You are on page 1of 1

kepentingan perlembagaan persekutuan

Antara kepentingan perlembagaan persekutuan ialah menjamin kestabilan


negara.Perlembagaan juga merupakan asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta
penggubalan undang - undang .unsur- unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi
memupuk perpaduan di antara kaum seperti bahasa kebangasaan,agama, hak
istimewa orang melayu dan pemerintah beraja.

Seterusnya, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak berbelah
bagi kepada negara. Semua rakyat telah dingatkat secara langsung atau tidak
langsung mengenai matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai sifat
sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri
meraka .

Selain itu, bahasa melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam perkara 152
perlembagaan Malaysia . Bahasa melayu sebagai bahasa kebagsaan tidak
menjejaskan penggunaan bahasa ibunda untuk kaum lain malah adalah dijamin
oleh perlembagaan Malaysia . Juga rasional pemilihan bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan adalah kerana bahasa melayu menjadi lingu franca di nusantara
sejak berabad – abad lamanya , juga lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal.

Di samping itu , perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang telah


sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara. Raja mempunyai
kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang berfungsi sebagai badan
penasihat. Impak penjajahan british ke atas negara adalah kurangkan kuasa raja.
Setelah negara mencapai kemerdekaan ,institusi beraja terus dikekalkan sebagai
raja berpelembagaan selaras.

Akhir sekali, kedudukan istimewa orangmelayu dan bumiputera sabah dan


Sarawak pula disentuh dalam perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan
dalam perkhidmatan awam , biasiswa ,pendidikan , perniagaan , dan kemudahan
khas lain yang diberikan. Perkara ini juga melindungi hak-hak mereka yang
menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika
mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa.

You might also like