You are on page 1of 17

PUSAT UNDANG-UNDANG

KULLIYYAH UNDANG-UNDANG

AHMAD IBRAHIM

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

DIPLOMA LANJUTAN UNDANG-UNDANG

PENTADBIRAN KEHAKIMAN ISLAM (DAIJ)

TAJUK TUGASAN:

MENGEMBALIKAN FUNGSI SEBENAR ISLAM

DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

UNTUK SUBJEK:

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA (LAW 5110/1)

NAMA PELAJAR:

NIK MUHAMMAD NASRI BIN NIK MALEK

NAMA PENSYARAH:

DR MOHAMED FADZLI BIN HJ HASSAN

1
Mengembalikan Fungsi Sebenar Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

Tajuk ‘Islam Dalam Perlembagaan Malaysia’ adalah di antara tajuk popular di

kalangan bukan sahaja ahli akademik, tetapi juga orang awam. Mereka

membincangkannya dari pelbagai aspek sesuai dengan sifat Islam itu sendiri. Dalam

tugasan ringkas ini, saya cuba memfokuskan perkara ini di bawah tajuk

‘Mengembalikan Fungsi Sebenar Islam Dalam Perlembagaan Malaysia’. Justru

perbahasan dan perbincangannya berkisar kepada perkara-perkara berikut secara

ringkas:

1) Islam dan Perundangan

-Ciri penting perundangan Islam

2) Kedudukan Islam dalam sistem perlembagaan Malaysia

-Sejarah Perlembagaan dari kesultanan Melayu Melaka sehingga sekarang

-Peruntukan Perlembagaan

Ruang-lingkup perbincangan tentang Islam dalam perlembagaan tidak sama dengan

perbincangan tentang Islam di Malaysia. Perbahasan mengenai kedudukan Islam di

dalam perlembagaan lebih bertumpu kepada peruntukan-peruntukan yang berkenaan;

yakni tafsiran dan perbahasan mengenai ruang-lingkup dan implikasi peruntukan-

peruntukan itu 1

3) Tahap pemakaian Islam dalam konteks perundangan Malaysia

A. Tafsiran Mahkamah

B. Undang-undang Keluarga Islam

C. Hudud dan Qisas

4) Prospek masa hadapan

1) Islam dan Perundangan

1
Abdul Aziz Bari, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Intel Multimedia and Publication, Petaling
Jaya, 2005 Cetakan 1 ms 7

2
-Ciri penting perundangan Islam2

Perundangan Islam adalah salah satu cabang syariat. Syariat Islam sendiri mempunyai

ciri-ciri tersendiri yang sekaligus mewarnai Perundangan Islam.

1. Rabbaniyyah atau syariah itu datangnya dari Allah.

Kesannya ialah:

a) semua prinsip dan hukumnya bersih dari segala bentuk kezaliman, kelemahan

dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya iaitu Allah mempunyai sifat

kesempurnaan mutlak.

b) Hukum syarak mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa.

2. Balasan duniawi dan ukhrawi.

Pihak kerajaan/negara menjatuhkan hukuman berdasarkan perbuatan jenayah yang

dilakukan demi kestabilan negara, masyarakat dan keluarga. Balasan ukhrawi pula

melibatkan hati dan anggota zahir. Ia menjadikan seseorang menjaga dirinya dari

melakukan jenayah walaupun berada keseorangan.

3. Alamiyyah dan umumiyyah.

Syariah Islam menjadi rahmat kepada seluruh alam, meliputi seluruh manusia, tempat,

masa. Ia bersifat sejagat tanpa batas geografi dan lain-lain.

4. Kekal

Ia tidak boleh dibatal, terbatal atau mengalami perubahan. Ia dibina berdasarkan

membawa kemaslahatan dan menolak kerosakan. Prinsip syariah dan tabiat hukumnya

yang rigid dan fleksibel menjamin kekalnya syariah. Prinsip seperti syura, saksama

dan keadilan adalah prinsip yang kekal untuk dipegang.

5. Syumul. Ia mencakupi seluruh aspek kehidupan tanpa kecuali.

2) Kedudukan Islam dalam sistem perlembagaan Malaysia

2
Mohd Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur, 1999.
Cetakan 1 ms 5-29 dengan ringkasan.

3
-Sejarah Perlembagaan dari kesultanan Melayu Melaka sehingga sekarang

Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam sejarah dan kebudayaan

Melayu.3

Perkara ini diakui oleh ramai sarjana dalam penulisan mereka. Islam bukan sahaja

dalam bentuk ibadat tetapi dalam bentuk undang-undang negeri.

Sultan Melaka pertama iaitu Parameswara, yang menukar namanya kepada Sultan

Iskandar Syah selepas menganut Islam menerima undang-undang Islam sebagai

undang-undang Negara. Undang-undang Melaka pertama ini ditulis oleh Hang Sidi

Ahmad berjudul Qanun Melaka dan Qanun Laut Melaka. Undang-undang ini ada dua

bahagian iaitu Qanun Melaka yang dikuatkuasakan di negeri Melaka dan Qanun Laut

Melaka yang dilaksanakan di atas kapal. Ia mengandungi 40 fasal merangkumi hukum

berkaitan muamalat, munakahat, jenayah, acara dan keterangan serta perhubungan

antarabangsa.

Kekuasaan Melaka menjadi kuat selepas menerima Islam sehingga menguasai negeri-

negeri Melayu lain. Perlaksanaan undang-undang Islam juga diperluas seperti Qanun

Pahang. Pada akhir abad ke 19, British menjajah Tanah Melayu. Beberapa perjanjian

dibuat oleh British dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengukuhkan

edudukannya di Tanah Melayu. Walaupun negeri-negeri Melayu diletakkan di bawah

kekuasaan British, undang-undang Islam masih diakui oleh pihak berkuasa penjajah.

Perkara ini dapat dilihat melalui pengakuan Hakim Throne J. dalam kes Rahman

lawan Laton dan kes Syaikh Abdul Latif lawan Ilyas Bux yang mengatakan undang-

undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang negeri. 4

3
Syed Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, 1972
4
Aminuddin Ruskan al-Dawamy, Syariah dan Perundangan, Cetak Ratu Sdn Bhd, Johor 1998 ms 18-
19 dengan ringkasan

4
Penjajah terus berusaha menghapuskan unsur Islam dan menggantikannya dengan

undang-undang Inggeris. Pembentukan Piagam Keadilan I pada 1807, Piagam

Keadilan II pada 1826 dan Piagam Keadilan III pada 1855 membuktikan perkara ini.

Undang-undang sivil juga dikuatkuasakan pada 1837 dan berikutnya pada tahun

19565. Peruntukan piagam dan undang-undang telah memberi kuasa yang lebih

banyak dan lebih luas kepada penjajah mengubah dan menghapuskan undang-undang

tempatan dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris keseluruhannya.6

Secara de factonya, undang-undang Inggeris sudah mengambil tempat undang-undang

Islam. 7

Ada pandangan dari sarjana undang-undang mengatakan: ‘Meskipun kedudukan

Islam tidak dapat dipertahankan dengan demokrasi, kedudukan tersebut boleh

dipertahankan dengan merujuk kepada sejarah; khususnya persetujuan antara kaum

sebelum merdeka’8.

Orang-orang bukan Melayu sendiri pun sebenarnya menikmati hak-hak tertentu

seperti hak sama rata, hak mengundi dan seumpamanya berdasarkan sejarah dan tolak

ansur sebelum merdeka9.

5
Ahmad Ibrahim Sistem Undang-Undang di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1986 ms 71-72. Lihat juga Jurnal Hukum JH (1407)H Jld V Bhg II ms 241.
6
Aminuddin Ruskan al-Dawamy, op.cit, ms 19
7
Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya, 1997, ms 45-91
8
Abdul Aziz Bari. op.cit.,, ms 2
9
Abdul Aziz Bari, op.cit., ms 3

5
-Peruntukan Perlembagaan

Di dalam Perlembagaan Malaysia, diperuntukkan beberapa perkara yang berkait

dengan Islam. Di antara peruntukan penting yang berkaitan dengan kedudukan Islam

ialah Perkara 3, 11, 12(2) dan 150 (6A)10.

Secara sekali imbas, peruntukan-peruntukan tersebut ialah:

i. perisytiharan Islam sebagai agama rasmi persekutuan (Perlembagaan

Persekutuan, Perkara 3 (1)

ii. hak kebebasan beragama (Perkara 11)

iii. kebenaran menggunakan wang awam untuk tujuan-tujuan Islam (Perkara

12(2) )

iv. kedudukan mahkamah syariah di dalam sistem perundangan (Perkara

121(1A) )

v. pengecualian undang-undang Islam daripada undang-undang darurat

(Perkara 150 (6A) )

vi. penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak di dalam bidang

kuasa negeri (Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri, seksyen 1)

Berkenaan Perkara 3(1) yang menyebut:

“Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Menurut Profesor Ahmad Ibrahim, banyak salah faham berlaku tentang tafsirannya.

Antaranya, pendapat yang menyatakan setiap upacara rasmi di Persekutuan mesti

diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama Islam.Ini tidak benar kerana Perkara 3

memberi kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan

kepercayaan mereka. Perkara 3 secara nyata memberi jaminan kepada orang bukan

10
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 11

6
Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan.

Jika perkataan ‘agama’ merangkumi bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan

keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-

penganut agama tersebut, maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada

‘agama Islam’. Islam bukan sahaja satu kepercayaan keagamaan dan upacara agama,

tetapi satu cara hidup yang merangkumi semua aspek termasuklah undang-undang 11

Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan dan jika dirujuk secara

keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, maka beberapa kesan boleh

dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya:

i. Perkara 160 memberi definisi ‘Melayu’ sebagai seorang beragama Islam,

lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adapt istiadat Melayu.

Menurut Tun Salleh Abas ‘Melayu’ dan ‘Islam’ adalah unsur yang

bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan

Perlembagaan 12

ii. Yang di Pertuan Agung dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-

negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri menghendaki

rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dari keturunan

diraja.

iii. Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di Pertuan Agong, beliau

mengangkat sumpah dengan didahului lafaz ‘Wallahi, wabillahi, watallahi’

yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam

(Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan Persekutuan)

11
Ahmad Ibrahim, op.cit., 1987 dan Aminuddin Ruskam, op.cit., ms 33
12
Tun Salleh Abas, ‘Traditional Elements of the Malaysian Constitutions’ dalam Mohamed Suffian,
H.P. Lee dan Trindade (ed) The Constitution of Malaysia: Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur,
Oxford University Press. 1986

7
iv. Yang di Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3(3) adalah ketua

agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan

juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.

v. Raja dan sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi

negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama

Islam, mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat

Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

vi. Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agong untuk melindungi

hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana ‘Melayu’ dan ‘Islam’

ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak

istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi

agama Islam.

Perkara 3 dan kesan dari peruntukan Perkara 3 nampaknya boleh ditafsirkan untuk

kebaikan Islam dan kepentingan umat Islam. Penggubal undang-undang dan

pengamal undang-undang boleh melebarluaskan pentafsiran ini bagi kepentingan

Islam dan umatnya. Cuma ada pandangan yang menyebut bahawa Perkara 3(1) tidak

harus digunakan untuk menilai kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan

secara keseluruhannya. Peruntukan berkenaan juga tidak cukup kukuh untuk menjadi

landasan buat pelaksanaan Islam. Untuk tujuan pelaksanaan Islam secara yang

sempurna, perlembagaan perlu dipinda dan diubahsuai. 13

13
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 2

8
Demikian juga Profesor Ahmad Ibrahim mempertikaikan sama ada Perlembagaan

boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam al-Quran dan Sunnah atau tidak14

tetapi Perlembagaan Persekutuan yang sering dilihat sebagai penghalang pelaksanaan

Islam; akibat wujudnya peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa

perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi, mengatasi undang-undang lain

(Perlembagaan Persekutuan, Perkara 4 (1)). Sebenarnya sama ada peruntukan

berkenaan benar-benar menghalang perlaksanaan Islam pada hakikat dan praktiknya

banyak tertakluk kepada tafsiran dan juga polisi-polisi yang dibuat bagi pelaksanaan

Islam. 15

Sekali lagi, ia kembali kepada political-will di kalangan mereka yang berotoriti dalam

perkara ini.

3) Tahap pemakaian Islam dalam konteks perundangan Malaysia

A. Tafsiran Mahkamah

Dalam menilai perkara ini, tafsiran mahkamah adalah penting kerana ia mempunyai

kesan perundangan dan penguatkuasaan.16

Beberapa contoh kes berkaitan disebutkan secara ringkas:

i. Kes Wong Ah Fook lawan State of Johore17 Hujah-hujah dikemukakan:

pihak berkuasa negeri tidak boleh diminta bertanggungjawab kerana

Sultan adalah kuasa eksekutif; di bawah undang-undang Islam, kuasa

sultan yang berdaulat adalah mutlak dan oleh kerana Johor terletak di

bawah undang-undang Islam, maka kuasa sultan tidak terbatas. Whitley

HMT tidak membuat komen terhadap hujah ini dan memutuskan bahawa

14
Ahmad Ibrahim, op.cit, 1989
15
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 81.
16
Abdul Aziz Bari, op.ci, ms 17)
17
Lihat [1937] MLJ 128

9
undang-undang negeri berkenaan bukan sepenuhnya Islam, malah

setengahnya bertentangan dengan undang-undang Islam. Beliau juga

memutuskan Fasal LXIV dari Perlembagaan Johor 1895 menekankan soal

keadilan tanpa menyebut undang-undang Islam.

ii. Kes Anchom bte Lampong lawan Public Prosecutor18 Poyser KH

memutuskan undang-undang Islam tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya

di Johor. Selain undang-undang adat, hakim berkenaan menyebut

hukuman ke atas kesalahan zina-penjara dan denda- yang jelas bukan

undang-undang Islam.

iii. Kes Che Omar bin Che Soh lawan Public Prosecutor19 Mahkamah Agong

diminta membuat keputusan mengenai cabaran terhadap hukuman mati

mandatory di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api

1974. Pihak perayu menghujah kesalahan-kesalahan berkenaan bukan

kesalahan hudud atau qisas yang memperuntukkan hukuman mati. Perayu

menghujah bahawa kedudukan Islam di dalam Perkara 3 Perlembagaan

Persekutuan meletakkan Islam sebagai kayu ukur yang boleh digunakan

untuk mencabar kesahihan undang-undang. Salleh Abas KHN menolak

hujah dengan menyebut Islam di dalam perlembagaan tidak dihasratkan

untuk tujuan tersebut kerana ia hanya terbatas kepada soal-soal upacara

dan seumpamanya.

iv. Kes Meor Atiqulrahman bin Ishak and Ors lawan Fatimah bt Shihi and

Ors20 Mohamed Noor Ahmad HMT memutuskan bahawa kedudukan

Islam adalah tinggi dan mengatasi agama-agama lain. Larangan memakai

serban yang dikenakan oleh pihak kerajaan menyalahi perlembagaan.


18
Lihat [1940] MLJ 22)
19
Lihat [1988] 2 MLJ 55
20
Lihat [2000] 5 MLJ 375

10
Keputusan ini dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Dalam keputusannya,

Gopal Sri Ram HMR tidak menyetujui penghakiman mahkamah tinggi itu.

Tetapi beliau tidak menyentuh keputusan hakim di mahkamah tinggi

mengenai kedudukan Islam. Ada sarjana berpendapat perkara ini boleh

menjadi hujah bahawa ketinggian kedudukan Islam yang diputuskan oleh

mahkamah tinggi masih kekal. 21

v. Kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah dan Anor22 Faiza

Thamby Chik HMT memilih untuk melihat kaitan dan implikasi

kedudukan Islam terhadap ruang lingkup kebebasan beragama. Beliau

memutuskan bahawa apa yang didakwa sebagai hak seorang Melayu untuk

meninggalkan agama Islam perlu dilihat dalam konteks Perkara 3 (1) dan

Perkara 160 (2) yang tidak membenarkan orang Melayu murtad.23

Sebagai kesimpulan, kedudukan yang ada sekarang masih tidak jelas dan penuh

dengan kekaburan, seperti pelbagai implikasi dan makna dalam konteks Perkara 3 (1)

terutamanya datang dari Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih sendiri24.

Pelaksanaan Islam melalui kerangka perlembagaan perlu dibuat dengan meminda dan

menyesuaikan perlembagaan. Pelaksanaan Islam yang menyeluruh memerlukan

sebuah kerangka yang lengkap.25

B. Undang-undang Keluarga Islam

Masalah yang ada tidak banyak melibatkan soal hukum; ia lebih berkait dengan soal

pentadbiran, penguatkuasaan dan soal-soal lain yang berhubung dengan kemudahan di

mahkamah syariah, kekurangan hakim dan kakitangan sokongan dan seumpamanya. 26

21
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 19
22
Lihat [2004] 2 MLJ 119
23
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 20
24
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 24
25
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 25
26
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 88

11
C. Isu Hudud dan Qisas

Perlaksanaan terhadap hukuman ini boleh dilaksanakan melalui kerangka

perlembagaan dan undang-undang yang ada dengan beberapa penyesuaian dalam

bentuk pindaan dan pengkanunan undang-undang baru.

Undang-undang mengawal gejala murtad sebagai contoh, belum semua negeri telah

meluluskan enakmen berkaitan walaupun telah sedia dibenarkan oleh perlembagaan

sejak merdeka lagi. Negeri yang telah meluluskan enakmen seperti itu pula belum

menyediakan prasarana perlaksanaan yang perlu, menyebabkan undang-undang

tinggal undang-undang. 27

Kedudukan murtad perlu dilihat dalam konteks peruntukan-peruntukan perlembagaan

yang umumnya menekankan ciri dan sejarah negara ini yang kedua-duanya

meletakkan Islam di atas agama-agama lain28.

Alasan:

1.Perlembagaan meletakkan Islam sebagai elemen penting dalam tafsiran Melayu itu

sendiri.

2.Kelebihan yang diberi kepada Islam tidak menindas dan menafikan hak orang-orang

bukan Islam. Dalam pentafsiran hak, konflik dan pertentangan nilai tidak dapat

dielakkan. 29

Justru, apa yang dikatakan sebagai halangan itu pada hakikatnya bukanlah sesuatu

yang tidak boleh diatasi. Apa yang dikatakan halangan itu juga bukanlah sesuatu yang

mendarah daging dalam perlembagaan itu sendiri. Halangan-halangan itu boleh

dikatakan lebih bersifat politik dan dengan demikian memerlukan kehendak politik

untuk menyelesaikannya. 30

27
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 87
28
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 4
29
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 5
30
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 4

12
4) Prospek masa hadapan

Peruntukan-peruntukan perlembagaan yang ada boleh ditafsir bagi merumahkan

sebahagian daripada tuntutan Islam; baik di peringkat individu mahupun masyarakat,

dan ia boleh dihasilkan melalui pendekatan dan kaedah tafsiran perlembagaan yang

konvensional. 31

Di antara hujah-hujah menarik yang dikemukakan oleh sarjana perundangan bagi

meletakkan ketertinggian Islam atau menidakkan/ mengurangkan sifat sekular

perlembagaan ialah seperti berikut:

i. Kertas Putih mencadangkan peruntukan mengenai Islam di dalam

perlembagaan dan di dalam masa yang sama memberi jaminan kebebasan

beragama serta kedudukan Raja-Raja Melayu tidak akan terjejas. Kertas

Putih juga menyebut bahawa kedudukan Islam tidak akan menjejaskan

sifat sekular persekutuan. 32 Hujah menolak sifat sekular persekutuan ini

ialah bagaimana perlembagaan atau negara ini boleh terus atau kekal

sekular dengan adanya peruntukan mengenai Islam. Ini kerana negara

sekular ialah negara yang tidak mahu dikaitkan dengan apa bentuk agama

dan kerohanian. Walaupun peruntukan mengenai Islam yang ada tidak

menjadikan perlembagaan atau negara ini Islam, ia memberi beberapa

kelebihan dan keistimewaan kepada Islam dan penganutnya. 33 Sifat utama

negara sekular pula menghalang penyertaaan negara di dalam soal-soal

agama termasuk kedudukan istimewa, bantuan kewangan dan lain-lain

31
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 6
32
Abdul Aziz Bari, op.cit,, ms 9
33
Abdul Aziz Bari, op.cit,, ms 10

13
seperti yang boleh dilihat di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat dan

India, dua buah negara yangs ecara rasmi mengaku sebagai sekular34.

ii. Berkenaan Perkara 3, ia telah disebut sebelum ini. Sebagai penambahan

perbincangan, hujah yang dikemukakan ialah bunyi Perkara 3 (1) ‘Islam

ialah agama bagi Persekutuan..’ seolah-olah mengisyaratkan negara ini

mempunyai agama atau anutan tertentu seperti seorang manusia. Ia juga

semacam memberi isyarat bahawa Islam menjadi tunjang kepada falsafah

atau ideologi negara. Justru seperti seorang manusia, ia perlu

melaksanakan tuntutan agama. Oleh kerana peruntukan berkenaan merujuk

kepada agama Islam, ia harus dilihat dalam konteks Islam. Agama menurut

Islam merujuk kepada ‘kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta

kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya. Agama juga

didefinisikan sebagai hubungan seseorang dengan Penciptanya, sesuatu

yang menyebabkan wujudnya tanggungjawab ke atas individu itu. Dalam

menangani persoalan tanggungjawab itu, rujukan mesti dibuat kepada

doktrin agama berkenaan. Dalam konteks peruntukan mengenai Islam,

rujukan perlu dibuat terhadap sumber-sumber Islam iaitu al-Quran, Sunnah

dan seterusnya. Perkataan ‘rasmi’ pula boleh dikatakan sebagai kedudukan

yang mewujudkan tanggungjawab atau hak. Rasmi juga merujuk kepada

sesuatu yang diisytiharkan, ditentukan atau disahkan oleh pihak yang

berkuasa.35 Tetapi mungkin yang kelihatannya menjadi penghalang dan

sekatan terhadap Perkara 3(1) ialah Perkara 3(4) yang memperuntukkan

bahawa ‘Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan mana-mana

peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.’ Dan Perkara 4(1) yang

34
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 16
35
Abdul Aziz Bari, op.cit, , ms 12-13

14
menyatakan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang utama

persekutuan36.

iii. Perkara 150(6A) melindungi hal-hal berhubung dengan Islam, walaupun di

dalam keadaan darurat. Perisytiharan darurat mempunyai kesan

menggantung sebahagian besar peruntukan-peruntukan perlembagaan37.

Peruntukan di bawah Perkara 150 (6A) ini menarik kerana Perkara 3(4) di

atas kelihatan seolah-olah hendak memenjarakan Islam di dalam

lingkungan tertentu. Perkara 150 (6A) pula sebaliknya nampak semacam

hendak melindungi kedudukan Islam38.

iv. Meskipun perlembagaan tidak menetapkan Yang di-Pertuan Agong

sebagai ketua agama bagi seluruh persekutuan, perlembagaan meletakkan

tanggungjawab ke atas baginda supaya menjaga agama Islam seperti

dalam sumpah jawatan berkenaan39.

v. Berkenaan undang-undang syariah, perlembagaan tidak menyebut ia tidak

boleh dilaksanakan. Bagaimanapun, oleh kerana undang-undang jenayah

terkandung dalam Kanun Keseksaan dan ia adalah undang-undang umum

yang terpakai kepada semua orang, maka dengan sendirinya undang-

undang syariah diketepikan. Bidangkuasa mahkamah Syariah juga terbatas

seperti dalam Akta Mahkamah Syariah 1965. Statut-statut ini yang

membataskan ruanglingkup hukum syariah40. Justru, ia perlu dipinda

bersama-sama peruntukan yang lain bagi membolehkan hukum syariah itu

didaulatkan.

36
Abdul Aziz Bari, op.cit,, ms 13
37
Lihat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 150 (4), (5), (6)
38
Abdul Aziz Bari, op.cit,, ms 15
39
Abdul Aziz Bari, op.cit,ms 16
40
Abdul Aziz Bari, op.cit, ms 15

15
Kesimpulan:

Peruntukan berkenaan Islam yang sedia ada di dalam Perlembagaan adalah satu

peluang bagi para pembuat dasar, pengamal undang-undang dan penafsir undang-

undang menegakkan fungsi sebenar Islam dalam seluruh aspek kehidupan sejajar

dengan semangat dan sifat Islam itu sendiri. Usaha bersungguh dari semua pihak

perlu digembeling bagi merealisasikan hasrat besar ini. Kesilapan dan kealpaan akan

memberi ruang kepada mereka yang jahil atau anti-Islam menggunakan aspek

undang-undang dan perlembagaan bagi menidakkan fungsi Islam dalam

Perlembagaan dan seterusnya meruntuhkan Islam dari asasnya lagi.

16
Bibliografi:

 Abdul Aziz Bari, Islam Dalam Perlembagaan Malaysia, Intel Multimedia and

Publication, Petaling Jaya, 2005 Cetakan 1

 Ahmad Ibrahim, Sistem Undang-Undang di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. 1986

 Aminuddin Ruskan al-Dawamy, Syariah dan Perundangan, Cetak Ratu Sdn

Bhd, Johor 1998

 Jurnal Hukum JH (1407)H Jld V Bhg II

 Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia,

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997,

 Mohd Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam, Pustaka Haji Abdul Majid,

Kuala Lumpur, 1999. Cetakan 1

 Syed Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu, Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972

 Tun Salleh Abas, ‘Traditional Elements of the Malaysian Constitutions’ dalam

Mohamed Suffian, H.P. Lee dan Trindade (ed) The Constitution of Malaysia:

Its Development 1957-1977, Kuala Lumpur, Oxford University Press. 1986

www.tamanilmu.com

17

You might also like