You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG ESCOT

35900 TG MALIM, HULU SELANGOR

MINIT MESYUARAT PBD


GOOGLE MEET(mpq-mpug-dpk)
BIL- 2 TAHUN 2020

Tarikh : 7/4/2020
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Platform Google Meet
Kehadiran :
BIL NAMA JAWATAN
1 PN. PARAMESWARY A/P NADESAN GURU BESAR
2 PN. DEVAGI A/P NADASAN GPK KURIKULUM
3 PN. THERESA A/P ANTHONY SAMY GPK HEM
4 EN. VIJAYAN A/L NADARAJEIN GPK KO-KURIKULUM
5 PN. VENY A/P TANAKOTHE GURU
6 PN. MAGESWARY A/P RAJOO GURU
7 CIK. MALAR A/P GOVINDARAJU GURU
8 CIK.MOHANAH A/P JAYAKUMARAN GURU

Turut Hadir
-Tiada -
Tidak Hadir (Bersebab)
-Tiada-
Urus Setia Mesyuarat :
1. PN.T.VENY Setiausaha

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima kasih  atas
kehadiran guru-guru yang terlibat dengan jawatankuasa PBD yang hadir
untuk mesyuarat kedua secara Google Meet bagi tahun 2020.
1.2 Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan pembelajaran secara online
operasi sepanjang PKP bagi melaksanakan PBD.

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengesahan minit mesyuarat dilakukan selepas ucapan pengerusi majlis.
Cadangan :Tiada
Sokongan : Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Template pelaporan baru untuk Tahap 1

a) Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membuat penambahbaikan kepada


templat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahap 1 bagi semua mata
pelajaran KSSR Semakan 2017. Surat Pemakluman KPM/TKPPM/1/15 JLD 3(54)
Bertarikh 25 April 2019.

b) Oleh yang demikian, guru-guru hendaklah memastikan templat yang anda gunakan
adalah versi terbaru iaitu Versi 3.0. Di dalam template pelaporan PBD ini ia
merupakan template gabungan semua Mata Pelajaran mengikut tahun.
c) Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman
REKOD PRESTASI MURID.

Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

 Nama dan Alamat Sekolah


 Nama Guru dan Nama Kelas
 Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
 Nama Pentadbir
 Jawatan Pentadbir (Guru Besar)

d) Templat Pelaporan PBD Tahap 1 bagi Guru Kelas mengandungi beberapa


Worksheet/Tab:

1. Panduan
2. Rekod Prestasi Murid
3. Laporan Murid
4. Laporan Mata Pelajaran
5. Templat Perekodan Semua Mata Pelajaran (17) Di Tahap 1 [Tahun 1/2/3]
6. Tafsiran Tp Tengah Tahun
7. Tafsiran Tp Akhir Tahun
8. Graf Pelaporan

e) Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan
untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh
tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru Kelas hanya perlu memaklumkan
kepada Guru Mata Pelajaran untuk merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman
TEMPLAT MENGIKUT MATA PELAJARAN SAHAJA sahaja dan seterusnya
pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN
MURID untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana
secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN.

f) Penentuan Tahap Penguasaan Dan Ulasan Guru Mata Pelajaran

1. Tahap Penguasaan yang akan dimasukkan ke dalam Templat Pelaporan


PBD ini adalah Tahap Penguasaan Keseluruhan sahaja dari semua mata
pelajaran yang diambil oleh murid bagi kelas berkenaan sahaja.

2. Guru Mata Pelajaran juga boleh membuat ulasan tambahan pada ruangan
yang disediakan berkenaan pencapaian, kemahiran dan nilai yang difikirkan
perlu untuk tujuan makluman tambahan kepada Ibu Bapa murid.

g) Ulasan Guru Kelas

Guru kelas hendaklah memberikan ulasan yang berbentuk komprehensif yang


merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ulasan tambahan berbentuk
kebolehan lain yang unik antara murid juga digalakkan jika seperti kebolehan
pengucapan awam (public speaking), mudah menghafal, mengenal paten dan
sebagainya. Guru kelas atau guru mata pelajaran juga digalakkan menggunakan
nama ringkas murid dalam membuat ulasan yang berkenaan untuk memberikan
lebih nilai peribadi (personal touch) antara guru dan murid.

Tindakan: Makluman
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA /ISU /LAPORAN

4.1 Pembelajaran secara online.

4.1.1 SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN


2020 Surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Disebabkan Penularan Jangkitan COVID-19.

4.1.2 Platform pembelajaran bermaksud pembelajaran yang disediakan oleh PB dengan


menggunakan aplikasi atas talian (online) seperti Google Classroom, Telegram,
WhatsApp, EasyClass, Skype atau aplikasi lain yang bersesuaian.

4.1.3 Pelaksanaan P&P semasa PKP ini diharapkan membantu sekolah bagi memastikan
proses pembelajaran murid tidak terganggu dan semua yang terlibat berada dalam
keadaan selamat.

4.1.4 Semoga bahan-bahan ini bermanfaat dan berguna kepada murid untuk belajar dan
mengulangkaji pelajaran di rumah semasa berada dalam tempoh perintah kawalan
pergerakan (PKP) kerana negara kita sekarang dilanda wabak convid-19 yang
memerlukan kita sentiasa duduk di rumah.
Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
Tiada

6. PENUTUP
a. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi
b. Setiausaha PBD mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat.

Urus Setia
Unit PBD
SJKT LADANG ESCOT
Tarikh : 8.4.2020

You might also like