You are on page 1of 3

Prosedur Operasi

Standard (SOP)
Prosedur Kebenaran
Memasuki Kawasan
Panel Solar Bagi
Muka Surat: 1/3
Kontraktor Lantikan
UKM

1. OBJEKTIF

Prosedur ini menyediakan garis panduan bagi memastikan tiada kerosakkan ataupun
gangguan terhadap sistem solar apabila pihak UKM ingin menjalankan kerja di kawasan
panel solar.

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai pada bangunan yang terlibat dengan projek solar UKM di dalam
merancang, melaksana dan memantau kerja-kerja/perkhidmatan berikut:

a) Mana-mana kontraktor lantikan UKM yang ingin memasuki kawasan panel solar.
b) Penyelenggaraan pada kawasan panel solar yang bukan disebabkan masalah sistem
solar. (Sebagai contoh, siling bocor ataupun penyelengaraan pendawaian sistem
elektrik bangunan UKM di sekitar kawasan pemasangan solar sahaja)

3. ISU-ISU RISIKO
3.1. Pembaikan tanpa pemerhatian pihak kami boleh menyebabkan gangguan terhadap
sistem solar.
3.2. Kemalangan yang berlaku semasa menjalankan kerja.
3.3. Berlaku renjatan elektrik.
3.4. Berlakunya kekeliruan mengenai maklumat struktur bangunan dan pendawaian.

1
4. TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN T/JAWAB
KEBENARAN MEMASUKI KAWASAN PANEL SOLAR BAGI KONTRAKTOR
LANTIKAN UKM
Kenalpasti keperluan bagi kontraktor lantikan UKM memasuki kawasan panel solar :

Menjalankan Kerja Di Kawasan Panel Solar

a) Pihak UKM perlu memaklumkan sebarang proses kerja di


kawasan panel solar terhadap syarikat PV Hi Tech Solar
sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum proses kerja
dijalankan.
b) Pihak UKM juga harus memaklumkan tujuan dan tempoh masa
yang diambil untuk kerja-kerja tersebut agar memudahkan pihak
PV Hi Tech untuk menghantar wakil.
c) Dalam 3 hari waktu bekerja, pihak PV Hi Tech Solar akan Pihak UKM
memberi maklum balas mengenai perkara tersebut melalui
email/telefon.
d) Pihak PV Hi Tech Solar akan menghantar wakil bagi melakukan
pemerhatian dan mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh
pihak UKM di kawasan panel solar.
e) Laporan kerja perlu dibuat selepas kerja sudah selesai dan
diberikan kepada pihak PV Hi Tech untuk penyimpanan data.

2
Prosedur Kebenaran Memasuki Kawasan Panel Solar Bagi Kontraktor Lantikan UKM

You might also like