You are on page 1of 4

Laporan Majlis Hari Anugerah Cemerlang

Pada hari Ahad, 10 November 2013, SJK(T) Ladang Bukit Mertajam telah mengadakan Majlis hari
Anugerah Cemerlang. Majlis yang bermakna ini telah diadakan di dewan sekolah pada pukul 2.00 petang.Ibu
bapa turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid
yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Penganugerahan ini secara tidak langsung dapat
membakar semangat murid-murid berkenaan agar terus gigih dan berusaha. Dalam masa yang sama,
diharapkan agar murid-murid yang lain dapat menjadikan murid-murid cemerlang ini sebagai model.
Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh
jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada para guru. Guru-guru ini pula dibantu oleh beberapa
orang murid dan pekerja sekolah. Urusan hadiah dan latihan persembahan murid-murid dilakukan beberapa
hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja menyusun kerusi dan menghiasi pentas dilakukan sehari
sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak dua kali bagi memastikan majlis
ini berjalan dengan lancar.
Pengacara majlis mengalu-alukan para tetamu dengan penuh ceria. Majlis ini dimulakan dengan
bacaan doa oleh seorang murid dari tahun 4 Valluvar,iaitu saudari J.Sarvatha. Selepas bacaan doa, sebuah
tarian klasik telah diadakan untuk menceriakan lagi Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Tarian klasik ini
dipersembahkan oleh murid-murid dari tahun 5 dan tahun 6.
Selepas itu,ucapan aluan disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah iaitu En.Sivakumar.Kemudian Guru Besar SJKT Ladang Bukit Mertajam, Puan P.Yawanarani
memberikan ucapan ringkas. Seterusnya, tetamu kehormat, iaitu En.M.Thuraisingam (Muthu Poomalai
Sdn.Bhd) telah menyampaikan ucapan khas dan merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2013 dengan
jayanya.
Seterusnya, acara penyampaian hadiah diadakan. Murid-murid menerima pengiktirafan berdasarkan
kategori-kategori tertentu, antaranya termasuklah murid-murid terbaik setiap kelas dan murid-murid terbaik
dalam mata pelajaran tertentu. Persembahan yang menarik diteruskan lagi oleh murid-murid prasekolah dan
persembahan Nyanyian klasik oleh murid-murid lelaki dari tahun 4,5 dan 6.
Selepas itu, acara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan memberi pengiktirafan kepada murid-
murid peningkatan prestasi penuh dan kedatangan penuh. Majlis Hari Anugerah Cemerlang diteruskan lagi
dengan persembahan drama. Selepas itu, Penyampaian hadiah kepada murid-murid prasekolah
(Konvokesyen) telah diadakan dengan jayanya.
S J K (T) LDG. BUKIT MERTAJAM
PETI SURAT 4 Kod Sekolah : KBD5051
09007 KULIM No. Tel : 04- 4037636
KEDAH DARULAMAN e-mail : ldgbmr@ppdkbb.net



Selepas sebuah tarian moden penyampaian hadiah diteruskan untuk murid-murid yang mendapat
pencapaian yang cemerlang iaitu 7A dalam semua mata pelajaran teras.
Akhir sekali, Pengacara majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan
Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu.
Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar. Guru Besar dan YDP PIBG telah
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak jawatankuasa penganjuran majlis yang bekerja
keras untuk memastikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang itu berlangsung dengan lancar.


Disediakan oleh, 14 NOVEMBER 2013

____________________________
( VANITHA A/P SUPARMANIAM )

You might also like