You are on page 1of 7

SK PULAU MERANTI

47120 PUCHONG, SELANGOR.


_______________________________________

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF BILIK
SAINS
SK PULAU MERANTI,
47120 PUCHONG, SELANGOR
1.0 NAMA PROJEK
Menaiktaraf Bilik Sains

2.0 LATAR BELAKANG


SK Pulau Meranti (SKPM) adalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak
di pinggir Puchong bersebelahan dengan Putrajaya. Jumlah keseluruhan murid
ialah seramai 700 orang murid dan terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Sekolah ini merupakan sekolah dua sesi dan tidak mempunyai bilik khas yang
mencukupi dan tidak mampu menampung jumlah murid yang semakin meningkat
saban tahun. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada menaiktaraf bilik sains
dengan peralatan ICT dan kondusif bagi menjalankan aktiviti pembelajaran dan
pemudahcaraan STEM yang berkesan.

Melihat kepada perlunya bilik sains yang kondusif kepada semua pelajar, satu
jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi menambah baik dan memperkasakan
bilik sains yang sedia ada. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan bilik
sains yang sesuai adalah bagi meningkatkan minat dan kemahiran murid bermula
daripada sekolah rendah lagi seperti mana yang telah disarankan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran
kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa
Menaiktaraf Bilik Sains untuk merealisasikan hasrat tersebut.

3.0 OBJEKTIF
 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai STEM

 Meningkatkan prasarana dan kemudahan bilik sains

 Memberi pendedahan kepada guru-guru tentang prasarana pembelajaran STEM

 Memberi peluang kepada guru-guru untuk berkongsi idea dan kreativiti dalam
pembentukan bilik sains kondusif
4.0 TARIKH
Januari – Jun 2021

5.0 SASARAN
 Semua murid SK Pulau Meranti (800 murid)
 Menaiktaraf bilik sains yang sedia ada

6.0 AHLI JAWATANKUASA PENAMBAHBAIKAN BILIK SAINS

PENASIHAT
SITI HABSAH BINTI AHMAD
(GURU BESAR SK PULAU MERANTI)

AZMIN BIN ATAN


(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK PULAU MERANTI)

AZLIMARIAH BINTI ARIFIN


(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK PULAU MERANTI)

DATIN NORA BINTI YUSOF


(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK PULAU MERANTI)

MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ


(PENOLONG KANAN PETANG SK PULAU MERANTI)

PENGERUSI
HAYATI BINTI KAMIS
(KETUA PANITIA SAINS SK PULAU MERANTI)

SETIAUSAHA
IDAYU BINTI AYOB
(SETIAUSAHA PANITIA SAINS SK PULAU MERANTI)

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SK PULAU MERANTI
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

 Sumber Pendapatan

Bil Pendapatan Amaun (RM)

Sumbangan Korporat dan


1 Peribadi RM 13100

JUMLAH RM 13100.00

 Anggaran perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Harga x Bil unit Amaun (RM)

1 TV Pintar 50 Inchi RM 1900 x 6 11400.00

2 LCD Projektor EPSON RM 1700 x 1 1700.00

JUMLAH 13100.00

8.0 GAMBAR BILIK SAINS SEDIA ADA

Seperti dalam lampiran yang telah disediakan

9.0 SUMBER KEWANGAN

i) Sumbangan PIBG
ii) Sumbangan badan korporat
10.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya supaya dapat memberi
pendedahan dan kesedaran kepada murid SKPM berkaitan dengan perkembangan
sains dan teknologi masa kini, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang
berminat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi
terhadap manusia. Sehubungan itu jawatankuasa menaiktaraf bilik sains berharap
agar semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan
program ini.

Sekian.

DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH;

……………………………………………. ………………………………..
(HAYATI BINTI KAMIS) ( )
Ketua Panitia Sains
SK Pulau Meranti
LAMPIRAN

Keadaan kelas yang tiada peralatan ICT

Keadaan kelas yang kurang kondusif


Suasana yang ceria tapi kurang kondusif

Suasana yang ceria tapi kurang kondusif

You might also like