You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT 2

JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II


16100 KOTA BHARU,KELANTAN.
TEL : 09-7650642 / FAKS : 09-7657187
DBA1446

KERTAS KERJA
Lawatan Sambil Belajar ke
Muzium Negeri Terengganu

TARIKH :
25 Julai 2018
(Rabu)

TEMPAT :
Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEK. KEB. DEMIT 2
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
MUZIUM NEGERI TERENGGANU

1. PENDAHULUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan


para pelajar pendidikan khas SK Demit 2 terhadap sejarah dan budaya sendiri.
Terengganu dipilih sebagai lokasi lawatan kerana kewujudan sebuah muzium
negeri di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Terengganu. Selain daripada itu, keindahan Negeri Terengganu sebagai
sebuah destinasi pelancongan amat menarik perhatian guru dan murid-murid
pendidikan khas.
Menerusi program ini, kami berharap agar para pelajar dapat menimba
serba sedikit ilmu tentang kepentingan sejarah kepada peradaban manusia
khususnya di Malaysia supaya kesedaran ini dapat dihayati mereka pada masa
hadapan.

2. OBJEKTIF

a) Mengenali negeri dan budaya negeri lain selain daripada negeri dan
budaya sendiri.
b) Membuka minda murid ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan
ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan budaya sendiri .
c) Mengeratkan hubungan silaturahim yang baik antara guru,pembantu
murid,penjaga dan murid Pendidikan Khas SK Demit 2.

3. MATLAMAT

a) Melahirkan insan pelajar yang dapat menghargai nilai-


nilai sejarah masyarakat di Malaysia.
b) Mewujudkan suatu blok minda yang bersifat positif
terhadap negeri, persekitaran dan budaya negeri yang dilawati.
c) Hubungan komunikasi antara guru,pembantu
murid,penjaga dan murid pendidikan khas dapat diperbaiki menerusi
lawatan yang dianjurkan.
4. KUMPULAN SASARAN

Peserta Bilangan

Murid Lelaki 30

Perempuan 13

Guru-guru Lelaki 3

Perempuan 7

Pembantu Pengurusan Murid Lelaki 1

Perempuan 3

Jumlah 57
Sila rujuk Lampiran

5. PELAKSANAAN

a) Tarikh : 25 Julai 2018


b) Hari : Rabu
c) Rangka Lawatan : Lihat Lampiran 1
d) Tempat : Muzium Negeri Terengganu,Kuala Terengganu.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran 2


7. JAWATANKUASA LAWATAN PPKI KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU .

Penaung : Tn Hj. Rusli Bin Mat (Guru Besar)

Penasihat : En. Mohd Rizwan Bin Mohd Noor (PKPK)

Setiausaha Lawatan : En. Muhammad Ammar bin Abdull Halim

Bendahari : Pn. Siti Hasnah Bt Mat Diah

AHLI JAWATANKUASA:

AJK Pengangkutan Dan Perhubungan AJK Penajaan

 Pn. Rosfariza Bt Che Ibrahim


 Pn. Noor Shuhaida Bt Ramli  En. Mohd Rizwan Bin Mohd Noor

AJK Persegaran AJK Kebajikan/Keselamatan


 Pn. Rozila Bt Masal
 Pn. Siti Hasnah Bt Mat Diah  Pn. Zulaiha Bt Mustaffa
 Pn.Rosmawati binti Yusof  En. Muhammad Ammar b. Abdull Halim
 Pn Fadhliah binti Mahmud  En Mohd Nawawi Bin Alias
 Cik Zurila Bt Che Adik
AJK Dokumentasi

 En. Muhd Fakaruddin Bin Awang


 Pn. Wan Faridah Bt Wan Sudin

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH:

……………………………………. …………………………………..
En. Muhammad Ammar b Abdull Halim (En. Mohd Rizwan b. Mohd
Noor )
Setiausaha Lawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI Sekolah Kebangsaan Demit 2 Sekolah Kebangsaan Demit 2

DILULUSKAN OLEH:

………………………………………..
(Tuan Hj. Rusli Bin Mat)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Demit 2
LAMPIRAN 2 - ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM LAWATAN.

SUMBER KEWANGAN

A. PCG Pendidikan Khas (LPBT)

1. Sewa Bas 1 Bas X RM1000 = RM 1000.00

= RM 1000.00

B. PCG Pendidikan Khas Teras (Sejarah)

Anggaran Perbelanjaan

Makan dan minum murid

Sarapan Pagi

 Nasi lauk ayam gulai (43 orang murid X RM3.50 ) = RM 150.50


 Milo o panas (43 orang murid X RM1.50 ) = RM 64.50
 Karipap & Donut (43 orang murid X RM2.00 ) = RM 86.00

Makan Tengahari

 Nasi ayam (43 orang murid X RM4.50 ) = RM 193.50


 Air sirap (43 orang murid X RM1.50 ) = RM 64.50

Makan Petang

 Roti (43 orang murid X RM1.50 ) = RM 64.50


 Air kotak (43 orang murid X RM1.50 ) = RM 64.50
JUMLAH = RM 688.00

C. Pungutan daripada murid (43 orang murid X RM15.00 ) = RM 645.00

D. Pungutan daripada
(14 orang murid X RM15.00 ) = RM 210.00
Guru/PPM

E. Sumbangan Luar = RM 57. 00


JUMLAH KESELURUHAN (A + B + C + D + E ) = RM 2600.00
LAMPIRAN 1 –
TENTATIF PROGRAM LAWATAN KE MUZIUM NEGERI TERENGGANU
TARIKH : 25 JULAI 2018
HARI : RABU

MASA PERKARA

7.15 pagi Peserta rombongan berkumpul di SK Demit 2

7.30 pagi Murid sarapan pagi di kantin

7.45 pagi Taklimat dan bacaan doa

8.00 pagi Rombongan bertolak ke Kuala Terengganu

Rombongan dijangka tiba di Kuala Terengganu.


10.00 pagi
- Lawatan ke Muzium Terengganu

Rombongan bergerak ke Masjid Kristal


1.00 petang
- Rehat dan Solat Zuhur

2.00 petang Makan tengahari

Rombongan singgah di Taman Tamadun Islam dan


3.00 petang
perusahaan keropok lekor di Kg Losong

Minum petang
4.00 petang
Rombongan bertolak balik ke SK Demit 2

6.30 petang Rombongan dijangka tiba di SK Demit 2

You might also like