You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME


TAHUN 2021

1. NAMA PROGRAM

Highly Immersive Programme

2. ANJURAN

Panitia Bahasa Inggeris Sjkt Ladang BMR

3. PENDAHULUAN

Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting di kalangan
masyarakat negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya. Selaras dengan
dasar NKRA yang mana salah satu daripada teras utamanya adalah untuk
memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dikalangan guru dan murid-murid serta
komuniti dengan mewujudkan ‘Highly Immersive Programme’ dimana beberapa sekolah
dipilih untuk menjadi perintis program pembudayaan Bahasa Inggeris. Untuk
membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah, pendedahan terhadap Bahasa
Inggeris ini amat penting dan harus dilaksanakan secara konsisten bermula daripada
sekolah rendah lagi. Dalam usaha mewujudkan suasana berbahasa Inggeris,
pembelajaran bukan sahaja boleh dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi
merangkumi aktiviti-aktiviti yang seronok dan menarik perhatian.
4. MATLAMAT

Mewujudkan budaya untuk belajar dan berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris


secara aktif dan berterusan sama ada ketika sesi pembelajaran, di luar kelas dan juga
aktiviti-aktiviti luar bersama komuniti.

5. OBJEKTIF

5.1 Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.
5.2 Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.
5.3 Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid,
guru serta komuniti sekolah.
5.4 Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah

6. SASARAN

Semua murid dan guru khususnya serta ibu bapa dan komuniti secara amnya.

7. JANGKA MASA

Sepanjang tahun 2021

8. TEMPAT

Online dan sekitar kawasan di dalam sekolah.

9. SUMBER KEWANGAN

9.1 Unit Ko-Kurikulum Sjkt Ladang Bukit Mertajam


9.2 Panitia Bahasa Inggeris
9. AHLI JAWATANKUASA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME

Penaung

Pn.Uthaakumari Jaganathan
(Guru Besar)

Pengerusi

Pn.Murugammal
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi

(1) Pn. Santhi (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)


(2) Pn. Kannamal (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Ketua Penyelaras Program

Puan Sudae Senasendram


(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Penolong Penyelaras Program

Encik Maniarrasan

Setiausaha Program

(1) Puan Hemarathe


(2) Puan Kaliyamma

Ahli Jawatankuasa Program

Semua Ketua Panitia


CADANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIRANCANG UNTUK
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME TAHUN 2021

IN-CLASS ACTIVITIES
Bil. Nama Program / Aktiviti Penerangan

1. Spot Talk Setiap murid akan memberikan ucapan awam tidak


(Sepanjang Tahun) lebih dari 2 minit. Seorang murid setiap dua minggu.

2. Vocab Attack Murid akan diuji untuk mengeja perkataan Bahasa


(Sepanjang Tahun) Inggeris sebanyak 10 perkataan dengan tepat.
Seminggu sekali.

3. Chain Writing Penulisan secara bergilir-gilir antara setiap ahli


(Sepanjang Tahun) kumpulan.

4. Charade Murid perlu meneka perbuatan/lakonan tanpa sebarang


(Sepanjang Tahun) komunikasi dengan pelaku di hadapan kelas
.

OUT-OF-CLASS ACTIVITIES
1. Weekly Assembly in English Minggu ke-3 setiap bulan adalah English Week di mana
(Sepanjang Tahun) perhimpunan akan dijalankan dengan menggunakan
Bahasa Inggeris bagi sepanjang minggu tersebut. Teks
ucapan akan disediakan oleh Panitia Bahasa Inggeris.

2. English Week Spelling Bee Hari Ahad minggu ke-3 setiap bulan sempena English
(Sepanjang Tahun) Week. Murid-murid akan berhimpun di tapak
perhimpunan dan spelling Bee akan dikendalikan
mengikut kelas.
4. English week - Interschool competition Pertandingan menulis essay dan poem, pertandingan
(Mei) storytelling dan rhymes, poetry recitation and public
speaking bersempena minggu Bahasa Inggeris. Bagi
parasekolah, tahap 1 dan 2.

EXTRA CLASSES
1. Online Tutoring - (Sepanjang Tahun)
Calon Cemerlang Murid Tahun 6 boleh bertanyakan soalan atau
(Mei – Oktober) sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran Bahasa
Inggeris dengan guru mereka melalui aplikasi secara
2. Online Tutoring - (Sepanjang Tahun) talian seperti Delima, Portal I-Learning ,Whatsapp dan
Calon Galus Telegram.
(Mei – Oktober)
OUTREACH PROGRAMME
1. HIP Zone Pihak sekolah dan PIBG akan bekerjasama untuk
(Mac) Mewujudkan ruang khas untuk murid membaca bahan
bacaan dalam Bahasa Inggeris.

3. Inspirational Talk Menjemput bekas pelajar atau ibu bapa untuk


-How to manage your stress memberikan ucapan motivasi dan juga memberikan
(Julai) inspirasi kepada murid-murid mengenai kepentingan
mempelajari Bahasa Inggeris.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Program / Aktiviti Keterangan Anggaran Perbelanjaan


24 hadiah X RM 12 =
English week - Interschool RM 288.00
1. Sijil Pemenang (Disediakan pihak
competition
sekolah)
Menggunakan bahan sedia ada
Spot Talk, Spelling Time,
2. Panitia Bahasa Inggeris -
Chain Writing, Charade

Menggunakan bahan sedia ada


3. Weekly Assembly in English
Panitia Bahasa Inggeris
4. Spelling Bee 36 hadiah x RM3 RM 108.00
Kelas Tambahan Berfokus Menggunakan bahan sedia ada
13. -
Calon Cemerlang Panitia Bahasa Inggeris
Kelas Tambahan Berfokus Menggunakan bahan sedia ada
14. -
Calon Galus Panitia Bahasa Inggeris
15. Online Tutoring Tiada kos -
Papan Maklumat = RM 300
Banner = RM 100
Laminating Film = RM 50
16. English Zone RM 450.00

Jumlah = RM 450

RM 200. 00
18. Inspirational Talk Cenderamata = RM 200

Jumlah Keseluruhan Anggaran Perbelanjaan RM 1046.00


10. STRATEGI PELAKSANAAN
:
10.1. Membentang kertas kerja kepada Guru Besar untuk kelulusan.
10.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
10.3 Memberikan taklimat kepada semua guru dan AJK PIBG.
10.3 Menjalankan program.
10.4 Dokumentasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... …………………………………
(Pn.Sudae a/p Senasendram) (Pn.Uthaakumari Jaganathan)
Ketua Penyelaras Program Guru Besar
SJKT Ladang Bukit Mertajam SJKT Ladang Bukit Mertajam

You might also like