You are on page 1of 13

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 1

PENDEKATAN HOLISTIK MENDEPANI ISU

KESIHATAN MENTAL
PASCA COVID-19

SHAFIYAH IQLIMA BINTI MOHD NADZRI

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 2

Pendahuluan
Isu kesihatan mental yang membawa kepada penyakit mental
seperti stres, kemurungan dan lain-lain lagi, semakin
meruncing pasca pandemik COVID-19. Penyakit mental
merupakan masalah kesihatan kedua terbesar selepas
penyakit jantung. Ia bukan sahaja melibatkan masyarakat
awam, malahan barisan hadapan serta pesakit COVID-19
turut terdedah dengan risiko masalah mental akibat penularan
wabak tersebut.

Buktinya, sehingga 11 November 2020, sebanyak 37,009


panggilan telah diterima dengan isu sokongan emosi yang
berkaitan aspek psikologi mencatatkan bilangan pemanggil
tertinggi iaitu sebanyak 19,729 panggilan (53.3%). Tidak
dinafikan Kerajaan hari ini telah melakukan pelbagai usaha
Rajah 1: Jenis-jenis Penyakit Mental
seperti kempen kesedaran kesihatan mental ‘Let’s Talk Minda (Sumber Google, 2021)
Sihat’, Program Minda Sihat Sekolah, menyediakan
perkhidmatan kesihatan mental di 1,001 klinik kesihatan di
seluruh negara dan banyak lagi.

Namun begitu, usaha-usaha ini dilihat masih belum menyelesaikan masalah utama kepada isu ini.
Peruntukan tambahan, peningkatan perkhidmatan psikososial dan penyusunan semula strategi
menjaga keselamatan barisan hadapan serta penghapusan stigma negatif dalam kalangan masyarakat
dan banyak lagi memerlukan penumpuan yang serius dari semua pihak.

Justeru, penulisan ini akan menyentuh beberapa golongan yang paling terkesan dari aspek psikologi
yang boleh mendorong kepada masalah penyakit mental akibat pandemik COVID-19, selain turut
merungkai setiap kelemahan dalam usaha yang telah dijalankan serta menyenaraikan beberapa
cadangan pendekatan yang holistik dalam mendepani isu kesihatan mental.

Golongan Paling Terkesan Dalam Aspek Psikologi Akibat


Pandemik COVID-19
1. Golongan Berpendapatan Rendah

Berdasarkan Laporan Keluarga di Pinggiran yang dikeluarkan oleh UNICEF 2021, masalah tekanan
mental dalam kalangan keluarga pendapatan rendah meningkat sehingga 27% pada Disember 2020
daripada 19% pada September 2020. Golongan ini lebih cenderung kepada masalah penyakit mental
disebabkan krisis ekonomi akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) di mana
sebahagian besar daripada mereka bekerja dalam sektor tidak formal seperti berniaga kecil-kecilan.
Perlaksanaan perintah tersebut turut menyebabkan perniagaan mereka mengalami kerugian bahkan
sesetengah daripada mereka langsung tidak mempunyai pendapatan sepanjang kawalan tersebut
dijalankan.

2. Golongan Petugas Barisan Hadapan

Petugas barisan hadapan adalah golongan yang paling banyak berurusan dengan orang ramai sama
ada di kalangan mereka yang dijangkiti COVID-19 mahupun tidak (Sapora Sipon, 2021). Perkara ini
jelas sekali memberi tekanan kepada kelompok ini yang bukan sahaja terdedah dengan risiko yang

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 3

amat tinggi malah bebanan tugas akibat jangkitan COVID-19 yang mencecah ribuan orang setiap hari
turut membawa kepada tekanan yang melampau kepada golongan ini.

3. Golongan Pesakit COVID-19

Dr Andrew Mohanraj, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) menjelaskan bahawa
wujud pelbagai risiko yang akan dialami oleh pesakit COVID-19 mahupun bekas pesakit COVID-19,
antaranya adalah stigma dan diskriminasi sosial serta krisis ekonomi yang membawa kepada implikasi
negatif terhadap kesihatan mental mereka. Perkara ini sekaligus boleh meningkatkan kes bunuh diri
akibat tekanan perasan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini apabila seorang warga emas yang
mengalami kemurungan dipercayai telah membunuh diri setelah disahkan positif COVID-19.

4. Golongan Pekerja dan Majikan

Lebih 400,000 penjawat awam tertekan dengan kerja sehingga mengalami tekanan. Sejak 25 Mac
hingga 19 Oktober 2020, sebanyak 36,269 panggilan telefon telah diterima melalui Talian Sokongan
Psikososial bagi mendapatkan bantuan dan sokongan emosi. Pelbagai faktor yang membuatkan
masalah mental dalam kalangan pekerja dan majikan semakin serius terutama sepanjang pandemik ini
melanda antaranya pelaksanaan bekerja dari rumah yang mencetuskan suasana negatif akibat tidak
mampu mengimbangi antara urusan kerja dan aktiviti harian.

Usaha yang Telah Dijalankan


Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh semua
pihak termasuk pihak kerajaan, badan-badan bukan
kerajaan serta masyarakat dalam mengekang isu
ini. Antara usaha drastik yang telah dijalankan
dalam mendepani pandemik COVID-19 ini adalah
dengan mewujudkan talian sokongan psikososial
dan perkhidmatan konsultansi yang boleh diakses
oleh semua golongan. Talian ini bukan sahaja
diwujudkan oleh pihak kerajaan, malah turut
berkolaborasi dengan NGO-NGO bagi meluaskan
lagi rangkaian ini. Namun begitu, terdapat beberapa
laporan mengatakan panggilan ini tidak dapat
Rajah 2: Perkhidmatan Kesihatan Mental menyelesaikan masalah pengadu akibat daripada
(Sumber: Bernama, 2020) masalah komunikasi antara pengadu dan petugas.

Tambahan pula, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan pelbagai langkah bagi mengatasi masalah kesihatan mental
dalam kalangan pekerja dan majikan antaranya adalah dengan menerbitkan ‘Garis Panduan bagi
Pencegahan Tekanan dan Keganasan di Tempat Kerja’ sejak tahun 2001. Panduan ini menggariskan
tindak balas bersepadu terhadap permasalahan tekanan dan keganasan, yang sering kali wujud secara
serentak di tempat kerja. Namun, garis panduan tersebut tidak menyatakan jalan penyelesaian kepada
masalah tekanan mental pekerja yang bekerja dari rumah sedangkan perkara tersebut merupakan
situasi yang berlaku pada masa kini.

Selain daripada itu, pelaksanaan program berbentuk advokasi seperti panduan menangani tekanan
perasaan, aktiviti kekeluargaan secara maya dan panduan penjagaan kesihatan dibuat melalui
pelbagai medium seperti media sosial, elektronik dan cetak dalam menangani isu tekanan mental turut

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 4

dijalankan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun stigma negatif serta diskriminasi terhadap pesakit
mental masih belum berjaya dihapuskan.

Oleh itu, usaha-usaha ini memerlukan beberapa penambahbaikan dan perlu segera dilaksanakan
terutama dalam melalui cabaran pandemik COVID-19 yang membawa kepada peningkatan kes
tekanan mental hari demi hari.

Cadangan Penambahbaikan Usaha Penyelesaian Secara


Holistik
1. Penambahan Peruntukan

Isu kesihatan mental pasca pandemik mendesak semua pihak untuk melakukan perubahan secara
menyeluruh. Jika diteliti setiap kenyataan daripada pihak kerajaan, kebanyakan usaha masih dalam
perbincangan. Sebagai contoh isu penambahan petugas psikiatri masih dalam perancangan
sedangkan dalam tempoh pasca pandemik, masyarakat amat memerlukan satu jalan penyelesaian
secara drastik.

Namun begitu, tidak dinafikan setiap jalan penyelesaian memerlukan kepada peruntukan yang besar.
Berdasarkan Bajet 2021 yang telah dibentangkan, peruntukan kepada sektor kesihatan mental
hanyalah sebanyak dua peratus daripada jumlah keseluruhan bajet 2021. Peruntukan sebanyak itu
masih lagi tidak menzahirkan keseriusan Kerajaan dalam menangani masalah ini sedangkan isu
kesihatan mental pasca pandemik adalah satu perkara yang amat kritikal dan memerlukan komitmen
yang tinggi daripada Kerajaan.

Hal ini kerana, segala insentif seperti penambahan petugas psikiatri akan menelan bajet yang besar.
Begitu juga dengan usaha-usaha yang lain, turut memerlukan peruntukan yang besar dalam
memastikan usaha ini benar-benar mampu menyelesaikan masalah sehingga ke peringkat akar umbi.
Oleh itu, peruntukan tambahan bagi menyelesaikan masalah mental mampu memberi kesan secara
langsung dalam usaha mengurangkan masalah ini dari terus meningkat.

2. Perkemaskan Perkhidmatan Psikososial

Pemerkasaan kualiti perkhidmatan psikososial melalui peningkatan perjawatan bagi jawatan-jawatan


kritikal seperti jawatan kaunselor, pembantu psikologi, pakar psikologi dan pakar psikiatri amat
diperlukan. Isu bilangan psikiatri yang tidak mencukupi bukanlah satu isu baharu. Negara kita hanya
mempunyai seorang pakar psikiatri bagi setiap 100,000 orang sedangkan angka yang ditetapkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah seorang pakar psikiatri bagi setiap 10,000 orang.
Lantaran itu, hanya sebilangan orang sahaja yang berjaya mendapatkan perkhidmatan kesihatan sosial
yang disediakan oleh Kerajaan. Justeru, terdapat keperluan terdesak untuk Kerajaan segera
meningkatkan sumber daya manusia, termasuk para profesional daripada bidang akademik atau
klinikal dan keupayaan infrastruktur untuk memenuhi keperluan masa kini khususnya dalam mendepani
penularan wabak ini yang memberi impak yang besar kepada kesihatan mental masyarakat.

Selain itu, perkhidmatan psikososial perlu dijalankan secara meluas lagi bagi mengesan mereka yang
berisiko dari peringkat awal dan dapat mengelakkan kejadian tidak diingini seperti bunuh diri berlaku.
Oleh itu, usaha Kerajaan dengan mewujudkan talian sokongan psikososial perlu diperkukuhkan lagi
dengan mewujudkan pusat krisis akut 24 jam yang lebih bersepadu di mana ia dapat berkomunikasi
secara langsung dengan perkhidmatan kesihatan mental serantau. Begitu juga dengan akses talian

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 5

tersebut di kawasan terpencil perlu segera dipertingkatkan bagi merapatkan jurang perkhidmatan
dengan luar bandar.

Tambahan pula, Kerajaan juga sepatutnya membina rangkaian kesihatan mental yang lebih baik dalam
masyarakat bagi menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pencegahan komuniti, serta meningkatkan
keupayaan pesakit untuk kembali kepada masyarakat. Justeru, bilangan klinik kesihatan dan pasukan
mudah alih untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan rumah kepada pesakit kesihatan mental juga
perlu ditambah dengan kadar segera.

3. Penghapusan Stigma dan Diskriminasi

Stigma dan diskriminasi terhadap seseorang sama ada pesakit COVID-19 mahupun bekas pesakit
virus tersebut adalah risiko kepada semua orang. Hal ini kerana berdasarkan kajian yang dikeluarkan
oleh WHO, stigma dan diskriminasi yang dilakukan membawa kesan trauma kepada masyarakat lain
untuk membuat rawatan ataupun ujian serta kurangnya kepatuhan orang ramai terhadap langkah
pencegahan termasuk pengasingan diri. Perkara ini boleh menyebabkan kes tidak dilaporkan sekaligus
membawa kepada lebih ramai yang terdedah dengan jangkitan dan tindakan kawalan menjadi lebih
sukar.

Malah, stigma negatif ini juga membawa kepada


tekanan dan trauma kepada pesakit mahupun
bekas pesakit. Terdapat kes di mana mereka
dicemuh dan dihina kerana pernah terkena
jangkitan virus tersebut menyebabkan ada dalam
kalangan mereka yang mengalami tekanan
perasaan sekaligus menjejaskan tahap kesihatan
mental mereka. Pesakit bukan sahaja derita
dengan penyakit tersebut malah turut
menghadapi tekanan perasaan dan mental.

Oleh itu, masyarakat dan semua pihak sama ada


Rajah 3: Kempen Solidariti Tanpa Stigma (WHO)
(Sumber: WHO,2020) mempunyai peranan penting dalam mencegah
dan menghentikan stigma sosial ini. Mereka
seharusnya menunjukkan tingkah laku yang memberi sokongan berkenaan penularan COVID-19 ketika
berkomunikasi di media sosial dan platform komunikasi lain.

Antaranya dengan menyebarkan fakta yang tepat dan releven. Hal ini kerana, kekurangan
pengetahuan berkenaan sesuatu perkara akan meningkatkan stigma sosial. Oleh yang demikian,
mengumpul, menyatukan dan menyebarkan maklumat yang tepat tentang kerentanan individu dan
kumpulan terhadap COVID-19, pilihan rawatan dan tempat untuk mengakses penjagaan kesihatan
amat penting sebagai usaha mengurangkan stigma dan diskriminasi ini. Hasilnya, maklumat yang
benar tentang para pesakit serta bekas pesakit COVID-19 yang sembuh dan tidak akan menjangkiti
masyarakat lain akan mula tersebar sekaligus menghilangkan kegusaran dan diskriminasi orang luar
terhadap mereka yang telah dijangkiti.

Selain itu, usaha Kementerian Kesihatan melaksanakan Program Kesihatan Mental Dan Sokongan
Psikososial bagi mengatasi stigma pesakit atau bekas pesakit COVID-19 masih belum menyeluruh.
Edaran infografik secara maya yang telah dilakukan di portal Kementerian serta di Facebook agar
masyarakat sedar bahawa stigma boleh memudaratkan emosi seseorang yang berkaitan juga masih
tidak mencapai ke akar umbi.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 6

Oleh itu, penglibatan individu sosial yang memberi pengaruh seperti para pemimpin agama yang
dihormati atau pemimpin masyarakat setempat yang lain amat diperlukan. Kempen secara meluas
serta digandingkan dengan penglibatan individu yang berpengaruh akan memberi impak yang besar
dalam membasmi stigma negatif ini.

Sebagai contoh, Nigeria telah berjaya mengatasi wabak Ebola pada 2014 melalui penggunaan kempen
media sosial yang disasarkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan membetulkan mesej palsu
yang diedarkan di Twitter dan Facebook. Intervensi ini amat berkesan kerana para individu yang
memberi pengaruh dalam media sosial memainkan peranan yang besar dengan menggunakan
platform mereka untuk menghantar dan berkongsi maklumat serta pendapat sekaligus membawa
kepada satu impak penyebaran yang begitu meluas.

4. Perkemaskan Langkah dan Strategi Menjaga Kesihatan Mental Barisan


Hadapan
Realiti yang berlaku dalam kalangan frontliner
adalah mereka berhadapan dengan tugas yang
amat berat dan risiko jangkitan yang amat tinggi
sepanjang tempoh bertugas. Risiko ini bukan
sahaja melibatkan golongan perubatan malah
pasukan polis juga petugas barisan hadapan yang
berpotensi besar terdedah dengan wabak itu. Hal
ini kerana, mereka berada paling hampir dengan
rakyat yang belum dipastikan tahap jangkitan.

Menurut Berita Harian (27 Januari 2021), faktor


Rajah 4: Kepenatan ‘Frontliner’ kekurangan sokongan dan ketakutan berhadapan
(Sumber: Berita Harian, 2020) kematian dan morbiditi adala (Andrew Mohanraj,
2020) (Afiezy Azaman, 2021)h penyumbang
masalah kesihatan mental petugas barisan hadapan. Tidak dinafikan, pihak kerajaan telah berusaha
menjaga kebajikan petugas barisan hadapan dengan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada
semua barisan hadapan kesihatan manakala RM300 kepada barisan hadapan yang lain, namun
insentif ini masih belum mampu mengurangkan masalah mental golongan ini akibat risiko jangkitan
yang perlu dihadapi sepanjang menjalankan tugas.

Oleh itu, tekanan mental akibat kerisauan terhadap terdedahnya risiko jangkitan boleh dikurangkan
dengan memperkemaskan langkah dan strategi yang benar-benar dapat meminimakan jangkitan
kepada barisan hadapan akibat jangkitan daripada pesakit. Selain itu, melindungi petugas barisan
hadapan dengan menyediakan sokongan sosial, emosi dan keagamaan merupakan satu keutamaan
di mana ia boleh meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

5. Pengemaskinian Garis Panduan bagi Pencegahan Tekanan dan Keganasan


di Tempat Kerja Mengikut Situasi Semasa

Kerajaan telah menyediakan pelbagai langkah dalam mendepani masalah tekanan mental di tempat
kerja antaranya melalui Garis Panduan bagi Pencegahan Tekanan dan Keganasan di Tempat Kerja
sejak tahun 2001. Garis panduan ini menjelaskan pelbagai aspek merangkumi pendekatan inovatif
yang mana keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Walau bagaimanapun, garis panduan ini tidak menyatakan apa-apa langkah dalam mendepani cabaran
baharu terutama norma baharu bekerja dari rumah. Realitinya, isu masalah mental di kalangan pekerja

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 7

khususnya wanita banyak berlaku akibat tidak dapat mengimbangi urusan kerja dan kehidupan
seharian di mana kedua-duanya berlaku serentak dalam situasi yang agak mencabar tanpa sokongan
daripada ahli keluarga yang lain seperti suami dan anak-anak.

Oleh itu, pihak kerajaan disarankan agar garis panduan ini segera dikemaskini mengikut situasi semasa
kerana garis panduan sedia ada tidak merangkumi jalan penyelesaian kepada masalah tekanan mental
pekerja yang sebahagian besar terkesan akibat bekerja dari rumah.

6. Penghayatan Nilai Agama dalam Mengatasi Tekanan Mental

Di dalam Islam, elemen kerohanian yang tercela membawa kepada gangguan kejiwaan yang
ditonjolkan dalam bentuk marah, sedih, cemas, pilu, resah dan jiwa tidak tenteram untuk mengatasi
persoalan hidup. Gejala ini bukan sahaja memberi kesan kepada jiwa dan psikologi, malah turut
memberi impak buruk kepada kesihatan jasmani, mental dan tubuh badan. Sekiranya elemen ini
mempunyai masalah, maka ia seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan seseorang
sehingga membawa kepada tekanan dan kemurungan.

Ilmuwan dalam bidang agama menegaskan bahawa proses penyelesaian kepada masalah mental
boleh dilakukan melalui aspek kerohanian. Ia dilihat sebagai alternatif terbaik untuk merawat penyakit-
penyakit mental ini dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, mendirikan solat, bacaan zikir, doa-doa
lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amar ma’aruf sebagaimana yang digariskan oleh syariat
Islam. Kekuatan dalaman seseorang mampu menjamin kekuatan luaran sekaligus menzahirkan insan
yang sentiasa redha dan tawakkal dengan ujian yang mendatang. Sebagai contoh, jika seseorang
meletakkan elemen redha dan tawakkal, isu stigma negatif terhadap pesakit COVID-19, kegusaran
akibat terdedah dengan risiko jangkitan dan lain-lain lagi dapat dielakkan.

Selain itu, perkara-perkara yang bersifat negatif yang dihadapi seperti tekanan melampau (stress and
burnout), kerja yang tidak terjamin (job insecurity) dan pelbagai lagi aspek negatif berkaitan kehidupan
seharian mampu ditangani dengan bijak sekaligus kesejahteraan kendiri dapat dicapai dan tidak
dibelenggu dengan masalah tekanan mental. Oleh yang demikian, penghayatan nilai agama
sepatutnya dijadikan langkah utama dalam membendung isu masalah mental. Akar umbi kepada
kekuatan mental adalah melalui kekuatan jiwa dalaman seseorang.

Kesimpulan
Tuntasnya, isu kesihatan mental tidak sewajarnya terus dibiarkan sehingga ia menjadi suatu perkara
yang dipandang remeh oleh masyarakat. Apa yang lebih membimbangkan, masalah ini menjadi
semakin kritikal akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia bahkan ia semakin
menggusarkan dengan bertambahnya pelbagai golongan baharu seperti barisan hadapan, pesakit
serta bekas pesakit COVID-19 dan lain-lain lagi. Insentif-insentif yang telah mahupun sedang
dijalankan memerlukan penambahbaikan dan sesetengahnya tidak lagi releven dengan situasi semasa.

Oleh yang demikian, reformasi ke atas inisiatif tersebut sewajarnya segera dijalankan terutama sekali
apabila melibatkan penambahan peruntukan. Perkara ini wajar diberi perhatian serius daripada pihak
kerajaan bagi memastikan segala agenda berkait dengan kesihatan mental dapat dijalankan dengan
lancar. Sebagai contoh, bagi memperkasa kualiti perkhidmatan mental adalah melalui peningkatan
perjawatan bagi jawatan-jawatan kritikal seperti jawatan kaunselor, pembantu psikologi, pakar psikologi
dan pakar psikiatri yang jelas sekali akan menelan kos yang besar.

Selain itu, bagi memastikan isu kesihatan mental melibatkan golongan pekerja sama ada barisan
hadapan atau pun tidak seharusnya diselesaikan secara efektif. Strategi khusus bagi barisan hadapan

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 8

serta penambahbaikan garis panduan sedia ada amatlah diperlukan. Meskipun begitu, segala usaha
ini seharusnya didasari oleh penghayatan agama yang kukuh sekaligus segala tekanan akibat tekanan
hidup, bebanan kerja, serta stigma masyarakat dapat diatasi secara menyelu

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 9

SENARAI RUJUKAN

Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al Haadi Shafie, Zuraina Ali, Noor Dahiah Sulhana Dzainal. (2020).
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Pengamalan Nilai Agama
dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik, 31-44.

Afiezy Azaman. (2021, Januari 22). Warga emas kemurungan positif COVID-19 dipercayai bunuh diri.
Didapatkan dari Astroawani. com: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-
emas-kemurungan-positif-covid19-dipercayai-bunuh-diri-279291

Amer Siddiq Amer Nordin. (2020, Oktober 22). Malaysia perlu kekang masalah mental akibat COVID-
19. Didapatkan dari Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/745005/malaysia-perlu-kekang-
masalah-mental-akibat-covid-19

Andrew Mohanraj. (2020, Oktober 23). Pesakit Covid-19, individu dikuarantin perlu sokongan
kesihatan mental. Didapatkan dari freemalaysiatoday.com:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/23/pesakit-
covid-19-individu-dikuarantin-perlu-sokongan-kesihatan-mental-kata-persatuan/

Hajiji Noor. (2021, Januari 1). Covid-19: Henti stigma, sisih bekas pesakit. Didapatkan dari Sinar
Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/117149/EDISI/Sabah-Sarawak/Covid-19-
Henti-stigma-sisih-bekas-pesakit

Jamari Mohtar & Tam Mei Si. (2021, Januari 1). COVID-19, Status Sosioekonomi dan Kesihatan
Mental Rakyat. Didapatkan dari Bernama:
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1917460

MOH. (2020). COVID-19 Memasuki Gelombang Ke-3. Faktor-faktor Risiko yang Memperngaruhi
Kesihatan Mental di Tempat Kerja, 19.

Muda, A. (2019, Mac 19). Penjawat awam tertekan, ada yang miliki kad psikiatri: Cuepacs.
Didapatkan dari Berita Harian Online:
https://www.sinarharian.com.my/article/18863/BERITA/Nasional/Penjawat-awam-tertekan-
ada-yang-miliki-kad-psikiatri-Cuepacs

Munyatul Mushalli Saadon. (2021, Januari 24). Segera bertindak atasi tekanan, depresi. Didapatkan
dari Berita Harian: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-
pembaca/2021/01/779536/segera-bertindak-atasi-tekanan-depresi

Muzamir, M. N. (2020, Disember 1). PARLIMEN: Inisiatif tangani krisis jiwa, mental. Didapatkan dari
Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760280/parlimen-inisiatif-tangani-
krisis-jiwa-mental

Sapora Sipon. (2021, Januari 27). Ambil peduli kesihatan fizikal, mental petugas barisan hadapan.
Didapatkan dari Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/780318/ambil-peduli-kesihatan-
fizikal-mental-petugas-barisan-hadapan

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 10

Thuaibah@Suaibah Abu Bakar, Siti Aisyah Panatik, Azlah Md. Ali, Maisarah Saat, Nor Shela Saleh,
Sakinah Ab. Rahim. (2020). Journal Kemanusian. Sokongan Sosial Di Tempat Kerja Dan
Kesihatan Mental Wanita Berkerjaya, 106.

WHO. (2000). Mental health and work: Impact, issues and good practices. The importance of work to
an individual’s mental health, 15-17.

WHO. (2020). Menangani stigma dan diskriminasi sosial. Malaysia: WHO.

WHO. (2020). Stigma Guide. Panduan untuk mencegah dan menangani stigma sosial berkaitan
COVID-19, 1.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

You might also like