You are on page 1of 1

PIBG SK SUNGAI MERAB LUAR

43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN


Tel : 03-89256699
Fax : 03-89256699
E-mail : PIBG_SKSML@googlegroups.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : PIBG/07/01/13
((((((((.04/05/004 ( Tarikh : 11 Jun 2014

CHEMICAL COMPANY OF MALAYSIA BERHAD (CCM)


13th Floor, Menara PNB,
201-A, Jalan Tun Razak,
Jalan 8/35, Seksyen 8,
50400 Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN


GABUNGAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG yang lepas, pihak


jawatankuasa telah membuat keputusan untuk memanjangkan permohonan
sumbangan untuk menampung kos perkhemahan daripada pihak tuan.

3. Untuk makluman tuan, sekolah kami telah terpilih untuk menyertai perkhemahan
gabungan Pusat Kokurikulum Negeri Selangor 2014. Seramai 40 orang murid tahun
enam akan menyertai perkhemahan ini. Oleh itu, kami memerlukan bantuan
kewangan daripada pihak luar bagi menampung kos perbelanjaan sepanjang
perkhemahan itu dijalankan. Kami lampirkan kertas kerja yang mengandungi butiran
anggaran kos perbelanjaan bersama-sama dengan surat ini.

4. Oleh hal yang demikian, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan
dapat memberikan sumbangan kepada pihak pengurusan perkhemahan. Sumbangan
boleh disampaikan atas nama PIBG SK SG MERAB LUAR, akaun bernombor
12029010010760 (BANK ISLAM). Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan
En. Muhammad Fairuz bin Abdul Aziz (0139998502).

Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(PUAN ROHANA BINTI JAAFAR)


YDP PIBG SKSML
Sesi 2014/2015

You might also like