You are on page 1of 20

1.

0 PENGENALAN

Perundangan adalah sistem peraturan autonama yang telah digubal oleh badan

Legislatif atau badan penggubalan undang-undang sesebuah negara untuk diikuti oleh

masyarakat. Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah di

mana hakim akan mendengar dan mengaplikasikan undang-undang untuk memastikan

suatu keputusan yang adil. Mengikut kamus undang-undang Oxford, perkataan

undang-undang membawa maksud “suatu kumpulan peraturan yang dikuatkuasa

dengan tujuan untuk mentadbir sebuah masyarakat.1 Pengamal undang-undang

lazimnya mendapat latihan professional dan dikawal oleh badan yang bebas dari

kawalan kerajaan iaitu Badan Kehakiman. Ketua Hakim Negara adalah ketua yang

mengetuai semua hakim dalam bidang perundangan ini.

Pada tahun 2002, Malaysia telah melahirkan seorang tokoh peguamcara yang

berkaliber iaitu Ahmad Fairuz Abdul Halim Peguamcara kelahiran Alor Setar ini telah

mencapai tahap professional apabila telah dinobatkan sebagai Ketua Hakim Negara

pada tahun 2003. Oleh itu kajian ini menumpukan kepada sumbangan dan cabaran

beliau dalam bidang kehakiman serta perundangan sepanjangan tempoh perkhidmatan

beliau selaku Ketua Hakim Negara di Malaysia antara tahun 2003 hingga 2007
2.0 Latar Belakang Ahmad Fairuz Abdul Halim

Nama tokoh ini merupakan nama yang dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ahmad Fairuz Abdul Halim ataupun Sheikh Fairuz Abdul Halim merupakan nama

yang tidak asing lagi di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau

mempunyai pelbagai pencapaian yang diperolehi dalam bidang akademik dan jugak

dalam bidang perundangan. Pada sejarah awalnya Sheikh Fairuz dilahirkan di Alor

Setar, Kedah pada 1 November tahun 1941.2 Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda

Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Singapura selepas tamat penggajian di

peringkat sarjana muda dan kemudiannya menyambung di peringkat Master sehingga

beliau berjaya menamat penggajian dan memperoleh Master of Laws dalam Undang-

undang Antarabangsa dan Perbandingan dari Universiti Brussels, Belgium.3

Beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada 4

April 1967 sebagai Pegawai Perundangan Kadet dan juga memegang pelbagai

jawatan di dalam bidang perundangan.4 Antara jawatan yang dipegang oleh beliau

adalah Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang Negeri. Kemudian

beliau juga pernah menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat dan juga pernah

bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Disember 1988, beliau dilantik sebagai

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan kemudian dilantik sebagai

Hakim Mahkamah Tinggi.5 Hal ini menunjukkan bahawa Sheikh Fairuz adalah

seorang yang berkarisma tinggi yang menjadi teladan oleh orang ramai. Hal ini juga

dikatakan demikian kerana beliau jalan proses pencapaian yang bermula dari
memegang jawatan perundangan di peringkat sesyen sehingga dilantik sebagai Hakim

di Mahkamah Tinggi.

Pada 1 Disember 1995 beliau dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah

Rayuan. Beliau telah mengendalikan beberapa kes mahkamah di peringkat Mahkamah

Rayuan.7 Mahkamah rayuan yang ditubuhkan pada tahun 1994 yang mengadakan

konsep Mahkamah Reformasi 19947 Hal ini dikatakan demikian kerana mahkamah

seperti Mahkamah Agong yang diubah nama menjadi Mahkamah Persekutuan

manakala tubuhnya mahkamah rayuan di mana individu boleh memohon rayuan

perbicaraan sama ade kes sivil atau berat yang diadili oleh juri. Kebiasaanya juri

Mahkamah Rayuan mempunyai 7 juri lelaki dan wanita. 8 Beliau menjawat jawatan ini

dengan penuh tanggungjawab bagi menegakkan keadilan dalam sistem kehakiman di

Malaysia sehingga pelantikan seterusnya iaitu sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan

pada 1 September tahun 2000.9 Hal ini telah membuktikan bahawa beliau menjawat

jawatannya dengan cemerlang sehingga mendapat pelantikan di peringkat

persekutuan. Beliau juga telah berkahwin dengan Mazni Mohamed Noor dan

dianugerahkan dua cahaya mata. Isteri Sheikh Fairuz juga mendapat gelajaran dari

golongan diraja sebagai Toh Puan Dato’ yang juga dikenali sebagai gelaran isteri

penyandang pada gelaran “Tun” iaitu gelaran pangkat tertinggi di Malaysia di mana

Tun adalah “Lord” di United Kingdom (UK).10 Gelaran Toh Puan yang

dianugerahkan oleh Darjah Kebesaran Perak. Hal ini juga dikatakan demikian bahawa

Sheikh Fairuz juga sebenarnya mempunyai gelaran “Tun” kerana beliau

dianugerahkan pelbagai gelaran darjat atau pangkat yang dikurniakan oleh Sultan dan

diraja di negeri-negeri selat. Hal ini jelaslah bahawa Sheikh Fairuz ini layak digelar
tokoh yang hebat dalam bidang perundangan ini sehingga mendapat pangkat kebsaran

Raja-raja Melayu.

3.0 Sumbangan Ahmad Fairuz Abdul Halim Dalam Bidang Kehakiman dan
Perundangan di Malaysia

Sebagai seorang tokoh dalam negara, setiap tokoh mestilah mempunyai

sumbangan yang telah disumbangkan kepada negara sehingga berjaya mendapat

gelaran tokoh. Sebagai contoh, Sheikh Fairuz yang berpengalaman dalam bidang

Perundangan dan Kehakiman telah memberi banyak sumbangan kepada negara. Hal

ini dapat dibuktikan apabila Sheikh Fairuz berjaya meraih Beliau juga mendapat

gelaran “Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota” (SSM)

pada tahun 2005 juga merupakan pangkat yang tertinggi antara tiga pangkat

dalam Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (YMSMM). YMSMM merupakan

darjah keempat antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.11 Beliau juga telah

banyak menyumbangkan dalam memperbaiki sistem kehakiman di negara ini bagi

memastikan nama baik kehakiman di negara ini terjaga. Beliau berpendapat bahawa

Malaysia mempunyai banyak undang-undang negara yang tidak selaras dengan ajaran

Islam. Hal ini dikatan demikian kerana Agama Islam adalah agama Persekutuan di

Malaysia. Walaupun Islam bukan agama rasmi, beliau tetap bertegas bahawa undang-

undang ni negara ini harus diselaraskan dengan ajaran islam kerana seramai 20.3 juta

atau 63.5% rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum menganut ajaran agama

Islam.12 Hal ini menunjukan bahawa majoriti penganut agama di Malaysia adalah

penganut Islam, maka tidak salah jika kebanyakkan undang-undang di Malaysia juga

berlandaskan ajaran Islam. Antara undang-undang yang beliau memperjuangkan bagi

selaras dengan agama islam adalah undang-undang komersial dan perniagaan.


“saya sendiri pernah menjadi aggota Mahkamah Rayuan Syariah di
Kelantan, jadi saya tau perjalanan mahkamah di sana. Jadi sama juga dengan
mahkamah sivil, dia punya prosesnya sama. Tinggalnya dia punya undang-undang itu
hanya terhad kepada kekeluargaan. Tapi kalau kita buat sama macam perbankan
Islam, kita mengisslamkan proses perbankan, kita mengembangkan undang-undang
islam”

Petikan di atas diambil oleh ucapan beliau di siaran TV Maal Hijrah

Kebangsaan. Beliau berpendapat bahawa langkah yang boleh diambil bagi

mengembangkan ajaran Islam adalah menerusi mengislamkan undang-undang dengan

lebih meluas seperti mana perbankan Islam ditubuhkan yang memberi impak dalam

menyebarkan dasar-dasar Islam dalam urusan perbankan agar dapat menarik perhatian

orang ramai.

3.1 Sumbangan Ahmad Fairuz Abdul Halim dalam memansuhkan


“Common Law”

Sheikh Fairuz selaku mantan Ketua Hakim Negara dan juga tokoh tersohor dalam

bidang perundangan dan kehakiman dikenali di seluruh Malaysia. Hal ini dikatakan

demikian kerana beliau telah banyak memberi sumbangan sebagai Ketua Hakim

Negara. Antara sumbangan beliau adalah memperjuangkan pemansuhkan “Common

Law” dalam sistem perundangan Malaysia dan menggantikkan undang-undang

syariah yang berlandaskan agama Islam. Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim

mencadangkan bahawa rujukan kepada Common Law Inggeris harus dimansuhkan

daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan betapa minda

pengamal undang-undang tempatan yang masih lagi terjajah.13 Beliau juga menegur

sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law

Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu sambil menyifatkan mereka sebagai


‘katak di bawah tempurung penjajah’ Sheikh Fairuz berpendapat bahawa gejala

tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan

tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu

dan sesuai dengan keadaan semasa.14

‘‘Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah,
tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.

Berdasarkan petikan atas, Ahmad Fairuz demikian berkata ketika berucap dalam

merasmikan seminar mengenai pemikiran ilmiah dan sumbangan Allahyarham

Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim anjuran Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM). Malahan juga Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid

dan Ketua Pengarah institut, Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas itu turut hadir dalam

majlis tersebut. Mantan Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa kegagalan

memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan Malaysia sudah

ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada undang-undang

Common Law Inggeris sejak tahun 1957. 15

‘‘Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang
paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah
tempurung penjajah?”

Harus kita ketahui bahawa Di Malaysia, Common Law Inggeris masih dirujuk

dalam kes-kes mahkamah jika tiada akta undang-undang tempatan yang boleh dipakai

sebagaimana terkandung dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk

mengetepikan Common Law Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira

keadaan setempat dalam membuat penghakiman. Seksyen 5 akta yang sama


membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di

England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan.

Beliau mencadangkan sudah tiba masanya kedua-dua seksyen tersebut dipinda

dengan memansuhkan semua rujukan kepada Common Law Inggeris dan undang-

undang serta kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England. Sebagai ganti,

menurut beliau, pengamal undang-undang mungkin boleh merujuk kepada keputusan-

keputusan mahkamah di negara ini yang mengikut undang-undang tempatan dan

memberi keutamaan kepada keadaan di negeri-negeri di Malaysia.16 Dalam hubungan

ini, beliau mahu pakar undang-undang di Malaysia bersepakat sama ada mahu

meneruskan amalan merujuk kepada Common Law. Jika sebaliknya, beliau bertegas

bahawa sistem perundangan harus mengambil pendekatan baru bagi menggantikan

Common Law Inggeris yang dilihat sudah sebati dalam perundangan negara. Beliau

juga berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang

Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan di peringkat

antarabangsa. Sekiranya idea itu diterima, sudah pasti keharmonian undang-undang

sivil dan undang undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak positif

kepada masyarakat.17 Jelaslah bawaha Sheikh Fairuz berusaha dengan sedaya upaya

untuk memansuhkan “Common Law” dan memartabatkan undang-undang sivil agar

ia sistem perundangan negara kita berlandaskan dengan syariat Islam.

3.2 sumbangan Ahmad Fairuz Abdul Halim dalam Islamkan Undang-

Undang Negara Mengikut Syarak

Negara kita telah berhutang budi kepada Sheikh Fairuz kerana beliau berjaya

mengekalkan kedaulatan undang-undang di negara tercinta ini. Antara sumbangan

beliau sepanjang beliau berkhidmat dalam bidang perundangan negara ialah beliau
berusaha dalam mengislamkan undang-undang di negara ini selaras mengikut syarak

Islam. Beliau sering menegaskan bahawa usaha dalam mengislamkan undang-undang

negara perlu dipergiatkan bagi memastikan ia berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1438H, Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim

berpendapat bahawa bukan semua undang-undang di negara ini perlu bertentangan

dengan Islam namun ia perlu diselaraskan mengikut kehendak syarak.18

"Jadi apa yang perlu kita usahakan sekarang ini ialah untuk memperbanyakkan usaha untuk
mengislamkan undang-undang negara termasuk undang-undang komersial dan undang-
undang perniagaan yang perlu kita usaha Islamkan.”

Beliau juga mencadangkan usul pindaan Akta 355 di Parlimen merupakan salah satu

langkah dalam meningkatkan kuasa mahkamah syariah.

"Dari segi kuasa mahkamah syariah, itu sekarang ini yang dibuat (pindaan) Rang
Undang-Undang 355 yang hendak cuba menaikkan lagi taraf kuasa mahkamah syariah dalam
hal hukuman.

Berdasarkan petikan atas, beliau ingin mengembangkan undang-undang islam di

Malaysia sebagaimanaa negara kita mengembangkan konsep sistem kewangan Islam

yang juga merupakan salah satu langkah yang patut kita ambil contoh bagi

mengaplikasikannya dalam sistem perundangan di negara ini. Sheikh Fairuz juga

mahu melihat lebih banyak undang-undang negara yang tidak selaras dengan Islam

disesuaikan dengan ajaran Islam dari semasa ke semasa. Beliau turut berpendapat

bahawa antara undang-undang yang boleh diselaraskan dengan ajaran Islam ialah

undang-undang komersial dan undang-undang perniagaan.19

“Malaysia sudah berjaya dengan perbankan Islam di mana hampir 70 peratus


pelanggannya merupakan mereka yang bukan Islam. Apabila Malaysia berjaya
memperkenalkan perbankan Islam, Malaysia turut kembangkan syiar Islam”
Berdasarkan petikan di atas, Sheikh Fairuz berpendapat bahawa perniagaan-

perniagaan di Malaysia yang mengikut selaras dengan ajaran islam mampu

berkembang dan mampu maju berdaya saing kerana beliau percaya dengan sistem

keadilan yang dibawa oleh ajaran Islam mampu memberi impak positif dan dijadikan

satu contoh yang baik kepada masyarakat terutamanya mereka yang bukan muslim.

3.3 Sumbangan Ahmad Fairuz Abdul Halim dalam Memperbaiki Perbicaraan di

Kes Mahkamah Tinggi

  Akhir sekali, sumbangan yang dibuat oleh Sheikh Fairuz bagi sepanjang beliau

menjawat jawatan dalam bidang perundangan dan kehakiman adalah Memperbaiki

Perbicaraan Kes di peringkat Mahkamah Tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana

beliau berpendapat bahawa sistem panel tiga hakim bagi perbicaraan kes di

Mahkamah Tinggi perlu digunakan di negara ini walaupun negara kita mengalami

masalah kekurangan hakim. Hal ini juga menyebabkan Presiden Majlis Peguam

Malaysia, Yeo Yong Poh memberi pendapat bahawa jika sistem tiga hakim digunakan

maka akan berlaku lebih banyak kes tertunggak.

``Jumlah kekurangan hakim di negara ini adalah tinggi, jika lebih ramai yang digunakan
untuk Mahkamah Tinggi ia akan memburukkan lagi keadaan,''

Petikan di atas merujuk kepada perbualan Presiden Majlis Penguam Malaysia, Yeo

Yong Poh ketika sesi perbualan dengan saluran rasmi kerajaan. Tun Ahmad Fairuz

Sheikh Abdul Halim mencadangkan bahawa kes-kes Mahkamah Tinggi dibicarakan

oleh sekurang-kurangnya tiga hakim bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa atau

kata lainnya rasuah. Menurut Sheikh Fairuz, beliau berpendapat bahawa seseorang
individu atau badan agensi sukar untuk merasuah tiga hakim sekali gus ketika

mengendalikan kes jenayah atau sivil. masih banyak cara lain yang boleh dilakukan

bagi mengelak berlaku rasuah tanpa perlu mengubah corak sistem kehakiman

Mahkamah Tinggi. Beliau juga berpendapat bahawa antara langkah yang boleh

dilakukan ialah mewujudkan jawatankuasa bebas pelantikan hakim, sebuah badan

kehakiman yang bebas dan kebebasan media. Langkah-langkah berkenaan boleh

diguna pakai bagi mengelak rasuah tanpa perlu mengubah sistem penghakiman

Mahkamah Tinggi.20

``Perundangan adalah profesion profesional apatah lagi jika dilantik menjadi hakim.
Jadi pelantikan hakim perlu benar-benar terpilih dan mereka perlu daripada
kalangan pengamal undang-undang yang berintegriti,''

Berdasarkan petikan di atas, Presiden Majlis Peguam Muslim Malaysia, Datin

Paduka Zaitoon Othman memberi pendapat bahawa tiada jaminan rasuah dapat

dihapuskan walaupun tiga hakim digunakan kerana mereka juga mungkin

berkompromi antara satu sama lain. Justeru katanya, sistem tiga hakim tidak sesuai

diguna pakai sebaliknya usaha menghapuskan rasuah perlu dilakukan di peringkat

pelantikan hakim.21 Walaubagaimanapun, Idea Sheikh Fairuz menggunakan sistem

tiga panel hakim berjaya dilaksanakan sehingga kini di peringkat Mahkamah Tinggi

mempunya tiga hakim manakala di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah

Persekutuan mempunyai seramai lima hakim. Justeru, jelaslah bahawa Idea Sheikh

Fairuz membawa hasil yang memberi sumbangan kepada negara bagi

mempertingkatkan keadilan dalam sistem perundangan dan kehakiman negara agar

dapat menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat jelata.


4.0 Cabaran yang dihadapi oleh Sheikh Fairuz dalam Memangku Jawatan
sebagai Ketua Hakim Negara.

Perbincangan seterusnya memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi oleh

Sheikh Fairuz dalam memangku jawatan sebagai Ketua Hakim Negara. Namun

begitu, tumpuan perbincangan adalah cabaran yang dihadapi oleh Sheikh Fairuz

dalam bidang perundangan dan kehakiman. Dengan ini kita dapat lihat apa cabaran

yang dihadapi Sheikh Fairuz sebagai seorang mantan Ketua Hakim Negara yang kian

mendapat hati nama di hati rakyat Malaysia. Kita harus sedar bahawa menjawat tugas

dalam bidang Perundangan dan Kehakiman bukanlah datu bidang yang mudah. Proses

yang diambil sangatlah lama dan agak rumit untuk masyarakat membuat sebarang

andaian atau kesimpualan. Hal ini kerana terdapat banyak kes-kes berat yang

melibatkan orang atasan yang salah guna kuasa, tambahan pula kes-kes ini yang tidak

mempunyai bukti dan sumber yang kukuh menyebabkan sukar untuk membuat

keputusan bagi pihak hakim. Justeru, kita harus menghormati keputusan mahkamah

kerana keputusan yang dibuat adalah tidak mudah dan kita harus ketahui bahawa

badan kehakiman adalah sebuah badan neutral yang bebas dari segala agenda dan

mainan politik. Secara umumnya di sini, Kita dapat lihat cabaran yang dihadapi bagi

memastikan nama baik sistem perundangan dan kehakiman di negara ini bersih dan

terjaga.
4.1 Cabaran yang dihadapi oleh Sheikh Fairuz dalam Kes Pendakwa Raya

v Kok Wah Kuan

Antara cabaran yang dihadapi oleh Sheikh Fairuz sudah pasti menjalankan dan

membicarakan kes-kes berat di peringkat Mahkamah Persekutuan. Antara kes yang

dikendalikannya adalah kes Pendakwa Raya v Kok Wah Kuan yang dibicarakan pada

tahun 2007 (MLJU 517). Hal ini dikatakan demikian kerana pelaku salah ingin

memohon kes rayuan jenayah. Kes ini melibatkan responden yang berumur 12 tahun

9 bulan ketika itu melakukan kesalahan telah pun didakwa di Mahkamah Tinggi atas

kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kok Wah Kuan telah disabitkan kesalahan dan diperintahkan untuk ditahan semasa

perkenan Yang di-Pertuan Agong menurut seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001

(Akta 611) ("Akta Kanak-Kanak"). Kemudian pihak tertuduh merayu kepada

Mahkamah Rayuan untuk membicarakan kes tersebut. Walaubagaimanapun

Mahkamah Rayuan tetap mengekalkan sabitan itu tetapi pihak mahkamah

mengetepikan hukuman yang dikenakan ke atasnya dan membebaskannya daripada

tahanan atas alasan tunggal bahawa seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak adalah tidak

berperlembagaan.22

Kes jenayah yang dikendalikan oleh beliau ini amatlah sukar kerana ia

melibatkan kanak-kanak dibawah umur. Hal ini menyebabkan pihak defenden

mahkamah mendakwa bahawa perbicaraan di Mahkamah Rayuan adalah tidak adil

menyebabkan defenden mula menyalahkan yang arif hakim, bahawa s. 97(2) Akta

adalah tidak berperlembagaan atas pembacaan wajar Perlembagaan Persekutuan,

termasuk fasal-fasal 39, 40 dan 121(1)nya kerana telah menyerahkan kuasa

kehakiman Mahkamah untuk menentukan had hukuman yang perlu dijalani oleh
responden kepada pihak Eksekutif, sekaligus menyanggahi doktrin perasingan kuasa

yang termaktub di dalam Perlembagaan. Hal ini menyebabkan Sheikh Fairuz dan

hakim-hakim di Mahkamah Rayuan membicarakan semula kes tersebut.

“Ini memaksa kita untuk melihat kepada undang-undang persekutuan jika kita ingin
tahu mengenai kuasa-kuasa dan bidangkuasa kedua-dua Mahkamah Tinggi. Apapun,
setakat manakah “kuasa kehakiman” sedemikian terletakhak kepada kedua-dua
mahkamah bergantung kepada apa yang diperuntukkan oleh undang-undang
persekutuan, bukannya kepada pentafsiran terma “kuasa kehakiman” seperti yang
berlaku sebelum pindaan”

Berdasarkan Petikan atas, Sheikh Fairuz berpendapat bahawa pihak hakim harus

dibaca dan dirujuk semula untuk mengetahui setakat mana bidang kuasa kehakiman

sebelum melakukan atau menjatuhkan sebarang hukuman ke atas individu yang

didakwa. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau tidak berani menjatuhkan

hukuman atau melakukan sebarang tindakan tanpa merujuk bidang kuasa hakim,

beliau tidak mahu mengambil risiko jika disabit kesalahan salah guna kuasa sebagai

Ketua Hakim Negara.23

Seterusnya. Sheikh Fairuz berpendapat bahawa berikutan pindaan kepada

fasal 121(1) Perlembagaan oleh Akta A704, tidak ada lagi peruntukan spesifik yang

mengisytiharkan bahawa “kuasa kehakiman Persekutuan”, sepertimana ungkapan itu

difahami sebelum pindaan, adalah terletakhak kepada kedua-dua Mahkamah Tinggi.

Ini memaksa Pihak Mahkamah untuk melihat kepada undang-undang persekutuan jika

kita ingin tahu mengenai kuasa-kuasa dan bidangkuasa kedua-dua Mahkamah

Tinggi.24 Justeru itu, Jelaslah bahawa Sheikh Fairuz mempunya pelbagai cabaran

dalam menegakkan keadilan dalam bidang perundangan dan kehakiman di Malaysia


5.0 Kesimpulan

 Esei ini telah menegaskan bahawa Ahmad Fairuz Abdul Halim mantan Ketua

Hakim Negara telah banyak memberi sumbangan dalam bidang Perundangan dan

Kehakiman di negara ini. Pada mulanya esei ini menjelaskan konsep

Perundangan dan seterusnya Latar belakang beliau dalam bidang ini. Seterusnya

esei ini menjelaskan tentang sumbangan Sheikh Fairuz dalam bidang

Perundangan dan dasar yang diambil bagi memastikan sistem keadilan negara

kekal bersih. Sumbangan beliau dalam mencuba untuk hapuskan undang-undang

Inggeris yang lama bertapak di Malaysia dan digantikan dengan undang-undang

moden yang mengikut hukum syarak Islam. Undang-undang islam ini banyak

telahpun diperkuatkuasa dan digunakan sehingga ke harini. Jelaslah bahawa jasa

dan sumbangan beliau dalam menghampuskan undang-undang yang dibuat oleh

penjajah dan digantikan dengan undang-undang yang lebih neutral. Selain itu

juga, beliau menyumbang dalam memperbaiki sistem panel hakim di peringkat

Mahkamah Tinggi agar bidang kehakiman di negara ini kekal bersih dan telus

dari salah guna kuasa. Cadangan beliau membawa hasil apabila sistem kehakiman

pada masa kini mempunya lebih dari satu hakim. Hal ini agak sukar untuk

individu yang terlibat dalam apa jua kes hendak merasuah kesemua hakim sekali

gus. Pengalaman dan sumbangan beliau dalam Bidang Kehakiman dan

Perundangan negara menunjukan Sheikh Fairuz selayaknya digelar tokoh yang

disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat, khususnya generasi pada

masa kini
Nota Hujung

1
D Dávíd Fung, “PENGENALAN_KEPADA_SISTEM_PERUNDANGAN
https://www.academia.edu/14152653/PENGENALAN_KEPADA_SISTEM_PERUN
DANGAN_MALAYSIA

2
DitulisolehFarid_wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halimhttps://
ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halim

3
DitulisolehFarid_wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halimhttps://
ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halim

4
DitulisolehFarid_wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halimhttps://
ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halim

5
DitulisolehFarid_wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halimhttps://
ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halim

ArtikelolehTunAbdulHamid_BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA –


6

SEMINAR PERSATUAN JAKSA PENDAMAI PULAU PINANG

Hafidz_Mari_Kenali_Serba_Sikit_Sistem kehakiman
7

Negarahttps://khidmatguaman.my/kenali-serba-sedikit-sistem-kehakiman-malaysia

Hafidz_Mari_Kenali_Serba_Sikit_Sistem kehakiman
8

Negarahttps://khidmatguaman.my/kenali-serba-sedikit-sistem-kehakiman-malaysia

Hafidz_Mari_Kenali_Serba_Sikit_Sistem kehakiman
9

Negarahttps://khidmatguaman.my/kenali-serba-sedikit-sistem-kehakiman-malaysia

10”
Tun”https://ms.wikipedia.org/wiki/Tun

Portal Rasmi Jabatan Perdana Menteri Bahagian Istiadat Urusetia Persidangan


11

Antarabangsa https://www.istiadat.gov.my/semakan-penerima-darjah-kebesaran-
bintang-dan-pingat/

Share Of Malaysia Population 2020 by


12

Religion_https://www.statista.com/statistics/594657/religious-affiliation-in-malaysia/
13
Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris
diganti_https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2007/08/22/mansuh-common-
law-ketua-hakim-negara-mahu-perundangan-lapuk-inggeris-diganti/
14
Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris
diganti_https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2007/08/22/mansuh-common-
law-ketua-hakim-negara-mahu-perundangan-lapuk-inggeris-diganti/

Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris
15

diganti_https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2007/08/22/mansuh-common-
law-ketua-hakim-negara-mahu-perundangan-lapuk-inggeris-diganti/

16
Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris
diganti_https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2007/08/22/mansuh-common-
law-ketua-hakim-negara-mahu-perundangan-lapuk-inggeris-diganti/

17
Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris
diganti_https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2007/08/22/mansuh-common-
law-ketua-hakim-negara-mahu-perundangan-lapuk-inggeris-diganti/

Islamkan undang-undang negara ikut syarak - Tun Dr Ahmad


18

Fairuz_https://www.astroawani.com/berita-malaysia/islamkan-undangundang-negara-
ikut-syarak-tun-dr-ahmad-fairuz-118238

Islamkan undang-undang negara ikut syarak - Tun Dr Ahmad


19

Fairuz_https://www.astroawani.com/berita-malaysia/islamkan-undangundang-negara-
ikut-syarak-tun-dr-ahmad-fairuz-118238

Tiga Orang Hakim Bicara di Mahkamah Tinggi Tidak Sesuai Di


20

Malaysia_https://uukiwp.blogspot.com/2006/06/tiga-orang-hakim-bicara-di-
mahkamah.html

Tiga Orang Hakim Bicara di Mahkamah Tinggi Tidak Sesuai Di


21

Malaysia_https://uukiwp.blogspot.com/2006/06/tiga-orang-hakim-bicara-di-
mahkamah.html

22
PP V. KOK WAH KUAN_HTTPS://TUNABDULHAMID.ME/2007/10/PP-V-
KOK-WAH-KUAN/

PP V. KOK WAH KUAN_HTTPS://TUNABDULHAMID.ME/2007/10/PP-V-
23

KOK-WAH-KUAN/

PP V. KOK WAH KUAN_HTTPS://TUNABDULHAMID.ME/2007/10/PP-V-
24

KOK-WAH-KUAN/
Bibliografi

Sumber Primer

“Islamkan undang-undang negara ikut syarak - Tun Dr Ahmad”


Fairuz_https://www.astroawani.com/berita-malaysia/islamkan-undangundang-negara-
ikut-syarak-tun-dr-ahmad-fairuz-118238

“Senarai_penerima_pingatSSM”https://www.istiadat.gov.my/semakan-penerima-
darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat/

LAPORAN_MAHKAMAH “PP V.
KOK WAH KUAN”_HTTPS://TUNABDULHAMID.ME/2007/10/PP-V-KOK-
WAH-KUAN/

“PEGUAMCARA BERBUAL MELALUI TELEFON MENGENAI URUSAN


PELANTIKAN HAKIM-HAKIM v TUN DATO SERI
AHMAD FAIRUZ DATO SHEIKH ABDUL HALIM & OTHER APPEALS”
Portal Rasmi_https://ptar.uitm.edu.my/PDT/subjects/databases.php

“Nureen Nabihah Binti Ja’afar (Fakulti Undang-Undang Sarjana Muda) Ditemu bual

secara bersemuka di Fakulti Undang-Undang UITM Shah Alam”

Sumber Sekunder

“Mansuh Common Law — Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris”
diganti_https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2007/08/22/mansuh-common-
law-ketua-hakim-negara-mahu-perundangan-lapuk-inggeris-diganti/

“Hafidz_Mari_Kenali_Serba_Sikit_Sistemkehakiman”
Negarahttps://khidmatguaman.my/kenali-serba-sedikit-sistem-kehakiman-malaysia

:D Dávíd Fung, “PENGENALAN_KEPADA_SISTEM_PERUNDANGAN”


https://www.academia.edu/14152653/PENGENALAN_KEPADA_SISTEM_PERUN
DANGAN_MALAYSIA

DitulisolehFarid_wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halimhttps://
ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Fairuz_Abdul_Halim

You might also like