You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESSIONAL

PERNYATAAN PROFESSIONAL SEMASA PRAKTIKUM

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri untuk
mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi
yang sebenar di sekolah. Fasa praktikum memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mempraktikkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut
Pendidikan Guru (IPG) dengan bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing.
Praktikum yang akan berlangsung selama 12 minggu telah memfokuskan kepada mata
pelajaran major iaitu matapelajaran Sejarah dan mata pelajaran minor Pendidikan Jasmani.

Banyak perkara yang telah diketahui dan dipelajari sepanjang proses menjalani
praktikum di sekolah. Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan
yang tersusun dan sistematik dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
RPH yang dirancang perlu disediakan bersama-sama bahan bantu mengajar (BBM) yang
digunakan untuk memudahkan proses penyampaian PdP di dalam bilik darjah.

Selain itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan jurnal
dan laporan kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan
di sekolah secara atas talian. Praktikum pada kali ini sedikit berbeza dengan praktikum yang
sebelumnya kerana kali ini praktikum sepenuhnya dijalankan secara atas talian. Oleh itu,
persiapan dari segi pelbagai aplikasi terkini turut ditekankan ketika mengajar seperti
penggunaan Peardeck, Google Earth, Brekout Rooms, Quizwhizzer, Quizziz, Gamilab dan
sebagainya yang membantu meningkatkan keseronokan murid ketika belajar. Pada masa
yang sama juga, saya perlu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu terkini untuk
mendapatkan maklum balas yang baik daripada murid seperti belajar teknik menarik
perhatian murid atau memberi ganjaran kepada murid yang aktif ketika musim PdPR ini. Ini
semuanya penting sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan PdP pula telah dibimbing oleh guru pembimbing iaitu Puan Marina binti
Ramle dan pensyarah pembimbing iaitu Dr Samni bin Suraji. Apa yang saya dapati, perkara
yang perlu diberi perhatian sewaktu mengajar adalah RPH. RPH perlu sentiasa lengkap
serta dan tersusun agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan
berjalan dengan baik dan lancar.

Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kerenah murid-murid yang


sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu menggunakan
pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari sepanjang menuntut
di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dan
PERNYATAAN PROFESSIONAL

disesuaikan dengan PdPR ini. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian dengan
tahap perkembangan murid-murid.

Aktiviti Kokurikulum di sekolah pula dijalankan secara atas talian melalui medium
Telegram sahaja. Hal ini adalah untuk mengurangkan aktiviti bersemuka bagi mencegah
penular Covid-19. Secara pelantikannya saya telah diberi tugas sebagai salah seorang guru
pembimbing bagi persatuan Rukun Negara, Tunas Kadet Remaja Sekolah, dan permainan
Bola Jaring.

Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya
amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru di sekolah
tersebut. Saya selalu menelefon guru pembimbing serta memberikan maklum balas yang
baik di dalam group whatsapp dan membantu rakan-rakan guru di sekolah. Ini akan
memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat mengenai apa sahaja
yang diperlukan.

Saya bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari mereka.
Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya
hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua
pihak.

You might also like