You are on page 1of 34

LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

LAPORAN SEKOLAH LESTARI -


ANUGERAH ALAM SEKITAR
SMK KONVEN ST URSULA

ALAMAT:
SMK KONVEN ST URSULA
PETI SURAT 285,
91007 TAWAU
TEL: 089-772090
FEKS: 089-762090

1
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

LATAR BELAKANG SEKOLAH 3-4

KOMPONEN PENGURUSAN 5 - 14

KOMPONEN PENGHIJAUAN 14 - 21

KOMPONEN KURIKULUM 22 - 24

KOMPONEN KOKURIKULUM 25 - 29

2
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

1.1 Latar Belakang Sekolah


1.1.1 Sejarah Penubuhan

 satu-satunya sekolah perempuan yang terdapat di daerah Tawau


 merupakan sekolah bantuan modal /sekolah mubaligh (missionary school)
 sekolah 2 sesi - sesi pagi (6.40 pagi - 12.10 petang) & sesi petang (12.10 petang - 6.00
petang)
 Ditubuhkan pada tahun 1966
 Dirasmikan pada 27 Januari 1968 oleh Datuk Kassim Kamidin (ADUN Merotai
pada ketika itu)

Senarai Nama Pengetua

1. Rev. Mother John Bosco (1966 - 1972)


2. Sister M. Edwarda (1972 - 1977)
3. Sister M. Therese (1978 - 1979)
4. Encik Edward De Cruz (1980 - 1983)
5. Puan Elizabeth Au Yong (1983 - 1993)
6. Encik Lim Tong Seng (acting, 1993 - 1994)
7. Puan Elizabeth Au Yong (1994 - 2004)
8. Cik Tan Boon Kyee (2005 - 2007)
9. Puan Theresa Chong Mei Lan (2007 -2015)
10. Puan Chu Set Mei (2016 – kini )

3
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

1.2 STAF SEKOLAH TAHUN 2017

STATUS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

GURU 9 35 45

BUKAN GURU 2 4 6

JUMLAH 11 41 52

1.3 ENROLMEN MURID TAHUN 2017

TAHUN KELAS BIL KELAS JUMLAH

Kelas TING 1 4 121

TING 2 4 126

TING 3 4 126

TING 4 4 131

TING 5 4 124

JUMLAH 20 614

4
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.0 KOMPONEN PENGURUSAN

PELAN TINDAKAN DAN STRATEGI SERASI

2.1 VISI
Smk Konven St Ursula Mejadi Sekolah Lestari Menjelang Tahun 2018

2.2 MISI
Misi unit Hal Ehwal Murid mempunyai perkaitan dengan ciri kelestarian alam sekitar iaitu:
Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan mengekalkan kehijauan
disekeliling sekolah yang memberi kesan kepada seluruh warga SMK Konven St Ursula Tawau
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek .

Misi sekolah SMK Konven St Ursula Tawau ialah


“Warga Ursula Cemerlang, Sekolah Gemilang

5
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.3 PIAWAI SUASANA DAN PERSEKITARAN SERASI

Pihak pengurusan telah menyusun perancangan strategik dan pelan tindakan untuk pelaksanaan
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2018-2019 yang diharapkan dapat memupuk unsur-
unsur pendidikan dan kesedaran serta kepentingan menjaga alam sekitar dikalangan murid SMK
Konven St Ursula Tawau. Antara piawai suasana dan persekitaran Sekolah Rakan Alam Sekitar
SMK Konven St Ursula Tawau ialah:-
1. Pelaksanaan aktiviti yang berunsurkan pendidikan alam sekitar diterapkan di dalam
pelbagai aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan yang bertujuan supaya warga
sekolah SMK Konven St Ursula Tawau boleh menguruskan alam sekitar secara
seimbang dan holistik.
2. Pendidikan Lestari Alam Sekitar juga bermatlamat ke arah sifar sampah, kawasan
persekitaran sekolah yang bersih dan ceria setiap masa dan dapat mewujudkan sekolah
dalam taman.
3. Warga sekolah SMK Konven St Ursula Tawau menyedari kepentingan menghargai,
menyayangi dan menjaga alam sekitar.
4. Mewujudkan unsur terapeutik berasaskan penghijauan kepada warga sekolah SMK
Konven St Ursula Tawau. Unsur terapeutik ini akan dapat membantu menyeimbangkan
emosi khususnya pelajar SMK Konven St Ursula Tawau
5. Menggalakkan inovasi dan aktiviti alam sekitar yang dapat menjimatkan penggunaan
sumber dan menggunakan produk mesra alam.
6. Setiap bilik khas mesti sentiasa bersih dan ceria dan mempamerkan ciri-ciri suasana
mesra alam.

6
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.4 POLISI SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR SMK KONVEN ST URSULA

1. Warga sekolah SMK Konven St Ursula Tawau menghayati kepentingan menjaga alam
sekitar.
2. Warga sekolah SMK Konven St Ursula Tawau mengurangkan penggunaan plastik dalam
kehidupan
3. Meminimumkan penggunaan bekas polisterin di kawasan sekolah.
4. Mengelakkan pembaziran kertas , air dan elektrik.
5. Tidak boleh membuang sampah di merata tempat dan mempromosikan kelas tanpa tong
sampah.
6. Setiap warga sekolah mesti mengamalkan 5R (Rethink, Reduce, Reuse , Repair, Recycle)
7. Tidak dibenarkan menconteng kemudahan sekolah.
8. Setiap pelajar harus melibatkan diri sekurang-kurangnya satu aktiviti alam sekitar
peringkat sekolah.
9. Setiap pelajar harus menjaga keceriaan kelas.
10. Setiap bilik khas sentiasa bersih dan ceria.

7
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.5 OBJEKTIF PELAKSANAAN SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR.


Pihak pengurusan telah menetapkan beberapa sasaran objektif Sekolah Lestari Anugerah Alam
Sekitar yang harus dicapai oleh SMK Konven St Ursula Tawau pada tahun 2017 diharapkan
akan dapat :-
1. Melaksanakan pendidikan yang menerapkan unsur alam sekitar secara berterusan
melibatkan semua murid di SMK Konven St Ursula Tawau melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran alam sekitar merentasi kurikulum, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum serta
projek-projek penghijauan yang dijayakan oleh seluruh warga sekolah SMK Konven St
Ursula Tawau termasuk PIBG.
2. Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap serta amalan dalam kalangan warga
sekolah SMK Konven St Ursula Tawau dan komuniti setempat.
3. Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah SMK Konven St Ursula Tawau dengan
memastikan kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah adalah pada tahap yang tinggi
pada setiap masa dan kesannya wujud suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan
selesa .
4. Melalui Program 4K, setiap kelas harus menerapkan elemen alam sekitar di dalam bilik
darjah dan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus markah dari jumlah 100 peratus
markah dalam penilaian
5. Memupuk kerjasama antara komuniti sekolah SMK Konven St Ursula Tawau dengan
masyarakat setempat dalam pelaksanaan aktiviti mesra alam.
6. Semua warga sekolah SMK Konven St Ursula Tawau berusaha menghayati dan
mengamalkan 5R

8
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.6 SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA SEKOLAH RAKAN ALAM


SEKITAR

ORGANISASI SERASI

PENAUNG : En. Darmansyah Hj Sakil


(Pegawai Pelajaran Daerah Tawau)
PENGERUSI 1 : Pn. Chu Set Mei
(Pengetua)
PENGERUSI 2 : En. Vektor Naris (Pengerusi PIBG)
TIMBALAN : En. Abdurais Buliki (PK. Pentadbiran)
PENGERUSI En. Kimri Linsin (PK. KOKUM)

PENYELARAS : Pn.Isna Dais (PK.HEM )


Pn. Jaitun (PK Petang)
SETIAUSAHA : Pn. Arne Dauralis
Cik Chang Yun Tsae
BENDAHARI : Pn.Alawiah Ariffin

2.7 PENYEBARAN MESEJ ALAM SEKITAR


2.7.1 Perhimpunan Mingguan
Mesej alam sekitar disampaikan kepada murid melalui perhimpunan mingguan pada setiap pagi
pada hari Isnin. Antara mesej yang disampaikan oleh guru bertugas mingguan adalah seperti
mengingatkan murid tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas yang dapat
membantu menyumbangkan kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada
murid SMK Konven St Ursula Tawau.

9
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.7.2 Pemasangan Papan Mesej Alam Sekitar


Papan mesej alam sekitar dipamerkan di kawasan sekolah seperti poster menjaga kebersihan,
cara mencuci tangan, penjagaan tandas, penjagaan kawasan seperti cerun dan lereng, longkang,
tumbuh-tumbuhan, tangki septik dan pelbagai mesej yang memberi penerangan berkaitan dengan
pendidikan alam sekitar.

2.7.3 Kempen Penjimatan Elektrik.


Amalan penggunaan cahaya semulajadi dan membiarkan tingkap terbuka yang mana dapat
menjimatkan tenaga elektrik.Pelajar dinasihatkan memadam suis lampu dan kipas yang tidak
digunakan terutamanya di dalam kelas.

2.7.4 Penggunaan tong sampah


Semua guru dan murid-murid serta semua kakitangan sekolah hendaklah memastikan
persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan ia dapat memupuk
amalan ini di kalangan warga sekolah.tong samapah diletakkan di tempat-tempat yang strategik
dan sesuai bagi memupuk aspek kebersihan di kalangan warga sekolah.

2.7.5 Kempen Penjimatan Air


Murid-murid dinasihatkan menutup air dengan betul bagi mengelakkan pembaziran air di
sekolah. Papan mesej yang berkaitan dengan penjimatan air di pasang untuk tujuan
mengingatkan murid tentang penggunaan air secara berhemah.

2.7.6 Pengunaan tong kitar semula.


Dengan adanya tong kitar semula semua warga sekolah dapat mengasingkan bahan-bahan
terbuang seperti kertas, tin dan kaca. Sampah-sampah tersebut akan diproses dan dikitar semula
untuk dihantar ke Alam Flora.
2.7.7 Sudut SERASI
Setiap kelas diminta menyediakan papan maklumat yang mana maklumat-maklumat tentang
alam sekitar akan dipamerkan di sudut tersebut.

10
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.7.8. Sistem Pembangunan Maklumat


Koleksi buku, hasil kerja /lembaran kerja dan kumpulan sajak-sajak yang bertemakan alam
sekitar hasil ciptaan pelajar semasa aktiviti-aktiviti lestari sekolah dijalankan.Lembaran kerja
untuk aktiviti pelajar yang berkaitan dengan alam sekitar telah difailkan.

2.8 PENGIKTIRAFAN
Jenis-jenis pengiktirafan Ganjaran Masa Sumbangan
Kelas terbersih mingguan Sijil Perhimpunan Sekolah
mingguan
Kelas terbersih tahunan Plat dan Hari kecemerlangan PIBG
sijil pelajar
Anugerah Rakan Alam Sekitar Sijil 2006,2007,2008 JAS
(SERASI)
OUR ENVIRONMENT , Panden 2011 LEO CLUB
OUR FUTURE
Anugerah Sekolah Lestari 3 Bintang 2014 JAS
ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM Tempat ke 2016 JAS
SEKITAR(SERASI) 7

11
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.9 PEMBENTUKAN JARINGAN BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN

Untuk meningkatkan penerapan alam sekitar di kalangan murid-murid pihak sekolah telah
mewujudkan pelbagai stesen pembelajaran di luar sekolah seperti berikut:

STESEN PEMBELAJARAN PIHAK BERKEPENTINGAN AKTIVITI

1.
• Lawatan Ke Kem San Sui
• Lawatan Ke Bukit Gemuk
• Kem Orentasi Alam
• Jabatan Perhutanan
Sekitar Di Lembah Danum
Sabah
• Perkhemahan Unit
• Kelab Pencinta Alam –
Beruniform Meneroka flora dan
Yayasan Sabah
• Lawatan Ke Stesen fauna
• Badan NGO-unit
Penyelidikan Pertanian
Beruniform
Bukit Quen
• Taman-taman Sabah
• Perkhemahan Berasakan
Cendawan-Taman Bukit
TAwau

2.
• Keceriaan persekitaran
Kerjasama
sekolah
• Lembaga Sekolah melaksanakan
• Penghasilan Baja organik
• Loin Club Tawau program alam
• Khidmat masyarakat
• Bomba Tawau sekitar di dalam dan
dengan pihak luar
luar sekolah
• Keselamatan

12
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

2.10 SISTEM PEMANTAUAN


Instrumen pemantauan dan penilaian dibuat oleh pihak sekolah bersesuaian dengan Misi
Sekolah dan digunakan oleh semua penyelaras bahagian masing-masing. Instrument
PenilaianSekolah telah menyediakan instrument khas untuk penilaian:
1. Bilik darjah
2. Bilik khas
3. Kantin
4. Tandas
5. Stor
6. Parit/Kawasan pembiakan aedes
7. Lot kawasan
8. Taman tersubur
9. Kriteria pemantauan
10. Kebersihan
11. Kelas yang terdapat sampah dan habuk akan ditolak markah kebersihan.
12. Kerosakan
13. Sebarang peralatan seperti meja , kerusi , pintu , suis lampu , kipas, jendela dan lain-lain
yang tidak dilapor akan menyebabkan kelas hilang markah kebersihan.
14. Keceriaan dan kekemasan
15. Papan notis kelas perlu diisi dengan lengkap dan tiada yang terjatuh. Penggunaan bahan
terpakai amatlah digalakkan.
16. Penilaian sampah
17. Berdasarkan jumlah sampah yang dikumpul di dalam kelas , markah akan ditolak
melalui jumlah sampah yang dikumpul di samping markah kekemasan dan kebersihan di
dalam kelas.

13
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

Pemantauan dan susulan pemantauan

Bil Pemantau Jenis pemantauan Susulan pemantauan


Guru kelas, ketua
Mengambil tindakan tambahbaikan.
1 kelas, penyelaras bilik- Pemantauan kendiri
Melaporkan segala kerosakan
bilk khas.
Buat laporan keputusan pertandingan
dalam perhimpunan.
Guru bertugas
2 Penilaian kebersihan Memberi pengiktirafan
mingguan
Penambahbaikan keceriaan kelas
(jika perlu)
Menulis laporan untuk makluman
Memantau aktiviti-
Pasukan Lestari guru penasihat atau pelajar .
3 aktiviti yang
Sekolah Mengambil tindakan tambahbaikan
dipertanggungjwabkan
jika perlu.
Memantau kebersihan Mengambil tindakan membersih dan
4 AJK Persatuan/ Kelab
dan kebersihan di melaporkan tumbuhan yang tidak
Unit Beruniform
kawasan bertugas sihat kepada guru.
Memantau sampah di
Melapor kepada Guru Besar untuk
luar kawasan sekolah
tujuan tindakan selanjutnya.
sekali seminggu .
5 Pegawal keselamatan Melaporkan kerosakan kepada
Memantau pemasangan
pentadbir untuk pembaikan.
lampu dan kelas serta
melaporkan kerosakan.

14
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

3. KOMPONEN PENGHIJAUAN

3.1 Strategi dan Pelan Pelaksanaan Tindakan.

Matlamat Program Penghijauan sekolah SMK Konven St Ursula Tawau adalah untuk :
1. Mewujudkan satu pelan rancangan jangka panjang ke arah penghijauan sekolah.
2. Menyediakan satu pelan tindakan strategi (taktikal) kearah penghijauan sekolah setiap
tahun.
3. Meningkatkan usaha pembudayaan amalan 5R (Rethink, Reuse, Reduce, Repair,
Recycle) dalam kalangan warga sekolah.
4. Meningkatkan kebersihan dan keceriaan bangunan serta kawasan sekolah.
5. Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian program-program penghijauan setiap
tahun dan melaksanakan penambahbaikan.
6. Menyediakan dokumen pelaporan untuk tujuan rujukan dan penambahbaikan.

3.2 Sistem Pengurusan Taman


Pihak pengurusan sekolah telah menggalakkan pengwujudan taman bagi tujuan untuk
menghijaukan, menceriakan persekitaran sekolah serta sebagai stesen pembelajaran. Bagi
melaksanakan tujuan ini, pihak pengurusan sekolah telah mewujudkan Jawatankuasa keceriaan,
Kesihatan dan Keselamatan dan Keharmonian yang bertanggungjawab ke atas pengwujudan
taman-taman tersebut.Beberapa program telah dilaksanakan untuk memantapkan sistem
pengurusan taman.

3.2.1 Sumber Manusia


Semua guru, pelajar, pekerja am sekolah, dan kakitangan bukan mengajar terlibat secara
langsung dan tidak langsung di dalam pengurusan taman sekolah.

15
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

3.2.2 Sumber Kewangan


Sumber kewangan diperoleh dari pelbagai sumber seperti hadiah kemenangan sekolah dalam
pertandingan yang berkaitan dengan alam sekitar dan lain-lain

3.2.3 Jadual Pengurusan Bertugas


a. Jadual bertugas pekerja dilekatkan di stor pekerja.
b. Penyiraman tanaman sekitar sekolah dilakukan 2 kali sehari. Tugas ini dibuat oleh pekerja,
c. Kerja-kerja membaja tanaman sekolah dilakukan 1-2 kali sebulan oleh pekerja.
d. Kerja memotong rumput dilakukan 2 kali setiap bulan.
e. Pemantauan kesihatan tumbuhan dilakukan sekali sebulan oleh pekerja.
f. Ahli persatuan/ kelab menjayakan program-program penghijauan sekitar sekolah.

3.3 Kepelbagaian Reka Bentuk Taman


3.3.1 Pelan Susunatur Taman di Persekitaran Sekolah
Pelan landskap taman di persekitaran sekolah adalah direka dan disusunatur oleh Jawatankuasa
kerja Lestari Sekolah dibantu oleh murid-murid di bawah kegiatan ko-kurikulum.

3.3.2 Keadaan Landskap Taman Unik, Indah serta Bertema


Nama taman juga disesuaikan dengan tema, kedudukan, jenis tanaman, kegunaan atau sejarah
pembentukan taman tersebut. Terdapat beberapa taman bertema antaranya Taman Herba, Taman
Cendawan, Taman Kelab Alam Sekitar, dan lain-lain

3.3.4 Penggunaan Bahan Kitar Semula atau Mesra Alam


Pelbagai cara dilakukan untuk memulihara alam sekitar termasuklah penggunaan bahan kitar
semula atau mesra alam seperti:
1. Tayar sebagai pasu
2. Ketas, tin dan plastik dikitar semula
3.3.5 Pemantauan Projek Penghijauan
Pemantauan projek-projek penghijauan, kebersihan, keceriaan melalui kegiatan ko-kurikulum.

16
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

3.4 PROSES IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN


Proses implementasi penghijauan dijalankan berdasarkan pelan strategik yang telah
dirancangkan.

3.4.1 Penggunaan Kepelbagaian Sumber Biologi untuk Penanaman


Pihak sekolah hanya menggunakan baja organik yang mesra alam untuk penanaman, ia
termasuklah tahi ayam, baja organik (tanah bakar), habuk kayu dan sabut kelapa.

3.4.2 Pilihan Kesesuaian Sumber dan Tanaman


Kriteria pemilihan jenis tumbuhan ialah mudah didapati, mudah dijaga, tahan lasak, ada pasaran,
cepat membesar dan cepat membiak. Pihaksekolah akan menjanakan keuntungan daripada
penjualan anak pokok bunga

3.4.3 Program Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Tanaman


i. Program Keceriaan Taman
Murid dipertanggungjawabkan menjaga pokok-pokok bunga yang terdapat dikawasan luar
koridor kelas. Pelajar-pelajar ini bertanggungjawab menyiram pokok, membersihkan rumput dan
menaburbaja kepada pokok.

ii. Melabel Nama-Nama Saintifik Dan Tempatan Bagi Pokok


Semasa aktiviti kokurikulum persatuan melabelkan nama saintifik tumbuh-tumbuhan dalam
Taman.

3.4.4 Stesen Pembelajaran


Pelbagai stesen telah diwjudkan di sekitar sekolah untuk memantapkan penerapan nilai murni
alam sekitar dalam kalangan warga sekolah seperti berikut:

17
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

3.4.4 STESEN PEMBELAJARAN

BIL NAMA STESEN KEGUNAAN


1 Taman Herba Mendapat ilmu kegunaan herba dalam perubatan
2 Baja Kompos/organic Belajar cara-cara membuat baja kompos secara amali
3 Taman Cendawan Pembelajaran tentang jenis-jenis cendawan
Stesen Pelupusan Menjaga kebersihan dan penerapan nilai kebersihan
4
Sampah
Taman Sains Pertanian Pelajar cara menanan dan menjaga sayur-sayuran

Taman Bumi Hijau Belajar menghayati dan menghargai alam sekitar. Selain
5
(bunga) sebagai rujukan sewaktu p&p.

3.4.5 Penyelenggaraan Kawasan Padang


Kawasan padang SMK Konven St Ursula Tawau merupakan kawasan hijau yang penting untuk
warga sekolah. Rumputnya dipotong dua kali sebulan oleh pekerja sekolah.Guru Penolong
Kanan Ko Kurikulum sekolah diamanahkan untuk memastikan kawasan sentiasa
diselenggarakan dengan baik. Pihak sekolah telah membina dan menyelenggarakan longkang
disekeliling padang untuk mengelakkan takungan air di padang sekolah.

3.4.6 Khidmat Nasihat/ Pakar


Pihak sekolah sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian, , Jabatan Alam
Sekitar dan Jabatan Perhutanan bagaimana menguruskan projek-projek penghijauan secara
berkesan serta cara-cara penjagaan dan perawatan yang sesuai.

18
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

3.5 PENGURUSAN SUMBER KE ARAH PENINGKATAN KECEKAPAN DAN


PENJIMATAN PENGGUNAAN

3.5.1 Pelan Perancangan (Pelan Taktikal)


Jawatankuasa SERASI telah menyediakan pelan perancangan untuk meningkatkan kecekapan
dan peningkatan sumber dalam kalangan warga sekolah.

3.5.2 Program Penjimatan Air


KUMPULAN CARA
BIL NAMA PROGRAM OBJEKTIF
SASARAN IMPLEMENTASI
Memastikan
Tanda ingatan menutup pili air ditutup Semua warga Tanda ingatan dipamerkan
1
air selepas sekolah di setiap sudut pili air
digunakan
Warga sekolah melapor
Tiada
sebarang kerosakan paip
pembaziran air
Program penyelenggaraan Semua warga atau pili air ke pejabat
2 melalui paip
segera sekolah sekolah. Pembaikan
dan pili air
dikendalikan dalam
yang rosak
tempoh sehari
Mengurangkan
pembaziran air
Menggunakan botol atau
Program penyiraman semasa Semua warga
3 alat penyembur air untuk
bunga secara berhemah menyiram sekolah
menyiram bunga
bunga dalam
pasu

19
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

3.5.3 Program Penjimatan Elektrik


KUMPULAN
BIL NAMA PROGRAM OBJEKTIF CARA IMPLEMENTASI
SASARAN
Memastikan
Label peringatan dilekatkan
Label peringatan menutup suis elektrik Semua warga
1 berhampiran dengan suis atau
suis elektrik ditutup setelah sekolah
pintu utama bilik-bilik khas.
digunakan
Jadual pemasangan dan penutupan
Menjimatkan suis lampu elektrik dipatuhi iaitu
penggunaan waktu malam; lampu koridor
tenaga elektrik Pengawal bawah dinyalakan selepas jam
2 Program earth hour bagi keselamatan 6.30 petang, manakala lampu
mengurangkan sekolah koridor tingkat atas dinyalakan
risiko penipisan selepas jam 10.30 malam. Semua
ozon. lampu koridor ditutup pada jam
6.00 pagi.

Menilai sama
ada terdapat
pembaziran
Program semakan bil air Semua warga
3 dalam Semak bil elektrik dan bil air.
dan elektrik sekolah
penggunaan
sumber elektrik
dan air.

20
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

3.5.5 Program Pengurangan Sisa Pepejal


Pihak sekolah menekankan amalan pengurangan penghasilan sisa pepejal. Oleh itu, langkah
penjimatan dilakukan dengan sentiasa mengingatkan warga sekolah melalui pengumuman di
perhimpunan dan mesyuarat atau menyampaikan mesej alam sekitar melalui banner dan poster.

KUMPULAN
BIL NAMA PROGRAM CARA IMPLEMENTASI
SASARAN
menggunakan kedua belah keras semasa
mencetak soalan, nota dan rekod P&P
Guru dan menghadkan 1 rim kertas untuk setiap guru
1 Program jimat kertas
Kakitangan dalam 1 penggal persekolahan
menggunakan kertas terpakai sebagai memo, nota
dan draf
Semua warga Mengumpul bahan-bahan terbuang seperti kertas,
Program Kitar Semula
2. sekolah tin dan plastic untuk dikitar semula.
Menggunakan whiteboard pen yang boleh diisi
Semua warga semula (refill).
3 Program reuse
sekolah Menggunakan bahan terpakai untuk hiasan kelas,
tanaman dan sebagainya
Perabot dan alatan yang rosak tetapi masih boleh
Semua warga
4 Program baikpulih perabot digunapakai akan diperbaiki untuk digunakan
sekolah
semula

3.5.6 Menggunakan Bahan Kitar Semula Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni

3.6 PENGGUNAAN PRODUK DAN TEKNOLOGI HIJAU


3.6.1 Penggunaan Tayar Terpakai
Tayar terpakai telah digunakan sebagai pasu bunga yang diletakkan di sekitar kawasan sekolah.

21
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

4.0 KOMPONEN KURIKULUM

4.1 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

Objektif/Matlamat Projek

1. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan
masalah-masalahnya.
2. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan
dengannya.
3. Memperoleh nilai dan memupuk sikap yang positif cintakan alam sekitar dan bermotivasi
untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
4. Memahami bahawa pembangunan Negara harus diteruskan dengan menggunakan
sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
5. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalah alam sekita dan
penyelesaiaannya.
6. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar.

Faedah

1. memberi kesedaran dan menanam sikap bertanggungjawab bahawa manusia perlu


2. hidup secara harmonis dengan alam sekitarnya.
3. memberi kefahaman dan rasa cinta terhadap alam semulajadi

22
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

4.2 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1. Pengertian Pendidikan Alam Sekitar

 Proses TENTANG alam sekitar, UNTUK alam sekitar, MELALUI alam sekitar

2. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar

 Membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar serta
memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk bertindak secara
individu atau bersama ke arah penyelesaian isu alam sekitar

3. Objektif Pendidikan Alam Sekitar ialah bagi membolehkan pelajar

1. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan
masalahnya
2. Lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan dengannya
3. Memperoleh nilai, memupuk sikap positif, cinta alam sekitar dan bermotivasi untuk
terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
4. Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan membangunkan
sumber semulajadi yang ada secara terancang
5. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya.
6. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar

4. Kandungan Pendidikan Alam Sekitar – Merentas kurikulum

5. Tempat Pelaksanaan : di dalam atau luar kelas

23
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

6. Bagaimanakah Unsur Pendidikan Alam Sekitar Dapat Diserapkan?

1. Memandangkan degradasi alamn sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan
pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan
ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur
pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.
2. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang
lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan,
kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau
bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
3. Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:

 mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan
masalahnya.
 lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan
dengannya.
 memperoleh nilai, memupuk sikap uyang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi
untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
 memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengna menggunakan sumber-
sumber semula jadi yang ada secara terancang.
 menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya.
 berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar.

4.3 Langkah – langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar

a. Penanaman semula pokok.


b. Menyediakan lebih banyak tong sampah di tempat – tempat awam.
c. Mengadakan kempen pemuliharaan alam sekitar.
d. Bergotong-royong membersihkan kawasan di tempat kediaman.
e. Menjalankan atau menjayakan kempen kitar semula.
f. Memberi kesedaran melalui pendidikan.

24
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

4.0 KOMPONEN KOKURIKULUM

4.1 Pengenalan
Kokurikulum sekolah melibatkan tiga komponen berikut:
(a) unit beruniform;
(b) kelab / persatuan; dan
(c) sukan / permainan.
Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum diperlukan untuk
meningkatkan amalan hidup lestari.

Peranan
(a) Melaksanakan aktiviti pendidikan yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar dalam aspekkokurikulum dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
(b) Melibatkan unit berpakaian seragam/kelab/persatuan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti
pendidikan alam sekitar.
(c) Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Pameran Alam Sekitar atau Program Khas
Sambutan Hari Bumi
(d) Menganjurkan permainan atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau(Desathon),
Enviro-Hike, Enviro-Walk dan lain-lain yang berkaitan.
(e) Mengadakan Program Kitar Semula

25
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

4.2 AKTIVITIDAN PROJEK PENGHIJAUAN OLEH KELAB DAN PERSATUAN


4.2.1 Amalan 3K
 kesihatan,
 keceriaan
 keselamatan

4.3 PROJEK KESEDARAN

 Gotong Royong
 Bantuan Masyarakat
 Seminar & Ceramah
 Lukisan
 Pameran
 Program Taman Angkat
 Program Kitar Semula

PROGRAM ALAM SEKITAR 2017

Bi Aktiviti / Program Tempoh Tanggungjawab Sasaran


l.

1. Minggu Mesra Alam April Panitia Geografi Semua pelajar

2. Kempen Zero Sampah Sepanjang tahun Unit Kantin dan Bilik Semua warga sekolah
Guru

3. Projek Hijau Kantin Sekolah Mulai Februari Unit Kantin dan Bilik Unit Kantin dan Bilik
Guru Guru

4. Projek Mengitar Semula Sepanjang tahun Unit Kantin dan Bilik Semua guru
Kertas di Bilik Guru Guru

5. Projek Mengitar Semula Sepanjang tahun Unit Kantin dan Bilik Semuawargasekolah
Botol Plastik dan Tin Guru
Aluminium di Kantin

6. Pertandingan Kebersihan dan Sepanjangtahun Unit Kebersihan dan Semuatingkatan


Keceriaan Kelas Keceriaan Sekolah

7. Ceramah Kebersihan dan Januari Unit Kebersihan dan Semua tingkatan


Kesihatan Keceriaan Sekolah

26
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

8. Gotong-royong Membersih Januari dan Jun Unit Kebersihan dan Semua warga sekolah
Kawasan Sekolah Keceriaan Sekolah dan PIBG

9. Program Prosedur Sekali setahun AJK Keselamatan Semua warga sekolah


Pemadaman Api oleh Pihak
Bombadan Penyelamat

10 Program Kesedaran Tahap 2 kali sebulan AJK Keselamatan Semua warga sekolah
. Keselamatan Sekolah

11 Taklimat Plan Kecemasan Sekali setahun AJK Keselamatan Semua warga sekolah
. KetikaKecemasan / (Februari )
Kebakaran

12 Info Anti Aedes Januari Unit Kesihatan Semua pelajar


.

13 Program Menceriakan 4 kali (dilaksanakan Kelab Pencinta Alam Semua ahli KPA
. Taman Kelab Pencinta Alam semasa perjumpaan
kokurikulum)

14 Program Orientasi Alam Jun Kelab Pencinta Alam Ahli KPA terpilih
. Sekitar Peringkat Negeri
Sabah

15 Karnival Go Green Januari Kelab Pencinta Alam Semua ahli KPA


.

16 Program “IbuAngkat” Taman Sepanjang tahun Kelab Leo Semua ahli Leo
. Eco Corner

27
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

Antara projek menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan:

1. Program Bergotong-Royong.
Aktiviti bergotong royong diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah.
Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk
memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.
Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah
boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut
sampah atau membersihkan longkang.

2. Program Sekolah dalam Taman”


Menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan
sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam
situasi ini, pelajar-pelajar juga membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di
kawasan sekolah. Landskap sekolah serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya
pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman
daripada bangunan konkrit yang kaku.

3. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah.


Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata
ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” . Pelajar juga bekerjasama bagai ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.
Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka
boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata.
Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
4. Pertandingan kelas terbersih
Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk
membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan
mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai
kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam
28
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya


kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti
mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
5. Program 3K.
Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam
program ini, pihak sekolah memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih,
indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan
pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian
Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan
memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan.
Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.
6. Program Satu Murid Satu Pasu
Murid-murid dikehendaki membawa bunga –bunga ke sekolah bagi menambahkan lagi
kehijauan dan kecerian taman-taman angakat yang telah diberi. Program ini dilakukan
secara pertandingan antara kelas, kelas yang banyak menyumbangakan bunga akan
mendapat ganjaran. Ini akan member semangat kepada murid untuk menceriakan taman-
taman mereka.

29
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

Lampiran

30
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

31
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

32
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

33
LAPORAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR) 2017/18

34

You might also like