You are on page 1of 9

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sentul (1) Cemerlang Menjelang 2010

MISI SEKOLAH
Untuk mengembangkan potensi pelbagai kecerdasan murid alam bahasa,matematik,seni,ru ang kinestatik,komunikasi dan emosi murid.Potensi murid diadaptasikan dalam kehidupan bagi mencapai wawasan pendidikan negara dan seterusnya bertakwa kepada Tuhan

Laporan Hari Gotong-Royong Peringkat Sekolah Tahun 2009


PENDAHULUAN Hari Gotong-Royong Peringkat Sekolah telah dilaksanakan pada 22 Julai 2009 yang lalu.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi membersihkan kawasankawasan yang terdapat di persekitaran sekolah dan seterusnya menceriakan lagi kawasan tersebut. Bagi merealisasikan program ini, Jawatankuasa Kebersihan Dan Keceriaan sekolah telah menempatkan beberapa kawasan atau pusat yang perlu dibersihkan oleh guru-guru terlibat. Di antara tempat-tempat yang telah ditetapkan di dalam program ini ialah semua kelas Tahun 1 hingga Tahun 6, Bilik-bilik Khas, Halaman Prasekolah ( Pintu Masuk Utama ), Halaman Belakang Sekolah ( Bilik PJ ), Dewan Permata/ Taman Prasekolah, Dewan Sri Perdana, Makmal Sains, Tempat Letak Kereta, Halaman Dari Pondok Pengawal hingga ke Garaj/ Kantin dan Halaman Pokok Palma Kantin. Guru-guru pula telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing serta dibantu oleh muridmurid Tahap II di bawah Unit Beruniform masing-masing.

RASIONAL Membersih dan menceriakan kawasan-kawasan penting di sekolah.

Menggalakkan penglibatan semua pihak di dalam membantu menguruskan aktiviti sekolah.

OBJEKTIF Membantu pihak sekolah menguruskan kawasan kawasan utama di sekolah secara bersama. Memastikan kawasan-kawasan sekolah dan harta benda sekolah dijaga dan diselia dengan baik.

MATLAMAT Mempamerkan satu budaya kerja yang tersusun dan terancang. Menghasilkan satu program yang berkualiti dan bermanfaat untuk

semua golongan masyarakat.

SASARAN Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sentul (1), Kuala Lumpur.

LAMPIRAN

PENUTUP Melalui sokongan dan kerjasama yang diberikan, setiap bahagian jawatankuasa akan dapat memberikan hasil dan pengurusan yang baik demi melancarkan Hari Gotong Royong Peringkat Sekolah SK. Sentul (1) bagi tahun 2009.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

...................
( PN. ZEATIE HANEY BT. YUSOFF ) Penyelaras, Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan, Sekolah Kebangsaan Sentul ( 1 ), Kuala Lumpur.

...............
(EN. PENTAYAH A/L MALLAIDU ADAR ) GPK Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Sentul ( 1 ), Kuala Lumpur

Disahkan Oleh,

. ( PN. CHAN BEE TIN ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sentul (1), Kuala Lumpur

LAPORAN
Tepat pukul 2.00 petang, aktiviti gotong-royong peringkat sekolah bermula mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Semua guru yang terlibat mengikut kawasan pembersihan masing-masing telah bersiap sedia untuk memulakan tugas dengan menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti plastik sampah, kain buruk dan sebagainya. Sebelum itu, semua guru telah disediakan dengan makanan tengah hari hasil sumbangan dari pihak kantin sekolah. Bagi membantu guru-guru kelas membersihkan kelas masing-masing, beberapa orang murid dari Unit Beruniform telah ditempatkan di setiap kelas Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini bertujuan memudahkan lagi guru membersihkan kelas dengan lebih cepat dan berkesan. Murid-murid ini kelihatan bersemangat membantu guru-guru kelas membersihkan kelas. Ini terbukti apabila mereka sendiri membawa kain buruk dan juga peralatan lain untuk membersihkan kelas. Tugas guru menjadi lebih mudah dan berkesan dengan adanya bantuan dan kerjasama dari murid-murid ini. Selain daripada kelas-kelas Tahun 1 hingga Tahun 6, Bilik-bilik Khas juga turut mendapat perhatian di dalam program ini. Proses pembersihan melibatkan Bilik-bilik Khas seperti Studio Seni Visual, Studio Muzik, Bilik SPBT, Bilik PPDa, Surau, Bilik PJ, Bilik PSS, Bilik KH, Bilik Bimbingan Dan Kaunseling dan juga Bilik Kesihatan. Beberapa

orang murid dari Unit-Unit Beruniform yang terlibat tidak ketinggalan membantu guruguru membersihkan bilik-bilik ini. Di dalam program ini, Halaman Prasekolah yang berhampiran dengan Pintu Masuk Utama sekolah telah ditugaskan kepada En. Armanizam dan juga Cik Noraida untuk dibuat proses pembersihan. Walaupun kawasan tersebut kelihatan agak mudah untuk dibersihkan, namun ianya dilakukan dengan berhati-hati kerana terdapat banyak benda yang perlu dijaga dengan baik seperti pokok-pokok bunga yang ditanam berhampiran kawasan tersebut. Begitu juga dengan Halaman dari Pondok Pengawal hingga ke Garaj Kereta/ Kantin dan Halaman Pokok Palma yang terdapat di belakang kantin. Terdapat banyak tumbuh-tumbuhan berkhasiat ditanam di kawasan Taman Sains tersebut. Proses pembersihan di kawasan ini dilakukan dengan berhati-hati kerana terdapat banyak benda merbahaya seperti tin-tin minuman, batu-batu kecil dan rantingranting kayu yang boleh mendatangkan kemudaratan. Kawasan Tempat Letak Kereta pula ditugaskan kepada Guru-guru Penolong Kanan SK. Sentul (1).

Bagi Halaman Belakang Sekolah iaitu di kawasan Bilik PJK, guru-guru yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut ialah En. Wan Muhd. Syahril, Cik Yusmizah dan juga Cik Taiebah. Kawasan ini memerlukan guru-guru dan muridmurid terlibat membuang meja, kerusi dan peralatan lain yang rosak ke tempat pembuangan sampah yang berhampiran. Longkang di kawsan tersebut juga telah dibersihkan hasil dari usaha guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Dua buah dewan rasmi sekolah juga turut sama dibersihkan. Kawasan Dewan Sri Permata hingga ke Taman Prasekolah juga telah ditugaskan kepada Pn. Azilamatul Marini, En. Roosle dan juga Pn. Tumirah untuk dibersihkan. Kelihatan pada petang tersebut, En. Roosle bersama ahli kumpulannya telah bersedia lebih awal untuk membersihkan kawasan tersebut. Begitu juga dengan Dewan Sri Permata yang ditugaskan kepada En. Hasre Adha, Pn. Ija dan juga Cik Siti Sarah untuk dilakukan proses pembersihan. Sesuatu kerja yang dilakukan secara bersama-sama pasti akan memberikan hasil yang memuaskan. Kawasan yang terakhir iaitu Makmal Sains sekolah adalah di bawah tanggungjawab En. Zawani, Pn. Syaimak dan Cik Azura. Kelihatan guru-guru dan

murid-murid yang terlibat bersama-sama membuang peralatan-peralatan makmal sains yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ke dalam tong sampah. Sesungguhnya, semua ini dapat dilakukan dengan adanya kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Sekalung terima kasih diucapkan.

You might also like