You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PROGRAM PENYAYANG
SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK TEDURI
TAHUN 2022

_____________________________________________________________________________________

Anjuran:
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Telok Teduri
1.1 PENDAHULUAN

Program Sekolah Penyayang merupakan program merealisasikan dasar Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk melaksanakan program sekolah penyayang bagi membentuk sekolah yang
menyeronokkan bagi murid-murid hadir ke sekolah dan belajar dalam suasana yang kondusif. Ia
merangkumi mengalu-alukan kehadiran murid, program mentor mantee, menghargai murid dengan
sambutan hari jadi dan sambutan perayaan. Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengambil inisiatif
menyambut sambutan hari jadi dengan murid. Walaupun sambutan yang ringkas, namun objektif
program ini dapat meninggalkan impak yang besar kepada yang diraikan.

1.2 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk membudayakan aktiviti menghargai hari lahir dan meningkatkan
penghargaan kendiri murid.

1.3 OBJEKTIF

Di antara objektif program ialah :


1.3.1 Menghargai murid melalui ucapan selamat hari jadi kepada murid- murid dan guru-guru
1.3.2 Meraikan murid –murid dengan goodies bag dan kek sebagai tanda ingatan.

1.4 ANJURAN BERSAMA

Unit HEM Sk Telok teduri


Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Telok teduri

1.5 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN

AHAD ; 13 November 2022 (8.00 pagi)

1.6 TEMPAT PELAKSANAAN

Tapak perhimpunan Sk Telok Teduri, Baling, Kedah.

1.7 SASARAN

Semua guru dan murid SK Telok Teduri

1.8 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi : En. Azmi Bin Othman


Timbalan Pengerusi : Pn. Suhaila Binti Zulkifli
Naib Pengerusi 1 : Pn. Rafidah Binti Shaari
Naib Pengerusi 2 : Pn. Zaini Binti Abdul Hamid
Setiausaha : Pn. Dalila Binti Mohd Noor
Ahli Jawatankuasa : En. Subki Bin Abd Rahman @ Yahaya
: Pn. Masitoh Bt Zakaria
: Pn. Nurulhusna Bt Hassan
: Pn. Syuhada Bt Hamad
1.9 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1. Kek Hari Lahir RM 75.00 X 1 Set RM 75.00
2. Hadiah Hari Lahir (goodies bag) RM 325.00 RM 325.00
3. Hamper Kehadiaran Terbaik RM 50.00 X 2 Set RM 100.00
JUMLAH RM 500.00

1.10 ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA DETAIL JUMLAH (RM)


1. PERUNTUKAN SEKOLAH AKAUN KERAJAAN RM 500.00

JUMLAH RM 500.00

PENUTUP :

Diharapkan aktiviti yang dirancang mendapat sokongan daripada semua pihak dan berjalan dengan lancar serta
memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

..................................................... ........................................... .......................................

(DALILA BINTI MOHD NOOR) (SUHAILA BT ZULKIFLI) (AZMI BIN OTHMAN)


Setiausaha Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Telok Teduri SK Telok Teduri
SK Telok Teduri

You might also like