You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

MEMBINA SEBUAH ASTAKA BERBUMBUNG


(TEMPAT MENUNGGU ANAK)
DI
SK GUNONG SENYUM

CBA 7026
SK GUNONG SENYUM
28050 KUALA KRAU
TEMERLOH, PAHANG

1
1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum merupakan sebuah sekolah yang terletak


di Kampung Gunung Senyum, iaitu di sebuah kampung berhampiran Gunong
Senyum dalam Daerah Temerloh, di bawah jajahan Parlimen Kuala Krau dan Dun
Kerdau.. Sekolah ini ditubuhkan pada beberapa tahun sebelum merdeka iaitu pada
tahun 1953.

Murid yang bersekolah di sini terdiri daripada beberapa buah kampung iaitu
Kampung Gunung Senyum, Kampung Rumpun Makmur, Felcra Rumpun Makmur
dan Kampung Pulau Raya. Namun begitu dari segi frasana sekolah ini jauh
ketinggalan berbanding sekolah-sekolah pedalaman yang lain.

Sehubungan itu, dalam menyediakan persekitaran selamat dan selesa pihak


PIBG berhasrat membina sebuah astaka berbumbung sebagai tempat menunggu
bagi ibu bapa ketika mengambil anak-anak pulang dari sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencari dana kewangan bagi projek membina sebuah astaka


berbumbung.

2.2 Memudahkan ibu bapa menunggu anak-anak terutama pada hari yang
ada kelas KAFA. Ibu bapa boleh menjadikan astaka sebagai ini tempat
menunggu anak-anak balik dari sekolah dan menyerahkan makanan dan
pakaian kepada anak-anak sebelum kelas KAFA bagi murid-murid yang
tidak balik.

2.3 Mewujudkan hubungan baik dan mesra di kalangan ibu bapa penjaga.

2.4 Program wakaf ini menjadi medan dakwah bagi warga SK Gunong
Senyum dalam menarik minat penderma untuk memberikan subangan.

3.0 NAMA PROJEK


“MEMBINA SEBUAH ASTAKA TEMPAT MENUNGGU ANAK DI SK GUNONG
SENYUM”

4.0 TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK


Tahun 2022

5.0 LOKASI
Tepi padang sekolah berhampiran makmal komputer.

2
6.0 PERINCIAN
Saiz : 20 x 20 kaki
Kapasiti Muatan : 40- 50 orang

Item Pembinaan : Sebuah astaka berbumbung

7.0 ANGGARAN KOS

7.1 Sebuah astaka ; RM 20, 000

- Anggaran kasar kos kerja membina astaka :

BIL NAMA ALATAN KUANTITI HARGA

1. Tiang 10 batang RM 500.00


Bumbung dan
2. 20 kaki x 20 kaki RM 5,000.00
syiling
3. Lantai bermozek 20 kaki x 20 kaki RM 7000.00
Cat under coat dan
4. RM 500
cat simen.
5. Upah kerja RM 7,000

JUMLAH RM 20,000.00

8.0 LOKASI DAN CONTOH GAMBAR ASTAKA

Contoh gambar astaka yang dipohon.

3
Makmal
komputer

Lokasi
cadangan

Lokasi cadangan astaka yang ingin dibina (kotak putih).

9.0 PENUTUP

Akhir sekali pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa SK Gunong Senyum
berharap semoga projek ini berupaya mencapai objektifnya. Keselesaan ibu bapa
dan murid-murid adalah menjadi keutamaan pihak PIBG, namun begitu kos untuk
melaksanakan projek ini agak tinggi. Justeru, dengan sukacitanya pihak sekolah dan
PIBG memohon sumbangan dana daripada pihak yang berminat untuk memberikan
sumbangan bagi projek ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………….. …………………………………
(SITI AISHAH BT HASAN) (HAMDAN B OTHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Di Pertua PIBG
SK Gunong Senyum SK Gunong Senyum

Disahkan oleh

…………………………………………..
( Nur Shida bt Bahari )
Guru Besar SK Gunong Senyum

You might also like