You are on page 1of 11

SK PULAU MERANTI

47120 PUCHONG, SELANGOR.


_______________________________________

KERTAS KERJA

KAWALAN ANAI-ANAI
SK PULAU MERANTI,
47120 PUCHONG, SELANGOR
1.0 NAMA PROJEK
Projek Kawalan Anai-Anai

2.0 LATAR BELAKANG


SK Pulau Meranti (SKPM) adalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak
di pinggir Puchong bersebelahan dengan Putrajaya. Jumlah keseluruhan murid
ialah seramai 830 orang murid dan terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Sekolah ini merupakan sekolah dua sesi dan mempunyai empat buah blok
bangunan yang dijadikan sebagai kelas. Namun begitu, blok bangunan yang terlalu
lama ini menyebabkan kayu bangunan diserang oleh anai-anai.

Serangan anai-anai ini telah menyebabkan berlakunya banyak kerosakan kepada


kayu-kayu yang menjadi asas pembinaan bangunan di sekolah ini. Antara
kerosakan yang telah berlaku ialah kerosakan bingkai pintu dan bingkai tingkap
dan kayu alang di bumbung mereput. Kerosakan ini boleh menyebabkan
berlakunya kemalangan yang tidak diingini dan boleh menimpa murid-murid dan
guru-guru sekolah ini. Oleh itu, timbullah keperluan untuk melaksanakan projek ini
bagi mengelakkan kerosakan terus berlaku kepada bangunan sekolah. Maka
kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan
komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Projek Kawalan Anai-
Anai untuk merealisasikan hasrat tersebut.

3.0 OBJEKTIF
 Menghapuskan anai-anai yang menyebabkan kerosakan

 Memberi perlindungan kepada kayu-kayu asas bangunan

 Mengurangkan risiko kemalangan kepada murid-murid dan guru-guru

4.0 TARIKH
April 2022 – Jun 2022
5.0 SASARAN
 Blok bangunan setingkat

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK KAWALAN ANAI-ANAI

PENASIHAT
SITI HABSAH BINTI AHMAD
(GURU BESAR SK PULAU MERANTI)

YANG DIPERTUA PIBG


AZWAN HAZLE BIN AMINUDDIN

NAIB YANG DIPERTUA PIBG


SUZILA BINTI ZAINAL ABIDIN

SETIAUSAHA PIBG
MOHAMAD HELMI BIN JUMRI

BENDAHARI PIBG
RABIATUL ADAWIDYAH BINTI IDRIS

AJK IBU BAPA


MUHAMAD FAUZI BIN AHMAD
MOHD HANIFF BIN ABD RANI
NORAZLI BIN OSMAN BASAH
ZUBAITI MASTURA BINTI ZUBIR
HILMI BIN ISA
EMILZA BINTI FUAD

AJK GURU
DIANA BINTI MOHD YUSOFF
SOFIAN BIN ABDULLAH
R. GOPI A/L RANGAYA
NUR SUZILA BINTI BAHARUDIN
7.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK KAWALAN ANAI-ANAI

MEMBUAT PERBINCANGAN DENGAN SEMUA GURU DAN AJK PIBG YANG


TERLIBAT

MEMBUAT KERTAS KERJA PROJEK KAWALAN ANAI-ANAI UNTUK


MENCARI DANA

MENDAPATKAN BEBERAPA SEBUT HARGA BAGI MEMBUAT ANGGARAN


PERBELANJAAN PROJEK KAWALAN ANAI-ANAI

MEMBUAT HEBAHAN SECARA UMUM TENTANG PELAKSANAAN PROJEK


KAWALAN ANAI-ANAI KEPADA SEMUA IBU BAPA BAGI MENDAPATKAN
SUMBANGAN DANA PROJEK

MELAKSANAKAN PROJEK KAWALAN ANAI-ANAI PADA BANGUNAN YANG


TELAH DIKENALPASTI SEBAGAI KRITIKAL DENGAN MENGGUNAKAN DANA
YANG BERJAYA DIKUMPUL

MEMBUAT DOKUMENTASI DAN PELAPORAN SEBAGI RUJUKAN UNTUK


PROJEK PADA MASA AKAN DATANG

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


 Sumber Peruntukan

Bil Peruntukan Amaun (RM)


1 Sumbangan ibu bapa dan badan RM 12000
korporat

 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Amaun (RM)


1 Kawalan anai-anai RM 6000 x 2 blok RM 12000

9.0 SUMBER KEWANGAN

i) Sumbangan ibu bapa


ii) Sumbangan badan korporat
10.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya supaya dapat memberi
keselesaan dan keselematan kepada semua warga sekolah. Pihak sekolah
sentiasa komited dalam memastikan keselamatan warga sekolah berada pada
tahap optimum. Sehubungan itu jawatankuasa projek kawalan anai-anai berharap
agar semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan
projek ini.

Sekian.

DISEDIAKAN OLEH; DISEMAK OLEH;

……………………………………………. ………………………………..
(MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ) ( )
Guru Penolong Kanan Petang
SK Pulau Meranti

DISAHKAN OLEH;

………………………………..
( )
LAMPIRAN

Keadaan kayu alang bumbung yang dimakan oleh anai-anai


Keadaan kayu alang bumbung yang dimakan oleh anai-anai
Keadaan kayu alang bumbung yang dimakan oleh anai-anai
Struktur siling telah melentur ke bawah dan boleh menimpa murid
Kawasan yang mereput akibat serangan anai-anai

You might also like