You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA

71200 RANTAU,
NEGERI SEMBILAN
TEL :066943411
NBA4027 FAX :
066946588
Ruj. Tuan:
Ruj Kami: SKS4027/SKSA100-14/1/1 ( 2 )
Tarikh: 2/01/2018
Dr. Hj. Jazari bin Jamaludin,
Pengarah,
Hospital Tuanku Jaafar Seremban,
Jalan Rasah,
70300 Seremban,
N. Sembilan.

Tuan,

MEMOHON DIJALANKAN PEMERIKSAAN SARINGAN PENDENGARAN KEPADA MURID


BERMASALAH PEMBELAJARAN SK SEGA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah SK Sega dengan sukacitanya ingin menjemput pegawai perubatan dan pegawai
pemulihan perubatan daripada Jabatan Otorinolaringologi HTJS mengadakan pemeriksaan saringan
pendengaran kepada murid-murid yang terlibat.

3. Inisiatif ini adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk membantu pihak sekolah mengenalpasti
masalah pendengaran dan pertuturan yang dihadapi oleh murid-murid ini (masalah pembelajaran).

4. Sesi pemeriksaan saringan pendengaran tersebut dirancang untuk dilaksanakan pada ketetapan
berikut:
Tarikh : 19 Julai 2019
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
Tempat : Klinik Pemulihan, SK Sega
5. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan untuk menyokong sekaligus menjayakan aktiviti ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA”

Yang menjalankan amanah,

_______________________
(MAT NORDIN BIN MUSTAFA)
Guru Besar
SK Sega,
Sesi 2019/2020.
s.k : Dato’ Zainudin Bin Mohd Ali
Pengarah Kesihatan Negeri
Negeri Sembilan

You might also like