You are on page 1of 2

1.

Berikan definisi dan konsep Perlembagaan Persekutuan Mengikut kamus dewan edisi keempat, dari sudut bahasa perlembagaan

boleh didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri[1]. Manakala, dari segi istilah pula, perlembagaan membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu.

Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Ia berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, sistem berpolitik, bentuk sesebuah kerajaan serta menjamin perlindungan rakyat. Tanggungjawab serta kewajipan setiap rakyat terhadap negara turut dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasa hubungan baik antara etnik di Malaysia.

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintah dan pentadbiran sebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintah, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan terdiri daripada semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Perlembagaan Persekutuan 1957 ini telah dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963.

2.

Jelaskan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu

sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. (Mohd Salleh Abas, 198 Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu iaitu untuk maksud urusan rasmi. Ia disentuh dalam perlembagaan melalui perkara 152. Namun begitu ia tetap melindungi bahasa-bahasa lain serta memperuntukkan tiada siapa boleh melarang atau ditahan daripada menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain. Agama Islam ialah agama rasmi bagi persekutuan. Ia termaktub dalam perkara 3(1). Perkara 3 telah memperuntukkan suatu fasal imbangan bahawa agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Setiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan agamanya sendiri. Unsur seterusnya ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia termaktub dalam perkara 153. Menurut perlembagaan hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain. Unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia juga meliputi pemerintahan beraja. Pemerintahan beraja ini telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik. Institut beraja terus dikekalkan selepas kemerdekaan di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi. Raja berperlembagaan merupakan raja yang bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan. Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

You might also like