You are on page 1of 20

MARKAH

BML 3132 PENGANTAR BAHASA DAN LINGUISTIK

STATUS DAN DASAR BAHASA

OLEH

TUAN ZURAIQHAA BINTI TUAN MUTER


D20192090891
Kumpulan A

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Semester 1 2019/2020
Kandungan

Muka surat

SENARAI JADUAL i

SENARAI RAJAH ii

SENARAI SINGKAT iii

BAB 1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang

1.3 Objektif

1.4 Batasan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Definisi Konsep

1.7 Rumusan

BAB 2.0 HURAIAN DAN PERBINCANGAN

2.1 Menerangkan tentang perancangan status bahasa

2.2 Menjelaskan tentang sejarah penentuan dasar bahasa di Malaysia

2.4 Rumusan

BAB 3.0 KESIMPULAN

3.1 Rumusan

3.2 Keberkesanan
BIBILIOGRAFI

LAMPIRAN
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Perenggan 152, para satu di dalam

Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa bahasa Melayu dinaikkan taraf

sebagai bahasa kebangsaan. Perkara 152 mengandungi 6 fasal utama iaitu:

(a) Fasal 1 “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis di

dalam apa-apa tulisan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Parlimen”.

Walaupun terdapat peruntukan bagi kegunaan bahasa Melayu tetapi bahasa-

bahasa lain masih boleh terus digunakan untuk maksud-maksud tidak rasmi.

Kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri boleh meneruskan dan

memelihara bahasa kaum di Persekutuan. “Walau apa pun peruntukan Fasal 1,

selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka dan selepas daripada itu

sehingga selainnya diperuntukkan oleh parlimen, bahasa Inggeris boleh

digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan Negeri dn bagi

maksud rasmi yang lain.”

(b) Fasal 2 “Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun

selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya

diperuntukkan oleh Parlimen, naskah yang sahih: Bagi segala rang undang-

undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang

hendak dicadangkan di dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan Bagi segala

Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang hendak dikeluarkan oleh

kerajaan Persekutuan, hendak di dalam bahasa Inggeris”

(c) Fasal 3 “Walau apa pun peruntukan Fasal 1, selama tempoh sepuluh tahun

selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya

diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbincangan di dalam mahkamah.

1
(d) Fasal 4 “persekutuan atau mahkamah tinggi hendaklah dijalankan di dalam

bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi

kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil di dalam bahasa yang

digunakan oleh saksi tidak payah diterjemahkan atau direkodkan di dalam

bahasa Inggeris.”

(e) Fasal 5 “Walau apa pun peruntukan Fasal 1, sehingga selainnya

diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbincangan di dalam mahkamah rendah

lain daripada mengambil keterangan hendaklah dijalankan di dalam bahasa

Inggeris.”

(f) Fasal 6 “…maksud rasmi, ertinya apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada

kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuk apa-apa maksud

sesuatu pihak berkuasa”. Dengan perakuan ini, khususnya di dalam Fasa 1,

Perlembagaan Persekutuan, maka bermulalah era baru untu bahasa Melayu

yang sebelum ini hanya menjadi bahasa pinggiran di tanah air sendiri. Sebagai

bahasa kebangsaan, taraf pemakaiannya dinaikkan. Ia menjadi bahasa rasmi,

bahasa pendidikan dan bahasa perhubungan seluruh rakyat Malaysia. Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67 mengenai perkara yang sama berkuat kuasa

mulai 11 April 1963 dan mengandungi tiga seksyen utama iaitu sistem tulisan

bahasa kebangsaan, angka dan bahasa borang rasmi kerajaan. Pada tahun

1967, satu lagi akta bahasa kebangsaan diluluskan dan dikenali sebagai Akta

Bahasa Kebangsaan 1967. Akta ini berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia

pada 1 September 1967. Gabungan kedua-dua akta ini dikenali sebagai Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67. Ia mula dikuatkuasakan pada 1 Julai 1971.

Antara perkara utama yang terdapat dalam akta ini ialah:

2
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti digunakan di dalam

semua urusan rasmi.

 Akta ini membenarkan terjemahan ke bahasa lain dibuat untuk surat-

surat dan perutusan-perutusan kerajaan bagi tujuan kepentingan umum.

 Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa

Inggeris dilanjutkan bagi maksud-maksud rasmi sekiranya difikirkan

perlu.

 Yang di-Pertua Dewan Negara, Dewan Rakyat atau Dewan Negeri

boleh membenarkan ahli-ahli dewan menggunakan bahasa Inggeris

ketika berucap atau perbahasan di dewan mereka.

 Teks undang-undang sama ada yang dipinda, yang diluluskan oleh

Parlimen atau Dewan Undangan Negeri hendaklah dalam bahasa

kebangsaan dan bahasa Inggeris. Teks dalam bahasa Melayu adalah

sahih kecuali Yang Dipertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada

secara am atau bagi undang-undang tertentu.

 Bagi undang-undang yang diterjemahkan ke bahasa kebangsaan

sebelum 1 September 1967, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan

sebagAi sahih.

 Perbicaraan di mahkamah boleh dijalankan dalam bahasa kebangsaan

atau bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali atau dengan kehendak

mahkamah atau pihak-pihak yang terlibat setelah menimbangkan

keadilan perbicaraan itu.

 Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi tetapi tulisan jawi

tidak akan dihalang.

3
 Borang-borang terjemahan daripada bahasa Inggeris dan borang-

borang berbahasa Inggeris yang dibuat atas arahan Perdana Menteri

boleh digunakan bagi maksud borang tersebut.

Dasar bahasa pula adalah Dasar Bahasa di Malaysia ialah bahasa Melayu

merupakan bahasa kebangsaan negara. Sebagai bahasa kebangsaan negara,

Bahasa Melayu hendaklah digunakan sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan

dan negara. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa

bahasa Melayu ialah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan

peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.

Melalui peruntukan ini, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan untuk

digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud 'rasmi' tersebut ditakrifkan

oleh Perkara 152 sebagai “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan

Persekutuan atau kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu

pihak berkuasa awam”.

Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan

undang-undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan

Akta Bahasa Kebangsaan. Akta Pendidikan (mulanya Akta Pelajaran 1961 dan

kemudian Akta Pendidikan 1996) pula berkaitan dengan pelaksanaan bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Badan

yang diberi amanah secara khusus merancang bahasa Melayu ialah Dewan

Bahasa dan Pustaka (nama asalnya ialah Balai Pustaka), dengan berdasarkan

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (mulanya Ordinan Dewan Bahasa dan

Pustaka

4
1959 kemudian Akta Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Pindaan

dan Peluasan 1995).

1.2 Latar Belakang

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji tentang status dan dasar bahasa. Pertama

sekali, pengkaji akan mengkaji tentang perancangan status bahasa yang

dibincangkan dalam tugasan ini ialah unsur-unsur perancangan status bahasa dan

perbezaan status bahasa antara dua zaman iaitu zaman sebelum merdeka dan

zaman selepas merdeka. Selain itu, pengkaji turut memperincikan tentang sejarah

penentuan dasar bahasa di Malaysia dihuraikan melalui persetujuan yang

dicapai iaitu bersandarkan kepada beberapa faktor

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:

a) Menerangkan tentang perancangan status bahasa

b) Menjelaskan sejarah penentuan dasar bahasa di Malaysia

c) Rumusan

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini memfokuskan mengenai status dan dasar bahasa yang dibahagikan

kepada beberapa subtajuk iaitu menerangkan tentang perancangan status bahasa

dan menjelaskan sejarah penentuan dasar bahasa di Malaysia.

Antara perancangan status bahasa yang dibincangkan dalam tugasan ini

ialah unsur-unsur perancangan status bahasa dan perbezaan status bahasa antara

dua zaman iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka.

5
Perancangan bahasa lebih kepada perancangan pembinaandan pengembangan

bahasa. Dalam konteks Malaysia, perancangan bahasa yang dimaksudkan ialah

pembinaan dan pengembangan bahasa melayu baku untuk memenuhi tugasnya

sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta memenuhi unsur-unsur bagi

keperluan negara bangsa Malaysia dalam rangka mencapat matlamat wawasan

2020. Manakala,

sejarah penentuan dasar bahasa di Malaysia dihuraikan melalui persetujuan yang

dicapai iaitu bersandarkan kepada beberapa faktor.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada pembinaan pengetahuan pelajar dalam status dan

dasar bahasa. Maka dengan itu, kajian ini amat penting bagi mendedahkan pelajar

tentang status dan dasar bahasa iaitu menentukan kedaulatan dan pemerkasaan

bahasa, terutamana pengekalan dan peluasan fungsinya sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi, dan wahana ilmu dalam pembentukan peradaban tinggi

seperti yang diterangkan dengan jelas dan tepat seperti dalam objektif kajian.

Selain daripada itu juga, sebagai persediaan menjadi seorang guru Bahasa Melayu,

kajian ini adalah amat penting bagi guru pelatih mendalami bidang ini. Hal ini

kerana, seorang guru hendaklah serba tahu segalanya tentang status dan dasar

bahasa iaitu kedudukan bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa ilmu,

khususnya berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan

negara yang menjadikan bahasa melayu sebagai asas perpaduan kebangsaan

apabila generasi muda memperoleh pendidikan dalam bahasa pengantar utama

yang sama, iaitu bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tambahan pula,

ketetapan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama turut mengisi erti

6
pendemokrasian pendidiakn, dengan pengertian bahawa pelbagai ilmu dapat

disampaikan kepada sebahagian besarrakyat melalui bahasa bersatu.

Di samping itu, kajian ini amat penting sebagai salah satu persediaan

pelajar memantapkan pengetahuan mereka untuk menghadapi peperiksaan untuk

menghadapi peperiksaan di hujung semester kelak. Selaras dengan objektif kajian

ini, diharap kajian ini dapat membantu guru-guru dalam pelbagai aspek.

1.6 Definisi Konsep

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya

diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat

menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor

penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat

dalam mukadimah akta Pendidikan seperti untuk merancangkan satu sistem

pelajaran iaitu bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar yang utama. Di

samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu

bahasa kebangsaan juga timbul daripada semangat kebangsaan yang mahukan

bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa bumiputera. Dasar bahasa kebangsaan

merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar

ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar bahasa

yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah

dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan perluasan

penggunaannya.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152

7
Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa ini juga dianggap bermula dengan

idealisme, iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu menerusi

pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk

satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat

dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara, memupuk ciri-ciri

pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegak persatuan antara kaum-kaum

yang mendiami negara ini dan menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana

komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara.

1.7 Rumusan

Konklusinya, bab ini telah menyentuh mengenai kajian yang akan dilaksanakan

secara menyeluruh, iaitu meliputi pengenalan, latar belakang, objektif kajian,

batasan kajian dan kepentingan kajian dan definisi konsep dalam kajian ini yang

membawa kepada kajian ini dilaksanakan. Perkara-perkara ini sangat penting

sebagai panduan untuk menjalankan kajian ini. Bab ini juga merupakan bab yang

memberi gambaran awal bagi memberikan panduan terhadap kajian yang akan

dilaksanakan mengenai status dan dasar bahasa dalam kalangan guru bahasa.

Status dan dasar bahasa sangat penting dipelajari oleh guru bahasa kerana

guru berperanan dalam mendidik anak bangsa yang bakal menerajui pucuk

pimpinan negara. Tambahan pula, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang wajib

untuk dikuasai oleh semua pelajar. Oleh itu, status dan dasar bahasa ini perlu

dikaji ini bagi mewujudkan generasi yang berilmu dan berpengetahuan dalam

kedudukan bahasa di Malaysia.

8
2.0 HURAIAN DAN PERBINCANGAN

2.1 Menerangkan tentang perancangan status bahasa sebelum dan selepas

merdeka

Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam hubungannya

dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. Perancangan taraf atau status

melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan

hak-hak mereka yang menggunakannya. Hal ini mementingkan peranan yang

dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa. Penggunaan satu bahasa rasmi

merupakan penetapan taraf bahasa dalam sesebuah negara.  Perancangan taraf

bahasa memberi pertimbangan kepada beberapa faktor, iaitu identiti kebangsaan,

pengetahuan bahasa, prestij kebangsaan dan penyertaan bangsa dalam dunia

antarabangsa (Asmah, 1987).  Keputusan yang diambil oleh pihak yang

berwibawa dalam menentukan perancangan taraf bahasa, semangat kecintaan

kepada bahasa ibunda perlulah menjiwai pembuat dasar. Perancangan taraf

Bahasa Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu

zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. 

Perancangan Taraf  Bahasa Melayu Sebelum Merdeka

Bagi zaman pertama, yakni sebelum tahun 1957, Malaysia yang dikenali sebagai

Tanah Melayu berada di bawah penjajahan British. Kerajaan British tidak

membuat sebarang dasar untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh itu usaha perancangan bahasa bersifat

9
individu semata-mata. Usaha-usaha ini dijalankan oleh tokoh seperti Abdullah bin

Abdul Kadir Munsyi. Beliau merupakan orang Melayu yang pertama menyatakan

pendiriannya sikap orang Melayu terhadap Bahasa Melayu. Kesedaran orang

Melayu terhadap bahasanya telah menyebabkan mereka bertindak memajukan dan

memperjuangkan kedudukannya dalam masyarakat Melayu di semenanjung

Tanah Melayu. Kumpulan ini merupakan kumpulan guru dan wartawan Melayu

menggunakan ruang akhbar untuk menyuarakan pandangan mereka. Fungsi dan

perkembangan Bahasa Melayu seperti ejaan, sebutan, istilah, tatabahasa,

perkamusan dan sebagainya sering dijadikan bahan perbincangan. Pertubuhan

yang terlibat pula

ialah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan bahasa (1888), Persaudaraan Sahabat

Pena (1949), ASAS 50 (1950), Lembaga Bahasa Melayu (1950) dan  Persekutuan

Bahasa Melayu Universiti Malaya (1955).  Kegiatan ini  berlangsung dalam

bentuk kongres, iaitu Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952),

Kongres bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 (1954), dan Kongres Persuratan

Melayu Ke-3 (1956). Antara perkara yang telah dicadangkan dalam ketiga-tiga

kongres tersebut meliputi keperluan penggunaan tulisan Rumi bagi Bahasa

Melayu, memorandum penubuhan Balai Pustaka, penyatuan Bahasa Melayu

dengan bahasa Indonesia, dan perkembangan Bahasa Melayu dalam dunia

pendidikan khususnya di sekolah-sekolah rendah dan menengah.  

Perancangan Taraf Bahasa Melayu Selepas Merdeka

Perkembangan perancangan Bahasa Melayu selepas tahun merdeka (1957)

menyaksikan peningkatan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai

10
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Perlembagaan ini hanya membenarkan

penggunaan bahasa Inggeris dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka. Akta

bahasa Kebangsaan 1963 yang berkuatkuasa pada 11 April 1963 memperuntukkan

pula mengenai tulisan bagi bahasa kebangsaan, bentuk angka dan bahasa dalam

borang rasmi kerajaan. Pada 1 Julai 1972, Akta bahasa Kebangsaan 1963/1967

diluluskan hasil semakan kepada Akta bahasa Kebangsaan tahun 1963 dan 1967.

Akta ini menjelaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi

maksud rasmi. Akta-akta ini memberi taraf dan kedudukan undang-undang kepada

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disebabkan beberapa faktor

seperti yang berikut (Raja Muktaruddin Raja Mohd. Dain, 1982:13):

a. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca di Kepulauan Asia

Tenggara sejak  awal lagi. Oleh itu kaum bumiputera di daerah ini,

walaupun  menuturkan bahasa mereka sendiri, mereka menerima dan

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa  perantara. Bahasa Melayu

telah tersebar luas sejak awal lagi kerana perhubungan yang dijalankan

oleh penduduk daerah ini sejak dahulu lagi. Kegiatan perdagangan dan

pengembangan agama melahirkan interaksi antara penduduk dengan

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

b. Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri sejarah, keetnikan, autonomi dan daya

hidup. Bahasa Melayu mempunyai tradisi kesusasteraan bertulis sejak dulu

lagi. Bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisannya tersendiri,

bermula dengan tulisan Melayu kuno, sistem tulisan Jawi dan sekarang

sistem tulisan rumi. Bahasa Melayu begitu fleksibel dan boleh menyerap

unsur asing dan sifat ini membolehkan Bahasa Melayu maju.

11
c. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar. Pada masa itu

penutur Bahasa Inggeris hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja.

Begitu juga halnya dengan kaum lain. Orang Cina mempunyai banyak

dialek dan hal yang sama dengan orang India. Oleh itu tidak praktikal

memilih bahasa lain kecuali Bahasa Melayu.

d. Bahasa Melayu boleh diterima sebagai lambang untuk dijadikan

identiti/jati diri kedaulatan negara. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa yang menyatukan rakyat.

2.2 Menjelaskan penentuan dasar bahasa di Malaysia

Dahulu Tanah Melayu yang bakal merdeka sebagai negara berbilang bangsa dan

bahasa menghadapi masalah untuk menentukan bahasa apakah yang patut

digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan atau negara. Ini

kerana kerajaan tempatan yang bakal ditubuhkan untuk mengambil pemerintahan

dari British pada masa itu terdiri daripada gabungan tiga kaum utama iaitu Melayu

(UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC). Masalah yang timbul itu mempunyai

kaitan dengan isu ideologi perkauman, perpaduan bangsa dan jati diri negara.

Diringkaskan cerita, Bahasa Melayu telah disepakati untuk dipilih sebagai bahasa

yang akan menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara yang

merdeka selepas tahun 1957, di samping mengangkat tarafnya menjadi bahasa

kebangsaan yang kemudiannya diharap akan terus berfungsi sebagai bahasa

komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa yang wujud di

Tanah Melayu pada masa itu.

12
Akhirnya termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa

'Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu'. Pemilihan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan negara tercapai hasil dari kompromi pemimpin pelbagai parti

pada masa itu yang bersetuju menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

Persetujuan yang dicapai tersebut adalah bersandarkan kepada beberapa faktor.

Memang terdapat banyak kaum pada masa itu namun Bahasa Melayu diakui

sebagai bahasa yang paling banyak dipertuturkan oleh penduduk Tanah Melayu

pada masa itu. Malah, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ‘lingua-franca’

(perantaraan) sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa penduduk asal Tanah Melayu sebelum

kedatangan masyarakat Cina dari Tanah Besar China dan kaum India dari selatan

India. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang paling sesuai dijadikan identiti

Tanah Malayu yang bakal merdeka pada masa itu memandangkan bahawa Tanah

Melayu pada masa itu ialah tanah air orang Melayu.

2.3 Rumusan

Konklusinya, bab ini telah menyentuh mengenai objektif kajian yang akan

dilaksanakan secara menyeluruh iaitu mengenai menerangkan tentang

perancangan status bahasa dan tentang sejarah penentuan dasar bahasa di

Malaysia. Objektif ini sangat penting kerana persoalan ini berkait rapat dengan

bahasa Melayu iaitu status dan dasar bahasa di negara kita.

13
14
3.0 KESIMPULAN

3.1 Rumusan

Perbincangan dalam tajuk ini menunjukkan bahawa status dan dasar bahasa adalah

penobatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

telah menjadi asas kenegaraan dan kebangsaan yang penting dengan meletakkan

bahasa kebangsaan itu di tempat yang tinggi dan wajar. Dasar bahasa menjadi

salah satu unsur penggerak jentera pentadbiran negara, dengan peranannya

sebagai wahana komiunikasi rasmi dalam pelbagai urusan pentadbiran dalam

pelbagai peringkat.

3.2 Keberkesanan

Keberkesanan objektif pertama dalam kajian ini iaitu menerangkan tentang

perancangan status bahasa dapat memberikan kepada saya untuk mengetahui lebih

lanjut mengenai status atau taraf kedudukan bahasa di negara kita. Tambahan

pula, sesuai dengan bidang perguruan yang saya ambil iaitu bahasa melayu ini

dapat memberikan saya ilmu tambahan agar dapat memberi pengetahui kepada

murid saya kelak. Seterusnya objektif kedua saya adalah menjelaskan tentang

sejarah penentuan dasar bahasa di Malaysia. Seperti yang kita tahu, terdapat

beberapa Dasar Bahasa di dalam negara kita, iaitu Dasar Bahasa Kebangsaan,

Dasar Bahasa Rasmi, Dasar Bahasa Pendidikan dan Dasar Penggunaan Bahasa.
BIBLIOGRAFI

Asmah Haji Omar, 2015. Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memartabatkan

Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2013a. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Jabatan

Muzium Malaysia.

Asmah Haji Omar, 1992a. Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks

Perancangan Bahasa Kebangsaan. Cetakan ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Perancangan Taraf Bahasa (2010) . Diperoleh pada 24 November, 2020 daripada

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/perancangan-taraf-bahasa.html?

m=1

15

You might also like