You are on page 1of 13

KURSUS:

PPPSU 1203 SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA


SEMESTER 1 SESI 2022/2023

KUMPULAN 3

TAJUK:
PERANAN DAN FUNGSI YANG DIPERTUAN AGONG

PENSYARAH:
PROF MADYA DR MOHD AL ADIB SAMURI

NAMA AHLI KUMPULAN:


NUR AMIRA ATHIRAH BINTI NAZARRUDDIN (A194030)
NOR IFFAH BINTI EDRUS (A193779)
SITI KHADIJAH BINTI ZAKARIA ANSORI (A196539)
ABSTRAK

Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja berperlembagaan, baginda mempunyai


beberapa peranan yang amat penting bagi memastikan institusi di Malaysia kekal menjadi aset
yang berharga kepada rakyat dan negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan dan
fungsi Yang di-Pertuan Agong di Malaysia sebagai ketua negara. Metodologi kajian yang
digunakan adalah kaedah perpustakaan dan mencari maklumat secara atas talian. Kaedah-kaedah
yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk memperoleh data-data secara mendalam mengenai
kajian daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku, artikel, jurnal dan laman web. Dapatan
kajian menunjukkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang
dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang
kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Seterusnya peranan dan fungsi Yang di-
Pertuan Agong tidak tertumpu kepada tiga cabang itu sahaja tetapi baginda juga mempunyai kuasa-
kuasa lain seperti pelantikan perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya,ketua angkatan tentera dan
ketua agama islam . Kesimpulannya, peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong sangat penting
bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin seperti memelihara hak keistimewaan orang
melayu supaya keamanan dan kesejahteraan rakyat umum terpelihara. Selain itu, menjaga
kepentingan masyarakat, hal ini kerana baginda adalah simbol kepada perpaduan masyarakat
Malaysia. Tambahan pula, sebagai seorang ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai
amanah yang besar di sisi Islam untuk melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan dengan penjagaan
agama dan pengurusan kehidupan rakyat berdasarkan panduan syariat Islam.

i
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1 ABSTRAK
i

2 ISI KANDUNGAN
ii

3 1.0 PENGENALAN
1-2

4 2.0 KUASA EKSEKUTIF YANG DI-PERTUAN AGONG


3-4

5 3.0 KUASA PERUNDANGAN YANG DI-PERTUAN AGONG


4-5

6 4.0 KUASA KEHAKIMAN YANG DI-PERTUAN AGONG


6

7
5.0 KUASA-KUASA LAIN YANG DI-PERTUAN AGONG 7-8

8 6.0 KESIMPULAN
9

9 RUJUKAN
10

ii
1.0 PENGENALAN

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Gelaran rasmi penuh baginda adalah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Raja Berperlembagaan bermaksud
sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai
ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica,
atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai
eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara sistem beraja mengikut
perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri, manakala raja
sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Selain itu, jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid
yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul
berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan
Institusi Raja-raja Melayu. Sejarah Pelantikan Yang di-Pertuan Agong ialah baginda dipilih
mengikut kaedah-kaedah dan cara yang di tentukan dalam jadual ketiga perlembagaan. Malaysia
satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara. Sistem
penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong akan berubah setiap lima tahun. Dimana sistem
penggiliran ini menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan dengan konsep moden
berasaskan perlembagaan.
Seterusnya, sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang
dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Penggiliran asal adalah seperti berikut, yang mengikut kekananan tempoh
pemerintahan Raja-Raja Negeri ketika dipilih, tetapi atas urusan-urusan tertentu di dalam
Mesyuarat Raja-Raja Melayu seperti penolakan dan sebagainya, sistem penggiliran berlaku
rombakan dan diputuskan ke dalam sistem penggiliran pertama yang sembilan. Kebiasaannya,
Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan dipilih, tetapi peraturan itu tidak lagi digunapakai
selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini
berakhir selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-9 pada tahun 1994. Selepas itu senarai yang
penggiliran baharu disusun semula dan tidak lagi mengikut kekananan tempoh pemerintahan Raja-
Raja Negeri. Senarai yang digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri

1
yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada tahun 1957 hingga
1994 mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Walau bagamanapun, penggiliran ini
masih tertakluk kepada perkenan dan undi rahsia ketika Mesyuarat Pemilihan Majlis Raja-Raja.
Disamping itu, kedudukan Yang di-Pertuan Agong seolah-olah seorang Raja dan Presiden.
Negeri-negeri Melayu diketuai oleh seorang Raja Melayu tetapi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah dibawah Yang di-Pertuan Agong. Yang
di-Pertuan Agong dipilih secara bergilir-gilir lima tahun sekali oleh Majlis Raja-Raja di kalangan
sembilan Raja-Raja Melayu yang ada. Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa
yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan
fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat semasa
menjalankan tugasnya sebagai ketua agama Islam. Tiada peruntukan yang jelas dalam
Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut
budi bicaranya pada menjalankan fungsi-fungsinya sebagai ketua agama Islam seperti yang
dinyatakan oleh Perlembagaan Negeri mengenai kuasa budi bicara Raja Raja Melayu sebagai
ketua agama Islam di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong juga boleh bertindak
menurut budi bicaranya semasa menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam. Oleh kerana itu,
Yang di-Pertuan Agong boleh menolak nasihat yang salah dan bertentangan dengan
tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh baginda untuk memelihara kesucian ajaran
Islam pada setiap masa.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai pelbagai peranan dan kelebihan dalam
sesuatu perkara, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh baginda iaitu baginda
tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya sebagai
Ketua Agama Islam Selain itu, baginda tidak boleh meminda Perlembagaan Negerinya dan
melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja. Baginda juga tidak boleh
memegang apa-apa jawatan yang boleh mendatangkan apa-apa saraan, mengambil bahagian
dengan giat dalam apa-apa perniagaan dan meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas
hari tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja kecuali atas lawatan negara yang lain. Kesimpulannya,
kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti peranan dan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong
seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

2
2.0 KUASA EKSEKUTIF YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara yang memainkan peranan
mustahak dalam pentadbiran Malaysia. Kuasa Eksekutif atau dikenali sebagai kuasa pentadbiran
di bawah bidang Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk dalam peruntukan undang-undang
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh Menteri-Menteri
yang diberi mandat kuasa oleh Jemaah Menteri.

Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong juga akan melantik sebuah Jemaah Menteri sebagai
penasihat dalam melaksanakan peranannya mengikut Perkara 43(1) Perlembagaan
Persekutuan.YDPA hendaklah menjalankan pemerintahannya mengikut nasihat Jemaah Menteri
dan juga mempertimbangkan nasihat yang diberi oleh ahli Jemaah Menteri. Selain itu, Yang di-
Pertuan Agong juga bertakhta dalam semua perkara di mana Parlimen membentuk undang-undang
di bawah Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama pada Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan dalam mengerjakan tugasnya mengikut Perkara 93 hingga Perkara 95 Perlembagaan
Persekutuan.

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong berperanan di bawah undang-undang persekutuan


yang memperoleh hak kuasa dalam perlantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka,
Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung di dalam butiran 19 A(1) Jadual Kelapan
Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan tugas Yang di-Pertuan Agong mengumumkan
Perisytiharan Darurat (Proclamation of Emergency) apabila memperhatikan keadaan darurat yang
serius di samping mengancam keselamatan, politik dan ekonomi serta ketenteraman maka
dibenarkan perisytiharan tersebut pada Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan.Merujuk kes
Teh Cheng Poh lwn Public Prosecutor (1979) 1 MLJ 50 dan N.Madhavan Nair lwn Government
of Malaysia, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet,Menteri atau selepas
berunding dengan atau atas saran seseorang atau sesuatu Kumpulan selain kabinet Menteri pada
menjalankan mana-mana fungsinya.

Dalam pada itu,antara tiga fungsi Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak atas kuasa budi
bicaranya ialah pada Perkara Perkara 40 (2) (a)Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong
boleh melantik seorang Perdana Menteri.Kedua,pada Perkara 40 (2) (b) Yang di-Pertuan Agong
bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen Perlembagaan

3
Persekutuan.Ketiga,pada Perkara 40 (2) (c) Yang di-Pertuan Agong meminta mesyuarat Majlis
Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran
raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

3.0 KUASA PERUNDANGAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Kuasa perundangan


Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan
dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Menurut perkara 44 Perlembagaan
Persekutuan Yang di-Pertuan Agong ialah sebagai sebahagian daripada Parlimen di Malaysia.
Oleh kerana itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai beberapa peranan penting dalam Parlimen
yang menjalankan kuasa perundangan persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas penting dalam perlantikan sebahagian besar
ahli Dewan Negara iaitu seramai 44 orang yang terdiri daripada dua orang ahli bagi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli bagi setiap Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya. Selain itu, empat puluh orang ahli yang terdiri daripada mereka yang pada pandangan
Yang di-Pertuan Agong telah berbuat jasa yang cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah
mencapai keunggulan dalam lapangan kerjaya, perdagangan, perusahaan, pertanian, kebudayaan
atau perkhidmatan masyarakat atau mewakili kepentingan kaum-kaum minoriti atau mempunyai
kebolehan mewakili kepentingan orang asli.

Mengikut Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh


membatalkan kelayakan ahli Parlimen tertakluk kepada peruntukan tertentu dan mengikut perkara
55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab

4
memastikan Parlimen bersidang bagi melaksanakan tugas-tugasnya. Justeru itu, Yang di-Pertuan
Agong hendaklah memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa. Parlimen tidak boleh
dibiarkan berlalu selama enam bulan tanpa sebarang mesyuarat di antara persidangan yang akhir
dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertama dalam penggal yang
berikutnya.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memberhentikan dan mempersetujui
pembubaran Parlimen. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh berbuat demikian tanpa
sebab melainkan seperti contoh berikut iaitu keputusan pembubaran parlimen dibuat berikutan
sikap tidak wajar yang telah ditunjukkan oleh 12 Menteri, dimana mereka telah mengutuskan
warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
dan salah satunya tujuan pembubaran ini adalah untuk menghalang daripada tercetusnya
ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Seterusnya, baginda boleh memberikan ucapan dalam mana-mana majlis parlimen iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk
memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara
sebelum diisytiharkan menjadi undang - undang yang sah. Semua perlaksanaan undang -undang
yang diluluskan oleh Parlimen perlulah diperkenankan oleh baginda sebelum dikuatkuasakan.
Baginda mestilah memperkenankan undang – undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas
diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang – undang,
baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula

5
4.0 KUASA KEHAKIMAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penting dalam bidang kehakiman. Antara
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut Perkara 122B (1) Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,
Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Selain itu, baginda melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah
Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan.
Seterusnya, mengikut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih dari 66 tahun.
Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah hakim mencapai umur
66 tahun. Walaupun begitu, mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan
Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya
melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas
menerima laporan tribunal, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim
itu daripada jawatannya dan Yang di-Pertuan Agong juga boleh menggunakan budi bicara baginda
untuk menerima ataupun menolak cadangan-cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau
mengekalkan jawatan hakim itu.
Akhir sekali, di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera,
semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan, semua kesalahan yang dibicarakan di
Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

6
5.0 KUASA-KUASA LAIN YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan boleh


mengeluarkan Pengisytiharan Darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar atas
sebab keselamatan negara, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam sebagai contoh Yang di-
Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan
supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk
membendung gejala wabak Covid-19 setelah memperhalusi penjelasan Perdana Menteri dan
pegawai tertinggi kerajaan.

Seterusnya, selain daripada berperanan sebagai ketua agama Islam di Wilayah-Wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Yang di-Pertuan Agong juga Mengikut
perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama
Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah
termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Negeri. Malah Yang di-Pertuan Agong turut kekal
menjalankan fungsinya sebagai ketua agama Islam di negerinya menurut budi bicara sendiri
walaupun baginda dikehendaki melepaskan fungsi-fungsi lain sebagai Raja Negeri setelah dipilih
sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen boleh menubuhkan Majlis untuk menasihat Yang
di-Pertuan Agong mengenai perkara berkaitan dengan Agama Islam.

Disamping itu, menurut perkara 41 Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong


merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Meskipun begitu, baginda tidak boleh
memerintah Angkatan Tentera Persekutuan menurut kehendak peribadinya mahupun
mengeluarkan arahan yang berhubungan dengan operasi ketenteraan secara langsung. Majlis
Angkatan Tentera bertindak di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong. Dengan itu, Yang di-
Pertuan Agong bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan, tatatertib, pentadbiran dan perkara-
perkara lain mengenai angkatan tentera. Oleh kerana itu, peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan merupakan kuasa fungsional yang bersifat
simbolik.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan
menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua
kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Sebagai contoh,

7
Yang di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa pengampunan kepada individu yang dijatuhi
hukuman atau disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah
bagi negeri baginda sendiri, negeri-negeri yang tidak beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kuasa pengampunan bagi
Mahkamah Awam hanya di Wilayah Persekutuan sahaja. Lain-lain ialah bidang kuasa
pengampunan sama ada Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi setiap negeri.

Akhir sekali, di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Yang di-Pertuan Agong
mempunyai tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan
kepentingan orang bukan Melayu. Sebagai contoh perana Yang di-Pertuan Agong ialah
menyediakan kesahan dari segi undang-undang bagi segala polisi dan program pelaksanaannya
dalam rangka membantu orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

8
6.0 KESIMPULAN

Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja berperlembagaan. Dimana peranan dan
fungsi Yang di-Pertuan Agong sangat penting bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa
terjamin. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan
utama sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam pembentukan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Malahan kita dapat lihat bahawa Yang di-Pertuan Agong juga merupakan
lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Oleh hal yang demikian, peranan ini perlu
difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya pada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa.
Sebagai rakyat haruslah mengetahui dan mendalami tentang sistem Perlembagaan Malaysia
supaya dapat mengekalkan keharmonian negara.

Selain itu, pembahagian peranan ketua negara itu sebaliknya bertujuan menjelaskan
keutamaan peranannya yang menjadi tanggungjawab asasi ketua negara. Lantaran itu,
perlaksanaan semua tugas ketua negara yang lain hendaklah selari dan tidak boleh sama sekali
mengikut kepentingan peribadinya dan Yang di-Pertuan negara haruslah bertindak mengikut
perlembagaan semasa menjalankan pelbagai peranannya untuk menguruskan hal-ehwal
pentadbiran negara agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa. Maka hal ini jelaslah menunjukkan
bahawa dengan wujudnya pemerintah yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah dengan
baik maka pentadbiran dan urusan negara juga akan berjalan dengan lancar.

9
RUJUKAN

Noor Aziah Mohd Awal, 2003, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia, Selangor:

International Law Book Service

Tunku Sofia Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican. An Introduction to the Constitution

of Malaysia

Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned, 2015, Sistem Undang-undang di Malaysia. Edisi Kedua,

Selangor: Karisma Production Sdn. Bhd

Mohd. Salleh Abas, 1985, Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Tn Hj. Md Lasa Bin Yahya, Sumaiyah Maisarah, Sara Fieya, 2020, Nota Minda dan Lembaran

Praktis Pengajian Am, Selangor: Local Publications (M) Sdn Bhd

Tun Mohamed Suffian b Hashim, 1984, Mengenal Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Salleh Abas, Haji Salleh Buang, 1997, Prinsip Perlembagaan Pemerintahan Malaysia,

Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka

10

You might also like