You are on page 1of 5

SK MATANG GERDU, JALAN SIAKAP,

34300 BAGAN SERAI, PERAK

KERTAS KERJA
PROGRAM BAHASA INGGERIS
TAHAP 1 2021

BOOK BASKET

ANJURAN
PANITIA BAHASA INGGERIS

KERTAS KERJA PROGRAM BAHASA INGGERIS 2021


NAMA PROGRAM
Book Basket

ANJURAN
Panitia Bahasa Inggeris

PENGENALAN
Program Book Basket ini dilaksanakan bagi memupuk minat murid-murid terhadap Bahasa
Inggeris di peringkat awal persekolahan melalui aktiviti membaca yang bersifat santai tetapi
memberi input secara tidak langsung kepada mereka. Melalui program ini, murid-murid akan
mempelajari banyak perkataan baru seterusnya dapat meningkatkan penguasaan vocabulary yang
boleh digunakan oleh mereka untuk memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam
mahupun di luar sekolah.

MATLAMAT
Memupuk minat murid-murid terhadap Bahasa Inggeris melalui aktiviti santai ke arah
meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris ke suatu tahap yang lebih baik dan berkesan.

OBJEKTIF
1. Menanamkan minat murid-murid terhadap Bahasa Inggeris melalui aktiviti membaca.
2. Menggalakkan murid-murid berusaha menguasai Bahasa Inggeris melalui program yang
dilaksanakan.
3. Menerapkan rasa ingin tahu, meningkatkan penguasaan serta kemahiran murid
melalui bahan bacaan berBahasa Inggeris.

SUMBER
Tenaga – Semua guru matapelajaran Bahasa Inggeris serta Guru Perpustaan dan Media
Kewangan – PCG Panitia Bahasa Inggeris

JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Pn. Norazani binti Mahamad
Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Nor Eazah binti Ithnin
En. Norazmal Khairi bin Mat Desa
En. Azumi bin Aminuddin
Setiausaha : Pn. Kanagaswari a/p Narayanan
AJK Kerja : Pn. Hazarina binti Abdul Halim
Pn. Nurul Izzah binti Rosdi
Pn. Siti Zuraidah binti Zubir
Pn. Harliza binti Jaamat
Pn. Haziqah binti Shamsulbahri
Pn. Rohana binti Juhari
Cik Nur Fazlina binti Mohd Naim
En. Mohd Zulfadzli bin Roshashah
Pn. Roslinda binti Abdullah

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahap 1 ( Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 SK Matang Gerdu)

MASA PELAKSANAAN
Dua minggu sekali dalam tempoh 1 jam semasa PdPc Bahasa Inggeris.

TEMPAT
Di dalam kelas masing-masing.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Bilangan Harga per unit Jumlah


.
1 Bakul/container 14 unit RM7.00 RM 98.00

CARA PELAKSANAAN
1. Bahan bacaan Bahasa Inggeris akan disediakan dan diletakkan oleh GPM di dalam
bakul-bakul khas.
2. Guru-guru Bahasa Inggeris dengan bantuan pengawas atau ketua kelas akan membawa
bakul-bakul berkenaan ke dalam kelas.
3. Murid-murid memilih bahan bacaan masing-masing dan melakukan aktiviti membaca.
4. Guru Bahasa Inggeris akan memantau aktiviti murid dan memberi bantuan serta tunjuk
ajar yang diperlukan oleh murid semasa aktiviti membaca berlangsung.
5. Murid-murid digalakkan mencatat perkataan baru yang ditemui dan mendapatkan
maksud bagi setiap perkataan.

PENUTUP
Panitia Bahasa Inggeris sentiasa komited dalam usaha memastikan murid-murid SK Matang
Gerdu menguasai Bahasa Inggeris melalui program-program yang dirancang sepanjang tahun.
Adalah diharapkan murid-murid berasa seronok dengan aktiviti santai seperti ini yang
membolehkan mereka meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris secara tidak langsung melalui
kaedah pembelajaran yang tidak formal dan tidak terikat bagi menimbulkan minat dan kecintaan
murid-murid terhadap Bahasa Inggeris.
Diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat merealisasikan matlamat Panitia agar tahap
penguasaan Bahasa Inggeris murid-murid berada di tahap yang baik dan boleh dibanggakan
untuk meneruskan kecemerlangan mereka di masa hadapan.

Disediakan oleh,

……………………………..

You might also like