You are on page 1of 7

SMK PAYA KEMUNTING 06000 JITRA KEDAH

TELEFON: 04-9164753 FAX: 04- 9178924


EMAIL: smkpk.ppdkp@gmail.com

KERTAS KERJA
MINGGU KECERDASAN NATURALIS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
SMK PAYA KEMUNTING
2024

AKTIVITI DALAMAN SEKOLAH DAN LAWATAN


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
DAN DUSUN TOK KALAU

TARIKH
JUN 2024
MENGIKUT KESESUAIAN

ANJURAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK PAYA KEMUNTING
1.0 Pengenalan
Kecerdasan Naturalis merupakan salah satu cabang daripada Teori Kecerdasan Pelbagai yang
memberi maksud kepakaran dalam kecerdasan manusia untuk menyelesaikan masalah dan
menangani sesuatu masalah dengan kemahiran-kemahiran tersendiri. Kecerdasan Naturalis
adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan
galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar
yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.

Program Minggu Kecerdasan Naturalis dilaksanakan atas kesedaran dan keperihatinan terhadap
kepentingan keperluan pendidikan dan pembelajaran murid dalam melahirkan Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang berkebolehan, berkeupayaan, mencungkil dan
menyerlahkan kecerdasan mental, fizikal dan emosi melalui persekitaran bilik darjah dan
persekitaran alam semulajadi.

Minggu Kecerdasan Naturalis yang dirancang melibatkan aktiviti dalaman di dalam bilik darjah
dan aktiviti luaran iaitu lawatan ke Pusat Pengajian Tinggi Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok dan Penghayatan alam semulajadi di Dusun Tok Kalau Wang Tepus Jitra. Melalui aktiviti
yang diracang MBPK memperoleh pendedahan akan kepentingan persekitaran alam semulajadi
dan penjagaan flora dan fauna serta ekosistem bumi yang seharusnya di jaga dan dilindungi
demi kebaikan dalam keseluruhan kehidupan dengan lebih berkesan.

2.0 Matlamat.
Minggu Kecerdasan Naturalis dilaksanakan sebagai salah satu usaha melahirkan rasa kecintaan
kepada persekitaran alam semulajadi yang melibatkan haiwan, tumbuhan dan persekitarannya.
Juga sebagai usaha memupuk semangat kerjasama dalam kalangan MBPK yang
berkepelbagaian intelektual serta mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain.
Disamping itu dapat memotivasikan MBPK dalam pembelajaran, mengembangkan bakat dan
kebolehan, melahirkan kecermelangan dalam pelajaran dan kemahiran-kemahiran serta
menyerlahkan keperibadian yang unik dalam kalangan MBPK.
3.0 Objektif
3.1 Melahirkan rasa kecintaan dan menghargai persekitaran alam semulajadi, tumbuhan dan
haiwan serta ekosistem bumi.

3.2 Meningkatkan pengetahuan dan melatih MBPK mengenal dan menyayangi sumber-sumber
alam semulajadi di dalam muka bumi.

3.3 Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman serta keseronokkan dalam kalangan MBPK
berkaitan sumber alam semulajadi.

3.4 Membentuk keperibadian, sikap, akhlak, disiplin dan kerjasama dalam memelihara
persekitaran alam sekitar dan ekosistem bumi dikalangan MBPK

3.5 Memupuk keyakinan diri, memotivasi dan meningkatkan nilai-nilai murni serta
mempamirkan bakat dan kebolehan dalam kalangan MBPK

4.0 Kumpulan Sasaran


MBPK daripada murid Kefungsian Sederhana dan murid Kefungsian Rendah
Guru-guru
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Jun 2024 - musim buah durian

6.0 Anggaran Perbelanjaan


6.1 Kutipan

KUTIPAN PERBELANJAAN
1. Subjek PSSAS RM 200.00 1. Bahan/alatan aktiviti RM 200.00

2. Kutipan murid 2. Makan dan minum RM 2625.00


90 orang X RM25.00 RM 2250.00

3. Kutipan guru & PPM RM 375.00


15 orang X RM25.00

JUMLAH RM 2825.00 RM 2825.00


6.2 Perbelanjaan

a. Perbelanjaan aktiviti

Bil Harga seunit Jumlah


Bahan/ Peralatan Kuantiti
. (RM) (RM)
1 Kertas buku skrap 10 unit
2. Gam 20 unit
3. Pen warna warni 10 unit
4 Kertas A4 1 unit
5 Kertas warna (campur) 1 unit
6 Manila kad 20 keping
7 Hadiah cenderahati
8

JUMLAH KESELURUHAN

b. Perbelanjaan Lawatan

Bil Harga seunit Jumlah


Perkara Kuantiti
. (RM) (RM)

1 Pengangkutan bas 3 buah 1500.00 4500.00


Makan dan Minum
Pagi 1 kali x 105 6.00 630.00
2.
T/hari 1 kali x 105 19.00 1995.00

Perbelanjaan runcit
3. cendrahati, plastik sampah, 100
dan first aid
JUMLAH KESELURUHAN

7.0 Sumber Kewangan


7.1 LPBT
7.2 Kewangan Subjek PSSAS
7.3 Kutipan murid
7.4 Kutipan guru-guru dan PPM

8.0 AJK PELAKSANAAN


Penaung : Pn. Hamidatun binti Md Zain

Pengarah Projek : Pn. Nurul Saadah binti Mohamad

Setiausaha 1 : Pn. Noor Hazita binti Ahmad


Setiausaha 2 : Pn. Suhidatun binti Zainal

Bendahari : Pn. Nurliyana binti Mohd. Jamil

Ahli Jawatankuasa :

1. Pengangkutan : En. Mohd Khasseri bin Othman

2. Perhubungan : Pn. Munirah binti Ahmad Masduki

3. Dokumentasi (OPR) : En. Putra Iskandar Shah bin Baharuddin

4. Fotografi & Poster : Pn. Nur Shuhada binti Romli

5. Keselamatan dan kebajikan : Pn. Norhazarise binti Baharum


Pn. Norliza binti Ibrahim

6. Disiplin : Pn. Norhazarise binti Baharum


Pn. Nor Eliana binti Mohd Larkhin

7. Pertolongan cemas : Pn. Nabilah Syahirah binti Ahmad Nasarudin

8. Cenderahati/Hadiah : Pn. Asiah binti Ibrahim

9. Makanan/Minuman/kebersihan : Pn. Asiah binti Ibrahim


Pn. Nor Eliana binti Mohd Larkhin
10. Kebersihan : Pn. Haslindawati binti Che Halid
Pn. Zuraini binti Muin

TENTATIF AKTIVITI DAN LAWATAN

Bil Tarikh/Hari Masa Aktiviti


1 Isnin 12:00 - 01:20 Di dalam bilik darjah
Buku skrap - KS
Gambar Ladang - KR
2 Selasa 12:00 - 01:20 Di dalam bilik darjah
Nyanyian berirama
3 Rabu 7:30 - 03:00 Lawatan Luar

7:30 pagi Berkumpul di Dewan Akasia


- Bacaan Yassin
- Taklimat program

08:00 pagi Sarapan pagi

08:30 pagi Bertolak dari SMK Paya Kemunting

09:00 pagi Sampai ke UUM


- Taklimat dan lawatan persekitaran
……
- Menghayati panorama tumbuhan
dan haiwan

10:00 pagi Bertolak ke Dusun Tok Kalau

10:30 pagi Sampai dan berada di Dusun Tok Kalau


- Menghayati panorama alam
- Permainan
- Makan tengah hari
- Solat

2:30 petang Bertolak balik ke SMK Paya Kemunting

03:00 petang MBPK dijangka tiba di SMKPK

9.0 Penutup
Melalui aktiviti minggu Naturalis yang melibatkan aktiviti dalam sekolah dan luar kawasan
sekolah, diharapkan terbentuknya sahsiah dan jati diri dalam menghargai kehidupan dan
kesejahteraan alam semulajadi. Juga memberi impak ilmuan yang membolehnya mencapai
matlamat dan objektif bagi melahirkan insan yang seimbang dalam setiap aspek memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan dalam melahirkan insan yang seimbang memenuhi nilai jasmani,
rohani, intelek, sosial dan kesejahteraan hidup.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

….………………………………………… ….………………………………………………….
(NOOR HAZITA BINTI AHMAD) (NURUL SAADAH BINTI MOHAMAD)
Setiausaha Penolong Kanan Pendidikan Khas
Minggu Naturalis Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
SMK Paya Kemunting SMK Paya Kemunting
Jitra, Kedah Jitra, Kedah.

Disahkan oleh:

……………………………………………
(HAMIDATUN BINTI MD ZAIN)
Pengetua
SMK Paya Kemunting
Jitra, Kedah

You might also like