You are on page 1of 6

SJK (TAMIL ) JALAN TAJUL

81900 KOTA TINGGI JOHOR

KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH ( PBLD)

MURID – MURID KE NEGERI PERAK

A. PENDAHULUAN :

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah ( PBLD ) iaitu Lawatan Sambil Belajar
ke Negeri Perak. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada
murid – murid melawat tempat - tempat yang menarik disamping menambah
pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan . Di samping itu tujuan
diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di
antara pentadbir , guru – guru dan murid murid melalui aktiviti – aktiviti yang
dirancang. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah . Murid murid memperoleh
pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana merupakan satu kaedah
yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada murid – murid .

B. MATLAMAT :

Menganjurkan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah ( PBLD ) yang tersusun


dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri murid dan mengembangkan
semangat sosialisasi murid terhadap persekitan luar. Melalui lawatan ini murid akan
diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung
ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan dan
kehidupan amnya .
C . OBJEKTIF :

1. Semua murid menyertai lawatan ini akan mendapat pengetahuan mengenai


dunia ini .

2. Merangsang minat murid terhadap pembelajaran dan pengajaran serta


mendedahkan murid dengan suasana sebenar, berdasarkan tema
pembelajaran yang disusun sepanjang tahun .

3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pentadbir , guru – guru dan


murid – murid melalui aktiviti – aktiviti yang dirancang.

D. PESERTA :
Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru menyertai Program Pendidikan
Luar Bilik Darjah (PLBD) ke Negeri Perak.

E. JANGKA MASA :

Program ini dilaksanakan selama 3 hari iaitu pada 10 September 2020


hingga 12 September 2020.

F. TEMPAT LAWATAN :

1. Muzium Perak
2. Kilang Arang
3. Spritzer Eco Park
4. Maxwell Hill
5. Antong Café
6. Taman Tasik Taiping
7. Zoo Taiping
8. Kellie’s Castle
9. Gua Tempurung
10. Kek Long Tong Cave
11. Muzium Geologi

G. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


( Rujuk Lampiran 1 )
H. ANGGARAN PERBELANJAAN

No Perkara Harga Seunit (RM) Harga (RM)

1. Makanan (Sponsor)

Sarapan 5.00 x 40 ( 2 kali) 400.00

Tengahari 10.00 x 40 (2 kali) 800.00

Minum Petang 5.00 x 40 (2 kali) 400.00

Makan Malam 10.00 x 40 (1 kali) 400.00

2. Tiket

Zoo Taiping (Night Safari) 7.00 x 35 245.00

14.00 x 5 70.00

Muzium Perak Taiping 1.00 x 35 35.00

2.00 x 5 10.00

Spritzer Eco Park & Kilang Mineral - -

Maxwell Hill - -

Kilang Arang Kuala Sepetang - -

Antong Café (Coffee Mill) - -

Kellie’s Castle 4.00 x 35 140.00

5.00 x 5 25.00

Gua Tempurung 10.00 x35 350.00

20.00 x 5 100.00

Taman Tasik Taiping - -

Kek Long Tong Cave Temple - -

Muzium Geologi - -

3. Tambang Bas 3300.00

4. Penginapan 1100.00

Jumlah 7375.00

Murid : RM 200.00

Guru : RM 168.00
K. PENUTUP

Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga didedahkan
dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan dalam negara ini.
Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana mereka akan dapat melihat,
menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan. Di samping itu, ia memberi
kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam kelas sebelum itu. Diharap
program pada kali ini memberi manfaat berguna dan pengalaman yang tidak dapat
dilupakan kepada semua peserta lawatan.Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi kerjasama sepenuhnya untuk
menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak memberi
dorongan dan semangat serta bantuan demi kejayaan murid-murid. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh ;

..............................................

(OMAVANI A/P MUNIANDY)


SETIAUSAHA,
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR,
SJKT LADANG REM.

Disemak Oleh,

.......................................................

Disahkan Oleh,

………………………………………..
Lampiran 1

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE NEGERI PERAK

2019

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : ENCIK ARAGENNAN A/L MUNUSAMY


( GURU BESAR )

PENGERUSI : ENCIK RAMU A/L SUPERMANIAM


( GPK KOKURIKULUM )

NAIB PENGERUSI : CIK SARALAH A/P RAJANDRAN


( GPK PENTADBIRAN )

SETIAUSAHA : PUAN OMAVANI A/P MUNIANDY


( PENYELARAS LAWATAN )

BENDAHARI : PUAN AMUTHEVALI A/P RAJOO

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYELARAS PERHUBUNGAN AWAM : EN. A. GUGANESWARAN


PENYELARAS PENGANGKUTAN : EN. C. RUBINDRAN NAIR
PENYELARAS MAKANAN : CIK. S. KASTURY
PN. R. GOWRY
PENYELARAS PERHUBUNGAN IBUBAPA : CIK. K. SHARMILA
PENYELARAS PENGURUSAN MURID : PN. T. UMADEVI
Lampiran 2
TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE NEGERI PERAK

2019

HARI PERTAMA (KHAMIS, 7.11.2019)

MASA TEMPAT
10.00p.m Bertolak dari Kota Tinggi

HARI KEDUA (JUMAAT, 8.11.2019)

MASA TEMPAT
8.00a.m Tiba di Perak dan Rehat
9.00a.m Sarapan Pagi
10.00 Melawat Muzium Perak
11.00a.m Melawat Kilang Arang
12.00p.m Melawat Spritzer Eco Park
1.00p.m Makan Tengahari
2.00p.m Melawat Maxwell Hill
4.00p.m Melawat Kilang Kopi
5.00p.m Melawat Taman Tasik Taiping
6.00p.m Beristirehat di Leisure Home Taiping
8.00p.m Makan Malam
9.00p.m Melawat Zoo Taiping
11.00p.m Ke penginapan

HARI KETIGA (SABTU, 9.11.2019)

MASA TEMPAT
8.00a.m Sarapan
9.00a.m Melawat Kellie’s Castle
10.00a.m Melawat Gua Tempurung
12.00p.m Makan tengahari
1.00p.m Melawat Kek Long Tong Cave Temple
3.00p.m Melawat Muzium Geologi
8.00p.m Bergerak ke Kota Tinggi
11.00p.m Sampai di Kota Tinggi

You might also like