You are on page 1of 25

BBRC4103

RESEARCH METHODOLOGY
KAEDAH PENYELIDIKAN
SEPTEMBER 2021 SEMESTER

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Mukasurat

Tugasan 1
1.0 Pengenalan dan latar belakang kajian 2
2.0 Pernyataan Masalah, Persoalan Kajian dan Objektif-objektif 3
Kajian
2.1 Objektif Kajian 4
2.2 Persoalan Kajian 5
3.0 Kepentingan Kajian 5

Tugasan 2

4.0 Ulasan Karya 7


5.0 Kerangka Konseptual dan Hipotesis 15
6.0 Metodologi Kajian 16
7.0 Penutup 21
Rujukan 22

1
TUGASAN 1

1.0 Pengenalan dan latar belakang kajian

Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang menular menerusi populasi


manusia dan menyeberangi kawasan, sempadan dan menerusi benua yang luas. Secara
ringkasnya, pandemik ialah wabak yang boleh merebak ke seluruh dunia dalam skop yang
lebih besar dan tidak terhad kepada suatu komuniti semata-mata. Ia turut mengancam ke
kawasan yang lebih besar seperti sebuah negara dan benua (World Health Organization,
2020). Perkembangan awal bagi penularan wabak virus COVID-19 di Malaysia bermula pada
Januari 2020 tahun lalu.

Berdasarkan statistik terbaru pada 21 Julai 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia


mencatatkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 951,884 dan 7,440 kematian. Penularan
wabak ini memberi kesan yang mendalam kepada semua bukan hanya di Malaysia, malah
seluruh dunia. Transisi kehidupan norma baharu juga turut memberi impak kepada
masyarakat dari segi fizikal dan mental sehingga menimbulkan perasaan cemas, tertekan dan
paranoid terhadap jangkitan wabak ini.

Pandemik ini bukan sahaja menyumbang kepada kejatuhan dan krisis kepada
kesihatan masyarakat, malah turut menyebabkan krisis ekonomi termasuk pasaran buruh.
Tambahan pula dengan perlaksanaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penjarakan
sosial dan sebagainya, telah menyebabkan bebanan yang tinggi dan cabaran kepada
masyarakat khususnya kepada golongan pekerja. Hal ini demikian kerana, majoriti pekerjaan
di Malaysia memerlukan interaksi dengan pelanggan secara fizikal. Kebanyakan negara
termasuk Malaysia telah melaksanakan PKP bagi mencegah virus COVID-19 daripada terus
merebak.

Ekoran daripada peningkatan kes jangkitan yang meningkat secara mendadak, pihak
kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara bermula 18 Mac
2020 sehingga kini yang disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD). Justeru, perlaksanaan PKP ini telah menyebabkan sekatan dan
penutupan terhadap hampir kesemua aktiviti masyarakat dan perniagaan di negara ini.
Penularan wabak COVID-19 ini merupakan peristiwa yang terburuk terjadi kepada manusia
seluruh dunia selepas berlakunya Perang Dunia Kedua (The Star, 2020).

2
Dalam menangani penularan wabak penyakit berjangkit ini, pihak kerajaan di
Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang drastik seperti menutup institusi pendidikan,
sektor pelancongan dan juga beberapa sektor perniagaan. Sehubungan dengan itu, wabak
COVID-19 ini telah memaksa seluruh dunia mengamalkan kehidupan norma baharu dalam
kehidupan seharian. Hal ini kerana, pengalaman dalam berhadapan dengan pandemik ini dan
juga PKP yang telah dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa telah memberi kesan yang
mendalam kepada seluruh penduduk dan komuniti setempat di Malaysia.

2.0 Pernyataan Masalah, Persoalan Kajian dan Objektif-objektif Kajian

Rentetan daripada PKP yang telah dilaksanakan dan dikuatkuasakan oleh pihak
kerajaan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19, hampir kesemua sektor telah
menghadapi tahap kemerosotan yang tinggi. Selain itu, perlaksanaan PKP juga turut memberi
impak kepada masyarakat di Malaysia yang menjalani pengasingan sosial di rumah dalam
jangka masa yang panjang. Justeru, situasi ini telah menyumbang kepada pengurangan
komunikasi antara individu di mana ia memberi kesukaran kepada sesetengah individu untuk
mengadaptasikan dengan baik. Hal ini demikian, perlaksanaan ini telah merubah gaya hidup
dan juga hubungan sosial individu dengan drastik dan terpaksa yang mana ia boleh memberi
impak kepada kesihatan mental dan juga kesihatan fizikal. Contohnya, peningkatan tahap
kegelisahan, mengalami tekanan yang tinggi dan juga tahap kebimbangan yang tinggi
terhadap jangkitan virus COVID-19.

Pihak kerajaan juga turut mengambil tindakan bagi mencegah penularan ini dengan
usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan melaksanakan PKP, pengasingan yang
ketat dan mengumumkan penjarakan sosial serta melaksanakan pembelajaran dan pengajian
secara atas talian. Selain itu, sepanjang tempoh PKP dijalankan, segala bentuk perhimpunan
dan aktiviti keramaian adalah dilarang. Justeru, seluruh institusi pendidikan termasuk
pengajian tinggi telah mengalihkan mod pembelajaran dan pengajaran mereka daripada
secara fizikal kepada pembelajaran dan pengajian jarak jauh ataupun secara alam maya.
Sesetengah bidang pekerjaan juga turut melakukan tindakan yang serupa iaitu dengan
menjalankan pekerjaan mereka secara Bekerja Dari Rumah (BDR).

Perubahan yang drastik ini telah mempengaruhi dan memberi impak yang mendalam
seperti risiko kematian, kesunyian, kemurungan di mana pengurungan diri yang dipraktikkan
telah menimbulkan tahap tekanan yang melampau kepada masyarakat (F. Tian et. al., 2020)
terutamanya kepada individu yang berkeluarga.

3
Kajian mengenai kesan COVID-19 ini telah semakin meluas dijalankan di luar
negara. Namun, ia masih kurang atau tidak banyak dijalankan di Malaysia terutamanya
mengenai aspek berlakunya gelombang keempat di negara ini. Oleh itu, kajian sebegini perlu
dijalankan dengan lebih banyak bagi menyumbang kepada panduan, rujukan dan juga
langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan implikasi pandemik kepada masyarakat.
Sememangnya, pandemik COVID-19 ialah isu global, namun kajian berkaitan dengan
pandemik yang memfokuskan mengenai kesan kesihatan mental dan tahap ketersediaan
sebenar masyarakat di Malaysia masih lagi tidak mencukupi dalam menyediakan bukti secara
empirikal tentang perlunya perhatian yang mendalam dalam mengendalikan isu yang menjadi
punca berlakunya gelombang COVID-19 secara berterusan di Malaysia.

Oleh itu, dalam kajian yang akan dilaksanakan ini, pengkaji akan memberi tumpuan
terhadap kajian kuantitatif yang lebih mendalam terhadap pengetahuan masyarakat umum,
tahap ketersediaan masyarakat dalam menjalani perlaksaaan undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan dan juga tahap kesihatan psikologi masyarakat dalam
menempuhi wabak ini sejak tahun lalu. Di akhir kajian yang dijalankan ini, diharap pengkaji
mampu mewujudkan sebuah kesedaran kepada pihak yang berkaitan bagi membantu
masyarakat yang terkesan dari segi fizikal dan mental dalam mendepani tempoh wabak ini,
sekaligus mengurangkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat selepas pemulihan
wabak yang sedang berlaku ini.

2.1 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti tahap pengetahuan penduduk mengenai penyakit berjangkit, COVID-


19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
ii. Mengenalpasti tahap kesediaan penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
iii. Mengenalpasti tahap kesihatan mental penduduk terhadap Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

4
2.2 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan ini, kajian ini dirangka bagi menjawab
beberapa persoalan kajian. Antaranya:

i. Apakah tahap pengetahuan penduduk mengenai penyakit berjangkit, COVID-19


dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
ii. Apakah tahap kesediaan penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
iii. Apakah tahap kesihatan mental penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP)?
iv. Adakah terdapat hubungan di antara pengetahuan penduduk mengenai penyakit
berjangkit, COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kesediaan
penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
v. Adakah terdapat hubungan di antara kesihatan mental penduduk dengan kesediaan
penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

3.0 Kepentingan Kajian

Akhir-akhir ini, masyarakat di Malaysia sering mengalami ketidakseimbangan emosi,


psikologi dan kemerosotan kesihatan fizikal sehingga wujudnya isu kecelaruan jiwa di mana
pada dasarnya ia mempunyai hubungan dengan konflik peribadi dan juga polemik kesihatan
semasa yang dialami termasuklah wabak yang kian menular ini. Justeru, hasil kajian ini
diharapkan dapat membantu mengurangkan dan menyumbang kepada jalan penyelesaian
terhadap isu yang dihadapi oleh masyarakat sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19
ini.

Di samping itu, hasil kajian ini diharapkan dapat mewujudkan keseimbangan kepada
masyarakat dalam menyesuaikan diri dengan nilai, norma dan budaya yang baharu semasa
dan selepas wabak COVID-19 ini. Sehubungan itu, kajian yang telah dijalankan dalam
kalangan penduduk Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru ini adalah untuk mengenalpasti
hubungan di antara tahap pengetahuan penduduk terhadap penyakit berjangkit, COVID-19
dan PKP dengan tahap kesihatan mental mereka dan juga tahap ketersediaan penduduk
kampung tersebut terhadap PKP yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

5
Seterusnya, kajian ini juga penting sebagai panduan dan rujukan kepada para pengkaji
di masa akan datang dalam menjalankan kajian mengenai tahap pengetahuan masyarakat
terhadap penyakit berjangkit, COVID-19 dan PKP, tahap kesihatan mental masyarakat
mendepani PKP dan juga tahap ketersediaan masyarakat dalam menghadapi PKP yang
dilaksanakan sepanjang tempoh wabak ini berlaku. Akhir sekali, diharap melalui kajian yang
dijalankan ini juga, boleh memanfaatkan semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan dan
melakukan penambahbaikan polisi dan implementasi terhadap undang-undang dan arahan
yang sedia ada.

6
TUGASAN 2

4.0 Ulasan Karya

A. Konsep Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merujuk kepada tindakan pihak kerajaan


mengenai perintah pencegahan dan juga kawalan penyakit berjangkit (Pengisytiharan
Kawasan Tempat Jangkitan) yang dikeluarkan pada 16 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 oleh Perdana Menteri Malaysia. PKP pertama
yang dilaksanakan di Malayia adalah merangkumi sekatan pergerakan dan juga sekatan
terhadap perhimpunan atau aktiviti keramaian di seluruh negara. Seterusnya, sekatan
perjalanan kepada semua rakyat tempatan sepenuhnya keluar negara dan sekatan pelancong
ke Malaysia. Dalam tempoh PKP juga, pihak kerajaan mengkehendaki penutupan semua
institusi pendidikan termasuk tadika, sekolah awam, sekolah swasta dan juga institusi
pengajian tinggi. Serta penutupan semua premis kerajaan dan juga swasta kecuali premis
yang terlibat dalam perkhidmatan essential (Jabatan Perdana Menteri, 2020).

Langkah sekatan pergerakan ini dilihat sebagai sebuah pendekatan yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan yang terbaik bagi mengawal dan mengurangkan penularan rantaian
wabak berjangkit ini seperti COVID-19 (Chinazzi et. al., 2020). Sehubungan dengan itu,
sepanjang perlaksanaan PKP bagi fasa yang pertama dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa,
pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalani sekatan jalan raya di seluruh kawasan
dalam usaha untuk memastikan rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan PKP yang telah
ditetapkan dengan melaksanakan pengasingan sosial dari rumah (Md. Zain, 2020).
Seterusnya, pada 22 Mac 2020, keberkesanan perlaksanaan PKP dipertingkatkan dengan
mengerah pasukan tentera Malaysia untuk membantu pihak PDRM dalam membendung
penularan wabak COVID-19 di Malaysia (Bernama, 2020).

B. Konsep Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) merujuk kepada kesinambungan


daripada empat fasa PKP yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bermula 4 Mei 2020 pada
tahun lalu. Sewaktu melaksanakan PKPB, masyarakat telah diberi kelonggaran oleh pihak
berkuasa untuk menjalani beberapa aktiviti yang tidak dibenarkan semasa tempoh PKP. Akan
tetapi, kelonggaran yang diberikan ini masih tertakluk kepada peraturan dan juga syarat-

7
syarat tertentu yang telah ditetapakn oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh perlaksanaan ini
beroperasi.

Sewaktu perlaksanaan tempoh PKPB, terdapat dua fasa yang telah dijalankan oleh
pihak berkuasa pada tahun 2020 iaitu pada fasa kelima yang bermula pada 4 Mei sehingga 12
Mei 2020 dan juga fasa keenam pada tahun lalu, yang bermula daripada 13 Mei sehingga 9
Jun 2020 yang dikuatkuasakan ke seluruh negara. Sehubungan dengan itu, sewaktu
perlaksanaan PKPB, kegiatan aktiviti yang dilarang adalah seperti riadah, rekreasi, aktiviti
hiburan, aktiviti perayaan, kebudayaan dan juga keagamaan yang boleh menyebabkan dan
melibatkan perkumpulan besar atau aktiviti keramaian yang boleh mengundang kepada
perhimpunan orang ramai secara besar-besaran (Ida, 2020).

C. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Pada tahun 2020 yang lalu, terdapat dua fasa PKPP yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan iaitu pada fasa ketujuh yang bermula daripada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 dan
seterusnya pada fasa kelapan iaitu bermula daripada 1 September sehingga 31 Disember
2020. Selama tempoh PKPP yang dilaksanakan pada fasa ketujuh, banyak kelonggaran yang
diberikan di mana sebelum ini berlaku larangan dalam menjalankan aktiviti tersebut. Sebagai
contoh, aktiviti riadah, rekreasi, operasi perniagaan, pembukaan sekolah secara berperingkat,
pembukaan pasar terbuka dan juga perayaan Hari Raya Aidiladha dengan syarat pematuhan
terhadap SOP yang telah ditetapkan (Povera & Chan, 2020).

Pada fasa kelapan PKPP pula, pihak kerajaan telah memberikan kelonggaran
terutamanya kepada sektor pertanian dan komoditi tanaman, gerai, restoran, perniagaan kecil
dan pusat membeli-belah. Namun, perniagaan yang melibatkan interaksi fizikal hendaklah
mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengambil suhu badan setiap pelanggan yang hadir
ke premis perniagaan dan mengisi maklumat yang berkaitan sebelum memasuki ke dalam
premis perniagaan serta melakukan proses sanitasi (Santa, 2020).

D. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan, pihak kerajaan telah menguatkuasakan


perintah ini di beberapa kawasan tertentu yang telah dikenakan perintah kawalan yang ketat.
Terdapat beberapa lokasi yang melaksanakan PKPD pada tahun lepas iaitu di Simpang
Renggam, Hulu Langat dan Menara City One. Baru-baru ini PKPD juga turut dilaksanakan di

8
beberapa kawasan dan mukim sekitar Selangor bagi mengurangkan dan membendung
rantaian wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Selangor.

Sehubungan dengan itu, semasa tempoh perlaksanaan PKPD, semua penduduk yang
terlibat atau berada di sekitar tempoh perlaksanaan tidak dibenarkan keluar atau memasuki
kawasan berkenaan. Seterusnya, semua perniagaan dan juga kilang di kawasan PKPD tidak
dibenarkan beroperasi dan diarahkan tutup. Selain itu, sewaktu tempoh PKPD juga, semua
laluan utama keluar dan masuk ditutup dan pihak berkuasa akan menjalankan sekatan jalan
raya pada beberapa lokasi tertentu. Pengesanan pesakit COVID-19 juga turut dijalankan oleh
pegawai kesihatan di setiap rumah.

Kategori Fasa Tempoh Perlaksanaan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa pertama 18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa kedua 1 April - 14 April 2020
Fasa ketiga 15 April - 28 April 2020
Fasa keempat 29 April - 12 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Fasa kelima 13 Mei - 9 Jun 2020
(PKPB)
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Fasa Keenam 10 Jun - 31 Ogos 2020
(PKPP) Fasa Ketujuh 1 September - 31 Disember 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Penguatkuasaan hanya dilaksanakan di kawasan
(PKPD) tertentu yang disebabkan oleh peningkatan
kluster yang besar

Jadual 1: Fasa Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pada Tahun 2020

E. Kajian Mengenai COVID-19 Di Malaysia

Bermula 18 Mac 2020, pihak kerajaan telah melaksanakan PKP secara rasmi (Warta
Kerajaan, 2020). Perlaksanaan dasar dan juga program oleh kerajaan seperti PKP, PKPP,
PKPB dan PKPD kepada masyarakat di Malaysia adalah merupakan suatu yang sangat
signifikan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 daripada terus menular ke
seluruh negara (Gaim et. al., 2020). Pernyataan ini disokong oleh Abd Rahman et. al. (2020),
menjelaskan bahawa PKP membantu dalam mengurangi kadar peningkatan wabak melalui

9
kaedah di mana masyarakat di Malaysia perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa termasuk menjaga keselamatan diri dan kesihatan. Justeru, pelbagai usaha
yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membendung penularan wabak ini. Hal ini
demikian menunjukkan bahawa pihak kerajaan begitu prihatin dalam memastikan kehidupan
rakyat di negara ini sentiasa terjamin dengan menyediakan pelbagai bantuan dari segi barang
keperluan, bantuan kewangan, perkhidmatan dan sebagainya.

Pihak PDRM telah memaklumkan bahawa tindakan akan diambil terhadap individu
yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mengambil tindakan dengan
mengenakan hukuman sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan jika mendapati
seseorang individu itu melanggar peraturan di bawah Kanun Keseksaan (Ahmad, 2020).
Justeru, untuk mengetatkan perlaksanaan dasar kerajaan ini, pada 18 Mac 2020, Jabatan
Peguam Negara telah mengeluarkan warta persekutuan bagi perintah kawalan pergerakan.

Satu kajian tinjauan telah dijalankan mengenai strategi perlaksanaan PKP dalam
menghadapi wabak COVID-19 di Malaysia oleh Kanyo et. al. (2020). Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti bentuk kaedah yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menghadapi
penularan wabak COVID-19 di negara ini. Dalam kajian yang dijalankan tersebut
menerangkan mengenai peranan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga peranan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian tersebut memfokuskan terhadap
perlaksanaan PKP mengikut fasa daripada fasa pertama sehingga fasa ketujuh PKP. Hasil
kajian mendapati terdapat beberapa tangkapan dilakukan sepanjang PKP dilaksanakan
terhadap beberapa individu yang melanggar arahan dan tidak mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan di mana ia menyebabkan pihak kerajaan mengeluarkan arahan untuk mengenakan
tindakan yang lebih tegas sewaktu fasa ketiga PKP dijalankan.

Wabak COVID-19 juga memberi impak lain seperti impak kesihatan masyarakat yang
menghadapi tempoh perlaksaaan PKP seperti trauma dan juga kemurungan. Peningkatan kes
kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19 yang dicatatkan semakin meningkat
saban hari telah mengakibatkan kemerosotan motivasi diri dalam kalangan individu untuk
berinteraksi dengan individu luar. Hal demikian juga turut berlaku disebabkan oleh sifat
paranoid yang dialami oleh individu di mana mereka lebih mementingkan kesihatan diri
daripada berkomunikasi dengan orang luar. Ia juga turut menimbulkan perasaan keraguan
pada individu untuk mengambil rawatan susulan dan masalah pengambilan ubat-ubatan di
pusat kesihatan ataupun di klinik.

10
Selain itu, perintah berkurung yang dikuatkuasakan ke seluruh negara telah
menyebabkan sumber pendapatan terjejas. Sehubungan dengan itu, hal ini telah
mempengaruhi kesihatan mental dalam diri individu yang didorongi oleh tekanan perasaan
yang tinggi dan kegelisahan yang berterusan boleh menyumbang kepada peningkatan kadar
masalah jiwa dan boleh mencederakan diri sendiri (Ali & A. Rashid, 2020).

Penularan wabak COVID-19 di Malaysia bukan sahaja menjejaskan aspek kesihatan,


malah turut memberi implikasi negatif ke atas sektor ekonomi, sosial dan juga kesejahteraan
hidup masyarakat. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan untuk menilai kesan wabak
COVID-19 dalam aspek yang berkaitan. Antaranya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Daud
& Ramli (2020), mendapati bahawa seramai 77% responden yang terlibat dalam kajian,
mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran dalam melaksanakan BDR. Hal ini
demikian adalah berpunca daripada cabaran dari aspek masalah komunikasi dengan rakan
sekerja, menghadapi keterbatasan untuk mengakses internet, mengalami kekurangan tumpuan
yang disebabkan oleh gangguan daripada anak-anak dan sebagainya. Justeru, hal berikut
menyebabkan mereka menjadi kurang produktif terhadap tugasan yang diarahkan.

Satu tinjauan juga turut dilakukan oleh Lukin et. al. (2020), di mana kesan yang
dihadapi oleh usahawan kecil-kecilan dalam bidang kraftangan bersetuju bahawa sepanjang
tempoh PKP, walaupun pandemik COVID-19 baru sahaja berlaku, pihak yang berkaitan
sepatutnya melaksanakan perancangan dan juga persediaan proaktif yang sewajarnya dalam
menempuhi wabak penularan ini berlaku. Usaha bagi meyakinkan semula masyarakat
mengenai keselamatan daripada ancaman pandemik amat diperlukan kerana pengusaha kraf
tradisional mengalami cabaran utama dalam usaha untuk memulihkan sektor pelancongan
iaitu mengenai tahap kebimbangan yang dihadapi oleh pelancong terhadap isu jaminan dan
juga keselamatan di destinasi pelancongan.

Manakala, dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, peniaga kecil juga turut
terkesan dan terjejas akibat penularan wabak COVID-19 terutamanya apabila PKP
dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Azman (2020), menyatakan bahawa sektor perniagaan
kecil di Malaysia turut berdepan kemerosotan ekonomi secara langsung yang disebabkan oleh
perlaksanaan PKP. Dalam kajian yang dijalankan oleh Abdul Rashid & Hassan (2020),
mendapati bahawa tindakan arahan penutupan premis perniagaan seperti peruncitan dan
pengangkutan telah menyebabkan kebanyakan peniaga kecil mengalami kehilangan punca
pendapatan sekaligus berlaku penutupan premis operasi mereka. Hasil tinjauan kajian

11
menunjukkan bahawa responden terpaksa menjalankan perniagaan secara digital sewaktu
berdepan dengan krisis penularan wabak COVID-19 di negara ini. Sehubungan dengan itu,
responden telah memanfaatkan sepenuhnya aplikasi ICT melalui norma baharu dalam
perniagaan mereka. Hasil kajian juga turut mendapati bahawa pelbagai strategi dan rancangan
perniagaan disediakan oleh peniaga dalam mengharungi wabak COVID-19.

Seterusnya, dalam penganjuran aktiviti keramaian sepanjang tempoh PKP dan wabak
COVID-19 terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Hal ini demikian adalah bertujuan untuk
memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Justeru, pelbagai aktiviti
atau perhimpunan yang melibatkan pengumpulan orang ramai seperti majlis perkahwinan,
majlis keraian dan perayaan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan. Manakala, bagi majlis
pengebumian pula hanya dilaksanakan oleh ahli keluarga terdekat sahaja dan solat Jumaat
sama sekali tidak dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau. Selain itu, aktiviti rekreasi
dan riadah seperti permainan bola dan penganjuran aktiviti bergotong-royong juga tidak
dibenarkan (Mapjabil et. al., 2020).

F. Kesan Wabak COVID-19 Kepada Belia

Majoriti pakar ekonomi telah menjangkakan bahawa krisis COVID-19 akan


mengakibatkan kejatuhan kepada sebahagian besar sektor ekonomi di Malaysia. Krisis
COVID-19 yang sedang melanda negara ini telah memberi kesan kepada masyarakat secara
langsung terutamanya kepada golongan belia. Hal ini demikian kerana, sejumlah besar
penganggur di Malaysia adalah terdiri daripada golongan belia. Justeru, kadar pengangguran
di negara ini telah meningkat di mana pada tahun 2018 sejak Krisis Kewangan Global 2010,
kadar pengangguran di Malaysia ialah sebanyak 3.3% dan melonjak keapda 4.0% pada tahun
2019. Oleh itu, dengan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ini telah
menyebabkan individu kehilangan punca pendapatan dan juga kehilangan pekerjaan di mana
ia menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran di Malaysia.

Akibat tempias wabak COVID-19, semua sektor terutamanya sektor yang berkaitan
dengan perkhidmatan seperti industri makanan, pengangkutan udara, penjagaan kanak-kanak,
hiburan, peruncitan, pelancongan dan sebagainya mengalami kejatuhan dengan drastik.
Seterusnya, kebanyakan belia daripada sektor tidak formal juga turut terkesan akibat
penularan wabak COVID-19. Majoriti pekerja daripada sektor tidak formal ini adalah terdiri
daripada mereka yang bekerja sendiri. Justeru, berikutan krisis COVID-19 dan juga

12
perlaksanaan PKP sepanjang tempoh wabak telah mengakibatkan golongan ini terjejas kerana
ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa.

Menurut laporan tinjauan kesan COVID-19 kepada ekonomi dan juga individu
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020), mendapati sebanyak 46.6% golongan belia yang
bekerja sendiri telah mengalami kehilangan punca pendapatan ekoran daripada penularan
wabak COVID-19 yang melanda negara ini. Selain itu, wabak ini juga turut menjadi satu
cabaran terutamanya kepada graduan baharu dalam pasaran pekerjaan di Malaysia. Pada
2020, jumlah keluaran graduan dianggarkan seramai 286,800 orang. Sehubungan dengan itu,
ia menjadi cabaran utama kepada graduan untuk mencari pekerjaan di negara ini.

G. Kesihatan Mental Masyarakat Dalam Menempuhi Wabak COVID-19

Secara umumnya, kesihatan bukan sahaja melibatkan fizikal tubuh badan. Ia juga
merujuk kepada komponen mental. Menurut WHO (2020), kesihatan didefinisikan sebagai
satu keadaan yang merangkumi kesihatan fizikal, mental dan juga sosial. Justeru, sewaktu
penularan wabak COVID-19, pihak KKM telah mengambil beberapa inisiatif dalam
menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat melalui perkhidmatan
Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial. Selain itu, KKM juga menyediakan
perkhidmatan kesihatan mental iaitu dengan melalui empat institusi mental, 66 buah hospital
KKM, 1,001 buah klinik kesihatan dan 28 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat di
seluruh Malaysia. Menurut Abd Hamid & Ithin (2020), seramai 200 orang pegawai psikologi
kaunseling telah ditugaskan di unit kesihatan primer di seluruh Malaysia dalam menyediakan
perkhidmatan kaunseling dan kesihatan mental.

Perubahan yang mendadak akibat penularan wabak COVID-19 secara asasnya telah
menyumbang kepada peningkatan tekanan dalam kehidupan individu. Ekoran daripada
penularan wabak yang berlaku di seluruh dunia itu telah menyebabkan pihak kerajaan untuk
memutuskan perlaksaan PKP. Sehubungan dengan itu, semua masyarakat tanpa mengira
jantina, umur dan pekerjaan sangat terkesan dengan wabak yang sedang berlaku ini sehingga
menyebabkan berlakunya perubahan yang mendadak dalam kehidupan seharian dan juga
pergerakan seharian mereka. Akibat daripada berlakunya perubahan secara drastik telah
menyebabkan masyarakat berasa takut, bimbang, tertekan dan sebagainya (Lai et. al., 2020).

Dalam kajian yang dijalankan, mendapati bahawa wabak COVID-19 telah


memberikan impak yang mendalam kepada kesihatan mental dan juga fizikal (Holmes et. al.,
2020). Ia juga turut memberi impak negatif terhadap perasaan trauma dan juga peningkatan

13
terhadap tekanan, kemurungan serta kebimbangan (Mamun & Griffiths, 2020). Seterusnya,
dalam kajian yang dijalankan juga mendapati bahawa kesan wabak ini terhadap kualiti hidup
dalam kalangan penduduk di China mendapati bahawa 52.1% responden menyatakan
kebimbangan yang tinggi dan wujud perasaan paranoid yang tinggi terhadap pandemik yang
berlaku di negara tersebut (Zhang & Ma, 2020).

Manakala, dalam kajian yang dijalankan diluar negara mengenai wabak COVID-19 di
mana Persatuan Psikologi Amerika mendapati bahawa 78% subjek di negara tersebut
menghadapi tekanan yang tinggi ekoran wabak COVID-19 yang melanda dan 67%
menyatakan bahawa berlaku peningkatan stres yang terjadi susulan penularan wabak tersebut
(APA, 2020). Manakala, dalam kajian yang dijalankan oleh Hemavathi et. al. (2020), pula
mendapati penjarakan sosial dalam jangka panjang yang berlaku di Malaysia telah
menyebabkan berlaku peningkatan tekanan dalam individu jika suasana dalam rumah
individu tersebut tidak sihat. Pengkaji juga turut menyatakan bahawa kajian yang lebih
tertumpu dan juga berstruktur yang berkaitan dengan kesihatan mental di Malaysia akibat
penularan wabak COVID-19 masih lagi kurang dijalankan di negara ini.

Tambahan pula, dalam sebuah kajian mendapati bahawa pelajar institusi pengajian
tinggi yang berada di kawasan bandar mencatat kadar alexithymia yang tinggi. Alexithymia
merujuk kepada kesukaran untuk memahami, memproses dan juga menzahirkan perasaan
emosi dengan baik dan teratur. Justeru, golongan ini akan menghadapi tekanan psikologi
yang tinggi sehingga boleh membahayakan kesihatan dari segi fizikal dan juga mental. Oleh
yang demikian, akibat berlaku perubahan yang mendadak akibat penularan wabak COVID-
19, secara langsung akan melibatkan perubahan yang berlaku secara drastik terhadap proses
psikologi dan juga sosial golongan pelajar. Perkara ini seterusnya disusuli dengan
peningkatan tahap kemurungan yang tinggi, kegagalan dalam menumpukan perhatian,
kegelisahan, mengalami kesukaran untuk tidur dan hilang selera makan.

Gangguan psikologi banyak dialami oleh golongan dewasa yang mengalami transisi
perubahan dalam kehidupan mereka. Contohnya, golongan remaja yang meningkat ke alam
dewasa. Kesimpulannya, kemunculan pandemik yang melanda negara ini akan menyebabkan
pelbagai faktor negatif yang dihadapi oleh masyarakat tanpa mengira peringkat usia yang
mana kebanyakan masyarakat mengalami perubahan secara mendadak, kehilangan punca
pendapatan, penyesuaian diri terhadap norma baharu dan menghadapi isu kesihatan mental

14
yang kian meningkat dalam kalangan rakyat yang menghadapi wabak COVID-19 di
Malaysia.

5.0 Kerangka Konseptual dan Hipotesis

a. Kerangka Konseptual

Berikut merupakan kerangka kajian dalam kajian yang dijalankan ini. Pada bahagian
pembolehubah bebas terdapat dua dimensi iaitu pengetahuan penduduk mengenai penyakit
berjangkit, COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga kesihatan mental
penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seterusnya, pada bahagian
pembolehubah bersandar pula ialah kesediaan penduduk terhadap Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

b. Hipotesis

i. Tahap pengetahuan penduduk mengenai penyakit berjangkit, COVID-19 dan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tinggi.
ii. Tahap kesediaan penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah
tinggi.

15
iii. Tahap kesihatan mental penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
adalah tinggi.
iv. Terdapat hubungan di antara pengetahuan penduduk mengenai penyakit
berjangkit, COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kesediaan
penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
v. Terdapat hubungan di antara kesihatan mental penduduk dengan kesediaan
penduduk terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

6.0 Metodologi Kajian

Dalam metodologi kajian ini akan menerangkan mengenai metodologi dan kaedah
kajian yang dijalankan yang merangkumi rekabentuk kajian, lokasi dan sampel kajian.
Seterusnya, instrument kajian dan pengumpulan data serta perbincangan secara ringkas
mengenai teknik analisis data.

i) Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan pendekatan secara eksplorasi dan juga
evaluatif. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif. Hal ini demikian adalah sejajar
dengan permasalahan yang sedang menular iaitu wabak COVID-19 di Malaysia dan ia
merupakan pengalaman yang baharu kepada masyarakat di negara ini di mana masyarakat
menghadapi perintah kawalan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 pada tahun lalu hingga
ke hari ini. Justeru, dalam tempoh sepanjang PKP ini terdapat kekurangan kajian yang
dilaksanakan dalam bidang sains sosial dan fasa penyelidikan adalah sedang berlangsung
sehingga kini.

Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan,
ketersediaan masyarakat terhadap wabak COVID-19 yang sedang melanda negara pada
ketika ini. Tambahan lagi, kajian ini yang dijalankan ini juga adalah untuk mengenalpasti
tahap kesihatan mental masyarakat dalam menghadapi wabak ini sepanjang tempoh PKP
dilaksanakan. Ia merupakan satu usaha yang dilakukan dalam mengeksplorasi respon
daripada kumpulan komuniti yang terlibat, sekaligus menilai tahap kepekaan, kesedaran dan
juga tahap ketersediaan mereka untuk menghadapi wabak ini.

Secara umumnya, pendekatan secara eksplorasi merupakan tahap awal dalam suatu
penelitian untuk melakukan kajian selanjutnya yang lebih bersifat sistematik. Penelitian

16
eksplorasi merujuk kepada usaha untuk mengetahui mengenai suatu fenomena yang baharu
yang berkemungkinan tiada penyelidikan yang serupa pernah dijalankan sebelum ini
(Mudjiyanto, 2018). Manakala, evaluatif pula merujuk kepada pengarahan terhadap suatu
kegiatan. Ia adalah untuk mengukur keberkesanan suatu program, produk atau suatu aktiviti
yang dijalankan. Penilaian evaluatif dalam konteks ini merupakan suatu prosedur ataupun
bentuk pengumpulan dan penganalisan data secara sistematik dalam menentukan faedah
daripada penyelidikan (Sukamadinata, 2009).

Evaluatif yang dijalankan adalah untuk membuat keputusan dengan membandingkan


maklumat dan data yang dikumpul terhadap kriteria atau pembolehubah yang dijadikan
sebagai kayu ukur terhadap data yang diperolehi (Sri Kantun, 2017). Justeru, berdasarkan
penjelasan tersebut, eksplorasi dan juga evaluatif merujuk kepada suatu prosedur bersifat
ilmiah yang sistematik untuk mengukur hasil dapatan kajian seperti yang dirancang dengan
kaedah pengumpulan, penganalisan, mengkaji dan merumuskan hasil dapatan kajian dengan
lebih mendalam dan terperinci.

Dalam kajian berbentuk kuantitatif ini, pengkaji menggunakan kaedah kaji selidik
dalam mengumpul maklumat dan data daripada pihak responden yang terdiri daripada
penduduk Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Responden yang terlibat telah dipilih
secara rawak.

ii) Reka Bentuk Pensampelan

Lokasi kajian yang dipilih adalah kajian kes di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru
dengan penekanan terhadap deskripsi mengenai fenomena dan juga tingkah laku penduduk.
Pengkaji telah menjalankan kajian ini secara maya di mana responden perlu menjawab
borang soal selidik yang diedarkan dengan meggunakan platform Google Form yang telah
dibina sendiri oleh pengkaji dengan mengadaptasikan set soal selidik kajian lepas. Justeru,
kajian ini hanya memfokuskan kepada responden yang tinggal di Kampung Melayu Majidee,
Johor Bahru.

17
Rajah 2: Saiz Sampel

Kaedah yang digunakan ini adalah untuk mengumpul maklumat dalam mengenalpasti
tahap pengetahuan penduduk kampung tentang penyakit berjangkit, COVID-19 dan juga
PKP. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengkaji tahap ketersediaan penduduk terhadap
PKP serta tahap kesihatan mental penduduk sepanjang perlaksanaan PKP di negara ini.
Seramai 210 orang penduduk yang mendiami di lokasi kajian ini. Sehubungan dengan itu,
kajian ini hanya melibatkan seramai 136 responden yang terdiri daripada penduduk di
Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru (Krejcie & Morgan, 1970).

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah pengedaran set soal selidik melalui
Google Form kepada responden. Set soal selidik yang diedarkan mengandungi empat
bahagian iaitu pada bahagian pertama adalah berkaitan maklumat demografi yang
merangkumi jantina, umur, bangsa, status perkahwinan, pekerjaan, jumlah pendapatan dan
juga bilangan isi rumah. Seterusnya, pada bahagian kedua pula adalah berkaitan dengan
pengetahuan penduduk mengenai penyakit berjangkit, COVID-19 dan PKP yang

18
diadaptasikan daripada set soal selidik dalam kajian yang dijalankan oleh Jabil et. al. (2020).
Alat ini mengandungi 8 item untuk mengenalpasti tahap pengetahuan penduduk terhadap
penyakit berjangkit, COVID-19 dan juga perlaksanaan PKP dengan menggunakan skala
nominal “Ya” dan “Tidak”.

Seterusnya, pada bahagian ketiga pula adalah mengenai kesediaan penduduk dalam
menghadapi perlaksanaan PKP. Set soal selidik ini juga diadaptasi daripada kajian yang
dijalankan oleh Jabil et. al. (2020). Alat ini mengandungi 8 item dengan menggunakan skala
likert; 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (neutral), 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju).
Seterusnya, pada bahagian terakhir ialah mengenai kesihatan mental penduduk yang
merangkumi set soal selidik yang diadaptasi daripada Pandemic-Related Perceived Stress
Scale of COVID-19. Alat ini mengandungi 5 item dengan menggunakan skala likert iaitu
skala paling rendah 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju).

Proses pengumpulan data dalam kajian yang dijalankan ini melibatkan dua kaedah
iaitu melalui pengumpulan data secara primer di mana pengkaji sendiri telah menjalankan
kajian secara eksplorasi dan evaluatif. Seterusnya, menggunakan kaedah kuantitatif dengan
mengedarkan set soal selidik melalui google form kepada 136 orang responden yang terdiri
daripada penduduk di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru secara atas talian. Senarai
nama dan nombor telefon bimbit responden telah disediakan oleh Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Majidee yang dipilih secara rawak.
Manakala, menerusi sumber sekunder, pengkaji telah melakukan beberapa kajian yang
bersumberkan kajian-kajian lepas, jurnal, artikel dan sebagainya.

Pada peringkat pertama, pengkaji telah menjalankan pilot study bagi menentukan
tahap kesahan set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian-kajian lepas. Seramai 70 orang
responden terpilih secara rawak yang terdiri daripada penduduk di sekitar Johor Bahru. Untuk
mencapai tahap kesahan, nilai pekali Cronbach’s Alpha seharusnya melebih 0.7. Justeru, di
bawah merupakan item yang terdapat dalam set borang selidik.

Bahagian Item Bilangan Item Cronbach’s


Alpha
A Profil Responden 8

B Pengetahuan Penduduk Mengenai 8 .72


Penyakit Berjangkit, COVID-19 dan

19
PKP
C Kesediaan Penduduk Terhadap PKP 8 .80

D Kesihatan Mental Penduduk Terhadap 5 .84


PKP
Jumlah Item 29

Jadual 2: Item Set Soal Selidik Kajian

Manakala, pada peringkat seterusnya kajian sebenar dijalankan kepada 136 orang
responden penduduk Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Pengkaji telah
memperuntukan masa kepada responden untuk menjawab set soal selidik yang telah
diedarkan secara atas talian melalui Google Form. Pengkaji memilih kaedah pengumpulan ini
kerana ia memudahkan kedua-dua belah pihak, iaitu pihak responden di mana ia
memudahkan mereka untuk mengakses set soal selidik berikut pada bila-bila masa dan di
mana sahaja. Seterusnya, ia turut memudahkan tugasan pengkaji dalam memperolehi dan
mengumpul maklumat dan data yang diperolehi daripada responden di mana berlaku kadar
pengumpulan data seperti set soal selidik rosak atau koyak dan keciciran maklumat adalah
rendah.

iii) Analisis Statistik

Proses pengumpulan maklumat dan juga data yang diperolehi daripada teknik soal
selidik yang diedarkan secara atas talian, pengkaji telah menggunakan perisian Microsoft
Excel untuk mengumpul dan juga membersihkan set data agar kesemua item boleh dikira
dengan tepat dan mudah. Seterusnya, pengkaji menggunakan data-data yang diperolehi itu
untuk dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 25 dan dibentangkan dalam bentuk statistik deskriptif dan juga statistik
inferensi. Pengkaji telah menggunakan kaedah penganalisan yang mudah dengan tujuan
untuk mengkaji dan memperihalkan setiap pembolehubah yang terdapat dalam kajian yang
dijalankan.

7.0 Penutup

20
PKP yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan merupakan suatu tindakan dan inisiatif
dalam usaha untuk membendung dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di
Malaysia. Arahan perintah berkurung tersebut ternyata memberi kesan yang signifikan
terhadap kesejahteraan penduduk baik dari segi ekonomi, kesihatan dan juga sosial.
Penduduk Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru adalah antara penduduk yang terkesan
dengan penularan wabak dan transisi perubahan dalam kehidupan secara mendadak.
Sementelahan ciri perkampungan tersebut yang umumnya adalah bersaiz besar, bilangan
penduduk yang sangat ramai, sumber asas yang terhad dan berada di tengah-tengah bandar
merupakan antara penyumbang kepada tahap pengetahuan mereka, tahap ketersediaan
mereka dan juga tahap kesihatan mental mereka dalam menjalani perintah kawalan yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Diharap kajian yang dijalankan ini mampu memberi
panduan dan rujukan kepada penyelidikan yang dilakukan di masa hadapan. Sebagai
rumusan, dapatan hasil kajian ini bermanfaat kepada perancangan yang lebih sistematik
dalam pengurusan risiko dalam usaha untuk menangani pandemik di Malaysia.

(5,229 patah perkataan)

Rujukan

21
Abd Hamid, A. & Ithnin, H. (2020). People Need Emotional Support, Counseling. My Metro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619047/ramai-rakyat-perlukan-sokongan-
emosi-kaunseling.

Abd Rahman, B., Hussin, R., Mapjabil, J., Abubakar, A. U., & Kanyo, N., Ibrahim, D.,
Othman, R., & Gulam, S. M. (2020). Literature review Infectious diseases and the effects of
COVID19 transmission to the B40 group. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 5 (32).

Abdul Rashid, S. A. R. & Hassan, F. (2020). The practice and involvement of small traders
through digital business during the COVID-19 pandemic in Malaysia. Geografi, 8(2), 1-20.

Ahmad, A. (2020). The movement control order gazetted an additional 6 -month prison
sentence of important sectors. https://www.astroawani.com.

Ali, E. & A. Rashid, M. (2020). The COVID-19 Pandemic: Facing the Psychosocial Impact.
Terengganu Strategic & Integrity Institute.

Azman, F. (2020). Are Malaysian SMEs ready to enter the digital economy? Astro Awani.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/adakah-peniaga-iks-malaysia-bersedia-
memasuki-ekonomi-digital-236786.

Bernama. (2020). COVID-19. https://www.bernama.com/bm/am/news_covid19.php.

Chinazzi, M., Davis, J. T., Ajelli, M., Gioannini, C., Litvinova, M., Merler, S. & Viboud, C.
(2020). Kesan sekatan perjalanan terhadap penyebaran wabak coronavirus novel 2019
(COVID-19). Science, 368(6489), 395-400.

F. Tian, H. Li, S. Tian, J. Yang, J. Shao, C. Tian. (2020). Gejala psikologi biasa warga China
berdasarkan SCL-90 semasa tindak balas kecemasan terhadap COVID-19. Res Psychiatry.
288

Gaim, J. L., Hussin, R., Atang, C., Ationg, R., & Ongui, K. (2020). Potential Applications of
Social Impact Assessment to Assess Government Policies and Programs During the COVID-
19 Pandemic. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 5 (32).

Hemavathi, S., Juhari, J. A., Nair, P., Chow, S. K. & Ng, C. G. (2020). Impacts of COVID-19
Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread of Hope. Malaysia Journal of
Psychiatry Online Early. 29 (1).

22
Ida, L. (2020). Inilah yang dinyatakan oleh peraturan CMCO baru: Tidak ada peraturan 10
km lagi; Peraturan dua penumpang untuk teksi dan e-hailing.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/202-0/05/05/heres-what-the-new-cmco-rules-
say-no-more-10-km-rule-two-passenger- peraturan-untuk / 1863124.

Jabatan Perdana Menteri. (2020). Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia-Bantuan


Prihatin Nasional. www.pmo.gov.my.

Kanyo, N., Abdul Rahman, A. T., Mapjabil, J., Hussin, R., Abdul Muin, S., & Kipli, J.
(2020). Review of the implementation strategy of the Movement Control Order (PKP) in the
face of the COVID-19 pandemic in Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 5 (32).

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

Lai, J., Ma, S., Wang Y., Cai, Z., Hu, J., Wei, N., Wu, J., Du, H., Chen, T., Li, R., Tan, H.,
Kang, L., Yao, L., Huang, M., Wang, H., Wang, G., Liu, Z., & Hu, S. (2020). Faktor-faktor
yang Berkaitan dengan Hasil Kesihatan Mental Di Kalangan Pekerja Penjagaan Kesihatan
yang Terdedah kepada Penyakit Coronavirus 2019. JAMA Newt Open. 3 (3).

Lukin, S. A., Mapjabil, J., Jamrin, Z., Mohd. Yakin, H. S., & Sintang, S. (2020). Literature
review of the impact of the COVID-19 pandemic on the survival of small-scale traditional
craft entrepreneurship in domestic tourism in Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics
and Development (JISED), 5 (32).

Mamun, M.A. & Griffiths, MD (2020). Kes bunuh diri COVID-19 pertama Bangladesh
kerana bimbang COVID-19 dan Xenophobia: Strategi pencegahan bunuh diri yang mungkin.
Jurnal Psikiatri Asia, 51, 102073.

Mapjabil, J., Kanyo, N., Hussin, R., Ab. Rahman, B., Estim, A., Datu Eranza, D. R., Abdul
Rahim, A. H., & Jetendra, M. H. (2020). Implications of movement control orders on the
effects of COVID-19 pandemic transmission on the well-being of island communities: A
review of the literature. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 5
(32), 108-120.

Md Zain, R. (2020). Selangor Police Launch Ops COVID-19.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/556019/polis-selangor-lancar-ops-covid-19.

23
Mohd Daud, M. A. & Ramli, Z. (2020). Impact of COVID-19 on Malaysia’s Population
Growth. Demographics and Human Capital Development. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mudjiyanto, B. (2018). Types of communication exploratory research. Journal of


Communication and Media Studies, 22 (1).

Jabil et al (2020). Doing Quantitative Research in Education with SPSS. University of


Southampton, UK.

Povera, A. & Chan, D. (2020). CMCO akan berakhir, diganti dengan RMCO sehingga 31
Ogos [NSTTV]. https://www.nst.com.my.

Santa, E. (2020). Dengan RMCO dilanjutkan hingga 31 Disember, berikut adalah peringatan
(lembut) mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh anda lakukan.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/09/11/dengan rmco-dilanjutkan-hingga-
des-31-heres-a-lembut-peringatan-of-whatyou-can-and-ca / 1902112 .

Sri Kantun. (2017). Evaluation Research as One of the Research Models in Education.
Indonesia: Economic Studies FKIP UNEJ.

Sukmadinata, N.S. (2009). Educational Research Methods. Bandung: UPI.

Bintang. (2020). Laporan Khas - Bagaimana penutupan Covid-19 akan merugikan kesihatan.
https://www.thestar.com.my/news/world/2020/04/03/special-report

Warta Kerajaan. (2020). Tambahan No. 48, Perundangan (B), Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, 6 (64).

World Health Organization. (2020). Coronavirus. https://www.who.int/health-topics/corona

Zhang, Y. & Ma, Z.F. (2020). Kesan Pandemik COVID-19 terhadap Kesihatan Mental dan
Kualiti Hidup di kalangan Penduduk Tempatan di Provinsi Liaoning, China: Satu Kajian
Lintas-Bahagian. Jurnal Antarabangsa mengenai Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, 17,
2381.

24

You might also like