You are on page 1of 1

LATIHAN : SUBJEK DAN PREDIKAT

Contoh :
i) Pelajar itu beratur di kantin sekolah.
(S) (P)

Nyatakan subjek (S) dan predikat (P) bagi setiap ayat berikut.

1. Permainan catur diminati oleh golongan bangsawan sejak zaman-berzaman.

2. Pameran kraf tangan itu berlangsung selama tiga minggu di Dataran Putrajaya.

3. Pelbagai flora dan fauna terdapat di atas gunung.

4. Keluarga saya akan ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan.

5. Pemandangan di pantai itu kelihatan indah pada waktu senja.

6. Permintaan terhadap bahan makanan meningkat disebabkan oleh pertambahan penduduk.

7. Semangat kejiranan dapat mengurangkan ke s jenayah yang berlaku di kawasan kediaman.

8. Mangsa kejadian tragedi tanah runtuh itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

9. Pencemaran laut berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
membuang sisa-sisa beracun ke dalam laut.

10. Pemandu yang melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan tindakan undang-undang.

11. Murid-murid itu menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan ‘Jalur Gemilang’.

12. Anak-anak kucing itu comel belaka.

13. Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi.

14. Kakak Atika pengarang novel ‘Kasihku’.

15. Kapal terbang kargo itu terhempas di Laut China Selatan.

16. Puan Lina masuk ke dalam bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat.
17. Rohana mengemaskan ruang tamu sambil mendengar radio.

18. Klinik Gigi Sri Mutiara akan dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad.

19. Laporan disiplin pelajar sudah saya serahkan kepada pengetua.

20. Biru merupakan lambang perpaduan dalam Jalur Gemilang.

21. Ini merupakan kelas anda pada tahun ini.

22. Para ibu bapa sedang beratur di luar kelas untuk menghadiri mensyuarat PIBG.

23. Hotel Armada terletak di Petaling Jaya, Selangor.

You might also like