You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PROGRAM IMERSIF TINGGI


(HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME)
2019

ANJURAN:
PANITIA BAHASA INGGERIS,
SK TRUSAN.

Disediakan oleh,

Penyelaras HIP SK Trusan, 2019

HIP 2019 | 1
1.0 PENDAHULUAN

Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di kalangan
masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya. Selaras dengan dasar
NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah untuk memartabatkan Bahasa
Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah. Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) juga memandang serius dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris
dikalangan guru dan murid-murid serta komuniti dengan mewujudkan ‘Highly Immersive
Programme’ dimana beberapa sekolah dipilih untuk menjadi perintis program pembudayaan
Bahasa Inggeris. Untuk membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah, pendedahan
terhadap Bahasa Inggeris ini amat penting dan harus dilaksanakan secara konsisten bermula
daripada sekolah. Dalam usaha mewujudkan suasana berbahasa Inggeris, pembelajaran bukan
sahaja boleh dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi merangkumi aktiviti-aktiviti yang
seronok dan menarik perhatian.

2.0 LATAR BELAKANG

Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawahdasar
MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalamkalangan
murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut disekolah. Perkara ini
merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil.1/1999: Garis Panduan
Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No.Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/
(1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam
dan di luar kelas. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap
pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.

3.2 Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.

3.3 Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid, guru,

serta komuniti sekolah.

3.4 Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

HIP 2019 | 2
4.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
SULIMAN BIN YAHYA
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI
NANCY ANAK OPI
(PK KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI
MUDIHI BIN ABDULLAH KADIR
(PK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 2
MADINI BIN MASRI
(PK HAL EHWAL MURID)

PENYELARAS PROGRAM
ARIKA WIRA BIN KARIM

PENOLONG PENYELARAS
SITI NOR HAFIZATUL BINTI MALEK
AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU
SETIAUSAHA
&
TAN KAN TSAI
WARGA AKP SEKOLAH

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


YDP
PENGIRAN ABDOLL KADIR BIN
PENGIRAN GHANI

HIP 2019 | 3
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 SASARAN

Warga SK Trusan, Lawas

5.2 TARIKH

Januari – November 2019

6.0 CADANGAN AKTIVITI

Bil. Aktiviti Tarikh / Objektif Pelaksanaan Guru


Masa Bertanggungjawab
1 Perhimpunan Hari Selasa Menggalakkan Perhimpunan Guru Besar
dalam setiap awal dan memupuk pagi setiap
Bahasa bulan penggunaan hari Selasa Penolong-penolong
Inggeris Bahasa Inggeris menggunakan kanan
secara Bahasa
‘English menyeluruh. Inggeris. Penyelaras HIP
Assembly’
Guru bertugas Guru-guru Bahasa
berucap dalam Inggeris
Bahasa
Inggeris untuk Guru bertugas
menggalakkan harian
penggunaan
Bahasa
Inggeris di
kalangan guru
matapelajaran
lain.
2 Dunia Setiap hari Meningkatkan Memberi Penyelaras HIP
Bahasa Rabu kemahiran salam dalam
Inggeris bertutur dan Bahasa Semua guru
mendengar Inggeris.
English day Bahasa Inggeris
(English- di kalangan guru Pertuturan
speaking dan murid-murid. mudah dalam
World) Bahasa
Inggeris
3 Zon Bahasa Sepanjang Membantu Zon Bahasa Guru-guru Bahasa
Inggeris/ tahun memperkasakan Inggeris: sudut Inggeris
Sudut Bahasa Inggeris HIP
Bahasa di kalangan guru
Inggeris dan murid. English
Corner:
‘ Sudut/ruangan
Bahasa

HIP 2019 | 4
Inggeris dalam
kelas
4 English-book Setiap hari Memperluaskan Membaca Penyelaras HIP
Reading Rabu penggunaan bersama
Bahasa Inggeris setiap pagi Guru-guru Bahasa
di kalangan guru hari Rabu di Inggeris
dan murid tapak roll call/
melalui kelas.
pembacaan
bahasa Inggeris.
5 Karnival Minggu Menggalakkan Pertandingan Penolong Kanan
Bahasa Kokurikulum pemikiran Bahas Bahasa Kokurikulum
Inggeris anjuran berfikir secara Inggeris
Panitia global melalui Penyelaras HIP
English pertandingan
Carnival dalam Bahasa Semua guru
Inggeris.
6 Sudut Sepanjang Memupuk tabiat Menyediakan Guru Nilam
Membaca tahun membaca sudut khas
bacaan Bahasa dengan bahan
‘Teachers’ Inggeris. bacaan di
Choices – kawasan
Pick Me!’ sekolah.
7 Kelas Sepanjang Meningkatkan Kelas Guru Bahasa
Aspirasi tahun pencapaian tambahan Inggeris
bahasa Inggeris setiap petang
dalam
peperiksaan

HIP 2019 | 5
7.0 JADUAL PELAKSANAAN

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November
Bulan
Program
English
Assembly
Dunia
Bahasa
Inggeris
Sudut
Bahasa
Inggeris
English-
book
Reading
English
Carnival
Sudut
Membaca
Kelas
Aspirasi

Catatan:

1. English Assembly – setiap hari Selasa awal bulan


2. Dunia Bahasa Inggeris – setiap hari Rabu setiap minggu
3. English-book reading – setiap hari Rabu setiap minggu
4. Kelas Aspirasi – setiap petang Selasa setiap minggu

HIP 2019 | 6
8.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya program-program seumpama ini dapat meningkatkan lagi minat
serta pencapaian murid-murid SK Trusan dalam penguasaan Bahasa Inggeris ke arah visi
dan misi kementerian secara global dengan bertindak secara lokal.

Disediakan oleh,

………………………….

(Arika Wira bin Karim)

Penyelaras HIP 2019

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

………………………………….. ……………………

(Nancy anak Opi) (Suliman bin Yahya)

Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar, SK Trusan

HIP 2019 | 7
HIP 2019 | 8

You might also like