You are on page 1of 10

Tajuk

PROJEK DAPUR RAMADAN 1444H/2023M

Tarikh
13 APRIL 2023

Tempat
SK BUKIT BANDARAYA, KL

Disediakan oleh
SUHAILA BINTI OMAR
NURUL AFIFAH BINTI SAHARUDDIN

Anjuran
Surau Al-Faizin, SK Bukit Bandaraya, KL

Dengan Kerjasama
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bandaraya
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1.0 Tujuan 3

2.0 Pengenalan 3

3.0 Objektif 3

4.0 Sasaran 3

5.0 Strategi Pelaksanaan 4

6.0 Jawatankuasa Induk / Urusetia Projek 5

7.0 Anggaran Belanjawan 7

8.0 Koleksi Gambar Projek Bubur Lambuk 2022M 9

9.0 Senarai Penyumbang Dapur Ramadan 11


1443H/2022M
10.0 Penutup 11

2
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon tajaan dan kerjasama daripada
pelbagai pihak bagi menjalankan Projek Dapur Ramadan 1444H, sesi 2023/2024.

2.0 PENGENALAN

Projek yang dijenamakan sebagai Dapur Ramadan ini merupakan salah satu daripada
program kebajikan yang saban tahun dilaksanakan oleh Unit Bantuan dan Kebajikan HEM,
SK Bukit Bandaraya. Namun kelainannya pada tahun ini, ia bakal dilaksanakan oleh ahli
jawatankuasa induk Surau Al-Faizin dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG),
Panitia Pendidikan Islam, serta usahasama daripada pelbagai pihak bagi meraikan erti
Ramadan dengan mengajak seluruh warga sekolah bekerjasama menggembleng tenaga
memasak juadah bubur lambuk.

Hasrat utama projek ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan dan silaturahim
dalam kalangan warga sekolah, terutama para guru, AKP dan murid-murid. Pun demikian,
sasaran bagi projek ini adalah bertumpu kepada seluruh warga sekolah melalui aktiviti
memasak dan menyediakan juadah bubur lambuk secara bergotong-royong. Keprihatinan
dan penglibatan warga sekolah amatlah diharapkan agar sama-sama dapat meraih pahala
ibadah dan keberkatan dalam bulan Ramadan ini, insyaAllah.

3.0 OBJEKTIF

• Meraikan makna Ramadan dengan saling berganding bahu dan bekerjasama meraih
ganjaran puasa melalui aktiviti memasak bersama.
• Menyuntik keprihatinan dan persaudaraan terhadap sesama insan dalam kalangan
warga sekolah dalam memperkasakan ‘Amalan Guru Penyayang’.

4.0 SASARAN

Sebanyak 1460 orang yang disasarkan dalam Projek Dapur Ramadan kali ini, di mana
mereka terdiri dalam kalangan warga sekolah, tidak kira agama dan bangsa iaitu antaranya
ialah guru—guru, AKP, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan serta murid-
murid.

3
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Mengumpul dana dan sumbangan dalam kalangan guru-guru dan ibu bapa bagi menaja
keperluan projek Dapur Ramadan, 1444H/2023M dan memasak bubur lambuk bersama-
sama mengikut jadual penggiliran tugasan.

• Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama dengan badan—badan


berkenaan, kepada seluruh warga sekolah seperti;

➢ Kerjasama dengan pengeluar produk makanan dan minuman.


➢ Kerjasama dengan pihak masjid-masjid/surau-surau yang berkenaan.
➢ Kerjasama dengan pihak PIBG dan AJK Induk Surau Al-Faizin, SK Bukit Bandaraya.

4
6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Rosmawati Binti Md Ali


Guru Besar, SK Bukit Bandaraya, KL

Pengerusi : Pn. Suhaila Binti Omar


PK HEM SK Bukit Bandaraya, KL

Naib Pengerusi Bersama : En. Mohd. Asrul Bin Abdullah


PK Kokurikulum, SK Bukit Bandaraya, KL
En. Azmi bin Salleh
PK Pentadbiran, SK Bukit Bandaraya, KL
En. Kamaruzaman bin Kamarudin
PK PPKI, SK Bukit Bandaraya, KL

Penyelaras : En. Asrul Ikram bin Shuhaibi


Naib Penyelaras : En. Hisanudin bin Che Soh
Setiausaha : Cik Nurul Afifah binti Saharuddin
Naib Setiasaha : Pn. Nurul Nasriah Binti Abd. Khoder
Bendahari : En. Syawal Abdulrahim bin Insab
Naib Bendahari : Cik Norfaiziatul Liyana Binti Mohammad Zamri

AJK Kerja : Semua AJK Induk Surau Al _ Faizin SK Bukit Bandaraya, KL


Semua AJK Induk PIBG SK Bukit Bandaraya, KL
Semua Guru dan AKP SK Bukit Bandaraya, KL

5
6.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA
1. CIKGU ASRUL IKRAM BIN SHUHAIBI
2. CIKGU HISANUDIN BIN CHE SOH
3. CIKGU SHAHRUL NIZAM BIN ARIFFIN
4. CIKGU WAN ZAMANI BIN WAN HASSAN
5. CIKGU SYAWAL ABDULRAHIM BIN INSAB
6. CIKGU AZHAR BIN YAAKOB
7. CIKGU ROHAYU BINTI OTHMAN
8. CIKGU NORHASLIZA BINTI HASAN
9. SEMUA GURU SK BUKIT BANDARAYA
10. SEMUA AKP SK BUKIT BANDARAYA

AJK SEMASA

1. CIKGU ASRUL IKRAM BI SHUHAIBI


2. CIKGU MOHD ZULKARNAIN BIN MAT ALI
3. CIKGU MOHD HISANUDDIN BIN CHE SOH
4. CIKGU WAN ZAMANI BIN WAN HASAN
5. CIKGU ASNIZAL BIN SEMPURNA
6. CIKGU AZHAR BIN YAAKOB
7. CIKGU SHAHRUL NIZAM BIN ARIFFIN
8. USTAZAH NASRIAH BINTI ABDUL KHODER
9. USTAZAH NURUL AFIFAH BINTI SAHAHRUDDIN
10. CIKGU RAHAYU BINTI OTHMAN
11. CIKGU NOR SYAZWANI BINTI MOHD ISA
12. AJK PIBG ( YANG BERKELAPANGAN )
13. SEMUA GURU DAN AKP ( YANG BERKELAPANGAN )

AJK SELEPAS

1. CIKGU SYAHIRUL RAZAFLI BIN MAT ZIN


2. CIKGU BUKHARI BIN ABD RAZAK
3. CIKGU MOHD. AMANZI BIN MUSTOFA
4. CIKGU MUHAMMAD HAZIM BIN LAJIS
5. CIKGU SAYUTI BASRI BIN SALLEH
6. CIKGU MUHAMMAD NAQIB BIN IBRAHIM
7. CIKGU MUHAMMAD FAIZI BIN MOHD YUSOF

JURUFOTO SEPANJANG PROGRAM


CIKGU MUHAMMAD SAFWAN BIN HJ. ABDULLAH KHIR
ENCIK RASDI BIN ABDUL RAHMAN

6
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI (RM) CATATAN


1. PEMBELIAN BUBUR 750.00 3000.00 - PIBG ,
( 4 PERIUK ) SUMBANGAN
ORANG
PEREORANGAN
2. Rencam (Plastik, Bekas, Sticker) RM 500 RM 500.00 - SURAU AL -
FAIZIN
3. PENGANGKUTAN RM 200.00 - PIBG ,
SUMBANGAN
ORANG
PEREORANGAN
Jumlah Keseluruhan RM 3, 700.00

7.1 SUMBER KEWANGAN :


i. Sumbangan PIBG SK Bukit Bandaraya, KL
ii. Sumbangan Surau Al-Faizin, SK Bukit Bandaraya
iii. Sumbangan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bandaraya, KL

7
8.0 KOLEKSI GAMBAR SIMPULAN KASIH RAMADAN 1443H/2022M
9
9.0 SENARAI PENYUMBANG UTAMA SIMPULAN KASIH RAMADAN 4 1444H/2023M

1) Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Bukit Bandaraya, KL


2) Pas Mas Niaga Sdn. Bhd
3) Guru-guru dan kakitangan SK Bukit Bandaraya, KL
4) Surau Al-Faizin, SK Bukit Bandaraya

10.0 PENUTUP

Semoga projek Dapur Ramadan, 1444H/2023M ini menjadi salah satu bukti momentum
keprihatinan seluruh warga SK Bukit Bandaraya, KL khususnya yang berterusan tanpa mengira
latar belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta mampu bersempena meraikan erti
Ramadan dengan tidak mengira kaum dan bangsa. Disamping itu, diharapkan usaha sebegini
akan mendekatkan lagi para penyumbang kepada taqwa serta penghayatan sebenar bulan
Ramadan Al-Mubarak.
# Bersama Memberi, Ramadan Dirai

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………............... ……………………………………..........
( NURUL AFIFAH BINTI SAHARUDDIN ) ( SUHAILA BINTI OMAR )
Setiausaha Program GPK Hem merangkap Pengerusi
SK Bukit Bandaraya, KL Surau Al – Faizin,
SK Bukit Bandaraya, KL

Di sahkan oleh,

.................................
( ROSMAWATI BINTI MD ALI )
Guru Besar merangkap Penasihat
Surau Al – Faizin , SK Bukit Bandaraya, KL

10

You might also like