You are on page 1of 5

PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH

(PRODS) 2017

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMUT API, KOTA BHARU, KELANTAN.

CADANGAN KERTAS : Program Lawatan Penanda Aras (Benchmarking)


KERJA

ANJURAN : Barisan Pentadbiran SK Semut Api, Kota Bharu, Kelantan.

TARIKH : 06 - 07 Oktober 2017 (Jumaat- Sabtu)

MASA : Bertolak - 8.00 pagi (Jumaat)


: Pulang - 5.00 ptg (Sabtu)

TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Victoria, Cameron Highlands

PESERTA : 38 orang guru dan 5 orang staf

1.0 PENGENALAN

Program Lawatan Penanda Aras ke sekolah berprestasi tinggi merupakan salah


satu daripada perancangan strategik sekolah di bawah Program PRODS. Inisiatif ini
juga adalah terjemahan kepada usaha mentransformasikan sekolah menuju
kecemerlangan menjelang 2018 selari dengan School Improvement Programme.
Program yang melibatkan semua guru ini berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru merupakan pembina generasi serta
role model kepada masyarakat. Justeru untuk merealisasikan hasrat tersebut, insan
guru perlu mempunyai daya fikir dan daya saing yang tinggi setanding penghormatan
yang diberikan masyarakat kepada mereka. Penglibatan staf sekolah dan murid-murid
pula adalah manifestasi terhadap keyakinan bahawa mereka turut memainkan peranan
yang penting dalam mencapai kecemerlangan organisasi. Melalui aktiviti yang
dirancang diharapkan semua peserta dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh untuk meningkatkan
motivasi, membangunkan diri dan mengatur langkah dalam mencapai visi sekolah.
2.0 MATLAMAT

Program Lawatan Penanda Aras berfokus kepada mendedahkan peserta kepada


model pengurusan sekolah yang cemerlang. Di samping itu, ia bertujuan untuk
memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang
serta hubungan sekolah dengan komuniti dalam mencapai hasrat bersama. Selain itu,
peserta juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja
serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

3.0 OBJEKTIF

Melalui Lawatan Penanda Aras ini, diharapkan peserta akan dapat :

1. Memahami dan mengenalpasti cirri-ciri pengurusan sekolah yang berkesan.


2. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian.
3. Memahami dan melihat sendiri bagaimana komuniti setempat berperanan dalam
membantu kecemerlangan sekolah.
4. Didedahkan dengan keperluan untuk berdaya saing dan memajukan diri dalam
menghadapi transformasi dalam dunia pendidikan.

4. RASIONAL

4.1 Dapat memberi motivasi kepada guru-guru dan kakitangan ke arah mencapai
taraf Sekolah Berprestasi Tinggi.

4.2 Menggalakkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam mencapai


kecemerlangan sekolah

4.3 Dapat memberi galakan kepada guru-guru dan kakitangan untuk bekerja dengan
lebih tekun dan bersungguh-sungguh ke arah memastikan sekolah terus mencapai
kecemerlangan dan bersedia mencapai taraf Sekolah Berprestasi Tinggi

5. TARIKH LAWATAN

06 hingga 07 Oktober 2017


6. TEMPAT LAWATAN

6.1 SK Victoria, Cameron Highlands


6.2 Ladang Teh
6.3 Ladang strawberry
6.4 Sekitar tempat menarik di Cameron Highlands

7. KUMPULAN SASARAN

7.1 Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Semut Api (43 orang)

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM
01. Kutipan Guru 2150.00 01. Pengangkutan 2400.00
43 X RM 50
02. Sumbangan 1750.00 02. Penginapan 1500.00
(Apartment)
RM 300 X 5 bilik X 1
hari
JUMLAH 3900.00 JUMLAH 3900.00

9. TENTATIF PROGRAM
06/10/2017 - JUMAAT

8.00 pagi - Semua peserta lawatan berkumpul di SK Semut Api


8.30 pagi - Bertolak ke Cameron Highlands
01.00 tgh - Tiba di SK Victoria, Cameroh Highlands
02.30 ptg - Check in
- REHAT
04.00 ptg - Lawatan ke Ladang Strawbery
- Bharat Tea
7.00 mlm - Balik Ke Hotel
- Persiapan diri
8.00 mlm - Membeli belah di Pasar Malam
11.00 mlm - Balik ke penginapan
07/10/2017 - SABTU
7.00pagi - Sarapan pagi.
- Mossy Forest @ Gunung Brinchang (bertolak awal pagi 7am)
- Lawatan ke Lavender Garden
- Lawatan ke Kea Farm
12.00 tgh - Bertolak balik ke SK Semut Api

10. JAWATAN KUASA LAWATAN PENANDA ARAS SK SEMUT API 2017

Pengerusi : Tn Hj. Nordin Ahmad B. Ahmad (GB)

Tim.Pengerusi : Hjh Nik Yah Bt Mahmood (PK 1)

Naib Pengerusi 1 : En. Che Rosli B. Che Long (PK Hem)

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Azman B. Ibrahim (PKKO)

Setiausaha : Pn. Zakiah Bt Ab. Llah (SU LDP)

Bendahari : Pn Jamilah Bt Hamzah

Penyelaras : En Nasrudin B. Wahab

Seranta : En Ezani B. Ismail

Lawatan ke sekolah : Pn Ruhaniza Bt Daud


: Pn Nornaznin Bt Awang @ Ismail

Pengangkutan : En Maznee B. Ab. Rahman


: En. Fadhli B. Muhamad

Penginapan : Pn Wan Amnah Bt Wan Ali


: Pn Rahimah Bt Hussain

Keselamatan : En Haski B. Hussein


En Che Hisham B. Che Ali
Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………..
(Zakiah Bt Ab. Llah)

Disahkan oleh;

…………………………………….

You might also like