You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH


42920 PULAU INDAH
PELABUHAN KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
SEL 354

KERTAS KERJA

LAWATAN PERMUAFAKATAN IBU BAPA BERSAMA AHLI


MAJLIS MPK ZON N42 D DAN PIBG SK PULAU INDAH
KE
CAMERON HIGHLANDS

Tarikh : 14 & 15 JANUARI 2016

Hari : JUMAAT & SABTU

Tempat : Cameron Highlands

Sasaran : Ibu Bapa di Pulau Indah


1. Pengenalan

Lawatan ini adalah salah satu aktiviti PIBG SK. Pulau Indah bersama-sama dengan Ahli Majlis
MPK Zon N42 D untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan Ali
Majlis MPK. Melalui program ini juga, ia memberi peluang kepada ibu bapa di Pulau Indah untuk
melancong dan berehat.

2. Matlamat
Memupuk semangat perpaduan dan saling kenal-mengenali antara warga penduduk di Pulau
Indah serta memberikan peluang ibu bapa menjalinkan hubungan lebih rapat dengan pihak sekolah.

3. Objektif
3.1 Memberi peluang kepada ibu bapa untuk beramah mesra dengan pihak sekolah
3.2 Memberi peluang ibu bapa melancong bersama keluarga dan rakan-rakan sekampung.
3.3 Memberi peluang ibu bapa merehatkan minda dan fizikal mereka melalui aktiviti riadah.

4. Tempat lawatan
Cameron Highlands.

5. Tarikh dan masa lawatan


5.1 Tarikh : 14 & 15 Januari 2016
5.2 Hari : Jumaat dan Sabtu
5.3 Masa bertolak : 11 malam

6. Peserta lawatan
Ibu Bapa di Pulau Indah

6.2Senarai Nama Murid Sekolah Kebangsaan Pulau Indah ke Cameron Highlands


7. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn Hjh Zulliana bt Abd Samad


Guru Besar SK Pulau Indah

Pengerusi : Pn. Rosnee Bt Talib


Ahli Majlis MPK Zon N42 D

Penolong Penasihat : En. Hafizz Bin Dol


YDP PIBG SK Pulau Indah

: En. Mohammad Safwan Bin Mustaffa


Setiausaha PIBG SK Pulau Indah

Jawatankuasa pelaksana

Penyelaras : En. Hafizz Bin Dol

Setiausaha : En Mohammad Safwan Bin Mustaffa

Bendahari : Pn. Hjh. Noraini Bt Mohd Salleh

Ahli Jawatankuasa
AJK Pengangkutan : En Jamil Bin Puteh
AJK Pendaftaran : Pn Hapizah Bt Charmor
AJK makan / minum : Pn. Seri Banun Bt Marzuki
AJK Fotografi / Dokumentasi : En. Wan Mohd Shafiq Bin Wan Johari
AJK Aktiviti / Keselamatan : Pn. Murni Bt Fahrudin
8. TENTATIF PROGRAM LAWATAN

10.00 p.m. : Berkumpul SK Kebangsaan Pulau Indah, Selangor


10.30 p.m. : Pendaftaran
10.45 p.m : Taklimat ringkas
11.00 p.m : Bertolak ke Cameron Highlands
1.00 a.m. : Tiba di R&R Tapah/Tidur
6.00 a.m : Mandi/Solat Subuh
6.30 a.m : Bertolak ke Cameron Highlands
7.30 a.m : Tiba di Tanah Rata
7.45 a.m : Sarapan pagi
8.30 a.m : Lawatan ke MARDI
9.30 a.m. : Lawatan ke Ladang Teh Cameron Valley, Tanah Rata
11.00 p.m. : Lawatan ke Taman Peringatan Tanah Rata
12.30 p.m. : Lawatan ke Kg. Taman Sedia/makan tengah hari/solat zohor
2.00 p.m. : Lawatan ke Ladang strawberi, Brinchang
3.00 p.m. : Lawatan ke Kea Farm, Brinchang
4.00 p.m : Bertolak pulang ke Pulau Indah
7.00 p.m : Dijangka tiba di Pulau Indah

8. ANGGARAN PENDAPATAN

1. Pendaftaran peserta (RM75.50 x 80 murid) = RM 6 040.00

JUMLAH = RM 6 040.00

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA (RM) x JUMLAH


JUMLAH KUANTITI
1 Bayaran tiket masuk tempat lawatan RM 3.00 x 80 orang RM 240.00
(MARDI
2 Pengangkutan bas RM 2500.00 x 2 bas RM 5 000.00

3 Makanan dan minuman RM 10.00 x 80 orang RM 800.00


(5 kali makan)
JUMLAH RM 6 040.00
11.0PENUTUP

Adalah menjadi harapan semua pihak agar pelaksanaan lawatan ini dapat menyumbang kepada objektif
pelaksanaan aktiviti PIBG di sekolah ini. Aktiviti yang ringkas tetapi padat ini merupakan
kesinambungan kepada aktiviti-aktivti terdahulu yang dilihat pada dasarnya amat besar ertinya bagi
seorang pelajar. Usaha kita yang sedikit ini bukan ukuran pembentukan generasi akan datang dengan
sekelip mata. Semoga ia akan menjadi satu titik tolak dalam menentukan hala tuju generasi SK Pulau
Indah pada masa hadapan.

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga
segala ilmu dan pelajaran yang bakal diperolehi menerusi aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam
kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Usaha kita yang sedikit ini bukan ukuran pembentukan generasi akan datang dengan sekelip mata.
Semoga ia akan menjadi satu titik tolak dalam menentukan hala tuju generasi SK Pulau Indah pada masa
hadapan.

Disediakan oleh

…………….................……….

(EN. MOHAMMAD SAFWAN BIN MUSTAFFA)


Setiausaha Program Merangkap Setiausaha PIBG,
Sk Pulau Indah

Diluluskan oleh

………………….............…..
(EN. HAFIZZ BIN DOL)
YDP PIBG
SK Pulau Indah

You might also like