You are on page 1of 3

SJHK 3163 Perlembagaan Malaysia Siri 1

Kewujudan perlembagaan dari segi sejarahnya adalah berdasarkan kepada tolak ansur antara
kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu, bahasa melayu, agama
islam dan lain-lain lagi. Namun begitu apakah tujuan sebenar pelembagaan diwujudkan?

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan menjadi


asas kepada penubuhan sesebuah kerajaan Perlembagaan juga merujuk kepada dokumen
rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.

Antara tujuan perlembagaan diwujudkan ialah untuk membentuk satu bentuk


pemerintahan yang adil. Hal ini kerana, Kewujudan perlembagaan dari segi sejarahnya adalah
berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang
melayu, bahasa melayu, agama islam dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, walaupun Perlembagaan
memperuntukkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama rasmi negara
(Bahagian 1, Perkara 3 (1)), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. Dalam pada
itu, Peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (Perkara 152) juga ada
kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan. Manakala dalam perkara
hak keistimewaan orang melayu, YDPA tidak sahaja menjaga kepentingan Orang Melayu,
tetapi kaum bukan Melayu juga mendapat perlindungan yang sewajarnya. Oleh hal yang
demikikan, peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan
tidak menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.

Selain itu, perlembagaan diwujudkan adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa


oleh pemerintah. Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa
peruntukan tertentu yang khas untuk Yang di-Pertuan Agong, Raja dan Yang di-Pertuan Negeri.
Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan
mereka adalah tertakhluk kepada Perlembagaan (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Jadi ini
dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Pada menjalankan fungsinya di
bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah
bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di
bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh
Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat
apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan persekutuan yang boleh didapati oleh
Jemaah Menteri.

Dengan adanya perlembagaan juga ianya mampu mengawal pergerakan kerajaan dan
rakyat. Hal ini dapat dilihat, Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja memperuntukkan kuasa
kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (Bahagian 2, Perkara 5-
13). Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat
mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Dalam hal ini, pemerintah ada had
perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada perkara
yang mereka boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Di samping itu, perlembaagaan adalah sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.


Demikian kerana, perlembagaan sesugguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara
dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan negeri.
Malahan apa-apa masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman
kepada seseorang warganegara adalah berdasarkan Perlembagaan.

Seterusnya, perlembagaan dapat menjamin riwayat negara bangsa. Perlembagaan


sememangnya berperanan penting dalam membentuk hala tuju perjalanan pentadbiran negara.
Malahan perlembagaan sendiri adalah asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia.
Justeru itu, pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia
kerana ia telah mencorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara.

Akhir sekali, tujuan perlembagaan diwujudkan ialah untuk menjamin keamanan dan
kestabilan negara. Perlembagaan yang berfungsi sebagai alat penyelesai masalah, mengawal
kedudukan rakyat dan pemerintah, alat penyelesai masalah sesungguhnya telah berjaya
membentuk kemanan dan kestabilan negara. Ini memandangkan terdapat sekatan dalam
perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka
diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Tetapi kebebasan dan keistimewaan ini ada
hadnya apabila adanya perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan
mereka (Bahagian 2, Perkara 10 : Kebebasan bercakap. Berhimpun dan berpersatuan).

You might also like