You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG LUMPUR,

KEMPADANG, KUANTAN

KERTAS KERJA CADANGAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM,


PROGRAM KEM MEMBACA & PAMERAN BERTEMA
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2019

TARIKH: SEPANJANG TAHUN (PROGRAM NILAM & PROGRAM KEM MEMBACA)


PELANCARAN: 22 APRIL 2019

TEMPAT: SMK TANJONG LUMPUR

ANJURAN:
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK TANJONG LUMPUR, KEMPADANG, KUANTAN

KERTAS KERJA CADANGAN MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM,


PROGRAM KEM MEMBACA & PAMERAN BERTEMA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dibangunkan untuk tujuan mendapatkan kelulusan pelaksanaan


pelancaran program NILAM dan Program Galakan Membaca Malaysia daripada pihak
pentadbir. Selain itu, kertas kerja ini juga dibangunkan untuk mendapatkan kebenaran
menggunakan Yuran PCG dan Yuran Khas Sekolah Pusat Sumber .

2.0 PENDAHULUAN
Program NILAM atau Program Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu kegiatan
yang penting untuk memupuk minat membaca di kalangan murid. Program ini telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di semua sekolah di seluruh negara.
Walau bagaimanapun amalan membaca di kalangan murid SMK Tanjong Lumpur masih lagi
berada pada tahap yang rendah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengambil
inisiatif untuk memberikan pengiktirafan kepada murid-murid yang membaca buku dalam
jumlah yang ditetapkan sebagai galakan kepada murid-murid SMK Tanjong Lumpur agar
membaca buku bagi menjayakan Program NILAM ini khususnya dan menjadikan amalan
membaca amalan seumur hidup.

Program Kem Membaca merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan


Malaysia di bawah Program Galakan Membaca dan Dekad Membaca bertujuan membentuk
masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan tumpuan membaca untuk pengetahuan dan
pembudayaan amalan membaca.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu


pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital
sepanjang hayat murid

3.2 Menyediakan murid ke arah pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan
menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan

3.3 Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan
aktiviti membaca merentasi kurikulum

3.4 Menggalakkan penglibatan masyarakat/ komuniti setempat/pertubuhan kerajaan dan


bukan kerajaan

3.5 Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan murid

3.6 Memupuk rasa cinta terhadap buku

3.7 Memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca di kalangan pelajar

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SMK Tanjong Lumpur


5.0 TEMPOH MASA

Sepanjang tahun

6.0 TARIKH DAN TEMPAT PELANCARAN

Tarikh : 22 April 2018 (Isnin)


Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Tanjong Lumpur
Masa : 7.30 pagi

7.0 AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti Program NILAM dan Kem Membaca yang akan dijalankan tahun 2019.
Antara aktiviti yang dicadangkan adalah :
1. Pembaca dan perekod NILAM terbanyak
2. Rumusan buku terpilih terbaik
3. Kuiz Pameran bertema
4. Reka bentuk penanda buku
5. Melukis poster
6. Jom Baca Bersama Untuk 10 minit
7. Teka silang kata
8. Pertandingan Mewarna
9. Kuiz spontan
10. NILAM EXCEL

8.0 TENTATIF PROGRAM PELANCARAN

Hari : Isnin
Tarikh : 22 April 2018
Masa : 7.30 pagi

Atur cara

7.30 pagi : Perhimpunan mingguan seperti biasa


: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Guru Perpustakaan dan Media
: Ucapan Perasmian (Pentadbir)
: Gimik Pelancaran
: Persembahan Murid
- Bacaan sajak, kuiz spontan

8.10 pagi : Bersurai

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn Hj Mohamad Azhar Bin Mohamad Ishak (Pengetua)

Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Faridah Binti Osman (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En Abu Bakar Bin Pin (GPK HEM)

Naib Pengerusi 3 : En Mohd Samsudin Bin Awang Yahya (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 4 : Pn Suzana Binti Ibrahim (GPK Pendidikan Khas)

Penyelaras Program : Pn Suriyani Binti Abu Jamil (Penyelaras PSS)

Setiausaha : Cik Hue Choy Fong (Guru NILAM)

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM


NILAM & KEM MEMBACA

Tugasan Nama Guru


Penyelaras Pn Suriyani Binti Abu Jamil

Disiplin Murid Guru Bertugas Mingguan

Pengacara Majlis Cik Hue Choy Fong

Jurugambar & Dokumentasi Pengawas PSS


Suriyani Binti Abu Jamil

P.A. Sistem Pengawas Bertugas


Gimik Pelancaran Pn Syarila Nur Binti Abd Ghani
Pengawas PSS

Persembahan Murid Pn Zunaidah Binti Hamzah


Pengawas PSS

Buku Program Pn Sabita Binti Jamaluddin

Hadiah Cik Hue Choy Fong


Pengawas PSS

Banner Pn Suriyani Binti Abu Jamil

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI-AKTIVITI ANGGARAN (RM) JUMLAH PERUNTUKAN


(HADIAH/KUANTITI) (RM)
PAMERAN BERTEMA
1. Hadiah Kuiz Pameran 8 penerima x 20.00 = 160.00 360.00 PCG
Bertema 8 penerima x 15.00 = 120.00
8 penerima x 10.00 = 80.00
PROGRAM NILAM
2. NILAM EXCEL (Apr, Mei, 18 penerima x 20.00 = 360.00 360.00 YKS
Jun, Julai, Ogos, Sept)
3. Pembaca & perekod NILAM 12 penerima x 20.00 = 240.00 540.00 YKS
Terbanyak (Apr, Mei, Jun, 12 penerima x 15.00 = 180.00
Julai, Ogos, Sept) 12 penerima x 10.00 = 120.00
PROGRAM KEM MEMBACA
4. Pertandingan reka bentuk 2 penerima x 20.00 = 40.00 90.00 YKS
penanda buku 2 penerima x 15.00 = 30.00
2 penerima x 10.00 = 20.00
5. Spelling Aa Bee C 2 penerima x 20.00 = 20.00 90.00 YKS
Competition 2 penerima x 15.00 = 15.00
2 penerima x 10.00 = 10.00
6. Pertandingan rumusan buku 2 penerima x 30.00 = 60.00 180.00 YKS
terpilih terbaik(Terbuka) 2 penerima x 20.00 = 40.00
2 penerima x 10.00 = 20.00
6 penerima x 10.00 = 60.00
7. Pertandingan teka silang kata 2 penerima x 20.00 = 40.00 90.00 YKS
2 penerima x 15.00 = 30.00
2 penerima x 10.00 = 20.00
8. Pertandingan mewarna 3 penerima x 20.00 = 60.00 225.00 YKS
(Tingkatan 1, 2 & PK) 3 penerima x 15.00 = 45.00
12 penerima x 10.00 = 120.00
9. Pertandingan 1 penerima x 20.00 = 20.00 90.00 YKS
Mendeklamasikan Sajak 1 penerima x 15.00 = 15.00
1 penerima x 10.00 = 10.00
10. Kuiz spontan (Terbuka) 5 penerima x 10.00 = 50.00 50.00 YKS
11. Kertas A4 2 kotak x 56.50 = 105.00 105.00 YKS
12. Plastik laminasi 2 rim x 25.00 = 50.00 50.00 YKS
JUMLAH BESAR 2230.00

12.0 PENUTUP

Dengan ini, diharapkan agar Program NILAM dan Program Kem Membaca ini dapat
memberi peransang kepada para pelajar serta menjayakan program ini dalam memupuk
amalan membaca di kalangan pelajar.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

……………………………….. ………………………………..
PN SURIYANI BINTI ABU JAMIL PN HJH FARIDAH BINTI OSMAN
Guru Pusat Sumber & Media GPK Pentadbiran
SMK Tanjong Lumpur SMK Tanjong Lumpur

DISAHKAN OLEH,

………………………………….
TN HJ MOHAMAD AZHAR BIN MOHAMAD ISHAK
Pengetua
SMK Tanjong Lumpur

You might also like