You are on page 1of 4

Kerbersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan sekalian. Pada pagi yang indah ini, izinkan saya
sampaikan tajuk syarahan saya ialah “Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama”.

Hadirin yang dihormati,

Sekolah yang bersih, indah dan cantik merupakan impian para guru dan murid. Bagi
memastikan sekolah terus bersih dan indah, pelbagai usaha mesti dijalankan seperti
pertanding kelas tercantik.

Setiap sekolah mempunyai pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan


sekolah. Namun begitu, murid-murid tidak boleh meletakkan tanggungjawab kepada mereka
semata-mata tanpa membantu mereka. Murid mesti ingat menjaga kebersihan sekolah adalah
tanggungjawab bersama-sama kita.

Hadirin yang dikasihi,

Persekitaran kelas yang kotor akan menggangu perhatian murid kerana persekitaran
yang kurang selesa. Oleh itu, kelas yang bersih dan kondusif sangat penting kepada murid
untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar di dalam kelas.

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, sekiranya terdapat kotoran di dalam


kelas, murid hendaklah rajin menyapu dan memasukkan sampah ke dalam sampah. Kelas
yang bersih pasti akan mewujudkan suasana yang ceria.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan persekitaran


sekolah.

Sekian, terima kasih.

Faedah Menabung

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan sekalian. Pada pagi yang indah ini, izinkan saya
sampaikan tajuk syarahan saya ialah “Faedah Menabung”.
Hadirin yang dihormati,

Menabung membawa maksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk


keperluan masa hadapan. Terdapat beberapa faedah menabung yang boleh saya kongsikan
kepada rakan-rakan yang saya sayangi.

Faedah menabung yang pertama ialah kita dapat memupuk amalan berjimat cermat.
Kita akan merancang perbelanjaan dengan mengutamakan keperluan yang penting daripada
barangan lain. Dengan itu, kita akan sentiasa berwaspada supaya wang tidak dibelanjakan
sesuka hati.

Selain itu, amalan menabung juga dapat mengelakkan daripada berlakunya


pembaziran. Orang yang menabung akan lebih berhati-hati apabila berbelanja kerana telah
merancang perbelanjaannya.

Hadirin yang saya kasihi,

Amalan menabung juga membantu kita sekiranya berlaku kes kecemasan ataupun
ketika hendak membeli barang keperluan. Kita tidak perlu meminta wang daripada ibu bapa
kerana kita sudah memiliki wang tabungan yang cukup.

Akhir kata, saya ingin berpesan kepada kawan-kawan agar menjadikan amalan
menabung sebagai amalan harian kerana banyak faedah yang boleh kita peroleh daripada
amalan ini.

Sekian, terima kasih.

Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Sekolah

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan sekalian. Pada pagi yang indah ini, izinkan saya
sampaikan tajuk syarahan saya ialah “Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Sekolah”.

Hadirin yang dihormati,

Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai oleh setiap orang
murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum melibatkan unit-unit beruniform, persatuan, kelab dan
sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah kepada
murid-murid.

Faedah yang pertama ialah dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Segala aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah.
Oleh itu, penyertaan murid adalah sangat penting untuk memberi pemahaman yang berkaitan
dengan pelajaran yang dipelajari.

Hadirin yang saya kasihi,

Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih diri kita bekerjasama, tolong-menolong,


bertolah-ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Semua nilai murni
ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam menjalani kehidupan seharian.

Melalui aktiviti kokurikulum, kita berpeluang menyumbangkan tenaga dan bakti


kepada masyarakat setempat. Kegiatan gotong-royong yang dijalankan dapat mengeratkan
hubungan dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa
dan bersopan satun.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahasa kegiatan kokurikulum banyak memberi
kebaikan kepada kita, khususnya kepada para murid.

Sekian, terima kasih.

Kepentingan Tidur yang Cukup

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan sekalian. Pada pagi yang indah ini, izinkan saya
sampaikan tajuk syarahan saya ialah “Kepentingan Tidur yang Cukup”.

Hadirin yang dihormati,

Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan. Ketika kita tidur, tubuh mendapat
rehat dan menghilangkan keletihan serta ketegangan perasaan yang kita alami pada waktu
pagi. Sekiranya kita tidak tidur cukup, keletihan dan ketegangan perasaan itu akan
bertambah. Keadaan ini akan membuatkan tubuh kita sentiasa menjadi lemah dan sakit.
Kurang tidur menjadikan badan kita berasa lemah sepanjang masa dan sering sakit
kepala atau diserang selesema. Dengan itu, system saraf turut terjejas, sehinggakan kita cepat
berasa marah dan mudah berasa jengkel.

Hadirin yang saya kasihi,

Apabila kita tidur, tubuh akan dicas seperti bateri. Ketika bangun pagi, kita akan
berasa segar dan boleh membuat kerja harian dengan baik tanpa rasa letih dan mengantuk.
Bagi gologan murid, mereka akan belajar dengan lebih baik dan mendapat keputusan yang
cemerlang.

Untuk mendapat tidur yang cukup, murid-murid mestilah mengatur jadual harian
dengan sempurna. Kerja sekolah mestilah disiapkan sebelum waktu tidur. Bermain atau
bersukan juga adalah penting. Tambahan pula, kegiatan ini dapat menguat dan menyegarkan
tubuh. Selain itu, elakkan menonton televisyen sehingga lewat malam bagi membolehkan kita
tidur secukupnya.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa tidur yang cukup dapat sentiasa
menyihatkan badan kita.

Sekian, terima kasih.

You might also like