You are on page 1of 1

TATACARA MURID MENJALANI PEMBELAJARAN PdPR 2.

0
SEBELUM
1. Mendapat edaran Jadual Waktu PdPR 2.0 yang terkini oleh guru kelas.
2. Murid-murid diberikan pendedahan oleh guru tentang mod PdPR yang dipilih oleh
sekolah iaitu mod pembelajaran secara offline (whatsapp + modul/buku teks)
3. Memahami pelaksanaan subjek-subjek mengikut pembahagian masa iaitu masa pdpc,
masa tutorial dan refleksi
4. Murid-murid bersedia dengan peranti ( telefon bimbit / komputer ) masing-masing di
rumah.

SEMASA
1. Murid-murid mengikuti kelas PdPR 2.0 berdasarkan jadual yang diberikan oleh guru
kelas.
2. Sekiranya terdapat sebarang masalah semasa tutorial berlangsung, murid-murid boleh
menghubungi guru subjek secara oncall.(hubungi secara whatsapp / panggilan telefon)
3. Sekiranya guru tersebut ada hal kecemasan dan tidak dapat melaksanakan pdpc, pihak
pentadbiran akan menyediakan guru ganti bagi masa tersebut supaya pdpc dapat
berjalan lancar.
4. Terdapat masa Rehat selama 30 minit diberikan kepada murid-murid sebelum
berlangsungnya sesi pdpr kedua selepas Rehat.
5. Guru subjek akan mengambil kehadiran murid bagi merekodkan pelibatan murid dalam
pdpc.

SELEPAS
1. Selepas selesainya PdPR, guru subjek akan mereodkan tahap penguasaan murid
berkenaan tajuk tersebut di dalam Borang Rekod Perkembangan Murid (RPM)
2. Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun melalui pembelajaran
secara bersemuka ataupun secara PdPR.
3. Segala bentuk tugasan haruslah disimpan dan diserahkan kepada guru apabila sesi
pembelajaran bersemuka berlangsung

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA PARA WARIS SERTA MURID-MURID SK LANGKAWI

You might also like