You are on page 1of 4

Karangan Dialog (Modul Karangan & Rumusan halaman 8-9)

Intan Maisarah ialah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuantan. Pada suatu
hari, saya berpeluang untuk menemu ramah beliau untuk mengetahui rahsia
kecemerlangannya dalam pelajaran.

Wong : Salam sejahtera dan selamat pagi. Apa khabar saudari Intan?
Intan : Selamat pagi juga. Khabar baik.
Wong : Pada hari ini, saya ingin bertanya mengenai rahsia kejayaan saudari dalam
peperiksaan. Apakah aktiviti yang saudari lakukan pada setiap hari?
Intan : Pada setiap pagi, saya akan menjawab soalan latih tubi dalam modul latihan khas.
Bapa saya yang membeli buku itu supaya saya dapat biasakan diri menjawab soalan
ujian.
Wong : Wah, rajinnya! Apakah modul latihan yang saudari gunakan? Bolehkah beritahu kami?
Intan : Sudah tentu. Saya menggunakan modul latihan Sasbadi dan Ace Ahead. Buku ini
mengandungi banyak nota dan latihan yang bagus dan sesuai untuk pelajar sekolah
menengah.
Wong : Oh, begitukah? Selain itu, adakah saudari juga menghadiri pusat tuisyen atau kelas
tambahan dengan guru tuisyen?
Intan : Ya, saya juga pergi ke pusat tuisyen di Smart Education. Pusat tuisyen ini mempunyai
guru-guru yang professional. Kelas-kelas tuisyen mereka juga sangat kreatif, menarik
dan menyeronokkan. Saya juga lebih mudah faham akan pengajaran mereka.
Wong : Wah, seronoknya! Di samping itu, siapakah pihak yang banyak membantu saudari
untuk berjaya?
Intan : Pihak yang banyak membantu saya untuk berjaya ialah ibu bapa saya. Mereka
sentiasa memberikan semangat untuk saya terus belajar. Guru-guru juga memberikan
banyak nota dan latihan yang berguna kepada saya. Hasilnya, saya lebih mudah
faham akan topik-topik yang susah dalam akademik.
Wong : Ibu bapa dan guru-guru sememangnya penting untuk membentuk murid yang
cemerlang. Baiklah, itu sahaja sesi temu bual kita hari ini. Terima kasih saya ucapkan
kepada saudari kerana berkongsi rahsia kecemerlangan ini.
Intan : Sama-sama. Saya berharap semua murid berusaha dengan lebih rajin dan gigih untuk
berjaya dalam pelajaran demi masa hadapan.
Karangan Laporan (Modul Karangan & Rumusan halaman 10-12)

Hari Panitia Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Tao Hao

Pada 5 Mac 2023 yang lalu, Sekolah Menengah Tao Hao telah menganjurkan Hari Panitia
Bahasa Melayu. Program ini dianjurkan oleh Guru Panitia Bahasa Melayu, Puan Chan dan lapan
orang guru Bahasa Melayu. Program ini dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dan
bertutur bahasa ibunda dalam kalangan pelajar Junior dan Senior.

Pada pagi tersebut, para guru dan pelajar telah berkumpul dalam perhimpunan rasmi.
Perhimpunan tersebut dihadiri oleh tuan pengetua, Encik Lee dan guru penolong kanan, Puan
Tan. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan lagu
sekolah SM Tao Hao.

Setelah pengetua selesai berucap, perhimpunan diteruskan dengan aktiviti deklamasi


sajak dan syair oleh pelajar Junior 3 Dignity, Chan Oi Qi. Seterusnya, pertandingan berbalas
pantun empat kerat oleh pelajar Senior 1 Dignity dan Autonomy. Mereka sangat pandai mereka
pantun dan mendendangkannya dengan merdu. Kemudian acara diteruskan dengan
persembahan koir dan nyanyian lagu tradisional bertajuk Menghilir Di Sungai Pahang. Nyanyian
lagu oleh mereka sangat lunak dan menghiburkan.

Setelah semua program dijalankan, pelajar dibenarkan bersurai dan masuk ke kelas
masing-masing. Kami berasa sangat seronok dan terhibur dengan persembahan daripada
pelajar-pelajar Junior dan Senior sebentar tadi. Kami berharap program seperti ini dapat
diteruskan lagi pada masa hadapan.

Karangan Keperihalan (Modul Karangan & Rumusan halaman 13-14)

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan kawan baik saya, Aiman telah pergi ke Petronas
Play Smart, di timur Malaysia. Kami pergi ke sana untuk mengisi masa lapang. Setelah
bersarapan, kami masuk ke dalam tempat tersebut. Kami melihat ramai kanak-kanak dan ibu
bapa sedang menunggu dan beratur di luar bangunannya.
Sebaik sahaja masuk ke sana, kami melihat banyak pameran yang menarik tentang
manusia, haiwan dan tumbuhan. Kami dapat mencuba sendiri eksperimen di dalam bilik sains
untuk menambah pengalaman baharu. Kami berasa sungguh seronok kerana dapat mengetahui
sistem tubuh badan manusia.
Seterusnya, kami pun masuk ke dalam pameran Alam Sains. Di dalam pameran ini,
terdapat pelbagai objek sains yang dapat dilihat. Sebagai contohnya, pertunjukan sistem suria
dan angkasa lepas seperti planet bulan, bintang dan matahari di atas siling bilik. Kami berasa
kagum kerana dapat melihat kecantikan gambar-gambar sistem suria.
Kemudian, kami juga dapat masuk ke dalam bilik prasejarah. Kami dapat melihat replika
dan patung dinosaur yang telah pupus. Antara dinosaur yang dapat kami lihat ialah
Tyrannosaurus dan Triceratops. Kami berasa sangat takut dan gementar kerana saiz badan
patungnya yang besar dan menakutkan.
Akhir sekali, kami melawat tempat teknologi komputer. Kami dapat melihat video dan
animasi mengenai penciptaan permainan video. Kami juga berpeluang untuk bermain permainan
video dengan menggunakan komputer tersebut. Kami berasa amat seronok kerana dapat
menikmati permainan video yang baharu.
Rumusan Carta Pai (Modul Karangan & Rumusan halaman 39)

Bahan grafik carta pai di atas membincangkan jenis-jenis sukan dan permainan
kegemaran pelajar Junior 2 Bestari.

Sukan dan permainan yang paling banyak digemari ialah badminton sebanyak 40 peratus.
Sukan dan permainan yang paling kurang digemari ialah bola sepak sebanyak 16 peratus sahaja.
Selain itu, sukan dan permainan lain ialah bola baling sebanyak 24 peratus. Akhir sekali, sukan
dan permainan hoki sebanyak 20 peratus.

Faktor-faktor pelajar Junior 2 Bestari sangat menggemari badminton adalah disebabkan


kelengkapan gelanggang yang baik. Selain itu, terdapat bantuan jurulatih badminton. Akhir sekali,
budaya remaja kaum Cina yang meminati sukan badminton.

Kesimpulannya, pihak sekolah mestilah menyediakan kelengkapan sukan dan permainan


supaya dapat memupuk minat murid terhadap sukan dan permainan.

(111 patah perkataan)


Rumusan Carta Aliran (Modul Karangan & Rumusan halaman 44)

Bahan grafik carta aliran di atas membincangkan proses-proses kitar semula kertas.

Proses pertama kitar semula kertas ialah kita perlu kumpulkan kertas buangan yang
sudah tidak digunakan. Proses kedua, kita perlu asingkan kertas mengikut jenis-jenisnya. Proses
ketiga, kita perlu menjalankan proses pembasmian kuman dan pembersihan di kilang. Proses
keempat, kita perlu memproses kertas kosong daripada kertas yang dibersihkan tadi. Proses
terakhir ialah kita perlu mencetak surat khabar, majalah dan buku.

Kesan-kesan positif proses kitar semula ialah kita dapat memelihara alam sekitar. Selain
itu, kita dapat menjimatkan kos dan tenaga pembuatan kertas. Seterusnya, kita dapat
mengurangkan aktiviti penebangan pokok.

Kesimpulannya, masyarakat perlulah melaksanakan aktiviti kitar semula supaya dapat


memelihara alam sekitar.

(109 patah perkataan)


Rumusan Carta Aliran (Modul Karangan & Rumusan halaman 45)

Bahan grafik gambar bersiri di atas membincangkan fungsi-fungsi sungai kepada


manusia.

Antara fungsi sungai kepada manusia adalah sebagai air minuman. Selain itu, sungai juga
berfungsi untuk membersihkan badan melalui mandi. Seterusnya, sungai turut berfungsi sebagai
sumber rezeki kepada nelayan melalui aktiviti menangkap ikan. Di samping itu, sungai juga
berfungsi sebagai tempat untuk mengadakan aktiviti sukan air. Akhir sekali, sungai juga dapat
membekalkan air untuk kita menyiram pokok bunga.

Langkah-langkah untuk menjaga kebersihan sungai adalah dengan tidak membuang


sampah merata-rata. Selain itu, kita hendaklah membuang sisa domestik dan kumbahan di loji
pembersihan. Akhir sekali, kita perlulah mengelakkan aktiviti penebangan pokok.

Kesimpulannya, semua orang perlulah menjaga kebersihan sungai supaya ekosistemnya


dapat dipelihara.

(110 patah perkataan)

You might also like