You are on page 1of 5

Soalan 1: Melukis pelan lantai bilik darjah mesra budaya yang meliputi indikator :- a. fizikal b.

sosial-emosi
PAPAN KENYATAAN

CARTA ORGANISASI KELAS R A K

MEJA GURU

S U D U T M U L T I M E D I A

SUDUT BACAAN

Bekas minuman

Meja murid

Kerusi

Bekal makanan

Papan & LCD

Pintu

Peti Kecemasan

Sudut aktiviti

Alat Pemadam api

Soalan 2: Huraian Pelan Lantai Bilik Darjah Mesra Budaya Sebelum melakar pelan ini, saya terlebih dahulu mengenalpasti jumlah pelajar serta bangsa dan latarbelakang mereka, keadaan bilik darjah , kedudukan pintu, tingkap sebagai sumber cahaya dan udara, plug elektrik dan papan putih dalam bilik darjah. Ini dapat membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah yang mesra budaya. Dalam pelan lantai bilik darjah yang saya bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran mesra budaya di dalam bilik darjah iatu : a. Meja guru Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas bukan di tengah supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang. Meja ini tidak diletakkan di sebelah pintu supaya laluan keluar masuk tidak terhalang, sebaliknya diletakkan di sebelah tingkap bagi memberi pencahayaan dan pengudaraan yang cukup untuk keselesaan guru. Keselesaan guru dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif. b. Rak guru Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu belajar termasuk CD untuk kegunaan murid. c. Meja murid Meja murid disusun mengikut pelbagai kaum dalam kumpulan berempat berbentuk V supaya memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. Susunan ini turut menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan murid yang terdiri dari pelbagai kaum dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan seterusnya dapat mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, susun atur sebegini juga memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan. Dengan susunan berbentuk V, pergerakan murid menghadap papan putih turut diminimumkan bagi memberi keselesaan kepada murid-murid, di samping mengekalkan kontek visual antara guru dengan murid. Meja murid juga tidak diletakkan di depan pintu.

d. Sudut multi-media Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media ini. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini, pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan. e. Sudut bacaan Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan muridmurid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada di rumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. f. Meja bulat Meja bulat diletakkan di tengah bahagian belakang kelas bagi membolehkan murid berehat atau berbincang. Oleh itu, kedudukannya adalah berhampiran dengan bekas air minuman. g. Bekas air minuman Satu bekas air minuman yang besar diletakkan di antara sudut bacaan dan tempat simpanan bekal makanan. Ini dapat menggalakkan murid-murid untuk minum banyak air untuk kesihatan. Satu jadual disediakan untuk menyelenggara bekas air minuman ini.
3

h. Tempat simpanan bekal makanan Semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di sini. Sekiranya bekal makanan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuan murid semasa belajar. i. Tempat simpanan barang murid Di sini, murid-murid boleh menyimpan beg sekolah dan barang-barang mereka yang lain. Ini dapat memberi keselesaan kepada murid-murid agar dapat belajar tanpa gangguan. j. Papan kenyataan Dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, muridmurid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Murid-murid turut merasa bangga melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid turut terdapat input yang bermanfaat kepada semua murid. k. Bakul sampah Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah. l. Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas dan berhampiran dengan meja guru. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan. m. Pemadam api Pemadam api amatlah penting sekiranya berlaku kebakaran. Dengan adanya pemadam api dalam bilik darjah, kebakaran kecil dapat dipadamkan dengan segera serta dapat dielakkan daripada merebak.Ini akan menimbulkan rasa selamat murid apabila berada didalam kelas. Guru perlu menjemput pegawai bomba ke sekolah untuk menerangkan kepada tindakan yang perlu mereka ambil sekiranya berlaku kebakaran.
4

n. Pencahayaan dan pengudaraan Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Kesimpulannya, Kemahiran guru menggunakan kreativiti serta mengaplikasikan pengetahuan dan teknik yang bersesuaian amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Gabungan elemen-elemen fizikal dan sosio-emosi dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni yang membantu ke arah pencapaian objektif pembelajaran. Bilik darjah ini adalah kondusif untuk semua murid tanpa mengira perbezaan sosiobudaya sama ada dari segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam mahupun jantina. Murid yang belajar dalam kelas ini mendapat motivasi yang baik yang mendorong semangat mereka untuk belajar.

You might also like