malaysia.
20. Mereka turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
21. Menjelang bulan Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan
Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963.
22. Walau bagaimanapun, tentangan daripada Indonesia dan Filipina telah menyulitkan
pembentukan Malaysia. 23. Justeru, bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak
yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
24. Sidang kemuncak antara ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno

dan Presiden Macapagal telah diadakan di Manila dari 30Julai hingga 5 Ogos 1963. Hasil
daripada rundingan ini MAPHILINDO telah ditubuhkan. Ketiga-tiga negara ini bersetuju mencari
jalan penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
25. Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Malaysia
Mission (UNMM) telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant. Beliau telah
menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang
wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab
Bersatu, bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
26. Dalam tinjauan ini, mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah sememangnya
bersetuju menyertai
persekutuan Malaysia. Ini adalah kerana menjelang lawatan misi PBB, majoriti rakyat Sarawak
dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya
Cobbold.
27. Perubahan fikiran ini berpunca daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu dan usaha Parti Perikatan membentuk parti yang menyokong pembentukan
Malaysia yang akhirnya memenangi pilihan raya.
28. Di samping itu, penduduk Sarawak dan Sabah lebih suka menyertai Persekutuan Tanah
Melayu daripada menganggotai Indonesia mahupun FilipinA.
29. Walau bagaimanapun, tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September
1963. Hal ini disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan daripada
Indonesia dan FilipinA yang berterusan.
30. Brunei telah menarik diri pada scat-scat akhir. Namun, apa yang penting ialah kejayaan
pembentukan Malaysia memperlihatkan ciriciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,
Sarawak, Sabah dan Singapura.
31. Tekanan pihak komunis dan juga tentangan daripada FilipinoAdan Indonesia dapat ditangkis
melalui diplomasi politik yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan juga
kerajaan British.
32. Pembentukan Malaysia bukan sahaja melibatkan kerjasama serantau tetapi juga kerjasama
antarabangsa.

TUNTUTAN 20 PERKARA
Perkara 1 Agama: Tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan
Malaysia.
Perkara 2 Bahasa: Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
Perkara 3 Perlembagaan: Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk
membentuk Perlembagaan Malaysia.
Perkara 4 Ketua Persekutuan: Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak
untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5 Nama Persekutuan: "Malaysia"
Perkara 6 Imigresen: Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke Borneo Utara sepatutnya
memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Perkara 7 Hak Menarik Diri: Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan
seharusnya tidak ada.
Perkara 8 Borneonisasi: Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam
perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.
Perkara 9 Pegawai-pegawai British: Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan
pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam
sehingga tempat mereka boleh diganti dengan orang tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10 Kewarganegaraan: Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k)
cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk
Borneo Utara di dalam Persekutuan.
Perkara 11 Cukai dan kewangan: Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas
kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12 Kedudukan khas bangsa asli/Bumiputera Borneo Utara: Pada prinsipnya


bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan
kepada bangsa Melayu di Malaya.
Perkara 13 Kerajaan Negeri: Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis
Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perkara 14 Jangkamasa Peralihan: Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa
perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan tidak
dipengaruhi oleh Kerajaan Persekutuan.
Perkara 15 Pelajaran: Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan
dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16 Perlindungan kepada Perlembagaan: Tidak ada sebarang pindaan, perubahan
atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang
diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara.
Perkara 18 Nama Ketua Negeri :Yang di-Pertua Negeri Sabah
Perkara 19 Nama Negeri: Sabah
Perkara 20 Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain: Perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus membabitkan Borneo
Utara.

SENARAIKAN ANGGOTA SURUHANJAYA COBBOLD YANG DITUBUHKAN OLEH KERAJAAN


BRITISH.
1. Lord Cobbold 2. Sir Anthony Abell 3. sir David Watherston
4. Wong Pow Nee 5. Tan Sri Ghazali Shafie.
TERANGKAN TUGAS SURUHANJAYA COBBOLD.
1. Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
2. Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British pendapat
penduduk Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.
3. Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang memberi pandangan
pembentukan Malaysia.
NYATAKAN HASIL LAPORAN SURUHANJAYA COBBOLD.
1. Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa Syarat.
2. Satu pertiga menyokong dengan syarat,iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
3. Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.
APAKAH CADANGAN YANG DIKEMUKAN OLEH SURUHANJAYA COBBOLD.
1. Perlembagaan Malaysia yang baru harus bersaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
2. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
4. Memberi jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
5. Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
6. Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

Perjanjian Malaysia 1963.


Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia.
Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah
membentuk negara Malaysia.
Senaraikan pihak yang terlibat meluluskan Akta Malaysia.
1. Parlimen British 2. Parlimen Tanah Melayu
3. Dewan Perhimpunan Singapura 4. Majlis Undangan Sarawak
5. Majlis Undangan Sabah.
Nyatakan kandungan perjanjian Akta Malaysia 1963.
1. Semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain
bebas diamalkan.
3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain
masih boleh digunakan.
4. Bagi negeri Sarawak dan Sabah,bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun
selepas Hari Malaysia.
5. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam.
6. Sarawak memperoleh 24 kerusi,Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan
parlimen dalam pilihanraya.
7. Rakyat bumiputera di sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di
Persekutuan Tanah Melayu.

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)


JAK

ditubuhkan

pada

Ogos

1962

untuk

merangka

Perlembagaan

Malaysia.Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun


Abdul Razak.Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20
perkara. Antaranya ialah:
a) Agama Islam agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b) Bahasa Inggeris bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
c) Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d) Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e) Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan
memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan

8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak

13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.


Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh
Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a) Agama Islam agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.


b) Bahasa Melayu bahasa rasmi persekutuan.
c) Bahasa Inggeris bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari
Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
d) Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
e) Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga
Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
f) Perwakilan Parlimen Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai
1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

You might also like