You are on page 1of 5

SKRIP – Video persembahan kumpulan

Moderator : Selamat datang ke sesi discusi bersama saya Bavani Siva siswah IPG Kampus

Dato Razali Ismail. Untuk sesi discusi kali ini kita telah menjemput 3 orang panel

jemputan kita ..Panel pertama Puan SHUSMA DEVI yang merupakan guru

bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong. Panel kedua dan

Panel ketiga Saudara Aliff Iqbal dan Saudari Mathuri merupakan siswah IPGKDRI

akan menemai kita / untuk berkongsi mengenai topik perbincangan iaitu ‘’Internet

untuk pdp. Sebelum kita mulakan, saya menjemput dulu tetamu kita …

Panel : Panel semua masuk..

Moderator : Selamat datang saya ucapkan kepada semua panel. Baiklah tanpa melengahkan

masa saya mulakan sesi perbincangan kita dengan panel pertama kita.

Puan Pada

masa ini penggunaan internet meningkat. Banyak pengguna memanfaatkan

internet untuk kegunaan pembelajaran, misalnya guru menggunakan internet


bagi sesi pdpr

mereka. Maka saya ingin bertanya, apakah pandangan puan terhadap kenyataan

tersebut dan apakah cabaran yang puan menghadapi semasa pengajaran dalam

talian?

Panel 1 : Discuss…..

Moderator : Terima kasih Puan atas perkongsian tadi. Saya juga dapat merasai keadaan

murid terutamanya murid SR DAN SM yang masih menhadapi masalah. Namun

mereka masih dibantu melalui penghantaran modul dan sebagainya.

Baiklah kita beralih kepada panel kedua kita saudara Aliff. Saudara kini, kita

sebagai pelajar sedang menerusi pembelajaran dalam talian. Saya harap

melalui pembelajaran ini kita telah memperolehi banyak pengalaman dan dapat

menerokai pelbagai aplikasi dalam talian. bolehkah saudara mengkongsikan


pandangan saudara mengenai pembelajaran atas talian

Panel 2 : terima kasih kepada moderator, saudari bavani di atas soalan yang diajukan.
Berbalik kepada soalan tadi, seperti yang kita tahu, pembelajaran dalam talian bermula pada
18 mac 2020 di mana kerajaan telah memperkasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
tahap pertama. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di sekolah mahupun
di institusi pengajian tinggi (IPT) negara telah berubah wajah daripada pengajaran tradisional
yang bersemuka kepada berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya. Pandemik covid-19
menyebabkan Kementerian Pendidikan mengarahkan universiti dan kolej serta sekolah tidak
mengadakan kelas secara bersemuka dan digantikan dengan kelas secara dalam talian untuk
mengurangkan kadar jangkitan virus ini.

Bagi saya pembelajaran dalam talian telah banyak memberikan pengalaman kepada diri saya
sendiri dan juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Antara kelebihan
pembelajaran dalam talian ialah pelajar dapat menjimatkan wang. Hal ini kerana
pembelajaran secara bersemuka memerlukan pelajar untuk membayar kos rumah sewa, kos
makan dan minum dan juga kos pengangkutan dari segi minyak atau tambang bas atau teksi.
Berbeza pula dengan pmbelajaran secara dalam talian, di mana pelajar hanya perlu duduk di
rumah, membuka computer riba ataupun telefon bimbit dan terus boleh melakukan
pembelajaran secara dalam talian. Yang kedua ialah dari segi persiapan menghadapi kelas
secara dalam talian. Pembelajaran secara bersemuka memerlukan pelajar untuk pergi ke
sekolah atau universiti, pelajar perlu bangun bersiap lebih awal kerana perlu mengejar masa
untuk ke sekolah sebelum kelas bermula. Namun, pembelajaran secara dalam talian sangat
memudahkan kerana pelajar tidak perlu bersiap awal. Pelajar selalunya hanya akan beriap
satu jam atau setengah jam sebelum kelas bermula. Mereka hanya perlu membuka laptop
dan duduk belajar dengan guru dan kawan-kawan. Yang terakhir sekali ialah dari segi bahan
pembelajaran. Seorang pelajar sememangnya memerlukan banyak buku untuk setiap subjek
atau kos. Namun, belajar secara online dapat mengurangkan penggunaan buku. Hal ini
kerana, pengajar akan memberi nota dalam bentuk pdf atau nota online yang boleh dirujuk.
Selain dapat mengurangkan penggunaan kertas, pelajar dapat kurangkan kos dari segi
pembelian buku belajar yang agak mahal.

Seterusnya, ialah dari segi kekurangan belajar secara dalam talian yang dapat saya
perhatikan. Iaitu yang pertama hilang fokus. Memandangkan pembelajaran secara dalam
talian ini bebas tanpa guru di hadapan seperti di kelas, sangat mudah untuk pelajar hilang
fokus. Mungkin dalam 15 atau 30 minit pembelajaran, pelajar masih boleh fokus. Namun, jika
berterusan, sesetengah pelajar akan mula berasa bosan dan mereka tidak dapat mengikut
rentak pembelajaran dengan baik. Oleh itu, pengajar perlu mengambil kira hal ini ketika
melakukan kelas online bagi mengelakkan pelajar rasa bosan dan hilang fokus. Akhir sekali
ialah dari segi data internet. Tidak dapat dinafikan bahawa belajar secara online ini akan
memakan data internet yang sangat banyak. Pelajar perlu berbelanja banyak untuk membeli
data internet yang kuat supaya pembelajaran dapat dijalankan tanpa gangguan talian. Banyak
pelajar tidak dapat mengikuti kelas online kerana ketiadaan data internet yang kuat. Pelajar
perlu memilih pakej internet yang sesuai untuk melancarkan proses pembelajaran.

Moderator : Terima kasih, perkongsian yang cukup menarik. telah banyak memberi input
kepada kami. Seperti yang saudara sebut tadi pembelajaran ini banyak memberi pengalaman,
Maka, kita dapat mengatakan Internet ini banyak membantu kita lebih-lebih lagi pada masa
ini. tetapi namun ada kalanya kita menghadapi cabaran- cabaran tertentu. dalam sesi pdp
atas talian. Maka saya ingin mengaju soalan kepada saudari Mathuri

bolehkah saudara/saudari mengkongsikan cabaran yang saudari menghadapi sebagai


siswah guru dan bolehkah mengkongsikan cara untuk menangani masalah tersebut serta
bagaimana saudara mengurus diri sebelum atau semasa pdpr?

Panel 3 : PANEL 3

Terima kasih kepada ahli moderator untuk memberi peluang kepada saya untuk

memberi pandangan saya pada hari ini.

Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran dalam talian

kini diperluaskan dan kebanyakkannya dari sekolah rendah hingga ke Institut

Pengajian Tinggi. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam mengaplikasikan

pembelajaran dalam talian. Cabaran-cabarannya adalah ketidakcapaian kemudahan

internet, tiada kemudahan komputer atau telefon bimbit, suasana pembelajaran yang

tidak kondusif untuk belajar dan juga penyalahgunaan internet. Berkaitan dengan itu,

terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Antaranya, murid-murid boleh menyediakan jadual pembelajaran serta

menyenaraikan masa berhibur mereka di atas sekeping kertas ataupun di telefon

bimbit mereka. Mereka harus menampal atau meletakkan jadual tersebut di tempat

yang selalu mereka lalui. Ini kerana, mereka akan mendisiplinkan diri mereka untuk
mengikutinya dan tidak lupa. Selain itu, murid-murid harus bersenam setiap hari atau

dua kali seminggu supaya mereka sihat dan tidak tertagih dengan internet. Murid murid juga
harus tidur dengan lebih baik supaya minda mereka akan cerdas apabila

mereka menghadiri kelas dalam talian. Jika murid-murid mendapat tidur yang

secukupnya, mereka akan mendapat keyakinan diri serta menaikkan mood mereka

untuk belajar. Untuk murid-murid yang terleka dengan permainan talian, mereka

boleh menggunakan external stopper seperti jam loceng atau aplikasi tertentu yang

akan menutup akses internet pada masa yang ditetapkan. Murid-murid yang tiada

kemudahan telefon bimbit atau kemudahan internet, mereka boleh meminta bantuan

dari pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan ringan. Ibu bapa juga peka terhadap

sistem pendidikan anak-anak mereka yang semakin mencabar.

Pembelajaran dalam talian juga mendedahkan pelajar ke skrin komputer untuk

jangka masa yang panjang, yang secara fizikalnya boleh membahayakan keadaan

mata jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Jangka masa yang lama yang

dihabiskan di hadapan skrin akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal,

corak tidur dan emosi pelajar.Gangguan emosi ini akan memberi kesan yang besar

terhadap perkembangan mereka, terutama dari segi pertumbuhan intelektual, fizikal,

dan rohani mereka. Malah, ia juga berpotensi memberi kesan pada postur badan

dan sakit belakang. Kelas yang memakan masa selama 4-5 jam boleh meletihkan

pelajar di mana sebilangan pelajar mungkin mengalami masalah penglihatan, sakit

tengkuk atau sakit belakang. Ini kerana duduk dalam posisi yang tidak aktif untuk

jangka waktu yang panjang dapat menimbulkan pelbagai kesan negatif pada tubuh,

termasuk ketegangan otot, peningkatan berat badan karena kurangnya mobilitas,

dan masalah sistem pencernaan.

Untuk mengurangkan kesan ini, elakkan duduk lebih dari tiga jam pada satu masa

dan luangkan beberapa minit untuk berehat dan meregangkan otot. Postur badan
yang betul akan mengurangkan ketegangan pada otot leher dan punggung ketika

duduk untuk jangka masa yang panjang untuk belajar.

Oleh itu, ini merupakan cara untuk mengatasi segala cabaran yang murid-murid

hadapi sewaktu menhadiri kelas dalam talian.

(SEBELUM)

Murid-murid boleh menyediakan diri mereka dengan membaca bahan-bahan atau

nota yang dihantar oleh guru mereka sebelum menghadiri kelas tersebut. Dengan

membaca bahan-bahan tersebut murid-murid akan lebih fokus kepada pembelajaran

hari tersebut serta bertanya soalan yang mereka tidak faham atau keliru. Pengajar

akan lebih seronok jika melihat murid-murid mereka bersedia dan aktif.

(SEWAKTU)

Sewaktu menghadiri kelas dalam talian, murid-murid harus mempunyai suasana

belajar yang selesa dan mengelakkan sebarang bunyi yang mengganggu murid

tersebut. Sebahagian besar murid dari kawasan pedalaman menghadapi masalah

talian apabila hujan. Oleh itu, mereka harus melaporkan kehadiran mereka kepada

guru sebelum kelas bermula dan menyatakan masalah dihadapinya supaya guru

mereka faham akan masalah mereka. Guru juga akan faham dan menyediakan

bahan-bahan untuk dihantar dalam platform yang lain seperti Telegram dan

Whatsapp.

Moderator : Baiklah, pandangan yang bernas dan banyak memberi manfaat kepada kami..

Baiklah kita sudah sampai ke penghujung Maka saya ingin mengucapkan


Terima kasih kepada semua kerana sudi menghadiri sesi discusi ini bersama…

You might also like