You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS, TUARAN

KERTAS KERJA
BENGKEL KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN TERBUANG

TEMPAT :
DEWAN SERBAGUNA SEKOLAH KEBANGSAAN
PENDIDIKAN KHAS, TUARAN

TARIKH :
20HB OGOS 2019

ANJURAN :
UNIT HEM
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS, TUARAN
1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon sumbangan daripada pihak Telekom
Malaysia Berhad bagi mengadakan program Bengkel Terapi Seni Visual : Produk
daripada Bahan Terbuang. Program ini dianjurkan oleh guru – guru SK. Pendidikan
Khas, Tuaran dengan kerjasama Persatuan Orang – Orang Buta, Sabah dan juga
Kebudayaan Negeri Sabah. Program ini bertujuan mendedahkan kepada murid-
murid akan kemahiran yang mereka boleh gunapakai sebagai lubuk mencari mata
pencarian di sebalik kekurangan dari segi penglihatan. Sehubungan itu, Bengkel
Terapi Seni telah dipilih bagi menggalakkan budaya mengitar semula dalam
kalangan murid-murid Pendidkan Khas.

2.0 RASIONAL

Bengkel kraftangan dapat memberi pendedahan kepada murid-murid Pendidikan


Khas berkenaan produk yang dihasilkan daripada bahan terbuang. Selain itu,
bengkel ini dapat memupuk sikap kreatif untuk menghasilkan sesuatu baru
disamping dapat memantapkan kemahiran motor halus murid-murid Pendidikan
Khas.

3.0 OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas mengekspresikan idea
dan keperluan dalaman mereka melalui aktiviti kraftangan.

2. Membantu mengawal emosi dan tingkah laku murid Pendidikan Khas


supaya mereka lebih tenang.

3. Melatih penggunaan motor halus dan motor kasar murid-murid Pendidikan


Khas dalam penghasilan kraftangan daripada bahan-bahan terbuang.

4. Mencungkil bakat-bakat seni yang terpendam dalam diri murid-murid


Pendidikan Khas.

5. Memupuk semangat mencintai alam sekitar dalam kalangan murid


Pendidikan Khas.
4.0 KUMPULAN SASARAN
 Guru-guru dan murid-murid SK. Pendidikan Khas, Tuaran

5.0 TEMPAT
 Dewan serbaguna SK. Pendidikan Khas, Tuaran

6.0 MASA
 20hb Ogos 2019

7.0 SUMBER KEWANGAN


 Permohonan sumbangan daripada Telekom Malaysia Berhad.

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Rosidah Binti Abdul Murat


N. Penasihat : Pn. Edith Binti Indek
: Pn. Luciana E. Deneys
: En. Muhd. Aliff Bin Kamarudin
Pengerusi : Pn. Suzanna Binti Jusimin
N. Pengerusi : Cik Santa Cecelia Frances
Setiausaha : En. Mohd Asri Bin Madan
N. Setiausaha : En. Azman Abdul Sani
Bendahari : En. Mohd Aimi Aizat
N. Bendahari : Cik Amilia Anis Robert
Ajk Peralatan : Pn. Noorafidah Binti Thaufick
: Pn. Saperini Anak Silo
Ajk Kebersihan : En. Azrol Nizam Bin Jumuk
: En. Amir Shah Bin Mohd Irawis
Ajk Dokumentaasi : En. Frankie Anthony
Ajk Keselamatan : En. Redlly Madawa
Ajk Keceriaan : En. Mohd Syafiq Hafriz Bin Zakaria
: Pn. Siti Hajar Binti Ahmad Sabari
: Pn. Lourine Kudandang
9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara
08.00 pagi Semua murid dan guru berkumpul di Dewan SKPK,
Tuaran
08.15 pagi Penerangan mengenai kepentingan kitar semula
bahan terbuang
08.30 pagi Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut
aras ( rendah, sederhana, tinggi )
Kumpulan 1 (aras tinggi)
- Ceria
- Amanah
Kumpulan 2 (aras sederhana)
- Bestari
- Usaha
- Rajin
Kumpulan 3 (rendah)
- Tekun
- Jujur
- Dedikasi
08.40 pagi Demonstrasi menghasilkan produk kitar semula
mengikut kumpulan masing-masing.
09.00 pagi Rehat
09.20 pagi Murid menjalankan aktiviti kraftangan bersama
dengan guru.
12.00 pagi Guru mengumpulkan hasil kerja murid.
12.20 pagi Murid bersurai.

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL BAHAN / ALATAN KUANTITI HARGA JUMLAH


(unit) (RM) (RM)

1 Surat khabar lama 20 - -

2 Tisu 3 3 x 0.80 2.40

4 Botol mineral 10 10 x 10.00 100.00

5 Gunting 5 5 x 4.50 22.50

6 Belon 10 10 x 0.20 2.00

7 Gam 2 (besar) 2 x 4.00 8.00

8 Pengilat 2 2 x 12.00 24.00

9 Sarapan Pagi 34 orang 34 x 5.90 200.60

10 Minum Pagi 34 orang 34 x 4.00 136.00

11 Makan Tengahari 34 orang 34 x 9.00 306.00

12 Cenderahati penceramah 2 orang 2 x 50 100.00

13 Hadiah Hamper tempat 1 1 x 50.00 50.00


pertama

14 Hadiah Hamper tempat kedua 1 1 x 30.00 30.00

15 Hadiah Hamper tempat ketiga 1 1 x 25.00 25.00

16 Hadiah Saguhati 33 33 x 10.00 330.00

17 Lidi atau buluh 5 ikat 5 x 60.00 300.00

Jumlah 1636.50

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN ADALAH RM 1636.50

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya bengkel kraftangan seperti ini dapat

meningkatkan lagi kreativiti murid-murid Pendidikan Khas. Semoga program ini juga

dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk membesar menjadi individu


yang multikemahiran sesuai dengan arus peredaran masa selari dengan Falsafah

Pendidikan Khas.

Disediakan oleh :

.......................................................................

PN. SUZANNA BINTI JUSIMIN

Setiausaha,

Program Bengkel Kraftangan: Produk Daripada Bahan Terbuang,

Disemak oleh :

.................................................................

EDITH BINTI INDEK

GPK HEM

Diluluskan oleh :

.................................................................

ROSIDAH BINTI ABDUL MURAT

Guru Besar,

You might also like