You are on page 1of 6

1.

0 Pendahuluan
Tajuk artikel ialah “Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus pada tahun 2014”.
Artikel ini diterbitkan pada hari Khamis bertarikh 12 Februari 2015. Artikel ini ditulis
oleh Ahmad Fiesal Othman dan diterbitkan oleh Berita Harian. Isi kandungan artikel ini
membincangkan tentang Ekonomi Malaysia yang telah berkembang dengan baik pada
tahun 2014. Penulis ingin memberitahu pencapaian peningkatan dari segi tingkat guna
tenaga penuh, kestabilan tingkat harga umum dan peningkatan pertumbuhan ekonomi.
Penulis juga membuat perbandingan dari tahun 2012, 2013 dan 2014 untuk membuktikan
pencapaian ekonomi pada tahun yang berbeza. Tambahan pula, penulis telah membuat
kesimpulan terhadap pencapaian ekonomi mengikut idea bekas Gabenor Bank Negara
Malaysia iaitu Tan Sri Dr Zati Akhtar Aziz.

2.0 Ulasan Artikel


2.1.0 Mencapai tingkat guna tenaga penuh
Mencapai tingkat guna tenaga penuh bermaksud guna tenaga penuh merujuk kepada
keadaan di mana kadar pengangguran berada di bawah 4%. Ini bermakna semua faktor
pengeluaran telah digunakan sepenuhnya pada tahap maksimum dalam proses
pengeluaran tanpa berlaku pembaziran. Pengangguran yang terjadi semasa ekonomi
mencapai tingkat guna tenaga penuh dikenali sebagai pengangguran semula jadi yang
terdiri daripada pengangguran geseran dan pengangguran berstruktur. Pencapaian
matlamat guna tenaga penuh adalah penting kerana apabila berlakunya pengangguran
dalam ekonomi, ini bermakna ketidakcekapan dalam pengeluaran dan sumber-sumber
ekonomi. Pengangguran akan membawa kesan yang negatif terhadap individu dan sosial.
Individu akan mula hilang punca pendapatan dan menimbulkan masalah kewangan yang
akan menjejaskan kesejahteraan keluarga.

2.1.1 Guna tenaga dan pengangguran


Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh pelbagai kegiatan
ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sebuah negara. Ia merujuk
kepada jumlah penduduk yang sanggup bekerja dan telah mendapat pekerjaan.
Penganggur pula ialah keadaan ekonomi yang terdapat sejumlah tenaga buruh yang tidak
digunakan oleh sektor-sektor ekonomi dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ini
bermaksud dalam ekonomi terdapat penduduk yang sanggup bekerja tetapi masih tidak
ditawar pekerjaan.

This study source was downloaded by 100000834309662 from CourseHero.com on 02-14-2022 09:28:23 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/73308484/Assignment-ekonomi-sem-2docx/
Perubahan Peningkatan Guna Tenaga dan Pengangguran
2012 2013 2014
16000

14000
13634.613931.6
13119.6 1321013532.1
12000 12723.2

10000

8000

6000

4000

2000

0
Tenaga Buruh ('000) Guna Tenaga ('000) 3 Pengangguran
Kadar 3.1 2.9 (%)

Rajah di atas dapat menunjukkan perkembangan tenaga buruh dan guna tenaga
pada kadar yang lebih kukuh. Pada tahun 2012, jumlah guna tenaga sebanyak 12723.2
daripada 13119.6 telah digunakan untuk kegiatan ekonomi. Ia pula mula meningkat pada
tahun 2013 dengan menggunakan guna tenaga sebanyak 13210 daripada 13634.6 dan
terus meningkat pada tahun 2014 dengan menggunakan 13532.1 daripada 13931.6 untuk
kegiatan ekonomi yang menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sebuah negara.
Peningkatan berterusan ini disebabkan dari segi kualiti tenaga kerja, tahap pendidikan dan
kemahiran pekerja Malaysia yang meningkat dari semasa ke semasa. Malaysia juga
mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan adanya bakat mahir sejajar dengan
keperluan transformasi ekonomi negara. Menerusi jadual diatas juga kita boleh lihat
bahawa kadar pengangguran berada di paras yang sama iaitu 3% keatas. Oleh itu,
ekonomi negara boleh dikatakan telah mencapai tingkat guna tenaga penuh kerana
pengangguran yang wujud pada masa itu adalah akibat tenaga buruh yang menukar kerja
sahaja dan bukan disebabkan kekurangan peluang pekerjaan.

2.2.0 Mencapai kestabilan tingkat harga umum


Kestabilan tingkat harga umum bermakna tingkat harga umum dalam ekonomi
secara purata mengalami perubahan yang minimum. Harga umum tidak mengalami
masalah turun naik yang akan menjejaskan perkembangan ekonomi. Kenaikan harga
umum yang berterusan akan menyebabkan berlakunya masalah inflasi manakala

This study source was downloaded by 100000834309662 from CourseHero.com on 02-14-2022 09:28:23 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/73308484/Assignment-ekonomi-sem-2docx/
kejatuhan harga umum akan menimbulkan masalah deflasi atau kemelesetan ekonomi.
Pencapaian matlamat ini penting kerana kenaikan harga umum yang tidak terkawal akan
menyebabkan masalah inflasi yang serius. Inflasi akan menyebabkan eksport negara
merosot kerana harga barang eksport menjadi lebih mahal dan tidak dapat bersaing di
pasaran antarabangsa.

2.2.1 Tingkat harga umum dan inflasi


Inflasi adalah salah satu keadaan di mana tingkat harga umum barang dan
perkhidmatan telah meningkat secara menyeluruh dan berterusan serta tidak terbatas.
Kenaikan harga umum pula bermaksud kenaikan harga yang serentak ke atas kebanyakan
jenis barang dan perkhidmatan yang dijual beli dalam ekonomi.

INDEKS HARGA PENGGUNA MENGIKUT KAWASAN

3.2

Malaysia 2.1

1.6

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5


2012 2013 2014

Dari segi inflasi, Bank Negara berkata, seperti yang diukur peratus perubahan
tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat dari tahun 2012 kepada 2013
iaitu daripada 1.6 kepada 2.1. Ia juga berterusan meningkat dari tahun 2013 kepada 2014
iaitu pada nilai 2.1 kepada 3.2. Ini disebabkan oleh perkhidmatan pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) dan kesan limpahan pengurangan subsidi minyak yang
berkuatkuasa pada Oktober 2014. Pelaksanaan GST akan memberi impak sementara
kepada kos barangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, pengembangan kapasiti
yang kukuh sejak beberapa tahun lalu telah membantu mengurangkan tekanan kos,

This study source was downloaded by 100000834309662 from CourseHero.com on 02-14-2022 09:28:23 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/73308484/Assignment-ekonomi-sem-2docx/
manakala sentiment pengguna yang lebih berhati-hati telah menyumbang kepada
penyederhanaan permintaan dan mngelakkan peningkatan inflasi yang lebih ketara.
Tambahan pula, inflasi dicatat berkemungkinan lebih rendah pada tahun 2015. Ini
disebabkan harga minyak rendah dan penyediaan sokongan yang berterusan bagi aktiviti
penggunaan swasta.

2.3.0 Meningkatkan pertumbuhan ekonomi


Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan kegiatan ekonomi yang
dicerminkan oleh pertumbuhan dalam keluaran negara. Pertumbuhan ekonomi
menyebabkan peningkatan keupayaan sebuah negara untuk menghasilkan lebih banyak
barang dan perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan meningkatkan
pendapatan negara dan pendapatan perkapita. Pertumbuhan ekonomi juga mencipta lebih
banyak peluang pekerjaan untuk menampung tenaga buruh yang semakin bertambah.
Peningkatan keupayaan ekonomi untuk menghasilkan lebih banyak barang berikutan
pertambahan dalam sumber ekonomi, barangan modal dan tingkat pelaburan.

2.3.1 Pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi


Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan aktiviti-aktiviti ekonomi
yang menyebabkan satu peningkatan pengeluaran barang dan perkhidmatan serta
kebajikan masyarakat. Pertumbuhan ekonomi menyebabkan peningkatan keupayaan
sesebuah negara menghasilkan lebih banyak barang dan perkhidmatan. Jika berterusan, ia
akan meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan perkapita. Pertumbuhan ekonomi
juga mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk menampung tenaga buruh yang
semakin bertambah. Daripada artikel yang saya kaji, penulis menyatakan bahawa
ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan di luar jangkaan pada 2014 dengan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak enam peratus berbanding 4.7
peratus pada 2013. Ini disebabkan oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor
perkhidmatan dijangka berkembang kukuh dengan berkembang 6.4 peratus perdagangan
borong, pengangkutan dan penyimpanan mendapat manfaat daripada aktiviti berkaitan
perdagangan yang lebih tinggi manakala sektor pembuatan mencatat pertumbuhan yang
mapan sebanyak 5.2 peratus lebih cepat disebabkan oleh peningkatan eksport barangan
elektronik dan elektrik berikutan permintaan luar yang bertambah baik. Kedudukan sektor
luar Malaysia dijangka kekal menggalakkan pada 2014 disokong oleh persekitaran luar

This study source was downloaded by 100000834309662 from CourseHero.com on 02-14-2022 09:28:23 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/73308484/Assignment-ekonomi-sem-2docx/
yang bertambah baik, peningkatan jualan global serta permintaan domestik dan serantau
yang berdaya tahan.

3.0 Kesimpulan
Lazimnya pertumbuhan ekonomi dan pendapatan yang lebih tinggi boleh membawa
kedudukan taraf hidup yang lebih baik. Kerajaan sentiasa prihatin bahawa usaha
mengurus kos sara hidup dengan berkesan terus menjadi salah satu agenda utama
memandangkan isu ini terus memberi impak kepada sebahagian besar rakyat. Kerajaan
terus menangani isu ini secara menyeluruh dan bersepadu. Usaha ini termasuk menyelaras
pelaksanaan dasar dan program oleh pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat dalam
mengurangkan beban rakyat. Pada masa yang sama, kita sebagai rakyat perlu menjadi
pengguna yang bijak dan membuat perubahan gaya hidup serta tabiat berbelanja supaya
tidak terbeban dengan masalah hutang. Sehubungan itu, pengasingan perbelanjaan harian
walaupun sedikit boleh memberi manfaat. Langkah ini termasuk penjimatan tenaga bagi
pengurangan bil elektrik, penggunaan pengangkutan awam dan perancangan bajet setiap
bulan untuk mengelakkan daripada membeli mengikut gerak hati yang boleh
menyebabkan beban kewangan yang lebih besar pada masa hadapan.

This study source was downloaded by 100000834309662 from CourseHero.com on 02-14-2022 09:28:23 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/73308484/Assignment-ekonomi-sem-2docx/
4.0 Rujukan

1) Yeam Hock Kong. (2007). Makroekonomi teks dan rujukan lengkap STPM dan
Pra-u. Shah Alam, Selangor. Arah Pendidikan Sdn Bhd.

2) Kuok, K. (2016). Ekonomi tingkatan 5. Taman Wawasan Perindustrian: Zeti


enterprise.

3) Ahmad Fiesal Othman. (2015). Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus pada 2014,
Februari 12, 2015, from
https://www.bharian.com.my/node/34579

4) Raziq bin Tolib. (2015). Ekonomi Malaysia kekal kukuh 2015, Oktober 23, 2015,
from
https://www.bharian.com.my/node/91185

5) Najib Arof. (2015). Ekonomi negara tumbuh lebih kukuh pada suku keempat 2014,
Februari 12, 2015, from
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-negara-tumbuh-lebih-kukuh-pada-
suku-keempat-2014-zeti-akhtar-53813

This study source was downloaded by 100000834309662 from CourseHero.com on 02-14-2022 09:28:23 GMT -06:00

https://www.coursehero.com/file/73308484/Assignment-ekonomi-sem-2docx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like