You are on page 1of 3

Kepentingan Mendaulatkan Perlembagaan Negara.

Nama: Amirul Shafiq Bin Muhamad Saiful

Program: Teknologi Automotif

No.Ic: 050423-10-1483

Nama Pensyarah: Puan Samsiah Maju

Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang dibentuk berasaskan Perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan. Undang-undang bertulis ini telah
diperkenalkan sebagai Perlembagaan Malaysia pada 16 September 1963 bersamaan dengan Hari
Malaysia. Negara lain seperti Jerman, Autralia dan Kanada juga mempunyai perlembagaan
persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi dalam membentuk negara masing-masing. Bahkan,
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia telah dirangka dan dikenali sebagai Piagam Madinah. Ia
merupakan rangka yang menetapkan hubungan rakyat dengan entiti pemerintahan negara yang
dipersetujui bersama. Undang-undang ini juga mewujudkan sempadan antara kuasa persekutuan
dengan badan eksekutif dan badan perundangan. Oleh itu, wajar untuk dibincangkan kepentingan-
kepentingan Perlembagaan Malaysia kepada semua.

Antara kepentingan utama Perlembagaan Malaysia adalah mengukuhkan perpaduan antara kaum.
Umum sedia maklum, rakyat yang menetap di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan
agama. Setiap di antara kita mempunyai perbezaan dari setiap aspek dan generasi terdahulu iaitu
nenek dan moyang kita berjaya menunjukkan sifat toleransi serta telah mewujudkan masyarakat
majmuk walaupun dalam kesusahan hidup pada ketika itu. Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia,
hak dan kebebasan warganegara terjamin. Sebagai contoh, warganegara Malaysia berhak mendapat
perlindungan yang sama rata daripada pihak berkuasa seperti polis dan tentera supaya keselamatan
diri dan negara terjamin. Selain itu, setiap warganegara berhak untuk menganuti agama masing-masing
dan tiada diskriminasi yang akan timbul sehingga menyentuh sentimen perkauman yang akan
menggugat keamanan negara. Izharnya, undang-undang bertulis ini mustahak dalam memastikan
setiap ahli masyarakat menjaga tata tertib dan menghormati hak masing-masing dalam menjalani
kehidupan di Malaysia.
Kepentingan lain Perlembagaan Malaysia adalah memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang
adil dan telus dapat dilaksanakan. Malaysia menerusi Kerajaan Persekutuan yang dibentuk adalah
berlandaskan kepada demokrasi berparlimen. Perkara ini dapat dijalankan melalui proses pilihan raya
yang memberikan hak kepada rakyat untuk memilih wakil masing-masing. Seterusnya, parti yang
mempunyai majoriti kerusi di parlimen akan membentuk kerajaan persekutuan dan menjalankan tugas-
tugas eksekutif negara. Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, kita juga mempunyai sistem Raja
Berperlembagaan di mana Yang Di Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk menjadi
ketua negara dan mempunyai bidang kuasa seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Sistem yang mempunyai tempoh masa iaitu sepanjang lima tahun sepenggal adalah adil dalam
memberi peluang dan ruang kepada mereka yang berkuasa untuk memerintah dan mentadbir negara
ke arah kemajuan yang lebih baik daripada sebelum ini. Kesannya, pertindihan atau pemusatan kuasa
dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dapat dielakkan serta rakyat boleh menentukan hala
tujuan politik negara.
Di samping itu, Perlembagaan Malaysia juga penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan
ekonomi negara yang memberi manfaaat kepada rakyatnya. Menurut persetujuan yang dicapai dalam
Perlembagaan Malaysia, terdapat peruntukan dari segi hak sebagai warganegara dalam peluang
pendidikan dan pekerjaan. Perkara ini menunjukkan bahawa undang-undang itu berperanan dalam
menganal pasti hak sosial yang wajar diperoleh. Selaras dengan Perlembagaan Malaysia, polisi dan
dasar-dasar kerajaan yang digubal seharusnya menguntungkan rakyat dan kesejahteraan hidup dapat
dicapai. Situasi ini memeberikan imej yang baik dimiliki oleh negara di mana ia bakal menarik minat
pelabur asing untuk melabur di dalam negara. Secara langsung, peluang pekerjaan dicipta untuk
masyarakat tempatan dan pertumbuhan ekonomi domestik akan bercambah. Intihannya, berlandaskan
undang-undang yang baik, kita mampu merencana kemajuan dalam diri, organisasi mahupun negara
dan mendapat manfaat terbaik di atas hasil usaha yang dilaksanakan.

Akhir sekali, Perlembagaan Malaysia berperanan dalam mengekalkan hak keistimewaan golongan
bumiputera iaitu orang Melayu, Sabah dan Sarawak. Dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, hak
istimewa yang disebut merangkumi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain. Misalnya, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia telah diangkat
sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Persekutuan. Walau
bagaimanapun, kaum lain bebas untuk menganuti agama masing-masing dan bersifat hormat-
menghormati antara satu sama lain. Tambahan pula, kita mempunyai Rukun Negara di mana
kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan adalah rukun yang wajib dipatuhi oleh
warganegara Malaysia. Natijahnya, golongan bumiputera seharusnya bersyukur dan menggunakan hak
keistimewaan yang diperoleh dengan baik serta tidak menindas hak golongan lain. Jika nilai hormat
yang kita berikan kepada sesorang, nescaya kita akan mendapat semula penghormatan tanpa perlu
meminta-minta.
Secara tuntasnya, Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang memberikan
pelbagai kepentingan kepada kita sebagai rakyat dan juga pemerintah serta pentadbiran negara. Setiap
rakyat yang bergelar warganegara Malaysia hendaklah memahami dan menguasai sejarah
pembentukan negara kita serta mengambil iktibar daripadanya. Pada hemat saya, kesepakatan dan
perpaduan antara semua akan membawa kita ke arah yang lebih baik berbanding daripada bergerak
secara berpecah-belah. Persis kata peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, walau
di mana kita berpihak, kita seharusnya sedar bahawa tanah yang kita pijak dan langit yang dijunjung
adalah pinjaman daripada Tuhan buat sementara sahaja. Tiada apa yang kekal selamanya tetapi
mencapai kemajuan sejagat adalah perkara yang mampu dan wajib menjadi agenda utama masyarakat
yang inteligensia.

You might also like