You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA


43200, CHERAS, HULU LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Tel:03-90754929
No. Fax:03-90743237
Rujukan Kami : SKCJ/PIBG/007/001/17( 1 )
Tarikh : 7 APRIL 2017

Kepada:

Pengarah Urusan
Yayasan Salam Malaysia
22 Jalan Changgai (6/22)
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PROJEKTOR (LCD) UNTUK KEGUNAAN PdP MURID

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya ingin memohon
sumbangan projektor (LCD) untuk ditempatkan di makmal komputer bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran khususnya subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Ini adalah berikutan
daripada kerosakan sebahagaian besar peralatan ICT termasuk kesemua LCD yang sedia ada. Pihak
sekolah tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan pembaikan peralatan-peralatan ICT
tersebut.

3. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar pihak tuan/puan dapat menyumbangkan
sebuah projektor (LCD) sama ada dalam bentuk unit itu sendiri ataupun wang tunai. Saya mewakili
pihak PIBG SK Cheras Jaya mendahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………
(MUHAMMAD HAFIZ ABU KHORI)
Setiausaha PIBG,
SK Cheras Jaya 2017/2018

sk
1.Fail PIBG

You might also like