You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG MADANI


TARIKH :
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUKIT BALAI, TUBAU.

TARIKH:
10 OGOS 2023

TEMPAT :
ASRAMA PUTERA & ASRAMA PUTERI,
BANGUNAN BLOK DEWAN SERBAGUNA,
DAPUR DEWAN MAKAN

BIDANG :
UNIT 3K (UNIT HEM)
ISI KANDUNGAN

1. NAMA PROGRAM

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

3. OBJEKTIF

4. BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM

5. KUMPULAN SASARAN

6. JAWATANKUASA

7. SKOP KERJA DAN DISKRIPSI KERJA

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

9. PENUTUP
1.0 NAMA PROGRAM
Program Gotong-Royong Madani KPM SK Sg Bukit Balai 2023

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Sekolah Kebangsaan Sungai Bukit Balai atau nama ringkasnya SKSBB, merupakan sebuah
Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A, Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh. Pada 2023,
Sekolah Kebangsaan Sungai Bukit Balai memiliki 121 murid lelaki dan 95 murid perempuan,
menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 216 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.
Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1958. Dimana sekolah ini dibina dan dikenali sebagai
Local Authority School, Tubau, dengan murid seramai 21 orang disertai seorang guru sahaja pada
masa itu. Sekolah ini dibina diatas bukit berhampiran dengan Sungai Tubau. Pada masa kini,
tempat ini digunakan untuk Balai Polis. Pada tahun 1964, sekolah ini dipindahkan ke tapak yang
baru dan diberi nama Central Upper Primary School Tubau atau C U P School Tubau. Bangunan
baru telah dibina diatas bukit juga lebih kurang 100 meter dari pekan Tubau. Pada masa kini, tapak
tanah ini digunakan untuk bangunan asrama lelaki.Pada tahun 1965, sebuah bangunan lagi dibina
di lereng bukit yang mempunyai 6 buah bilik darjah (bangunan sekolah blok lama pada masa
sekarang).

Dalam mempertingkatkan bilangan serta tahap prasarana sekolah, pada tahun 1980, tiga
buah blok baru telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya iaitu bangunan untuk Asrama Perempuan,
bilik darjah, dapur serta dewan makan. Sebuah rumah (Quartes Kelas IV) juga telah dibina untuk
Guru Besar. Semua bangunan ini siap dibina pada tahun 1981. Pada tahun 1984 dan tahun 1990
beberapa unit rumah guru telah dibina melalui projek gotong-royong dan projrk- projek pembinaan
kecil oleh Jabatan Pelajaran Daerah Bintulu.Sejak tahun 2000, wajah sekolah mulai berubah
dengan pembinaan beberapa bangunan baru seperti Rumah GuruKerja-kerja penyelenggaraan oleh
Pejabat Residen di bawah Projek FIAS dan PIAS selain daripada projek penyelenggaraan oleh
pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh dan Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu. Di antara
projek- projek itu adalah pembinaan Asrama Lelaki, Makmal Komputer, Bangunan Prasekolah
dan pembekalan Janakuasa Berkuasa Tinggi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.0 PERMASALAHAN

2.1 Persekitaran asrama putera dan puteri yang perlu dibersihkan


2.2 Keceriaan kawasan sekolah perlu ditambahbaik, kerana kurangnya bunga-bungaan.
2.3 Bangunan dapur sekolah yang uzur

3.0 OBJEKTIF:

3.1 Memastikan kawasan asrama putera dan puteri dalam keadaan yang bersih
3.2 Menceriakan kawasan sekolah
3.3 Membaik pulih dapur sekolah

4.0 BUTIRAN PELAKSANA PROGRAM

4.1 Berfokus kepada pembersihan kawasan asrama putera dan puteri.


4.2 Menanam bunga di sekitar kawasn sekolah
4.3 Mendirikan tiang sokongan

TARIKH : 10 OGOS 2023


MASA : 0900 - 1200

4.4 Menununjukkan garis masa berserta tarikh.

Perkara Tarikh
Pengumpulan dana dan perbincangan warga sekolah 2 Ogos 2023
Persiapan barang 8 ogos 2023
Hari gotong royong 10 Ogos 2023

5.0 KUMPULAN SASARAN

- Semua Barisan Pentadbir


- Semua Guru dan AKP
- Ahli PIBG
- Semua murid Tahap II
6.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En Roslan bin Rosli


Pengerusi : En Louis Spencer Gayoh
Pengerusi I : En Richard anak Rayim
Pengerusi II : En Pindi bin Baun
Penyelaras : Pn Dina Sulau Rejun
Pen Penyelaras : Cik Nor Nabihah bt Abdul Jalil

6.1 JAWATANKUASA KERJA

Kawasan Asrama Puteri : Cik Rebekah Dulleng ak John


: Cik Rina Lumu ak Anthony
: Pn Nur Syahira bt Narudin
: Cik Nor Nabihah bt Abdul Jalil
: Cik Nur Izzah Hani bt Zainuddin

Kawasan Asrama Puteri : Pn Dina Sulau Rejun


: En Wan Muhamad Adam bin Wan Mansor

Kerja Keceriaan : En Louis Spencer Gayoh


Kerja Baikpulih : En Roslan bin Rosli
Jurugambar : Semua Guru
Pelaporan : Pn Dina Sulau Rejun

7.0 SKOP KERJA DAN DISKRIPSI KERJA


Kerja Diskripsi Kerja
Gotong-Royong Asrama Putera dan • Membersihkan Kawasan Asrama
Asrama Puteri • Membersihkan Bilik Mandi dan
Tandas
• Menyusun Atur Almari dan Katil
Gotong-Royong Dapur Dewan Makan • Membaikpulih Tiang Dapur
Dewan Yang Telah Reput
Gotong-Royong Keceriaan • Mengumpu Tanah dan Mengisi
Tanah Ke Dalam Plastik Tanaman
• Menanam Bunga
• Menyusun Pasu Di Laluan Blok
Asrama Lelaki
8.0 SUMBER PERUNTUKAN

Menggunakan agihan peruntukan Program Gotong-Royong Sekolah Dibawah Kementerian


Pendidikan Malaysia Tahun 2023, iaitu sebanyak RM 1200 bagi SK SG Bukit Balai.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Barangan Kuantiti Harga Seunit Jumlah


1 Flower Jar Pot 15 RM 22 RM 330
2 Plastic Pot 20 RM 10 RM 200
3 Organic Planting Soil 11 Bags RM 20 RM 220
4 Pentas Plant 6 pcs RM 35 RM 210
4 Makanan dan RM 236
Minuman
JUMLAH RM 1 196

10.0 PENUTUP

Kami berharap projek ini akan mendapat sokongan semua pihak yang terlibat bagi memastikan
ianya berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancang. Adalah diharapkan segala matlamat
dan objektif yang diimpikan dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

.................................................. .........................................
(Dina Sulau Rejun) (Louis Spencer Gayoh)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Sg Bukit Balai SK Sg Bukit Balai

Tarikh : Tarikh :
KERTAS KERJA GOTONG ROYONG MADANI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUKIT BALAI,
TUBAU.

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Gotong Royong Madani Sekolah,Sk Sungai Bukit


Balai 2023
Atau

Tidak meluluskan Meluluskan Kertas Cadangan Gotong Royong Madani Sekolah,Sk


Sungai Bukit Balai

ENCIK ROSLAN BIN ROSLI


Guru Besar
Sk Sungai Bukit Balai
Tarikh :

You might also like