You are on page 1of 10

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS MAKAN MALAM

PERSATUAN KENYAH BADENG SARAWAK

(KEBANA)

TARIKH: 27 APRIL 2019.

MASA: 6.30PM-10.00PM

TEMPAT: GRAND BALLROOM, LEVEL 6, PULLMAN HOTEL, MIRI.

“PEBEKA TAWAI MADA JANAN UDIP BADENG”


CUE ANN
Ketibaan Hadirin. - Mengalu alukan kehadiran hadirin.
- Briefing.
Ketibaan Yb Tuan Hadirin yang dihormati Sekalian,
Anyi Ngau Ahli Mengumumkan
Parlimen P220 Baram. Ketibaan Yg.Berhormat Tuan Anyi Ngau, Ahli Parlimen P220 Baram. dan
(A) diiringi Presiden Persatuan Kenyah Badeng Sarawak, serta Rombongan.

Dengan ini , sidang Hadirin Dijemput untuk berdiri.

Ketibaan YANG BERHORMAT, serta rombongan ini diiringi tarian selamat


datang atau tarian orang ulu daripada Komuniti Kenyah Badeng.

Untuk makluman Yg Berhormat dan hadirin tarian selamat datang merupakan


cara orang ulu menyambut para tetamu undangan dan melambangkan
kesyukuran serta kegembiraan dalam meraikan sesuatu pesta.

Nyanyian Lagu Mohon tetamu Kehormat serta sidang hadirin untuk terus berdiri bagi sama-
Negaraku & sama menghormati lagu kebangsaan Negaraku serta lagu kebesaran negeri,
Ibu pertiwiku. Ibu Pertiwiku.
(O) …………..
Tetamu kehormat serta sidang hadirin dipersilakan duduk.

Kata-kata Aluan MC “Pebeka Tawai Mada Janan Udip Badeng.”


(A)
Salam sejatera, salam perpaduan dan salam satu dalam kasih Kristus, hadirin
yang dihormati sekalian, terima kasih sekalung budi, kepada tetamu kehormat
kita Yang Berhormat, Tuan Anyi Ngau, Ahli Parlimen P220 Baram. Kita
berikan tepukan yang gemuruh sekali lagi.

Yang Dihormati, En.Sem Kiong Angin, Presiden Persatuan Kenyah Badeng


Sarawak.

Yang Dihormati, En Hilary Samah Tet, dan En. Richard Kiin Timbalan
presiden Persatuan Kenyah Badeng Sarawak.
Yang Berusaha, Encik Saliba Sering, Pengerusi Persatuan Kenyah Badeng
Sarawak Cawangan miri, merangkap Penyelaras Majlis Makan Malam
KEBANA 2019

Yang dihormati, Penghulu-penghulu, Ketua-Ketua masyarakat, tuai- tuai


rumah serta ketua-ketua kampung.

Yang dihormati, Pegawai-Pegawai Kerajaan.

Yang dikasihi dalam kasih Kristus, Reverant serta Pastor-pastor Gereja.

Yang dihormati Barisan kepimpinan Persatuan Kenyah Badeng Sarawak.

Yang dihormati Jawatankuasa pengelola majlis makan malam Persatuan


Kenyah Badeng Sarawak cawangan miri.

Serta tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan.

SEKALI LAGI KAMI MENGUCAPKAN , SELAMAT DATANG KE MAJLIS


MAKAN MALAM PERSATUAN KENYAH BADENG SARAWAK 2019.

Yg Berhormat serta sidang hadirin yang dihormati,


Kita bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan sekali lagi untuk
kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Majlis makan malam
Persatuan Kenyah Badeng Sarawak ini. Majlis ini merupakan majlis gilang
gemilang dimana acara ini akan mempersembahkan kepelbagaian
kebudayaan serta kesenian yang terdapat dalam suku kaum kenyah
badeng….
Dalam pada itu, majlis ini juga secara tidak langsung mempromosikan budaya
dan adat resam yang terdapat di Sarawak iaitu mengenai kesepaduan social
yang tinggi, perpaduan yang utuh, makmur dan harmoni.

Majlis sangat berbesar hati dengan kehadiran YB. Tuan Anyi Ngau kerana
sudi melapangkan hujung minggu beliau walaupun dalam kesibukan rutin
hariannya untuk bersama-sama dengan kita pada malam ini.
Semoga kehadiran Yang Berhormat menambahkan seri dan makna kepada
majlis makan malam ini.

Kehadiran Yang Berhormat pada hari ini juga membuktikan bahawa


wujudnya hubungan yang erat dan mesra diantara pemimpin dan juga
rakyatnya.

Majlis juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua hadirin kerana


sudi hadir ke majlis kita pada hari ini. Dengan kehadiran tuan-puan majlis kita
akan lebih meriah dan berseri lagi.

Kami juga difahamkan pada malam ini bukan komuniti kenyah badeng saja
ada bersama kita, malah ada juga hadirin dari luar turut bersama-sama kita,
bagi menyaksikan sendiri, kebudayaan serta kesenian masyarakat kenyah
badeng ini.

Doa Pembukaan Yang Berhormat, serta hadirin yang dihormati,


(O)
Untuk memulakan dan memberkati majlis kita pada hari ini, dengan segala
hormatnya menjemput Pastor Philipus Rejun untuk membawa kita dalam doa
pembukaan dan doa pemberkatan makanan. Dipersilakan.

Terima kasih Pastor Philipus Rejun atas doa pembukaan doa pemberkatan
makanan itu sebentar tadi.

Food presentation- -Acara Seterusnya kami serahkan kepada Pihak hotel untuk Food
Hotel Presentation.
(A)
Slide Show KEBANA Yang Berhormat, serta sidang Hadirin yang dihormati,
(O) Seterusnya, kita akan menyaksikan tayangan video KEBANA.
Sama-sama kita saksikan.

Demikianlah tadi persembahan tayangan video mengenai Persatuan Kenyah


Badeng Sarawak ini.
Datun Julud Wanita Datun Julud – Wanita KEBANA Miri.
KEBANA Miri Yg Berhormat serta hadirin yang dimuliakan, kita akan menyaksikan
(A) persembahan pembukaan iaitu persembahan tarian Datun Julud yang akan
dipersembahkan oleh Wanita KEBANA Miri. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
…………
Demikianla tadi persembahan datun julud daripada Wanita KEBANA Miri.

Tarian datun julud atau tarian burung enggang adalah sebuah tarian
tradisional suku kaum kenyah yang popular di Sarawak.

Sejarah- Datun Julud dikatakan telah dicipta oleh seorang raja suku dayak
Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selung, untuk melambangkan
kebahagiaan dan rasa syukur kepada maha dewa atas kelahiran cucunya.
Selepas peristiwa tersebut, datum julud terus diminati dalam kalangan
masyarakat sekitar dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di
Sarawak.

Sekali lagi berikan tepukan yang paling gemuruh kepada wanita KEBANA
Miri.
Ucapan Penyelaras Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh En.Saliba Sering,
Majlis Makan Malam Pengerusi Persatuan Kenyah Badeng Sarawak Cawangan Miri, Merangkap
KEBANA 2019- Penyelaras majlis makan malam KEBAN 2019. Majlis mempersilakan.
En.Saliba Sering
(O)

Ucapan Presiden Yang Berhormat, serta sidang Hadirin yang dimuliakan,


KEBANA Sarawak- Seterusnya, Majlis dengan sukacita menjemput Yang berusaha, Encik Sem
En. Sem Kiong Kiong Angin, Presiden Persatuan Kenyah Badeng Sarawak, untuk
(A) menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan daripada Presiden Persatuan Kenyah Badeng


Sarawak.
Kancet Lasan – Lee Kancet Lasan – Lee Ayang
Ayang Kancet lasan menggambarkan kehidupan sehari-hari burung enggang,
(O) burung yang dimuliakan oleh suku kaum kenyah kerana dianggap sebagai
tanda keagungan dan kepahlawanan, tarian kancet lasan merupakan tarian
tunggal, dan tarian ini lebih ditekankan pada gerak-geri burung Enggang.
Ucapan Daripada YB Sidang hadirin yang dihormati, tibalah masa yang dinanti –nantikan, majlis
Tuan Anyi Ngau Ahli dengan berbesar hati menjemput Yang Berhormat, Tuan Anyi Ngau untuk
Parlimen P220 Baram. menyampaikan ucapan. Dengan segala hormat dan penuh takzimnya
(O)& (A) Dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat atas ucapan itu sebentar tadi. Dan mohon YB
untuk terus berada di pentas bagi acara seterusnya.

Dalam majlis makan malam kali ini, Persatuan KEBANA akan mengadakan
pelancaran Tabung Pesta KEBANA bagi tahun 2020., ini juga merupakan
tujuan majlis makan malam ysng kita adakan pada mala mini iaitu untuk
mengumpul dana bagi pesta KEBANA yang akan diadakan di Sg.Asap Koyan
pada tahun hadapan.

Oleh itu, bagi menyempurnakan gimik pelancaran ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput semua barisan kepimpinan Persatuan Kenyah
Badeng Sarawak untuk bersama-sama dan mengiringi YB bagi
menyempurnakan acara ini. Dipersilakan.

Gimik pelancaran Tabung KEBANA ini akan disempurnakan dengan acara


menyumpit oleh YB Tuan Anyi Ngau. Beberapa wakil daripada Barisan
kepimpinan KEBANA juga akan bersama-sama dengan YB untuk meletupkn
pop yang telah disediakan. Sama-sama kita saksikan.
(kira jika perlu)

Dengan selesainya Gimik pelancaran itu tadi maka, rasmilah pelancaran


tabung pesta kebana tahun 2020.

Untuk makluman hadirin tabung ini akan diedarkan/dijalankan dari stiap meja
ke meja dan terpulang kepada semua hadirin untuk menyumbang bagi dana
Pesta kebana ini.
Penyampaian Insentif Mohon Yang Berhormat serta barisan kepimpinan KEBANA untuk terus
Kecemerlangan berada di pentas, bagi menyempurnakan acara seterusnya.
Akademik dan Sukan Seperti kebiasaanya, Persatuan Kenyah Badeng Sarawak (KEBANA) akan
(A) & (O) menyampaikan insentif kecemerlangan kepada para pelajar atau individu
yang cemerlang dari segi akademik mahupun sukan, Insentif ini merupakan
penghargaan dan sokongan daripada Persatuan KEBANA ini. Justeru ia juga
merupakan satu galakan dan motivasi kepada para pelajar ataupun golongan
muda agas terus cemerlang dalam bidang akademik mahupun sukan pada
masa akan datang.

Oleh itu, sekali lagi majlis mempersilakan Yg berusaha En.Sem Kiong,


Presiden KEBANA Sarawak dan juga barisan kepimpinan KEBANA, untuk
mengiringi YB Tuan Anyi Ngau bagi menyampaikan insentif kemerlangan ini
kepada penerima.

penerima insentif kecemerlangan dalam bidang Akademik,

Penerima Insentif Kecemerlangan bagi kategori UPSR

Penerima Insentif kecemerlangan bagi kategori PT3

Penerima Insentif kecemerlangan bagi kategori SPM

Penerima Insentif kecemerlangan bagi kategori STPM

Penerima Insentif kecemerlangan bagi kategori DIPLOMA

Penerima Insentif kecemerlangan bagi kategori IJAZAH SARJANA MUDA

Penerima Insentif kecemerlangan bagi kategori MASTER

penerima insentif kecemerlangan dalam bidang SUKAN


demikianlah tadi acara penyampaian insentif kecemerlangan kepada pelajar
dan individu yang cemerlang dari bidang akademik dan bidang sukan.
Taniah dan syabas kami ucapkan kami berharap agar anak-anak muda ini
akan terus mengharumkan nama bangsa kita di persada dunia pada masa
akan datang.

Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang
Cenderahati Kepada berhormat, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang berusaha
YB Tuan Anyi Presiden KEBANA Sarawak untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
(O) Berhormat Tuan Anyi Ngau. Majlis mempersilakan.

Terima kasih Presiden KEBANA Sarawak, dan barisan kepimpinan KEBANA


serta terima kasih sekali lagi kepada YB Kerana sudi menyempurnakan acara
penyampaian insentif kecermelangan itu sebentar tadi dan terima kasih diatas
ucapan yang telah disampaikan Semoga ucapan, amanat serta pesanan yang
disampaikan dapat kita hayati bersama. Harapan kami agar YB untuk terus
maju dalam memimpin masyarakat pada masa akan datang.

Persembahan Tarian - Persembahan Tarian Kopey –KEBANA Bintulu.


Kopey- KEBANA Tarian leto kopey ini dibarisi wanita-wanita daripada kaum kenyah badeng,
BINTULU. mereka mengenakan pakaian tradisional zaman2 dahulu. Yang merupakan
(A) pakaian terbaik kaum kenyah pada masa itu. Ia dipakai bersama berberapa
aksesori-aksesori unik untuk menambah lagi kecantikan pada wanita yang
menggunakn pakaian ini. Untuk makluman, kumpulan Tarian leto Kopey ini
telah banyak melakukan persembahan-persembahan di majlis-majlis besar di
peringkat daerah, bahagian, dan baru-baru ini mereka telah dijemput untuk
membuat persembahan sempena Hari Ulang Tahun BEM Ke 90 Peringkat
Negeri Sarawak. Ini membuktikan tarian Kopey ini telah mula mendapat
perhatian standing dengan tarian-tarian yang lain.

Cabutan Bertuah 1 - Cabutan bertuah 1


(A) & (O) - Timbalan Presiden KEBANA Sarawak En.Hilary Samah.
Persembahan Lagu Persembahan Lagu kenyah badeng- Daniel Bampa.
kenyah badeng-
Daniel Bampa.
(O)

Persembahan Sape Persembahan Sape Live – En.Jimpau Balan


Live Oleh En. Jimpau
Balan
(O)
Persembahan Kancet Persembahan Kancet Lasan Duet oleh wakil KEBANA Data Kakus.
lasan Duet- wakil
kebana data kakus
(A)
Cabutan Bertuah 2 Cabuatan bertuah 2- En.Richard Kiin
(A) & (O)
Persembahan Kancet Persembahan kancet lasan –Sagen Jating & Untin Ngau
Lasan
(O)
Persembahan Datun Datun Julud – KEBANA Lio Mato.
Julud- KEBANA Lio
Mato.
(A)
Persembahan Lagu Persembahan Lagu kenyah badeng- Daniel Bampa.
kenyah badeng-
Daniel Bampa.
(O)
Cabutan Bertuah 3 Cabutan bertuah 3
(A) & (O) -
Doa Penutupan – Ps. Dengan selesainya cabutan bertuah itu sebentar tadi maka majlis kita
Jarai Salo. telahpun sampai ke penghujungnya.
(A) Bagi menutup acara kita pada malam ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Pastor Jarai Salo untuk membawa kita dalam doa penutupan.

Majlis Bersurai. Yang Berhormat serta sidang hadirin yang dihormati, majlis kita telahpun
(A) & (O) selesai.
Sekali lagi majlis merakamkan setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih
diatas kehadiran YB Tuan Anyi Ngau, juga diatas sumbangan, dan juga
perhatian Yang Berhormat kepada Persatuan Kenyah Badeng Sarawak ini.
Harapan kami semoga Yang Berhormat terus maju jaya dan sentiasa
diberkati.
Begitu juga dengan hadirin yang hadir pada malam ini, terima kasih kerana
hadir bersama memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini. Mewakili JK
Pengelola majlis ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan
tersilap kata, serta kiranya ada kekurangan sepanjang mengedalikan majlis
ini. Sekian saja dari kami, terima kasih selamat malam dan sampai berjumpa
lagi. Tuhan Memberkati.

You might also like