You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LANAR

27200 KUALA LIPIS


PAHANG DARUL MAKMUR

TEL: 09- 3125857

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

A. TAJUK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLANDS

B. OBJEKTIF

1. Merehatkan minda murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menghadapi


Peperiksaan UPSR.
2. Memberikan pendedahan, menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman
baru kepada murid-murid berkaitan dunia luar dan lokasi-lokasi menarik
di negeri Pahang.
3. Menanamkan minat cintakan alam sekitar dalam diri murid-murid dan
guru-guru.
4. Merapatkan hubungan di antara guru-guru dan murid-murid SKKL.

C. GOLONGAN SASAR

1. Murid-murid Tahun 6 S.K Kuala Lanar


2. Beberapa orang guru pengiring

D. CADANGAN TARIKH
Oktober 2010
E. LOKASI

1. Cameron Highlands
F. AGENDA / TENTATIF PROGRAM

1
Hari Pertama

Tarikh : Oktober 2010 (Jumaat)

2.00 petang - Berkumpul di S.K Kuala Lanar


- Makan tengahari
2.30 petang - Bertolak dari S.K Kuala Lanar
4.30 petang - Daftar masuk di Apartment Country Lounge
(Tempat penginapan)
5.00 petang - Melawat ke Pasar Malam Brinchang
7.00 petang - Makan Malam, Solat Jamak Maghrib & Isyak
8.30 malam - Menikmati panorama malam di Cameron
10.30 malam - Minum malam & tidur

Hari Ke - 2

Tarikh : Oktober 2008 (Sabtu)

6.30 pagi - Bangun pagi, Solat Subuh


7.30 pagi - Sarapan pagi
8.30 pagi - Lawatan ke Ladang Teh
- Lawatan ke Ladang Ternakan Lebah
- Lawatan ke Ladang Strawberi
1.30 t/hari - Makan Tengahari
- Lawatan ke Rose Garden′
- Lawatan ke Ladang sayur-sayuran
- Membeli belah di pusat cenderamata
3.00 petang - Bertolak ke Kuala Lipis

G. ANGGARAN PERUNTUKAN
Bi Perkara Perkiraan Jumlah

2
l
1. Pengangkutan : van (2 buah) RM 150.00 x 2 RM 300.00
2. Penginapan : RM 500.00
Apartment Country Lounge,
Brinchang.

2. Makan
a. Sarapan RM 3.00 x 19 orang RM 57.00

b. Makan tengahari RM 5.00 x 19 orang RM 95.00

c. Makan malam RM 5.00 x 19 orang RM 95.00

3. Minyak Van RM 100.00 x 2 RM 200.00


Jumlah Bayaran RM 1,247.00
i. Sumber kewangan adalah kutipan daripada setiap peserta.

H. KAWALAN KESELAMATAN :

1) Disiplin dan keselamatan diri adalah tanggungjawab bersama


guru-guru pengiring dan pelajar-pelajar sendiri. Oleh yang
demikian, pihak sekolah akan berusaha mengambil langkah
keselamatan dengan sebaiknya bagi mencegah berlakunya
kemalangan.

2) Sebagai langkah keselamatan pihak sekolah akan memaklumkan


kepada pihak berkuasa Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis mengenai
lawatan ini serta pihak tertentu untuk dihubungi sekiranya berlaku
sebarang kecemasan

I. PENUTUP

Diharapkan program ini akan mencapai matlamat dan objektif yang dikehendaki
ke arah mewujudkan generasi baru yang berpengetahuan luas, bijak berfikir dan
menjana idea yang mantap, seterusnya lahirlah masyarakat yang cemerlang,
gemilang dan terbilang di masa depan.

You might also like