You are on page 1of 10

TUGASAN EKONOMI SEMESTER 2

2020/2021 ( AE015 )

ULASAN ARTIKEL

NAMA : AUNI EZZATI BINTI AZMAN@AZLAN

NO. KAD PENGENALAN : 020612120598

NO. MATRIK : MA2023111027

KUMPULAN TUTORAN : AT14

NAMA PENSYARAH : PUAN NORTI PANAI


ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN

1.1 : Takfrif Konsep Makroekonomi 2

1.2 : Terangkan 4 Pembolehubah Makroekonomi

2 ULASAN ARTIKEL

2.1 : Ulas Masalah COVID-19 terhadap Ekonomi 3-4

2.2 : Masukkan data perbincangan penting dalam artikel


3 PERKAITAN ARTIKEL DALAM PDP

3.1 : Bincangkan dan kaitkan masalah COVID-19 terhadap 4 5-6


Pembolehubah Makroekonomi

4 PENUTUP

4.1 : Terangkan 3 cadangan untuk selesaikan masalah 7


ekonomi disebabkan oleh COVID-19

5 SENARAI RUJUKAN 8

1
1.0 : PENGENALAN

Makroekonomi menjelaskan kegiatan ekonomi secara menyeluruh (agregat),


iaitu mengkaji kegiatan dan interaksi sektor isi rumah, firma, kerajaan dan negara
asing yang menentukan tingkat pencapaian ekonomi. Tingkat pencapaian ekonomi
sesebuah negara diukur melalui beberapa petunjuk atau pembolehubah ekonomi iaitu
guna tenaga dan pengangguran, tingkat harga umum dan inflasi, imbangan
pembayaran, pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi.

Pembolehubah Makroekonomi yang pertama ialah guna tenaga dan


pengangguran. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh pelbagai
sektor ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah
negara. Jumlah tenaga buruh ialah jumlah penduduk yang berumur antara 15 hingga
64 tahun yang bekerja atau sedang mencari pekerjaan (tidak termasuk suri rumah,
pelajar, pesara dan penganggur). Pengangguran ialah jumlah tenaga buruh yang tidak
digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan dalam sesebuah negara.

Pembolehubah yang kedua ialah tingkat harga umum dan inflasi. Tingkat
harga umum ialah harga purata bagi semua barang dan perkhidmatan di pasaran.
Inflasi pula ialah kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara
berterusan dan tidak terbatas.

Pembolehubah yang ketiga ialah imbangan pembayaran. Imbangan


pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga
dan aliran wang yang dilakukan di antara sesebuah negara dengan negara lain dalam
tempoh satu tahun.

Pembolehubah terakhir ialah pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi.


Pendapatan negara merujuk kepada nilai semua barang-barang dan perkhidmatan
akhir yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun.
Perkembangan aktiviti ekonomi yang menyebabkan peningkatan pengeluaran barang
dan perkhidmatan serta kebajikan masyarakat. Kadar pertumbuhan ekonomi
mengukur peratus pertumbuhan ekonomi sesuatu tahun berbanding tahun
sebelumnya.

2
2.0 : ULASAN ARTIKEL

Aktiviti perniagaan dijangkakan mungkin tidak akan dapat pulih dalam tempoh
terdekat kerana pandemik COVID-19 ini. Defisit belanjawan yang tinggi melebihi
sasaran (-3.2%) tahun ini mungkin berlaku walaupun kerajaan menyediakan pakej
rangsangan untuk menangani kelembapan ekonomi. Kestabilan ekonomi negara
terjejas oleh COVID-19 melalui beberapa saluran utama di mana sektor-sektor
ekonomi dalam negara tertekan akibat kesan rantaian bekalan global. Contohnya ialah
kerana kekurangan pengeluaran bahan mentah di negara-negara terjebak,
pengeluaran dalam sektor pembuatan seperti topeng muka dan automobil terjejas.

Sektor pengangkutan udara seperti Malaysia Airlines dan AirAsia merupakan


mangsa pandemik ini kerana guna tenaga bagi perniagaan terhad akibat daripada
Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan pergerakan pekerja dan staf.
Kesannya, pengeluaran barang dan perkhidmatan berkurang. Sektor pelancongan
terjejas teruk kerana sekatan kemasukan pelancong asing dan kawalan pergerakan
yang melembapkan bisnes yang berkaitan dengan sektor tersebut serta menyebabkan
penurunan mendadak jumlah pelancong.

Krisis virus COVID-19 merupakan ancaman bagi negara dan masyarakat


sejagat kerana ia menyerang ketika persekitaran ekonomi global mengalami sedikit
kelembapan. Tiga bulan sebelum tersebarnya virus COVID-19 ke seluruh dunia,
pertumbuhan ekonomi semua negara semakin perlahan berikutan ketegangan
perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Wabak ini menjadi krisis kesihatan
awam antarabangsa dan krisis ekonomi dunia yang menyebabkan kejutan bekalan
serta permintaan daripada lebih 180 negara. Pandemik global ini menyebabkan harga
minyak antarabangsa mengalami kejatuhan yang mengakibatkan tekanan fiskal
tambahan terhadap negara pengeluar minyak seperti Malaysia.

Ekonomi Malaysia semakin terkesan dengan krisis kesihatan awam iaitu


pertambahan kes positif COVID-19 setiap hari. Kesannya yang ketara dan
mengganggu semua aktiviti ekonomi negara. Pendapat ramai pakar ekonomi
mengatakan yang pertumbuhan ekonomi Malaysia 2020 dijangka turun ke paras -0.1
peratus berdasarkan senario garis dasar dan -4.6 peratus pada kes senario rendah.
Kadar kemiskinan juga terimpak sekali dengan pemberhentian pekerja secara besar-
3
besaran di mana 24 juta orang tidak mampu keluar daripada kemiskinan pada 2020
mengikut senario garis dasar. Anggaran 100,000 rakyat Malaysia akan kehilangan
pekerjaan jika COVID-19 berterusan sehingga penghujung tahun. Namun, anggaran
ini tidak mengambil kira pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan
oleh kerajaan bagi melindungi pekerja dan menambah baik kecekapan pasaran buruh
negara untuk menangani ancaman COVID-19 dan pelbagai cabaran sosio-ekonomi.

Laporan terbaru Bank Dunia menggesa negara untuk ambil tindakan segera
untuk melaksanakan langkah ekonomi bagi mengurangkan kesan ke atas isi rumah,
perniagaan dan pekerja Malaysia. Ini termasuk suntikan mudah tunai lebih besar dan
fleksibiliti pembayaran balik kepada sektor kewangan. Negara perlu mengamalkan
pendekatan bersepadu terhadap pembendungan wabak COVID-19 dan dasar
makroekonomi serta kerjasama antarabangsa dan perkongsian awam-swasta untuk
pastikan pengeluaran dan pembekalan barangan perubatan mencukupi. Kerajaan
juga mengeluarkan dua pakej rangsangan ekonomi dan meletakkan negara di bawah
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP melarang perhimpunan dan mewajibkan
pembelajaran dan bekerja dari rumah untuk semua yang terlibat. Walaupun pakej
besar tersebut disediakan untuk menangani kelembapan ekonomi, ia menyebabkan
defisit belanjawan tinggi melebihi sasaran pada paras -3.2 tahun ni.

PKP bertujuan untuk mengehadkan penularan virus secara meluas. Untuk


menghalang pembentukan gelombang jangkitan baharu, orang ramai perlu patuh
pada saranan KKM. Persoalan timbul mengenai jurang pakej dan jumlah sesuai bagi
sesetengah langkah yang diumumkan walaupun langkah ini wajar untuk krisis ini.

4
3.0 : PERKAITAN ARTIKEL DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Berdasarkan nota kuliah, terdapat 4 pembolehubah ekonomi. Pembolehubah


yang pertama ialah guna tenaga dan pengangguran. Guna tenaga ialah jumlah tenaga
buruh yang bekerja dalam sektor-sektor ekonomi manakala pengangguran pula ialah
jumlah tenaga buruh yang tidak digunakan oleh pelbagai sektor ekonomi. Artikel
menyatakan bahawa guna tenaga bagi sektor ekonomi seperti sektor pengangkutan
udara (AirAsia dan Malaysia Airlines) menjadi lebih terhad akibat dari Perintah
Kawalan Pergerakan yang dijalankan oleh kerajaan. Pergerakan pekerja dan staf yang
terhad menyebabkan perkhidmatan serta pengeluaran barang ekonomi berkurang.
Artikel juga menyatakan bahawa anggaran sebanyak 100,000 rakyat Malaysia akan
kehilangan pekerjaan jika COVID-19 berterusan sehingga penghujung tahun. Ini
bermaksud yang guna tenaga dalam sektor ekonomi akan menurun dan kadar
pengangguran pula akan meningkat. Semakin rendah kadar guna tenaga, semakin
tinggi kadar pengangguran dan seterusnya akan menyebabkan keluaran negara
menurun.

Pembolehubah yang kedua ialah tingkat harga umum dan inflasi. Tingkat harga
umum ialah harga purata barang dan perkhidmatan di pasaran manakala inflasi ialah
kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dan tidak
terbatas. Artikel menyatakan bahawa harga minyak antarabangsa mengalami
kejatuhan pada awal Mac disebabkan oleh pandemik tersebut yang mengakibatkan
tekanan fiskal tambahan terhadap negara pengeluar minyak. Tingkat harga umum
dilihat jatuh sebanyak 2.9% pada April 2020 yang mana ia mempengaruhi penurunan
harga petrol dan diesel berdasarkan perangkaan terkini Indeks Harga Pengguna
(IHP). Kadar inflasi keseluruhan Malaysia dijangka meningkat sederhana pada 2020
dengan inflasi harga pengguna lebih tinggi secara purata ( 1.5% – 2.0% ) berbanding
0.7% bagi 2019 menurut Kumpulan Bank Dunia.

Pembolehubah yang ketiga ialah imbangan pembayaran. Imbangan


pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga
dan aliran wang yang dilakukan di antara sesebuah negara dengan negara lain dalam
tempoh satu tahun. Artikel menyatakan bahawa negara mengalami defisit belanjawan

5
tinggi melebihi sasaran ( -3.2% ) kerana kerajaan menyediakan pakej rangsangan
besar untuk tangani kelembapan ekonomi. Defisit ialah keadaan di mana jumlah
penerimaan dari luar negara adalah kurang daripada jumlah pembayaran yang dibuat
ke luar negara. Pandemik ini menyebabkan defisit imbangan pembayaran terhadap
negara.

Pembolehubah yang terakhir ialah pendapatan negara dan pertumbuhan


ekonomi. Artikel menunjukkan pendapatan negara berlaku penurunan akibat
pandemik. Tiga bulan sebelum virus COVID-19 menyerang, pertumbuhan ekonomi
hamper semua negara menjadi lebih perlahan kesan dari ketegangan perdagangan
antara Amerika dan China. Ekonomi Malaysia terkesan dengan krisis kesihatan awam
yang kian meningkat dan menyebabkan gangguan menyeluruh kepada semua aktiviti
ekonomi di negara. Pakar-pakar ekonomi berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi
Malaysia pada 2020 dijangka turun ke paras -0.1% pada senario garis dasar dan -4.6
pada kes senario rendah. Artikel ini jelas menunjukkan bahawa pandemik COVID-19
ini menjatuhkan peratusan pertumbuhan negara. Penurunan aktiviti ekonomi yang
menyebabkan penurunan pengeluaran barang dan perkhidmatan serta kebajikan
masyarakat.

6
4.0 : PENUTUP

Pada pendapat saya, beberapa langkah boleh diambil oleh kerajaan untuk
membantu menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara. Pertama,
saya cadangkan agar kerajaan menangguh pembayaran pinjaman kepada individu,
syarikat-syarikat serta perniagaan yang memainkan peranan dalam pembentukan
ekonomi Malaysia. Ini adalah untuk mengelakkan syarikat dan perniagaan daripada
berhentikan operasi mereka serta melindungi ramai pekerja daripada diberhentikan
dan meningkatkan kadar pengangguran.

Seterusnya ialah, kerajaan boleh memberikan bantuan subsidi kepada syarikat-


syarikat tertentu yang terkesan. Sebagai contoh, memberikan bantuan subsidi gaji
sebanyak 70% daripada gaji-gaji pekerja untuk meringankan beban perniagaan
sekaligus dapat mengelakkan kadar pengangguran meningkat kerana tidak mampu
untuk membayar gaji-gaji pekerja.

Akhir sekali ialah, kerajaan boleh menangguhkan pembayaran cukai


pendapatan perniagaan ke tahun hadapan. Ini supaya syarikat dan perniagaan dapat
menggunakan dana-dana yang sepatutnya digunakan untuk bayar cukai tersebut
untuk terus beroperasi bagi memulihkan ekonomi Malaysia. Dengan ini, syarikat terus
mendapat untung dan menyumbang dalam pemulihan ekonomi ke keadaan yang lebih
stabil.

7
5.0 : SENARAI RUJUKAN

Abdul Aziz, M. (2020, May 27). Ringgit stabil, inflasi rendah melegakan pengguna.

Retrieved February 19, 2021, from Berita Harian website:

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/693484/ringgit-stabil-

inflasi-rendah-melegakan-pengguna

COVID-19: Malaysia hadapi bencana luar biasa. (2020, April 24). Retrieved October

21, 2021, from Utusanborneo.com.my website:

https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/24/covid-19-malaysia-hadapi-

bencana-luar-biasa

COVID-19: Shahril Bentangkan Cadangan Tindakan Ekonomi Segera. (2020, March

18). Retrieved February 18, 2021, from UMNO Online website: https://umno-

online.my/2020/03/18/covid-19-shahril-bentangkan-cadangan-tindakan-

ekonomi-segera/

Fadli, S. (2020, November 10). Bab 1 : Pengenalan Makroekonomi. Retrieved

February 16, 2021, from Blogspot.com website:

http://mysirfadli.blogspot.com/p/bab-1-pengenalan-makroekonomi.html

Inflasi Malaysia dijangka meningkat sederhana 2020 - Bank Dunia. (2019, December

10).Retrieved February 19, 2021, from Berita Harian website:

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/12/637078/inflasi-malaysia-

dijangka-meningkat-sederhana-2020-bank-dunia

Iry Journey. (2018, March 31). PEMBOLEHUBAH MAKROEKONOMI. Retrieved

February 13, 2021, from Blogspot.com website:

http://latinsani.blogspot.com/2018/03/pembolehubah-makroekonomi.html?m=1

8
9

You might also like