You are on page 1of 25

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

SERTA LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKUKAN OLEH JABATAN


KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) DALAM MEMARTABATKAN
MAHKAMAH SYARIAH SELARAS DENGAN MAHKAMAH SIVIL
Oleh : Suhaizad bin Saifuddin

1.0 PENGENALAN

Dalam Islam, keadilan dalam undang-undang bersifat mutlak. Sebarang bentuk kezaliman,
penyelewengan, rasuah, pilih kasih, penyalahgunaan kuasa dalam bentuk apa sekalipun
ditentang dan wajib dihapuskan kerana Islam tidak pernah bertolak ansur terhadap perkara-
perkara tersebut tadi. Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang dalam Islam
adalah satu tugas dan kewajipan setiap Muslim dan tidak boleh dipisahkan sama sekali.
Hadaf syariat perundangan dalam Islam adalah untuk mencegah dan membanteras kezaliman
dan menegakkan keadilan. Untuk melaksanakan kehendak syariat ini maka ianya
memerlukan kepada wujudnya institusi kehakiman yang dikenali sebagai “ wilayah al-qada.”
Untuk menyelesaikan perbalahan antara pihak yang terlibat dengan hukuman –hukuman yang
hak yang berdasarkan kepada hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Mewujud dan
menegakkan institusi kehakiman Islam dan melantik kadi-kadinya dalah merupakan
perjalanan sunah Baginda s.a.w. yang diikut, tuntutan syarak yang wajib dilaksanakan dan
fardu yang tidak boleh dielak atau diabaikan.

Malaysia mengamalkan sistem dwi undang-undang yang diimplementasi oleh dua institusi
kehakiman yang berbeza iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Perlembagaan
Persekutuan yang merupakan perundangan tertinggi di negara ini telah menetapkan bahawa
Mahkamah Sivil diletakkan di bawah bidangkuasa persekutuan sebagaimana yang
diperuntukkan pada perkara 7, Jadual Kesembilan, senarai I (Senarai Persekutuan). Manakala
Mahkamah Syariah diletakkan di bawah bidangkuasa negeri-negeri sebagaimana yang di
peruntukan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) yang menyentuh tentang
undang-undang Islam dan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan
secara khusus menyentuh berhubung dengan undang-undang keluarga dan diri serta klausa
‘hukum Syarak’ dan ‘hukum dan doktrin Syarak’ yang menjadi intipati dalam bidangkuasa
Mahkamah Syariah.

1
Keunikan sistem perundangan di Malaysia banyak dipengaruhi dengan kedatangan Biritish ke
nagara ini. Dalam susur jalur sejarah, Mahkamah Syariah sebelum kedatangan penjajah telah
dijadikan tempat bagi mendapatkan keadilan dengan kuasa rayuan diberikan kepada Sultan
Walau bagaimanapun, selepas kedatangan British, mahkamah-mahkamah lain telah
ditubuhkan di atas nasihat pihak berkuasa British dan Mahkamah Syariah telah diletakkan di
taraf yang amat rendah dan bidang kuasanya telah dibatasi. Sebelum 1948, Mahkamah
Syariah telah diletakkan di dalam struktur dan hierarki mahkamah negara bersama mahkamah
yang lain. Namun dengan lulusnya Courts Ordinance 1948, mahkamah Syariah telah
dipisahkan dari Mahkamah Persekutuan. Namun selepas kemerdekaan Malaysia, status
Mahkamah Syariah telah diubah menjadi mahkamah negeri-negeri.

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di era
perkembangan Islam bermula dari zaman Baginda Rasulullah s.a.w. umumnya dan di negara
Malaysia khususnya. Kajian ini juga bertujuan untuk pengenalpasti perkembangan
Mahkamah Syariah sebelum dan selepas kemerdekaan di Malaysia selain mengenalpasti
apakah perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang tempoh masa tersebut. Disamping itu,
kajian ini bertujuan untuk menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia (JKSM) dalam memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan
Mahkamah Sivil di Malaysia.

Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini akan mengupas perkembangan institusi
kehakiman Islam di Malaysia dimana secara khusus penulisan ini akan mengkaji perubahan
yang dialami oleh Mahkamah Syariah bermula dari era sebelum kemerdekaan sehingga pasca
kemerdekaan dan perkembangan terkini. Sebagai pengenalan kajian ini akan mengupas
secara literal berhubung dengan sejarah penubuhan institusi kehakiman Islam atau
Mahkamah Syariah bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah era kerajaan Umayyah.
Dalam konteks ini juga penulisan ini akan menyentuh sejarah penubuhan Mahkamah Syariah
di Malaysia bagi melihat sejauhmana hubungan dan persamaan yang wujud di antara
Malaysia dengan zaman kebangkitan Islam. Oleh kerana Malaysia mengamalkan dwi
undang-undang yang berbeza, artikel ini juga turut membincangkan mengenai usaha yang
dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam memartabatkan
Mahkamah Syariah selaras dengan Mahkamah Sivil di Malaysia.

2
2.0 SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH
2.1 Zaman Perkembangan Islam
Kehakiman telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Rasulullah s.a.w. telah diutus
oleh Allah untuk menjadi Nabi dan Rasul, menjadi rahmat untuk sekelian alam, menjadi
pemimpin dan ikutan, menjadi contoh dan teladan, menjadi pemerintah dan hakim
demikianlah seterusnya. Baginda Rasulullah s.a.w. merukpakan ketua pemerintah, pentadbir
dan pelaksanan bagi kerajaan Islam yang pertama di Madinah. Pada masa yang sama ketua
bagi institusi kehakiman Islam. Baginda merupakan hakim tertinggi dan rujukan terakhir
dalam bidang kehakiman. Baginda telah memutuskan kes dan menyelesaikan pertikaian
berdasarkan undang-undang Islam. Terdapat banyak contoh kes yang telah diputuskan oleh
Baginda Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai aspek. Antaranya yang berhubung dengan harta
pusaka, nikah, cerai, khuluk, rujuk, nafkah, penjagaan anak, hudud dan qisas. Namun,
Rasulullah s.a.w. memutuskan kes dan mengadakan perbicaraan tidaklah di dalam sebuah
bangunan yang khusus, kerana keadaan pada masa itu tidak memerlukan,namun ini tidaklah
bermakna bahawa prinsip mewujudkan mahkamah di dalam bangunan yang khusus tidak
diperlukan. Sebagai contoh ada kalanya Rasulullah s.a.w. mengadakan perbicaraan di masjid
seperti yang terjadi dalam kes Safuan bin Ummayyah yang telah menjadi mangsa kecurian.

Selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. pada tahun 11 Hijrah bersamaan tahun
632 Masihi, maka berakhirlah zaman baginda Rasulullah s.a.w. dan bermulalah zaman
Khulafa Al-Rasyidin iaitu zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
Kesibukan sebagai khalifah telah mendorong Saidina Abu Bakar melantik Sidina Umar al-
Khatab menjadi kadi di Madinah pada zaman pemerintahan beliau. Walaupun Khalifah Abu
Bakar telah melanitk Umar menjadi kadi, namun beliau sendiri masih juga memegang
jawatan ketua hakim disamping menjadi ketua pentadbir dan kerajaan. Disamping bertugas
sebagai hakim, Khalifah Abu Bakar juga menggubal undang-undang yang tidak bercanggah
dengan wahyu ini kerana beliau seorang mujtahid yang berwibawa dan berkemampuan untuk
berijtihad dan menerangkan kehendak wahyu. Pada zaman tersebut masih belum terdapat
bangunan khas yang berfungsi sebagai mahkamah. Selepas wafatnya Saidina Abu Bakar,
jawatan khalifah telah disandang oleh Saidina Umar Al-Khattab. Khailfah Umar telah
memperkenalkan pemisahan kuasa antara pentadbir dan kehakiman yang tidak dilakukan
pada zaman sebelum itu. Sistem pemisahan kuasa ini demi menjamin pentadbiran kehakiman
utuh dan berwibawa di samping menjauhkan tohmah dan melicinkan pentadbirannya. Pada
zaman Khalifah Umar juga bangunan khusus untuk dijadikan mahkamah sebagai tempat
3
perbicaraan belum diadakan kerana keperluannya belum timbul. Perbicaraan masih
dijalankan di masjid atau di rumah para hakim.

Saidina Uthman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah ketiga setelah Khalifah
Umar dibunuh oleh Abu Lukluah pada 23 Hijrah bersamaan 64 Masihi. Kaedah pengadilan
Khalifah Uthman sama seperti kaedah yang digunakan khalifah terdahulu iaitu dengan
merujuk kepada al-Quran, al-Sunnah, hukuman yang telah dijatuhkan leh khalifah terdahulu
dan akhirnya beliau akan merujuk kepada sahabat-sahabat yang ada dengan mengadakan
perbincangan dan musyawarah dengan mereka. Khalifah Uthman menjadi ketua institusi
kehakiman dan rujukan terakhir dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman. Khalifah
Uthman telah mewujudkan bangunan khas untuk dijadikan mahkamah bagi membicarakan
kes dan merupakan pemimpin pertama di awal perkembangan Islam yang melakukan
perubahan tersebut. Selepas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh oleh pihak
pemberontak beliau diganti oleh Khalifah Ali. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah wajar
kerana beliau berpengaruh di samping seorang yang teralim dikalangan sahabat. Di bidang
kehakiman pula, Khalifah Ali merupakan seorang yang berpengalaman. Beliau pernah
menjawat jawatan hakim di Yaman pada hayat Baginda Rasulullah s.a.w. sedang pada masa
itu beliau masih muda.Beliau juga merupakan ketua institusi kehakiman dan rujukan terakhir
dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman. Pada zaman ini, kedudukan hakim telah
diutamakan dari segi pemilihan yang ketat, diberi ganjaran yang sesuai dan kedudukan taraf
dan kehormatan yang perlu dijaga. Khalifah Ali juga meneruskan kesimbungan Saidina
Umar dengan mengadakan bangunan khas yang berfungsi sebagai institusi kehakiman.

Sistem kehakiman pada zaman pemerintahan Bani Ummaiyyah pula bermula pada
tahun 41 hingga 132 Hijrah. Ini adalah kesinambungan daripada sistem kehakiman yang
wujud pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Pada zaman ini diperkenalkan catatan
hukuman agar dapat dipastikan yang ia tepat dan tidak dipertikaikan. Orang yang mula-mula
mencatatkan hukuman ini ialah Kadi Salim bin Atar, kadi di Mesir. Beliau telah memutuskan
suatu kes tentang harta, tetapi pihak berkenaan telah mempertikaikan tentang keputusan
tersebut. Mahkamah madzalim turut berfungsi dengan lebih berkesan, yang mempunyai
bidang kuasa istimewa. Ia diketuai oleh khalifah untuk memastikan undang-undang
dihormati dan keadilan ditegakkan. Sebagai contoh Khalifah Abdul Aziz telah menggunakan
mahkamah ini untuk mengembalikan hak orang yanag telah dizalimi oleh keluarga Bani
Ummaiyyah yang Mahkamah Kadi telah gagal melakukannya.
4
Selepas kejatuhan kerajaan Bani Ummaiyyah, bermulalah era pemerintahan Bani
Abbasiyyah pada tahun 132 Hijrah hingga 650 Hijrah. Pada ketika ini kehakiman Islam
merupakan sebuah institusi penting dalam mentadbir keadilan dan undang-undang telah
menrima pengaruh yang baik dan menggalakkan. Ijtihad telah memainkan peranan penting
dalam institusi kehakiman pada zaman pertama pemerintahan Bani Abbasiyyah ini.
Walaupun institusi kehakiman pada zaman ini terpisah daripada institusi khalifah dan
pentadbiran, pemisahan kuasa ini semakin jelas dengan perlantikan jawatan kadi al-qudah.
Kadi pada zaman ini telah memakai pakaian khas yang merupakan pakaian rasmi mereka
untuk membezakan mereka daripada ulama dan orang ramai. Mereka juga mempunyai mohor
yang khusus digunakan salam surat menyurat di samping mempunyai kerani yang bertugas
mencatat dan menulis seperti seperti yang diarahkan oleh kadi dan pengawal yang sentiasa
berkawal dan berwaspada. Di mahkamah, kadi mempunyai pegawai yang cukup untuk
membantunya seperti pencatat perbicaraan, penjaga pintu mahkamah, pegawai yang bertugas
membawa masuk, keluar dan mengawal orang yang dituduh agar tidak lari. Perbicaraan tidak
lagi diadakan di masjid tetapi di kawasan atau bangunan yang luas dan lapang dan dapatlah
orang yang menghadiri perbicaraan duduk dengan selesa.

Walaupun kerajaan Bani Abbasiyyah telah berakhir pada tahun 560 Hijrah, namun
system kehakimannya yang dibina berdasarkan pentadbiran kehakiman pada zaman
sebelumnya terus diwarisi dan diamalkan oleh negara-negara Islam kemudiannya. Namun
apabila negara-negara Islam mula lemah, maka kedudukan mahkamah dan hakimnya turut
lemah dan undang-undang Islam mula dipinggirkan. Bidangkuasa mahkamah Islam yang
mentadbir undang-undang Islam menjadi kecil akibat kelemahan negara-negara Islam sendiri.
Kedatangan penjajah barat telah banyak mempengaruhi strukri kehakiman sesebuah negara
terutamanya melemahkan kedudukan Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, negara Mesir di
bawah naungan Khalifah Usmaniyyan pada tahun 1876 Masihi telah mempunyai lima badan
kehakiman yang mana pada asalnya hanya terdapat satu sahaja untuk mentadbir undang-
undang yang berbeza iaitu:
1. Mahkamah Syariah, mentadbir dan melaksanakan hukun yang bersumberkan
fiqh Islam.
2. Mahkamah Nizamiyyah, yang mula didirikan pada tahun 1875 Masihi.
Mahkamah ini mentadbir dan melaksanakan undang-undang yang berasal
daripada undang-undang asing.
5
3. Mahkamah Ahliyyah, yang melaksanakan dan mentadbir undang-undang yang
diambil daripada undang-undang Perancis dan dipinda mengikut undang-
undang Itali.
4. Mahkamah Milli ( Agama) yang mengendalikan kes untuk orang Mesir yang
bukan beragama Islam

2.2 Zaman Kesultanan Melayu Lama

Zaman Kesultanan Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan pelaksanaan


undang-undang Islam dan penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia. Ini kerana pada zaman
tersebut bermulanya proses Islamisasi dengan kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Mengikut
laporan daripada tulisan orang Cina dan penemuan kesan sejarah, kedatangan Islam ke Asia
Tenggara bermula pada abad pertama Hijrah apabila orang-orang Arab Islam membuat
penempatan di timur Sumatera (San-Fu_Chi, Seriwijaya dan Palembang) kira-kira tahun 55
Hijrah bersamaam 674 Masihi. Sebilangan pengkaji pula membuat rumusan bahawa agama
Islam dibawa oleh saudagar-saudagar Arab dan India ke Tanah Melayu seawal kurun ke-8. Di
antara kurun ke- 12 dan ke-15 agama Islam sudah menapak dan terbentuk di Tanah Melayu.
Proses Islamisasi di Nusantara boleh dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama dinamakan
sebagai fasa penyesuaian atau perubahan yang bermula sekitar tahun 1200-1400. Fasa kedua
juga dinamakan sebagai penyesuaian dari segi spirit atau jiwa yang membawa kepada ilmu
tasawuf, mistik dan juga kalam ( 1400-1700). Akhir sekali fasa ketiga yang melihat
kesinambungan antara fasa pertama dan kedua dan pada masa yang sama kedatangan orang-
orang barat ke Asia Tenggara.

Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka kira-kira
pada tahun 812 Hijrah bersamaan 1409 Masihi. Melaka merupakan institusi kesultanan
Melayu Islam pertama di Semenanjung Malaysia. Parameswara memeluk Islam dan telah
menukar namanya kepada Sultan Iskandar Shah. Baginda diislamkan oleh pendakwah dari
Jeddah bernama Sayyid Abd Aziz. Islam bertapak kuat pada zaman Sultan Mansor Shah di
Melaka pada tahun 1459-1477 Masihi. Malah zaman itu digelar zaman kegemilangan Islam
di Tanah Melayu dan pada masa yang sama berlaku keruntuhan kerajaan Hindu di Jawa. Pada
zaman kesultanan Melayu Melaka Islam berada di puncak kegemilangan yang melihat faktor
agama membawa kepada kedatangan pedagang Arab dan India untuk membuat urusan
6
perdagangan di Melaka. Dari segi perundangan juga Undang-undang Islam adalah undang-
undang yang terpakai pada zaman itu. Mazhab Syafi’I pula amat berpengaruh sehinggalah ia
menjadi mazhab rasmi kerajaan Islam di rantau ini sejak beratus-ratus tahun yang lalu.
Undang-undang Islam berdasarkan pendapat mazhab ini juga telah dikanunkan, ia menjadi
undang-undang negara dan dilaksanakan. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka Islam
berada di puncak kegemilangan yang melihat faktor agama membawa kepada kedatangan
pedagang Arab dan India untuk membuat urusan perdagangan di Melaka. Dari segi
perundangan juga Undang-undang Islam adalah undang-undang yang terpakai pada zaman
itu. Pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ( 1422 M -1444 M) usaha telah
dimulakan untuk mengkanunkan undang-undang ini. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah ( 1445 M- 1450 M). Ia Berjaya disempurnakan dan seterusnya dilaksanakan.

Teks Hukum Kanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr. Ph.S. Ronkel mengandungi 27
fasal, manakala Kitab Undang-undang Melaka dari Mizium British mengandungi 44 fasal dan
Undang-undang Melaka yang diselenggara oleh Liaw Yock Fang mengandungi 44 fasal.
Teks ini telah dikaji dan diteliti dan kesimpulannya Undang-undang Kanun Melaka ini pada
keseluruhannya berdasarkan undang-undang Islam menurut mazhab Syafi’i.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa terdapat juga unsur-unsur adat Melayu.
Walaupun peruntukan dalam Kanun Melaka ini terhad tetapi ia meliputi bidang yang luas
termasuk jenayah, mua’malah, keluarga, acara, keterangan, adab al-kadi dan undang-undang
pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan terhadap orang-orang yang dibuktikan
melakukan kesalahan adalah dalam bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Antara bukti mazhab
Syafi’I dijadikan asas kepada kanun ini ialah Undang-undang Kanun Melaka telah
memperuntukkan hukuman qisas dalam fasal 5(1), 5(3), 8(2), 8(3) dan 39. Fasal –fasal ini
antaranya mengenai pembunuhan yang sengaja dilakukan oleh orang Islam ke atas ornaf
kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya idmana hukuman qisas tidak
dijatuhkan terhadap pesalah tersebut. Terdapat banyak lagi peruntukan dalam Undang-
undang Kanun Melaka yang selaras dengan pandangan mazhab Syafi’i seperti hukuman
hudud, hukuman mati terhadap murtad, hukuman sebat ke atas peminum arak, bab jual beli,
tentang perkahwinan dan sebagainya.

Selain Melaka,terdapat beberapa buah negeri yang melaksanakan undang-undang


Islam yang dipengaruhi oleh Undang-undang Melaka sama ada secara langsung atau tidak
langsung seperti Hukum Kanun Pahang yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Abdul
7
Ghafur al- Muhaiyudin ( 1592-1614) yang mengandungi 93 fasal, Undang-undang 99 Perak,
Undang-undang Pahang, Undang-undang Sungai Ujong dan sebagainya. Berikut merupakan
beberapa carta sistem kehakiman dan pentadbiran Islam semasa Kesultanan Melayu Melaka.

Sultan

Mahkamah Balai

Ulama Kadi : Penasihat Balai

Bendahara Temenggung Laksamana Syah Bandar

Rajah 1: Sistem Pentadbiran dan Kehakiman Islam


Kesultanan Melayu Melaka ( 1400-1511) sebelum kedatangan penjajah

Rajah 1 menunjukkan bahawa Sultan adalah legislatif, eksekutif dan mahkamah.


Kedudukan ini adalah sama dengan pemerintahan secara monarki yang diasaskan oleh
Kerajaan Bani Ummayyah dahulu. Mahkamah Balai adalah Mahkamah Syariah yang
berasaskan kepada Hukum Kanun Melaka dan juga undang-undang lain yang berkaitan. Oleh
yang demikian jelaslah bahawa penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia sudah lama
bertapak sebelum kedatang penjajah-penjajah ke negara ini. Selepas kedatangan Portugis dan
Belanda corak pentadbiran dan kehakiman masih kekal seperti zaman Kesultnanan Melaka.
Carta berikutnya menunjukkan struktur Mahkamah Kesultnan Melayu Lama di Malaysia.

8
Sultan

Mahkamah Balai

Ulama/Kadi : Penasihat Mahkamah


Masjid [Imam(Hakim)]

Panglima, Hulubalang, Penghulu, Imam,


Pegawai Masjid/Surau, Pegawai Pentadbiran dan
Penguatkuasa Undang-undang

Rajah 2 : Sistem Pentadbiran dan Kehakiman Kesultanan Melayu Lama


di Malaysia ( 1511-1800)

Rajah 2 menjelaskan bahawa corak pentadbiran dan kehakiman yang diamalkan


semasa zaman kesultanan Melayu Lama di Malaysia adalah serupa dengan zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Tiada perubahan drastik terhadap system kehakiman Islam dan
kedudukan agama Islam selepas penjajahan Portugis dan Belanda di Tanah Melayu. Malah
boleh dikatakan bahawa pada zaman itu telah mencapai tahap kematangan sebelum
kedatangan British dengan mempunyai system kehakiman yang lengkap dan padat serta
bercirikan pola-pola pentadbiran di Timur Tengah. Mahkamah Balai di atas bermaksud
tempat perbicaraan dan merupakan mahkamah tertinggi sebelum rayuan dibuat kepada
Sultan.

9
3.0 PERKEMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH SEBELUM DAN SELEPAS
KEMERDEKAAN
3.1 Sebelum Kemerdekaan
Corak landskap perundangan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini banyak
dipengaruhi dan berubah selepas kedatangan British. Campur tangan tidak rasmi British di
Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di Pulau Pinang dan di
Singapura oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1824. Kemasukan British pada waktu itu
bertujuan untuk memonopoli perdagangan dan bersaing dengan Belanda yang menjajah
Indonesia. Campur tangan British secara rasminya adalah pada 20 Januari 1874 apabila
Perjanjian Pangkor dimeterai antara British dengan negeri Perak. Pada masa yang sama
Sultan Perak yang baru dilantik itu bersetuju untuk menerima Residen British sebagai
penasihat dalam semua hal ehwal negeri kecuali hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat
dan agama Islam. Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh pemimpin Melayu di
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada akhir abad ke-19, kesemua negeri di Tanah
Inggeris ini. Kesan penerimaan penasihat Inggeris di negeri-negeri Melayu ini menyebabkan
pelaksanaan undang-undang Islam yang berjalan sekian lama terhakis dengan cara British
memperkenalkan undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam.

M.B. Hooker menyatakan tujuan sebenar British memperkenalkan Undang-undang Sivil di


tanah Melayu dan sekali gus mengurangkan status undang-undang Islam bukan disebabkan
undang-undang Islam tidak bertamadun atau pun Undang-undang Islam bukannya tidak
sistematik, tetapi lebih kepada faktor-faktor ekonomi. Mereka juga berpendapat bahawa
agama Islam merupakan faktor penghalang ke atas misi mereka untuk memajukan Tanah
Melayu. Carta di bawah menjelaskan bagaimana corak sistem kehakiman di zaman
Kesultanan Melayu selepas kedatangan British:

10
Sultan

Mahkamah Balai
( Dihapuskan pada 1920-an)

Shaykh- Islam/ Mufti (Penasihat)

Mahkamah Adat (Hakim) Mahkamah Syariah (Kadi)

Rajah 3 : Sistem Kehakiman pada zaman Kesultanan Melayu pada zaman pertengahan
penjajahan British di Malaysia ( 1800-1900)

Carta 3 di atas menunjukkan kedudukan sistem kehakiman Islam pada zaman


pertengahan pemerintahan British di Tanah Melayu. Sultan masih lagi ditampuk
pemerintahan selaku pemerintah dan ketua agama Islam negeri. Walau bagaimanapun,
Mahkamah Balai yang diwujudkan sejak zaman Kesultanan Melayu Lama dihapuskan pada
tahun 1920-an. Manakala mufti dikira sebagai penasihat kepada Sultan dalam hal-hal
mengenai agama Islam. Mahkamah pada zaman itu dibahagi kepada dua iaitu Mahkamah
Syariah yang diketuai oleh kadi dan Mahkamah Adat yang diketuai oleh hakim. Carta
tersebut juga menjelaskan bahawa undang-undang Adat adalah salah satu sumber
perundangan selain undang-undang Islam.

Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan yang terdiri daripada
negeri Perlis, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor. Pada tahun itu juga Courts Ordinance 1948 ditubuhkan dan
Syariah Court dimasukkan dalam struktur mahkamah peringkat kebangsaan bersama-sama
dengan Mahkamah penghulu. Selepas Courts Ordinance 1948 dimansuhkan dan diganti
dengan Akta Mahkamah rendah 1948, Mahkamah Syariah telah diturunkan statusnya
daripada peringkat kebangsaan ke peringkat negeri.

11
Ma
Mahkamah Agung

Mahkamah Majistret Kelas Pertama

Mahkamah Majistret Kelas Kedua

Mahkamah Kathi

Rajah 4 : Hierarki Mahkamah di Malaysia sebelum tahun 1948


Carta 4 diatas menunjukkan bahawa sebelum tahun 1948, kedudukan Mahkamah Kathi
( Mahkamah Syariah) adalah bersama-sama mahkamah-mahkamah lain yang ditubuhkan
ketika itu. Walaupun kedudukannya berada di tahap paling bawah namun sekurang-
kurangnya ia berada dalam hierarki mahkamah persekutuan.

Mahkamah Agung

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Mahkamah Penghulu

Rajah 5 : Hierarki Mahkamah di Malaysia selepas tahun 1948

Carta berikutnya pula menunjukkan pemisahan Mahkamah Syariah dari hierarki


Mahkamah Persekutuan di Malaysia selepas Courts Ordinance 1948 berkuatkuasa.
Mahkamah Syariah diletakkan di bawah bidangkuasa negeri –negeri. Sekaligus menjadikan
Mahkamah Syariah dibawah pentadbiran Sultan atau Raja-raja disetiap negeri. Pengasingan

12
in menggambarkan bahawa pihak British secara halus telah menurunkan tahap dan
kedudukan undang-undang Islam sebagai undang-undang utama sebelum ini.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan terdapat beberapa enakmen yang berkaitan


dengan perundangan Islam seperti tentang perkahwinan dan beberapa kesalahan syariah. Apa
yang dilihat menunjukkan bahawa Inggeris walaupun dalam pelbagai teriti dengan Raja-raja
Melayu menyatakan dengan jelas bahawa Raja-raja Melayu bersetuju menerima semua
nasihat Inggeris kecuali dalam hal ehwal mengenai agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Bagaimanapun, secara langsung atau tidak langsung Inggeris telah banyak campur tangan
dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam. Akibatnya hukum syarak hanyalah terpakai dalam
undang-undang keluarga, perwarisan dan beberapa aspek jenayah syariah. Beberapa undang-
undang yang dipakai di India telah diterima pakai. Bahkan apabila Inggeris menduduki Pulau
Pinang mereka telah memberi gambaran salah tentang fakta. Sir Benson Maxwell
menjelaskan kedudukan Pulau Pinang sehingga pengistiharan Piagam Keadilan 1807 dalam
kes Regina lwn Willans menyatakan :
“It is clear beyond all doubt not for the first twenty years and upwards of its history, no
body of known law was in fact recognized as the law of the place”

Begitu juga dengan pentadbiran hukum syarak pada permulaannya jawatan naib kadi
dan kadi telah diiktiraf dengan menubuhkan Mahkamah Kadi dan Mahkamah Naib Kadi di
negeri-negeri Melayu dalam struktur Mahkamah Awam. Kedudukannya lebih rendah dari
Mahkamah Majistret, walaupun berada dalam struktur mahkamah yang sama. Akhirnya
apabila diadakan Ordinan Mahkamah 1948 bagi menubuhkan sistem kehakiman bagi
Persekutuan, Mahkamah Naib Kadi dan Mahkamah Kadi telah diabaikan dengan
mengeluarkannya daripada hierarki Mahkamah Persekutuan dan hari ini dikenali dengan
Mahkamah Syariah dan mempunyai status mahkamah negeri dengan bidang kuasa amat
rendah dan terbatas.

Beberapa tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31


Ogos 1957 ada dua peristiwa penting yang berlaku iaitu penubuhan Suruhanjaya Reid untuk
menderaf Perlembagaan Persekutuan dan kedua pengkanunan Undang-undang Pentadbiran
Hukum Syarak 1952 bagi negeri Selangor. Enakmen ini telah menjadi model bagi
pentadbiran perundangan Islam di negara ini. Akhirnya setiap negeri telah mengadakan

13
enakmen Pentadbiran Hukum Syarak masing-masing. Enakmen ini mempunyai 180 seksyen
dan kandungannya menyentuh penubuhan Majlis Agama Islam, perlantikan Mufti dan
Jawatankuasa Fatwa, undang-undang Islam berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian,
nafkah, penjagaan anak, keterangan, prosedur jenayah dan sivil, perwarisan, pembahagian
harta sepencarian, wakaf dan nazar, zakat dan fitrah dan Baitulmal, pengurusan masjid,
pemelukan agama Islam, wasiat dan beberapa kesalahan matrimoni dan kesalahan yang boleh
dihukum ta’zir. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 ini ada membuat peruntukan bagi
penubuhan Mahkamah Kadi dan Kadi Besar dan bidang kuasanya. Rayuan dibuat ke
Jawatankuasa Ulangbicara.

3.2 Selepas Kemerdekaan


Malaysia telah mendapat kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Artikel 3(1)
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah ugama bagi Persekutuan,
tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan. Walaupun peruntukan ini secara tidak langsung seperti mengiktiraf undang-
undang Islam sebagai undangundang yang meliputi semua aspek kehidupan, namun demikian
pada hakikatnya peruntukan mengenai undang-undang Islam di Malaysia hanya berkaitan
mengenai keluarga, warisan dan terhad kepada orang-orang Islam. Begitu juga dengan
undang-undang keterangan Islam, pemakaian undang- undang keterangan Islam ini hanya
berlaku dalam kes tertentu malahan ianya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Mahkamah syariah ialah mahkamah yang


membicarakan kes yang berkaitan dengan orang Islam, yang terletak di bawah bidang kuasa
kerajaan negeri, yang berkaitan dengan agama Islam sebagaimana yang terdapat dalam
Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, perlembagaan. Sebelum kedatangan penjajah, kerajaan
negeri-negeri Melayu terutamanya Melaka meletakkan kuasa mahkamah berasaskan undang-
undang Islam dengan menjadikan sultan sebagai tribunal rayuan tertinggi. Selepas
penjajahan, British telah mewujudkan mahkamah sivil yang berasaskan undang-undang
Inggeris dengan bidang kuasa yang luas. Mahkamah syariah pula diletakkan di tempat yang
rendah dan mempunyai bidang kuasa yang terhad. Selepas mencapai kemerdekaan,
perlembagaan mengekalkan keadaan tersebut, dan masih meletakkan bidang kuasa
mahkamah syariah di bawah kerajaan negeri. Mahkamah syariah hanya diberi kuasa untuk
14
membicarakan perkara yang terdapat dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan, iaitu bagi
perkara yang meliputi undang-undang keluarga, zakat, wakaf, dan kesalahan berkaitan rukun
Islam sahaja. Mahkamah syariah juga hanya boleh membicarakan penganut agama Islam
sahaja. Mahkamah syariah telah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam di
Negeri-negeri, selaras dengan butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan.
Penubuhannya juga disertai dengan bidang kuasa eksklusif yang tersendiri, yang melibatkan
kes mal dan jenayah setakat yang diperuntukkan dalam perlembagaan bagi orang-orang yang
beragama Islam. Dalam melaksanakan bidang kuasa jenayahnya, mahkamah syariah hanya
mempunyai bidang kuasa terhad, untuk mendengar dan memutuskan kes jenayah syariah
yang melibatkan kesalahan yang boleh dihukum penjara tiga tahun, denda tidak melebihi
RM5000, tidak melebihi enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman tersebut.19
Mahkamah syariah diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah sivil. Apa-apa keputusan
mahkamah syariah boleh diubah atau dipinda oleh mahkamah sivil.

Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalam perlaksanaan perundangan Islam iaitu
Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Mufti, dan Mahkamah Syariah. Struktur institusi-
instusi ini telah mengalami perubahan selaras dengan peredaran zaman. Berikut merupakan
kedudukan institusi-institusi ini selepas kemerdekaan dan sebelum 1990-an.

Sultan/Raja ( Ketua Agama Negeri)

Majlis Agama Islam

Jabatan Agama Islam

Mufti

Jawatankuasa Ulang Bicara Mahkamah Kadi Besar

Mahkamah Kadi Daerah

Rajah 6 : Sistem Perundangan Islam sebelum 1990-an

15
Rajah 6 diatas menunjukkan selepas negara mencapai kemerdakaan, Mahkamah Syariah
masih kekal diletakkan di bawah pentadbiran sultan atau ketua agama negeri-negeri
sehinggalah diakhir era 80-an. . Kesemua institusi ini diletakkan di bawah pentadbiran Majlis
Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri. Ketika ini Mahkamah Syariah masih dikenali
sebagai Mahkamah Kadi dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Jawatankuasa Ulang
Bicara, Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi Daerah. Pada ketika itu juga seseorang
yang memegang jawatan sebagai Mufti merupakan Ketua Hakim Syarie yang mentadbir
Mahkamah Kadi.

Sultan/Raja ( Ketua Agama Negeri)

Jabatan Kehakiman Syariah Majlis Agama Islam

Mahkamah Rayuan Syariah


Jabatan Agama Islam
Mahkamah Tinggi Syariah
Jabatan Mufti
Mahkamah Rendah Syariah

Rajah 7 : Sistem Perundangan Islam pada 1990-an

Rajah diatas menunjukkan bahawa terdapat beberapa perubahan yang berlaku


terhadap insitusi-institusi agama pada era 1990-an. Perubahan ini berlaku rentetan daripada
penggubalan undang-undang baru seperti Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Sembilan 1990, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan
1993 dan di negeri-negeri lain. Ketika ini nama Mahkamah Kadi telah ditukar kepada
Mahkamah Syariah dan diletakkan di bawah pentadbiran sendiri yang diberi nama Jabatan
Kehakiman Syariah. Hakim-hakim Mahkamah Syariah juga telah dilantik oleh institusi khas
ini sendiri selain jawatan Mufti dan jawatan Ketua Hakim Syarie dipisahkan.

Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 Perlembagaan pada tahun 1988 dilihat
memberikan nafas baharu khususnya kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Perkara 121
fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua mahkamah tinggi yang mempunyai bidang kuasa

16
yang selaras dan setaraf. Fasal (IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan
memperuntukkan bahawa;
“Mahkamah mahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang
kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah syariah”.

Kesan pindaan tersebut telah mengeluarkan atau mengasingkan mahkamah syariah


daripada berada di bawah mahkamah sivil. Apa-apa jua yang berada dalam bidang kuasa
mahkamah syariah, mahkamah tinggi (sivil) tidak boleh campur tangan. Pindaan kepada
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan memberikan pengiktirafan yang lebih tinggi kepada
mahkamah syariah, apabila satu proviso baru telah dimasukkan ke dalam fasal (4) Perkara 5
untuk mahkamah syariah iaitu;
“Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang
boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal ini mengenai seorang
Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim
Mahkamah Syariah.”

Dengan pindaan ini, seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di
Mahkamah Syariah akan mendapat hak-hak yang sama yang diberikan kepadanya sekiranya
beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kesannya ialah jika beliau ditahan untuk tujuan
ini, beliau hendaklah dibawa ke hadapan hakim mahkamah syariah dalam masa 24 jam
daripada masa ditangkap tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Jika ingin ditahan lebih
anjut lagi, kebenaran hakim mahkamah syariah hendaklah dipohon. Pindaan Perkara 5
menjadikan kuasa hakim mahkamah syariah setaraf dengan kuasa seorang majistret.

Mahkamah Syariah boleh dikatakan telah dibebaskan daripada gangguan Mahkamah


Sivil. Pada hakikatnya taraf Mahkamah Syariah boleh dianggap masih rendah dan Mahkamah
Sivil masih menerima kes-kes yang bidang kuasa sememangnya terletak pada Mahkamah
Syariah seperti dalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah Bukit
Mertajam. Dalam kes tersebut mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai
bidang kuasa selagi tiada undang-undang negeri yang memberi bidang kuasa kepada
Mahkamah Syariah. Bagi mengatasi masalah percanggahan bidang kuasa antara Mahkamah
Syariah dan Mahkamah Tinggi, Prof Ahmad Ibrahim berpendapat masih ada terdapat
undang-undang bertulis yang lama yang perlu dipinda untuk mengelakkan apa-apa keraguan.

17
Rajah 7Sistem Mahkamah
: Sistem Malaysia
kehakiman di Malaysia pada masa kini

Rajah Mahkamah
7 diatas menjelaskan bahawa Sistem Kehakiman yang diamalkan di Malaysia kini
Sivil Mahkamah Syariah
terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Mahkamah Syariah hanya
mempunyai bidangkuasa tertentu dan hanya tertakluk kepada orang Islam sahaja. Manakala
Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Syariah
bidangkuasa Mahkamah Sivil adalah lebih luas dan ianya berbidangkuasa terhadap Orang Islam dan
Orang Bukan Islam. Selain kedua-dua sistem ini diperuntukkan pada perundangan yang berbeza,
Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah
lokasi dan insfratruktur juga adalah berlainan. Dari aspek lain, Mahkamah Sivil mempunyai lima
peringkat mahkamah manakala Mahkamah Syariah hanya mempunyai tiga peringkat mahkamah, ini
Mahkamah
bermakna Mahkamah SivilTinggi Mahkamah
mempunyai empat lapisan mahkamah Rendah
untuk Syariah
merayu manakala Mahkamah
Syariah hanya mempunyai dua lapisan mahkamah bagi membuat rayuan.

Mahkamah Sesyen

4.0 LANGKAH-LANGKAH
Mahkamah Majistret
YANG DIAMBIL JKSM DALAM
MEMARTABATKAN MAHKAMAH SYARIAH SELARAS DENGAN
MAHKAMAH SIVIL

18
Di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) terdapat sebuah jabatan yang
menguruskan hal ehwal perundangan dan kehakiman syariah di negara ini yang
dikenali sebagai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang beribu pejabat di
Putrajaya. Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan bertanggungjawab menyelaras
aspek-aspek perundangan dan pentadbiran Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.
Disebabkan hal ehwal agama Islam dan perundangan Islam diletakkan di bawah
bidangkuasa negeri, terdapat dua jenis penerimaan setiap negeri terhadap struktur
kerja. Negeri-negeri gunasama ialah negeri-negeri yang bernaung di bawah JKSM
dan dari sudut perlantikan kakitangan adalah melalui JKSM dan juga melalui negeri-
negeri. Negeri-negeri yang bernaung di bawah skim guna sama seperti ialah
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah-wilayah Persekutuan, Perlis dan Sabah.
Selain dari negeri-negeri tersebut masih belum mengganggotai skim guna sama di
mana perlantikan hampir kesemua jawatan adalah melalui Setiausaha Kerajaan Negeri
masing-masing. Sungguhpun begitu disetiap negeri tersebut ditubuhkan Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri seperti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dan
Perak.

Visi JKSM ialah meningkatkan institusi kehakiman syariah dalam sistem


kehakiman dan perundangan negara disamping meningkatkan kecekapan dan
keseragaman dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah seluruh Malaysia sebagai
misi utama. Antara objektif JKSM ialah untuk menggubal dasar dan strategi untuk
mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri, menyelaras prosuder
kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri, membina dan menyelaras kaedah-
kaedah dah Arahan Amalan serta peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM,
negeri-negeri dan lain-lain agensi berkaitan dan melaksanakan penyelidikan berkaitan
system perundangan dan kehakiman Syariah sesuai dengan perekembangan
semasa.Dengan erti kata lain, JKSM adalah satu badan penting dalam menyusun
strategi agar pentadbiran Mahkamah Syariah menjadi lebih teratur, cekap dan
professional.

Disebabkan penyusunan Mahkamah Syariah baru bermula pada awal 1990-an,


Mahkamah Syariah telah terkebelakang dari pelbagai aspeks berbanding Mahkamah
Sivil seperti insfratruktur, bilangan kakitangan, gaji pegawai dan sebagainya. Sejak
19
tertubuhnya JKSM pada tahun 1998, JKSM telah giat mencari dan mencadangkan
pelbagai langkah bagi memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan Mahkamah
Sivil. Bermula dari syarat pengambilan pegawai untuk skim Pegawai Syariah LS41,
JKSM telah mewajibkan calon-calon yang ingin memohon jawatan tersebut untuk
memiliki Pentadbiran Undang-undang dan Kehakiman (DAIJJ) yang ditawarkan di
mana-mana universiti yang diiktiraf selain calon-calon wajib memiliki Ijazah Sarjana
Muda Undang-undang atau Ijazah Sarjana Muda Syariah. Syarat ini adalah untuk
memastikan pegawai-pegawai yang berkhidmat di bawah JKSM adalah mereka yang
berpengetahuan dalam konteks perundangan Islam di negara ini. Dari sudut gaji,
Pegawai Syariah gred LS 41 dan keatas juga telah menerima gaji yang sama dengan
Pegawai Undang-undang gred L 41 dan keatas selepas beberapa tahun penubuhan
JKSM . Ini kerana sebelum itu terdapat perbezaan gaji permulaan yang diterima bagi
kedua-dua jawatan tersebut. JKSM juga sentiasa berusaha kearah memperkasakan
sumber manusia dengan penambahan kakitangan, mewujudkan perjawatan baru dan
menaiktaraf perjawatan ke gred yang lebih tinggi sebagaimana yang dinikmati oleh
Mahkamah Sivil. Hasilnya, jawatan Pegawai Sulh diperkenalkan di setiap Mahkamah
Syariah negeri-negeri pada tahun 2002 dan mewujudkan Bahagian Sokongan
Keluarga (BSK) di setiap negeri bermula tahun 2009. Selain itu beberapa jawatan
telah ditambahbaik dari segi gred jawatan seperti jawatan hakim-hakim dan Ketua
Hakim Syarie setiap negeri.

Kakitangan JKSM samaada yang berkhidmat di ibu pejabat dan di negeri-


negeri juga sentiasa diberi latihan dengan penganjuran kursus-kursus, seminar-
seminar bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran samada dari sudur
perundangan, teknologi maklumat (ICT) dan sebagainya. Bagi merealisasikan hasrat
tersebut, JKSM telah menubuhkan Unit Latihan iaitu unit khas yang
bertanggungjawab mengurus dan menyelia latihan kepada kakitangan dan pegawai
dari semua gred dan untuk semua perjawatan yang berbeza. Diantara latihan yang
dianjurkan setiap tahun seperti kursus melibatkan pentadbiran dokumentasi, rekod,
teknlogi maklumat, kemahiran sulh, kemahiran kehakiman, kemahiran guaman dan
sebagainya. JKSM juga telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk
mendirikan suatu tempat dan bangunan khas sebagai pusat latihan untuk kakitangan

20
dan pegawai. Setiap tahun tidak kurang dari tiga puluh kursus dianjurkan JKSM yang
melibatkan pelbagai skim jawatan.

Bagi menjamin keselesaan dan memudahkan urusan pelanggan-pelanggan di


Mahkamah Syariah menerima kemudahan seperti di Mahkamah Sivil, JKSM telah
memperjuangkan pembinaan bangunan Mahkamah Syariah disetiap negeri dan daerah
melalui peruntukan kerajaan persekutuan. Diantara negeri yang telah menerima
bangunan baharu adalah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam, Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Sembilan di Sendayan, Jabatan Kehakiman Syariah Melaka di MITC Melaka
dan Jabatan Kehakiman Syariah Kota Baharu. Bangunan atau kompleks baharu ini
telah menyediakan kemudahan insfratruktur yang lebih banyak dan selesa seperti
bilangan dewan perbicaraan yang lebih besar dan banyak, kaunter pendaftaran yang
luas, parkir kenderaan yang banyak, Bilik Peguam Syarie, Bilik Pendakwa Syarie,
perpustakaan, Bilik Hadhanah, akses keselamatan dan lain-lain. Dengan terbinanya
bangunan dan kemudahan yang lebih baik, JKSM berharap supaya kes-kes
tertunggak dapat diselesaikan segera. Bagi memantapkan pengurusan, JKSM bakal
menerima bangunan khas di Putrajaya tidak lama lagi dimana sebelum ini ibu pejabat
JKSM adalah berkongsi bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JKSM). JKSM
dijangka berpindah ke bangunan baharu tersebut pada tahun 2015.

Bagi memantapkan aspek pengurusan perundangan pula agar selaras dengan


Mahkamah Sivil, JKSM telah melaksanakan pelbagai alternatif bagi mencapai hasrat
tersebut. Diantaranya bermula tahun 2005, JKSM telah membangunkan Sistem
Elektronik Mahkamah Syariah atau dikenali sebagai E-Syariah. Ianya telah
dilancarkan pada 7 Februari 2003 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu dengan kos
RM 12.4 juta. Portal E-Syariah ini menyediakan kemudahan melalui internet untuk
menyebarkan maklumat perkhidmatan, menyediakan maklumat secara online
mengenai undang-undang, menfailkan kes dan borang-borang disamping
menghubungkan ke laman web mahkamah-mahkamah syariah dan agensi dalam dan
luar negara. Kini seluruh Mahkamah Syariah di setiap negeri telah menggunapakai

21
Sistem E-Syariah versi 2 yang mula dilaksanakan pada tahun 2011. Kini, pengurusan
kes seperti statistik, catatan perbicaraan hakim, pendaftaran kes, notis perbicaraan dan
sebagainya adalah melalui sistem tersebut. Dengan adanya sistem ini, proses
pengurusan di Mahkamah Syariah adalah lebih efektif dan membantu menjimatkan
masa serta kos pelbagai pihak.

Selain itu, JKSM sedang berusaha memartabatkan perundangan Islam dengan


menaiktaraf dari tiga peringkat mahkamah kepada lima peringkat mahkamah
sebagaimana yang diamalkan di Mahkamah Sivil. Sebagaimana yang telah dijelaskan
sebelum ini, Mahkamah Sivil mengamalkan lima peringkat mahkamah bermula dari
Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan. Sedangkan Mahkamah Syariah kini hanya mempunyai tiga
peringkat mahkamah sahaja iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi
Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. JKSM mempergiatkan usaha untuk
mendapatkan persetujuan dari Ketua Agama setiap negeri bagi menambah peringkat
mahkamah di Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah
Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis
Rayuan Syariah. Satu sejarah penting bakal tercipta bagi Mahkamah Syariah di negara
ini apabila kedudukannya akan berada sama taraf dengan Mahkamah Sivil dari segi
perjawatan, emolument dan lain-lain yang berkaitan. Untuk mencapai tujuan di atas, 2
Akta di peringkat Persekutuan telah dicadangkan iaitu Akta Suruhanjaya Perlantikan
Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis
Rayuan Syariah dan Akta Saraan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,
Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah. Kedua-dua Akta yang akan
dicadangkan ini memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan dan Penetapan
Saraan (gaji, elaun, pencen dan faedah-faedah lain) Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah. Kewujudan
Suruhanjaya ini akan menjadikan taraf Hakim-Hakim di Mahkamah Syariah bermula
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sehingga ke atas akan setaraf dengan Hakim-
Hakim di Mahkamah Tinggi Sivil.

22
5.0 KESIMPULAN

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan Hukum Syarak di negara ini
mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh dan telah dilaksanakan sejak penubuhan
kerajaan Melayu Melaka dan berterusan sehingga ke zaman penjajah dengan penyempitan
pelaksanaan Hukum Syarak. Penjajah British telah memberi bentuk baru dalam pentadbiran
Hukum Syarak di negara ini iaitu dengan memperkenalkan dalam bentuk perundangan.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, Islam telah diberi kedudukan dalam Perlembagaan
dan raja telah diberi status ketua agama. Perlembagaan juga telah memberi bidang kuasa
kepada Badan Perundangan Negeri bagi membuat perundangan Islam di dalam batas-batas
yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan dan tertakluk kepada Perundangan Persekutuan
yang juga membatas pelaksanaan sepenuhnya Hukum Syarak. Kedudukan Mahkamah
Syariah buat masa ini telah diberi kedudukan yang lebih baik berbanding di zaman penjajah.
Bagaimanapun pembaikan, peningkatan dan pemantapan masih ada ruang. Justeru
Mahkamah Syariah perlulah disusun semula dan diberi kuasa yang lebih besar dan
menyeluruh. Begitu juga kakitangan mahkamah yang terlatih dan mencukupi. Cadangan
untuk menambah dari tiga kepada lima peringkat Mahkamah Syariah perlu diimplementasi
segera bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk merayu bagi menjamin keadilan dan
kesaksamaan dalam melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

23
RUJUKAN

Abdul Munir Yaacob, 2009, Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilaian,
Jurnal Fiqh, No.6

Mahmud Saedon bin Awang Othman, 1402 H, Mahkamah Syariah/ Kadi di Malaysia : Taraf,
Bidang Kuasa dan Masalah-masalah yang dihadapinya, Islamiyat

Mahmud Saedon bin Awanag Othman, 2003, Institusi Pentadbiran Undang-undang &
Kehakiman Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Saleh Hj Ahmad, 1993, Terjemahan Buku Sistem Kehakiman Islam oleh Dr. Abdul
Karim Zaidan, Pustaka Haji Abdul Majid

Musa Awang, 2015, Di manakah kita dalamPemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah


Syariah?, Jurnal Undang-undang Malaysia, 27 Kanun (1)

Ramizah Wan Muhammad, 2009, Sejarah Pentadbiran Kehakiman Islam di Malaysia: Satu
Sorotan, Jurnal Undang-undang Malaysia, 21 Kanun (1)

Rusni Hassan, Mohammad Azam Hussain, Adnan Yusoff, Penubuhan dan Bidangkuasa
Mahkamah Muamalat di Malaysia: Isu dan Cabaran, 2013, Jurnal Undang-undang Malaysia,
25 Kanun (1)

24
Sinar Harian, 15 November 2014, Kerajaan Usaha Naik Taraf Mahkamah Syariah, Kumpulan
Media Karangkraf

Suhaizad bin Saifuddin, Pegawai Syariah JKSM ditempatkan sebagai Pegawai Sulh di
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, temuramah pada 1 Mac 2015

25

You might also like