You are on page 1of 12

PRICIPLES OF ECONOMICS

UFC 1002

TITLE:

The Impact of COVID 19 pandemic on Malaysian Economy

DATE:

WEEK 4-6

LECTURER:

PROF. DR. MANIAM KALIANNAN

NAME OF CANDIDATES:

WONG LI MIN

NO. MATRIX:

UFA 200092
Pengenalan

Apabila berita penularan COVID-19 di RR China mula tersebar pada awal bulan Januari, jangkaan pada

mulanya ialah wabak ini hanya bersifat sementara dan sebahagian besar daripada ekonomi global akan

selamat. Kebanyakan semakan semula unjuran pertumbuhan global pada peringkat awal pula berada jauh

di bawah satu mata peratusan. Sejak itu, keadaan telah berubah secara mendadak. COVID-19 kini menjadi

pandemik dalam skala yang belum pernah berlaku pada generasi ini dengan menjangkiti lebih 3.6 juta

orang setakat 7 Mei.

Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada ekonomi melalui beberapa aspek. Pertama, ia

mewujudkan kebimbangan kepada isirumah daripada dijangkiti virus yang boleh membawa maut ini.

Firma pula terkesan kerana pekerja mula bimbang untuk keluar bekerja. Kebimbangan meningkat apabila

negara-negara lain mula mengambil langkah menghalang warga untuk keluar bekerja dan bersosial.

Lantas, sektor ini mencatu perbelanjaan mereka kepada perkara penting sahaja kerana bimbang akan

kehilangan sumber pendapatan utama. Kedua, dasar kerajaan dalam mengawal pergerakan melalui PKP

memburukkan keadaan ekonomi. Aktiviti normal ekonomi bertukar daripada ekonomi berasaskan

kehendak kepada ekonomi berasaskan keperluan asas. Namun, sebahagian besar kegiatan ekonomi terjejas

kerana firma dan buruh gagal mengubahsuai kepada situasi baharu ini. Selain itu, kegiatan ekonomi rentas

sempadan juga terjejas. Malaysia sebagai sebuah negara terbuka akan menerima impak besar daripada

situasi ini.

Kerajaan telah menggembleng sumber untuk sektor penjagaan kesihatan dan melaksanakan

langkah pembendungan yang ketat seperti sekatan perjalanan, pergerakan dan aktiviti perniagaan bagi

membendung wabak ini. Selain kehilangan nyawa akibat wabak COVID-19, punca pendapatan individu

turut terjejas dengan ketara. Langkah pembendungan ini perlu, namun kerugian yang terpaksa ditanggung

cukup tinggi dengan ekonomi global kini dijangka mengalami kemelesetan yang teruk pada tahun 2020.

Page | 1
Impak pendamik COVID terhadap ekonomi Malaysia

Tidak dinafikan bahawa virus kecil Covid-19 telah pun menggegarkan satu dunia, dari sudut kesihatan,

keselamatan, ekonomi dan sosial di setiap negara. Hari ini, setelah lebih tiga bulan kita berada di dalam

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), negara kita kini berada di dalam fasa pemulihan krisis

Covid-19.

Menyoroti kembali pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuat ucapan di televisyen

dan mengumumkan PKP untuk Malaysia, sebagai langkah pencegahan sebagai tindak balas terhadap

wabak Covid-19 di negara ini. Sejak itu, Malaysia melalui tujuh fasa PKP, dengan semua tindakan tegas

yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar dapat membendung wabak Covid-19

secara efektif.

Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) ingin menyentuh aspek implikasi Covid-19 kepada ekonomi

negara secara khusus. Antara petunjuk tahap kesihatan ekonomi tempatan yang boleh diguna pakai adalah

indeks pelopor (IP) atau leading index dan indeks harga pengguna (IHP) atau consumer price index.

IP ini menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan dan kitaran perniagaan tempatan, yang secara terus

menunjukkan implikasi Covid-19 kepada ekonomi dalam negara. Indeks harga pengguna pula

menunjukkan kuasa beli rakyat dan implikasi Covid-19 kepada kadar inflasi negara.

Berdasarkan laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, IP merosot lebih jauh kepada negatif 5.5

peratus. Gangguan berpanjangan dalam ekonomi terus menjejaskan prestasi IP.

Page | 2
Berasaskan tahun ke tahun, IP merosot lebih jauh kepada negatif 5.5 peratus pada April 2020 daripada

negatif 3.6 peratus pada Mac 2020 didorong oleh sumbangan negatif daripada bilangan unit kediaman

yang diluluskan pembinaan dan bilangan syarikat baru didaftar.

Keadaan ini menunjukkan bahawa sektor pembinaan merudum teruk kerana tiada permintaan, manakala

tiada perniagaan baru dijana kerana masing-masing bertukus-lumus menyelamatkan syarikat sedia ada

agar tidak ditutup.

Bagaimanapun, terdapat sedikit momentum positif yang dicatatkan oleh jangkaan nilai jualan di sektor

pembuatan yang menyumbang 2.1 peratus kepada perubahan peratusan IP pada bulan rujukan

memandangkan perniagaan dibenarkan untuk beroperasi semula pada Mei 2020.

DPIM menyokong keputusan kerajaan yang membuka ruang kepada sektor ekonomi ketika Perintah

Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) agar

ekonomi negara kembali pulih tanpa menjejaskan keselamatan rakyat terhadap pandemik Covid-19.

Mengambil kira prestasi tahunan IP yang lebih lemah, dijangkakan bahawa ekonomi akan kekal dalam

trajektori penguncupan dalam bulan-bulan ke hadapan.

IHP menurun 2.9 peratus pada Mei 2020 kepada 117.9 berbanding 121.4 pada bulan yang sama tahun

sebelumnya. Penurunan IHP keseluruhan ini telah didorong oleh penurunan indeks pengangkutan (-

20.8%), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (-2.6%), pakaian & kasut (-1.1%) dan hiasan,

perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (-0.2%) yang menyumbang 45.7 peratus daripada keseluruhan

wajaran.

Page | 3
Bagaimanapun, makanan dan minuman bukan alkohol terus meningkat pada Mei 2020 sebanyak 1.2

peratus kepada 134.3 berbanding 132.7 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Kumpulan ini

menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP. Pelbagai barangan dan perkhidmatan turut

menunjukkan peningkatan 2.8 peratus diikuti komunikasi (1.6%), kesihatan (1.2%) dan pendidikan

(1.0%).

Data dan statistik indeks harga pengguna (IHP) jelas menunjukkan bahawa rakyat kini berjimat cermat

dalam perbelanjaan dan hanya berbelanja untuk survival diri dan keluarga untuk keperluan asas seperti

makanan dan minuman. Jelas pandemik Covid-19 sangat mempengaruhi ekonomi Malaysia, lebih-lebih

lagi ekonomi global.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), KDNK 1Q 2020 Malaysia menurun kepada 0.7% disebabkan

oleh kesan tindakan yang diambil, baik di peringkat global dan domestik untuk membendung penyebaran

wabak Covid-19. Dijangka pertumbuhan keseluruhan KDNK untuk tahun 2020 serendah -4.7%.

Menteri Kewangan Zafrul Abdul Aziz menyebutkan bahawa defisit fiskal negara akan menjadi hampir

dua kali ganda, meningkat kepada sekitar 6% daripada output ekonomi tahunan pada tahun 2020

disebabkan oleh pembiayaan dalam projek-projek bantuan kerajaan berkaitan dengan pandemik Covid-

19. Pemulihan ekonomi bergantung pada pihak awam dan swasta yang saling berkaitan secara dinamik,

demi kebaikan sosial dan ekonomi negara.

Semasa PKP sahaja, 66% perniagaan mengalami penurunan permintaan yang drastik sehingga

menyukarkan usaha mempertahankan perniagaan sedia ada.

Page | 4
Kerajaan Malaysia secara proaktif telah mengambil banyak inisiatif untuk merangsang dan meningkatkan

ekonomi, serta meningkatkan ekonomi di sektor swasta, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin dan

rancangan Penjana. Prihatin dijangka menyumbang sebanyak 2.8% kepada pertumbuhan KDNK.

Agensi antarabangsa meramalkan pertumbuhan KDNK Malaysia antara 4.7% dan 9%, dengan keadaan

kesihatan awam yang terkawal. Prestasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur

selepas Jun 2020 dan mencatat pemulihan positif pada tahun 2021, disokong oleh langkah fiskal, monetari

dan kewangan yang cukup besar dan kemajuan dalam projek infrastruktur awam yang berkaitan dengan

pengangkutan.

Page | 5
Cadangan strategi ekonomi bagi memulihkan ekonomi negara

Berlatarbelakangkan krisis kesihatan, dasar ekonomi memainkan dua peranan. Pertama, dasar berperanan

memastikan pandemik dibendung. Kedua, dasar berperanan menyokong tahap pendapatan tanpa

berkompromi dengan keutamaan kesihatan. Unuk melaksanakan peranan pertama adalah mudah. Dasar

seharusnya dapat mengurangkan kekangan sumber yang dihadapi oleh sektor penjagaan kesihatan. Hasrat

ini boleh dicapai secara meluas melalui peruntukan dana, peralatan, infrastruktur dan modal insan dengan

murah hati dan cepat kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, termasuk di Malaysia. Justeru, rencana

ini akan memberikan tumpuan pada peranan dasar yang kedua yang lebih menjadi perbalahan, iaitu

perlunya kemerosotan mata pencarian ditangani dengan baik tanpa berkompromi dengan matlamat

kesihatan.

Langkah-langkah yang diambil perlu tepat untuk menangani kekangan yang sedang dihadapi oleh

isi rumah dan firma, iaitu kekurangan aliran tunai yang besar ekoran kelemahan kewangan semasa. Setakat

ini, tindak balas dasar yang diperkenalkan oleh kebanyakan negara berusaha menangani masalah ini secara

langsung, seperti pemberian bantuan kewangan dan subsidi upah, dan secara tidak langsung, melalui

kredit/penangguhan cukai dan jaminan pinjaman. Kesemua langkah ini bertujuan untuk meminimumkan

kehilangan pendapatan dan mengekalkan keadaan kos bagi firma dan isi rumah semasa ketiadaan

pekerjaan dan pengeluaran. Yang penting, pindahan tunai yang tepat kepada individu atau perniagaan

akan mengurangkan kekangan mudah tunai dalam jangka terdekat. Selain itu, langkah ini mengasingkan

aktiviti pengeluaran dan perniagaan daripada aliran pendapatan, lantas mengelakkan konflik dengan usaha

bagi memelihara kesihatan orang ramai untuk melandaikan keluk wabak.

Bagi mengelakkan keadaan berlarutan sehingga menjadi krisis kewangan, dasar juga menangani

secara langsung tekanan kedudukan kewangan dalam sektor kewangan. Pihak berkuasa penyeliaan dan

bank pusat pada amnya telah mengalakkan penggunaan penampan modal kitaran berbalas dan pemulihan,

Page | 6
melebihi penurunan kadar faedah dan suntikan mudah tunai. Pelonggaran dasar kehematan makro juga

dilaksanakan untuk menyokong keadaan ekonomi. Selain itu, bank pusat dan kerajaan telah memberikan

jaminan pinjaman secara meluas dan bersasaran serta kemudahan kredit untuk mengelakkan keadaan luluh

kredit (credit crunch) pada peringkat firma yang mungkin menyebabkan limpahan teruk ke dalam institusi-

institusi kewangan

Terdapat had tempoh masa seseorang itu mampu bertahan sebelum dilanda masalah keperluan

pembiayaan dan perbelanjaan ekoran kehilangan pendapatan. Dasar perlu segera dapat mengurangkan

kekangan mudah tunai yang dihadapi oleh isi rumah dan perniagaan bagi mengelakkan kebankrapan yang

akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan. Dasar yang tepat pada masanya memerlukan data dan

kemampuan untuk melakukannya (automaticity). Satu cara bagi menentukan keadaan ini adalah menerusi

penunjuk berkebetulan (coincident indicators) yang menunjukkan dengan jelas apabila ekonomi

mengalami kemelesetan. Sahm Rule oleh Federal Reserve merupakan salah satu penunjuk tersebut. Sahm

(2019) mencadangkan penunjuk ini dikaitkan terus dengan pengeluaran rangsangan langsung yang

berskala besar, manakala Chodorow-Reich dan Coglianese (2019) mencadangkan insurans pengangguran

diperluas secara automatik dengan meliberalisasikan kelayakan dan pembiayaan apabila berlakunya

kesukaran ekonomi. Haughwout (2019) seterusnya mencadangkan projek infrastruktur awam dimulakan

secara automatik jika dan apabila ekonomi dipercayai mula mengalami kemelesetan. Meskipun

kemelesetan lazimnya ditakrifkan dari segi KDNK, penunjuk yang boleh diukur ini mempunyai kesan

tertangguh yang besar, justeru penilaian keadaan ekonomi akan tertangguh. Kemelesetan yang dikesan

lebih awal akan membolehkan langkah yang lebih efektif diambil, justeru mengurangkan kesan negatif

yang ketara terhadap ekonomi dari segi kadar kebankrapan yang tinggi, bertambahnya kehilangan

pekerjaan secara mendadak dan kemungkinan meningkatnya kadar pengangguran yang berterusan.

Perkara ini memberi penekanan tentang pentingnya campur tangan dasar yang tepat pada masanya.

Page | 7
Tindakan dasar monetari yang selaras dan cepat meredakan keadaan pasaran kewangan, terutamanya

dalam ekonomi sedang pesat membangun. Kemudahan swap Dolar AS ditawarkan oleh Federal Reserve

kepada bank pusat dalam ekonomi sedang pesat membangun utama, termasuklah Brazil dan Mexico, serta

ekonomi serantau terpilih. Kemudahan ini mengimbangi sebahagiannya kekurangan dolar AS dan

mengehadkan tahap keadaan kewangan yang menjadi ketat secara mendadak dan mengejut, justeru

mengelakkan krisis yang sedang berlaku ini daripada berubah menjadi krisis kewangan.

Magnitud tindak balas dasar mesti mencukupi, selaras dengan sifat luar biasa krisis ekonomi yang

berpunca daripada pandemik COVID-19. Jika COVID-19 dilihat dari sudut pandangan kemanusiaan dan

diringkaskan dari sudut ekonomi, rangsangan bertujuan mengekalkan mata pencarian dan menjaga

maruah manusia ketika menghadapi tempoh yang mencabar. Guerrieri et al. (2020) mengatakan bahawa

meskipun impak rangsangan dasar terhadap pertumbuhan sebenarnya lebih rendah, ekoran penjarakan

sosial dan pembendungan pergerakan yang menyekatkan aktiviti ekonomi, langkah ini masih merupakan

tindak balas yang sesuai. Melalui penyediaan bantuan yang mencukupi kepada kelompok yang lebih

mudah terjejas dalam ekonomi, matlamat untuk memastikan kesejahteraan kekal terpelihara dengan cara

yang insani mampu dicapai.

Dasar yang diperkenalkan oleh Malaysia telah menjurus kepada meringankan beban aliran tunai

yang dihadapi oleh firma dan isi rumah sejak tercetusnya pandemik COVID-19, seterusnya memenuhi

kriteria ketepatan. Pada akhir bulan Februari, sebelum pandemik meruncing pada peringkat global,

pindahan langsung dan jaminan kredit diperkenalkan bagi sektor yang terjejas, terutamanya dalam industri

berkaitan pelancongan. Pada bulan Mac dan April, pindahan langsung secara meluas, moratorium

pinjaman dan kemudahan kredit khas seperti Kemudahan Bantuan Khas BNM menunjukkan kesedaran

bahawa ketepatan dalam menangani keperluan mudah tunai oleh isi rumah dan firma adalah kritikal.

Page | 8
Selain itu, pelaksanaan langkah-langkah tindak balas secara pantas menunjukkan kepekaan

terhadap perkembangan ekonomi global dan dalam negeri yang telah merosot dengan ketara sejak

pertengahan bulan Mac. Yang penting, bantuan berskala besar untuk PKS dan isi rumah yang diumumkan

secara berperingkat adalah setara dengan tahap gangguan yang dialami dalam aktiviti ekonomi ekoran

pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dari aspek dasar monetari dan kewangan, Kadar Dasar Semalaman dan Keperluan Rizab Berkanun

diturunkan, manakala penggunaan penampan kehematan pun dibenarkan, sebelum COVID-19 mencapai

peningkatan sepenuhnya. Bagi mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi tanpa berkompromi

dengan matlamat kesihatan orang ramai, bantuan ekonomi yang besar turut disediakan. Dengan kesedaran

bahawa kesan negatif terhadap ekonomi akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan sewajarnya,

pakej rangsangan yang ditawarkan di Malaysia mencapai kedudukan sebagai salah satu pakej yang

terbesar dalam kalangan seluruh ekonomi sedang pesat membangun dan ekonomi serantau. Pakej ini

berjumlah sebanyak 17% daripada KDNK dan mencakupi langkah-langkah langsung dan tidak langsung.

Pelonggaran dasar monetari secara meluas seterusnya meningkatkan kestabilan kewangan dan

membolehkan pemulihan yang lancar ketika pandemik ini luput. Ternyata apabila berlakunya krisis yang

luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini, tindak balas ekonomi turut luar biasa, selaras dengan

tindakan segera yang ditunjukkan oleh kriteria ini.

Page | 9
Kesimpulan

Rencana ini meletakkan krisis kesihatan orang ramai yang berpunca daripada pandemik COVID-19 dalam

konteks ekonomi. Keadaan kejutan penawaran yang tidak pernah dijangka telah mendorong tindak balas

permintaan yang besar. Pihak Bank Negara Malaysia telah membuat analisis tentang tindak balas dasar

fiskal, monetari dan kewangan pada peringkat global. Bank mendapati bahawa keutamaan dasar ketika

pandemik COVID19 adalah dengan melihat ekonomi dari sudut pandangan kemanusiaan, iaitu

mengekalkan mata pencarian dan memastikan keperluan mudah tunai tetap dipenuhi tanpa menjejaskan

keutamaan kesihatan orang ramai. Bagi mencapai matlamat ini, rencana ini telah mengenal pasti tiga ciri

yang patut dipenuhi untuk pertimbangan dasar, iaitu tepat, pantas dan mencukupi.

COVID-19 memang luar biasa, yakni krisis kesihatan luar biasa yang telah mencetuskan anjakan

paradigma mengenai krisis ekonomi. Oleh yang demikian, barisan hadapan ekonomi memerlukan tindak

balas dasar yang juga luar biasa bagi menghadapi kemelesetan ini.

Page | 10
Rujukan

1. Covid-19 dan ekonomi negara, Dr. Mohd Adib Ismail, from http://www.ukm.my/dradib/covid-19-

dan-ekonomi-negara/

2. Implikasi Covid- 19 kepada ekonomi negara, Malaysiakini, from

https://www.malaysiakini.com/news/531780

3. 8 impak makro COVID-19 dan cabaran baharu terhadap sektor hartanah negara, from

https://www.iproperty.com.my/guides/impak-makro-covid-19-terhadap-sektor-hartanah-negara-

malayoc/

4. Bnm.gov.my, from: https://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2020/Q1/p2ba1_bm.pdf

Page | 11

You might also like