You are on page 1of 21

1|Page

Kerajaan Malaysia menghadapi cabaran paling sukar, terutamanya dalam sektor ekonomi,
memandangkan negara itu bertujuan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2050.
Untuk menjadi sebuah negara maju di bawah kerajaan semasa, pertumbuhan ekonomi
Malaysia memainkan peranan penting yang perlu dikekalkan dengan betul. Saiz perbelanjaan
kerajaan dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi jangka panjang, dan sebaliknya telah
menjadi isu minat yang berterusan selama beberapa dekad (Loizides & Vamvoukas, 2005)
dan banyak penganalisis ekonomi menjalankan pelbagai analisis ekonomi berdasarkan
makroekonomi negara.

Di Malaysia, isu utama atau faktor yang mempengaruhi status makroekonomi adalah
pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup, status pengangguran dan inflasi. Pertumbuhan
ekonomi sesebuah Negara boleh berlangsung atau tidak langsung menjejaskan keseimbangan
antara pembangunan Negara dan sosioekonomi warganegara. Peningkatan kadar
pertumbuhan ekonomi telah menjadi tumpuan dalam ekonomi dan politik konvensional
(Pettinger, 2007). Sejumlah besar, kebanyakan ekonomi maju telah berjaya dalam
meningkatkan pengeluran ekonomi. Taraf hidup rakyat yang bertambah baik merupakan
tanda pertumbuhan perkembangan ekonomi. Terdapat juga kemerosotan dalam meningkatkan
pertumbuhan ekonomi kerana ia dapat menghancurkan taraf hidup warganegara kerana
kebanyakkan orang bergantung kepada pendapatan mereka untk mengekalkan taraf hidup
mereka, kehilangan pekerjaan atau pengangguran sering mengancam untuk mengurangakan
tarag hidup.

2|Page
1.1 JADUAL JADUAL

TAHUN KADAR PENGANGGURAN (%) KADAR INFLASI(%)


2011 3.09 3.17
2012 3.04 1.66
2013 3.14 2.11
2014 2.89 3.14
2015 3.10 2.10
2016 3.44 2.09
2017 3.41 3.87
2018

Jadual 2.0 :Menunjukkan kadar pengangguran (%) dan kadar inflasi (%) di Malaysia pada
tahun 2011 hingga tahun 2018.

Diubah suai daripada Laporan ekonomi,


Tahun 2011 hingga 2018,
World Development Indicator,
Tarikh : 2 Februari 2019

3|Page
1.2 PLOT DATA

4.5

3.5

2.5

1.5

0.5

0
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017

KADAR PENGANGGURAN (%) KADAR INFLASI(%)

Graf 2.1 :Menunjukkan pergerakkan aliran bagi kadar pengangguran (%) dan kadar inflasi
(%) di Malaysia pada tahun 2011 hingga tahun 2018.

Diubah suai daripada Laporan ekonomi,


Tahun 2011 hingga 2018,
World Development Indicator,
Tarikh : 2 Februari 2019

4|Page
1.0 PENGENALPASTIAN DAN PERIHALAN EKONOMI DI MALAYSIA

Hubungan antara inflasi dan pengangguran mula menarik perhatian ahli ekonomi pada akhir
tahun 1950an,ketika A W Phillips dalam tulisannya dengan judul “The Relationship Between
Unemployment and The Rate of Change of Money Wage Rate in the United Kingdom” yang
dimuat pada jurnal ekonomi menunjukkan adanya hubungan negatif antara kenaikan tingkat
upah dengan tingkat pengangguran (yang kemudian dikenal dengan nama kurva Phillips).
Penelitian Phillips yang menggunakan data laju perubahan upah dan pengangguran di Inggris
selama tahun 1861-1913, menunjukkan bahawa jika terjadi inflasi yang tercermin dari
kenaikan tingkat upah yang tinggi akan dapat menyebabkan menurunnya tingkat
pengangguran. Sebaliknya, tingkat pengangguran yang tinggi akan disertai dengan
menurunnya tingkat upah (upah menjadi rendah). Keadaan ini bermakna penciptaan peluang
pekerjaan dan kestabilan harga tidak boleh berlaku bersama-sama. Jika kerajaan mahu
kestabilan harga, ia harus menanggung beban pengangguran yang tinggi. Begitu juga, jika
kerajaan mahu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih luas, akibatnya inflasi akan lebih
tinggi. Kedua-dua pilihan ini sudah tentu sukar dilakukan. Manakala kadar inflasi yang
rendah digabungkan dengan kadar pengangguran yang rendah, serta pertumbuhan ekonomi
yang agak tinggi, adalah matlamat yang ingin dicapai oleh setiap negara dan sentiasa menjadi
keutamaan dalam pembangunan ekonomi. Kadar penggangguran mengukur peratus guna
tenaga yang sedang mencari pekerjaan (Bilangan orang yang menganggur/jumlah tenaga
buruh X 100%). Bilangan pekerjaan yang ditawarkan juga menunjukkan kaitan secara
langsung dengan tingkat keluaran dan tahap perbelanjaan. Penurunan bilangan pekerjaan
yang ditawarkan juga menunjukkan kaitan secara langsung dengan tingkat keluaran dan tahap
perbelanjaan. Penurunan pengangguran merupakan petunjuk yang baik bagi ekonomi kerana
firma meningkatkan peluang pekerjaan sebagai tindak balas kepada peningkatan jualan dan
pengeluaran. Walaupun penurunan dalam pengangguran merupakan petunjuk buruk ekonomi
kerana ia menunjukkan prestasi firma yang menurun sehingga menyebabkan firma
mengambil pekerja baru atau memberhentikan pekerja sedia ada akibat kejatuhan dalam
permintaan. Data yang diperoleh daripada World Development Indicator untuk menunjukkan
kesihatan ekonomi semasa.

5|Page
2.1 PLOT DATA

Graf di atas menunjukkan aliran bagi kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2011
hingga sehingga tahun 2017 yang diambil dari data bank Malaysia manakala kadar
pengangguran bagi tahun 2018 pula telah diambil melalui sumber lain iaitu Engage People
Malaysia website tetapi data tersebut diambil sebagai anggarannya sahaja.

Berdasarkan graf di atas, kadar pengangguran dari tahun 2011 hingga 2018 adalah berada
pada paras kurang daripada 4 peratus. Dengan kadar pengangguran di bawah paras 4 peratus,
ia boleh dianggap sebagau kadar pengangguran guna tenaga sebagaimana ahli-ahli ekonomi
berpendapat bahawa kadar pengangguran guna tenaga wujud apabila kadar pengangguran
sesebuah Negara telah mencapai kadar 5 peratus sehingga 6 peratus (MC Connel & Brce,
1995). Pada tahun 2011, kadar pengangguran mencatatkan sebanyak 3.09 peratus dan
kemudiannya telah menurun sebanyak 0.05 peratus iaitu kepada 3.04 peratus pada tahun
2012. Pda tahun 2013, kadar pengangguran telah meningkat sebanyak 0.10 peratus iaitu
kepada 3.14 peratus dan kembali menurun sebanyak 0.28 peratus iaitu kepda 2.89 pada tahun
2014. Negara telah mengalamai penurunan berikutan dengan keadaan ekonomi Negara yang
cukup stabil dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini (Utusan Online (M) Bhd, 2015).

Pada tahun 2015, kadar pengangguran telah kembali meningkat sebanyak 0.21 peratus iaitu
kepada 3.10 peratus. Melihat daripada segi ekonomi global, golongan muda menerima kesan
negative akibat daripada kemelesetan yang teruk. Dengan persekitaran ekonomi yang tidak
stabil, ini telah menyebabkan pemulihan yang agak perlahan serta pertambahan pekerja yang
agak rendah (Berita Harian, 2017). Keadaan ini telah menyebabkan kadar pengangguran telah
meningkat dengan banyak iaitu sebanyak 0.34 peratus daripada tahun 2016 dan selepas itu,
sedikit menurun sebanyak 0.03 peratus kepada 3.41 peratus pada tahun 2017.

Berdasarkan kepada graf yang ditunjukkan dalam Graf 2.1, kadar pengangguran dari tahun
2011 hingga 2018, asas sebenar bagi kadar pengangguran ialah kurang daripada 4 peratus.
Dalam tahun 2011, kadar pengangguran bermula pada 3.09 peratus dan kemudian perlahan
turun pada 3.04 peratus pada tahun 2012.

Sebelum akhir tahun, ia naik kira-kira 3.80 peratus. Sepanjang tempoh Januari 2006 sehingga
Disember 2007, kadar pengangguran turun secara perlahan hingga 3.00 peratus, diikuti
dengan kenaikan mantap sekitar 3.40 peratus dan kemudian menurun 3.00 peratus. Terdapat
lengkung yang tidak rata dan turun naik secara besar-besaran berlaku dari Januari kepada

6|Page
kira-kira 2.60 peratus dan kemudian kembali ke kadar minimum. Perubahan turun naik secara
besar-besaran berlaku pada tahun 2007 apabila kadar guna tenaga mencatatkan tertinggi pada
4.10 peratus dan kurang pada 3.2 peratus. Selepas turun naik secara tiba-tiba, data yang
direkodkan adalah tidak sekata kerana tiada kadar pengangguran yang tetap berbanding
dengan yang sebelumnya. Sebelum akhir tahun 2010, kadar guna tenaga dan mencapai 2.70
peratus.

Berdasarkan kepada jadual yang ditunjukkan diatas, data yang direkodkan mengalami
peningkatan beransur-ansur dari Januari 2005 sehingga Disember 2010. Perbelanjaan
pengguna

7|Page
2.0 DEFINISI PENGANGGURAN

Pengangguran wujud apabila terdapat sejumlah tenaga buruh yang tidak digunakan oleh
sektor-sektor ekonomi dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ia merujuk kepada
jumlah penduduk yang sanggup bekerja tetapi masih tidak ditawarkan pekerjaan.

Pengangguran meninggalkan kesan buruk ke atas individu, masyarakat dan ekonomi Negara.
Ia melambatkan aktiviti pembangunan Negara, menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan juga
menimbulkan masalah sosial dan ketidakpuasan masyarakat terhadap pihak kerajaan.

Sebagai langkah jangka pendek untuk mengatasi masalah pengangguran, dasar fiscal
kurangan dan dasar kewangan mengembang perlu dijalankan untuk menggalakkan
perbelanjaan agregat supaya lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan.

Kerajaan juga boleh mengambil langkah jangka panjang dengan mencipta lebih banyak
peluang pekerjaan di pelbagai sector ekonomi dan juga melatih semula penganggur untuk
menampung keperluan masyarakat terkini.

3.1 KADAR PENGANGGURAN

Kadar pengangguran ialah peratusan daripada jumlah tenaga buruh yang ingin dan sanggup
bekerja pada kadar upah tertentu tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan.

Secara rumus :

Peratus Kuantiti Diminta


Kadar Pengangguran = x 100 %
Peratus Perubahan Harga

8|Page
3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGGURAN

1) Kekurangan Maklumat Tentang Peluang Pekerjaan


 Pengangguran geseran berlaku apabila tenaga buruh yang baru masuk ke
pasaran buruh menganggur walaupun peluang pekerjaan wujud di pasaran.
 Kekurangan maklumat menyebabkan buruh memerlukan masa yang lebih
untuk mencari pekerjaan baharu yang memberi pendapatan yang lebih tinggi
dan bersesuaian dengan kemahiran mereka.

2) Mobiliti Buruh Yang Terhad


 Kesukaran pengangkutan dan faktor sosial seperti kebimbangan untuk
berpindah ke tempat baru dan ikatan kekeluargaan menyebabkan tenaga buruh
menganggur walaupun peluang pekerjaan wujud di tempat lain.
 Perubahan struktur ekonomi, misalnya daripada sektor pertanian kepada sektor
perkilangan menyebabkan sebilangan tenaga buruh menganggur kerana
mereka tidak mempunyai kemahiran kerja dipindahkan ke sektor lain.
 Mobiliti buruh terhad apabila buruh tidak mempunyai pengalaman bekerja dan
Kemahiran yang secocok dengan kehendak pasaran.

3) Kemerosotan Permintaan Agregat


 Kemerosotan permintaan agregat ekonomi sedang mengalami kemelesetan
menyebabkan permintaan terhadap buruh berkurungan kerana firma terpaksa
mengurangkan output atau menghentikan operasi.
 Kemerosotan permintaan agregat menyebabkan kegiatan ekonomi kurang
memberangsangkan seterusnya gagal mencipta peluang pekerjaan yang
mencukupi untuk menyerap bilangan tenaga buruh yang semakin bertambah.
 Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1980an telah menyebabkan ramai
pekerja sektor perlombongan dan sektor-sektor lain diberhentikan. Kadar
pengangguran berada pasas 8.3% pada tahun 1983.

4) Perubahan Corak Proses Pengeluaran.


 Perkembangan teknologi telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti
komputer dan robot yang dapat memudahkan proses pengeluaran dan
mengurangkan penggunaan tenaga buruh.

9|Page
 Peralihan kaedah pengeluaran daripada kaedah intensif buruh kepada kaedah
intensif modal menyebabkan tugas tenaga buruh khasnya buruh yang kurang
mahir diambil alih oleh mesin dan robot.

5) Kenaikan Upah Buruh


 Kenaikan kadar buruh tanpa disusuli oleh peningkatan produktiviti yang
setimpal akan menaikkan kos pengeluaran firma. Hal ini menyebabkan firma
mengambil tindakan untuk mengurangkan ouput berikutan penurunan margin
untung. Pengangguran berlaku apabila firma mengurangkan permintaan
terhadap buruh.
 Kenaikan kadar upah berikutan dasar upah minimum mendorong firma untuk
mengurangkan permintaan terhadap buruh. Pengangguan wujud apabila
terdapat lebihan penawaran buruh.
 Kenaikan upah juga mendorong firma beralih kepada kaedah pengeluaran
yang berintensif modal untuk mengurangkan kos pengeluaran. Pengangguran
berlaku apabila permintaan terhadap buruh kurang.

3.3 KESAN PENGANGGURAN TERHADAP EKONOMI.

1) Taraf Hidup Dan Kebajikan Penduduk Menurun.


 Masalah pengangguran menyebabkan ekonomi tidak mencapai kapasiti
pengeluaran yang maksimum dan pendapatan Negara sebenar kurang daripada
pendapatan Negara potensi
 Jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dihasilkan oleh Negara adalah
kurang daripada yang sepatutnya dapat dikeluarkan sekiranya guna tenaga
penuh tercapai.
 Taraf hidup dan kebajikan penduduk adalah lebih rendah daripada tahap yang
mungkin dicapai jika ekonomi telah mencapau tenaga penuh.

2) Pendapatan Negara Menurun


 Pendapatan yang diterima oleh isi rumah berkurang apabila masalah
pengangguran berlaku dan ini seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan isi
rumah.

10 | P a g e
 Tingkat pendapatan Negara akan semakin menurun jika masalah
pengangguran tidak dapat diatasi.

3) Pembangunan Ekonomi Terbantut


 Masalah pengangguran mengurangkan tingkat pendapatan isi rumah dan
keuntungan firma.
 Hasil kutipan cukai keuntungan syarikat dan cukai pendapatan individu turut
merosot apabila keuntungan syarikat dan tingkat pendapatan isi rumah
merosot.
 Hasil kutipan cukai kerajaan semakin berkurangan menyebabkan kerajaan
kekurangan dana untuk membiayai pelbagai projek pembangunan.

4) Menjejaskan Pertumbuhan Ekonomi


 Masalah pengangguran yang serius tidak menggalakkan pelaburan baru kerana
firma-firma masih mempunyai kapasiti pengeluaran yang berlebihan. Barang,
modal dan kelengakapan firma terbiar atau tidak digunakan sepenuhnya dalam
ekonomi.
 Tingkat perbelanjaan agregat yang rendah kesan daripada kemerosotan tingkat
pendapatan isi rumah juga mengurangkan keinginan para pelabur untuk
melakukan pelaburan. Kekurangan pelaburan akan menjejaskan pertumbuhan
ekonomi.

11 | P a g e
3.0 DEFINISI INFLASI

Inflasi adalah satu keadaan kenaikan tingkat harga umum yang berterusan dan tidak terbatas.
Ia juga merujuk kepada satu keadaan dimana terdapat terlalu banyak wang mengejar barang
yang sedikit.

Inflasi perlu ditangani kerana ia bukan sahaja dapat memburukkan imbangan pembayaran
bahkan mengurangkan tingkat tabungan dan pelaburan sesebuah Negara.

Biasanya kerajaan akan melaksanakan dasar kewangan menguncup dan dasar fiskal lebihan
untuk mengawal masalah inflasi. Melalui dua dasar ini, permintaan agregat dalam ekonomi
dapat dikurangkan dan inflasi dapat dikawal.

4.1 KADAR INFLASI

Kadar inflasi merujuk kepada peratusan perubahan tingkat harga dari satu tahun ke tahun
yang lain.

Secara rumus :

IPH tah un t - IHP tahu n( t -1)


Kadar Inflasi = x 100 %
IHP tahu n (t -1)

Dengan,
Tahunt = Tahun semasa
Tahun (t-1) = tahun sebelumnya

4.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INFLASI.

Sebab berlaku inflasi.

12 | P a g e
Antara sebab-sebab berlakunya inflasi ialah :

1) Peningkatan Permintaan Agregat


 Tingkat harga umum cenderung meningkat apabila permintaan agregat
meningkat berterusan sehingga melebihi kemampuan ekonomi untuk
menambahkan output terutamanya apabila ekonomi telah menghampiri atau
tekah mencapai guna tenaga penuh.
 Pelaksanaan dasar fiskal yang mengembang secara berterusan dan tambahan
bekalan wang berlebihan akan menaikkan permintaan agregat.
 Ketidakmampuan ekonomi untuk menaikkan penawaran agregat akan
menyebabkan inflasi tarikan permintaan berlaku.

2) Kenaikan Harga Faktor Pengeluaran.


 Pengurangan penawaran atau gangguan bekalan barang komoditi dan bahan
api akan menaikkan harga input pengeluaran. Kenaikan harga komoditi dan
bahan api seterusnya menaikkan kos pengeluaran.
 Kenaikan kos pengeluaran menyebabkan firma mengurangkan ouput dan
penawaran agregat beralih ke kiri.
 Inflasi tolakan kos berlaku apabila pengeluar memindahkan beban tambahan
kos itu kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan yang dikeluarkan.

3) Kenaikan Upah Pekerja.


 Apabila ekonomi sedang melambung da faktor pengeluaran semakin
berkurangan, firma sanggup membayar upah yang lebih tinggi kepada pekerja
untuk menambahkan output.
 Kuasa rundingan kolektif kesatuansekerja yang kukuh semasa ekonomi
mengahampiri guna tenaga penuh mendorong kesatuan sekerja untuk
menuntut desak upah yang lebih tinggi.
 Kenaikan upah yang tidak disusuli dengan peningkatan produktiviti buruh
menaikkan kos pengeluaran. Keluk penawaran agregat beralih ke kiri dan
tingkat harga umum meningkat.
4) Kenaikan Harga Barang Import.
 Sekiranya berlaku inflasi yang tinggi di luar Negara, ini akan menyebabkan
harga barang yang diimport meningkat.

13 | P a g e
 Harga barang yang diimport juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran asing.
Penurunan nilai mata wang berbanding dengan nilai mata wang akan
menyebabkan harga barang import semakin mahal.
 Pengimport memindahkan kenaikan harga import kepada pengguna dengan
menjual barang pada harga yang lebih tinggi. Inflasi diimport akan berlaku.

5) Dasar kerajaan
 Dasar kerajaan seperti upah minimum akan menaikkan tingkat upah pekerja.
Peningkatan upah yang tidak disusuli dengan peningkatan produktiviti akan
menaikkan kos pengeluaran. Harga barang meningkat apabila pengeluar
memindahkan kenaikan kos itu kepada pengguna.

4.3 KESAN INFLASI TERHADAP EKONOMI.

1) Kos sara hidup meningkat.


 Inflasi mempengaruhi kos sara hidup secara langsung. Kenaikan tingkat harga
umum terutamanya harga makanan, pakaian dan tempat tinggal akan
menaikkan kos yang perlu ditanggung untuk memenuhi keperluan asas.
 Jumlah barangan dan perkhidmatan yang dapat dibeli juga akan berkurangan
jika jumlah pendapatan isi rumah tidak berubah. Situasi ini akan menurukan
taraf hidup masyarakat.

2) Inflasi yang sederhana menggalakkan pertumbuhan ekonomi.


 Inflasi yang sederhana menaikkan prospek keuntungan firma kerana kadar
kenaikan tingkat harga lebih cepat daripada kenaikan kos pengeluaran.
 Kenaikan harga memberi isyarat dan intensif kepada pengeluar untuk
menambahkan pengeluaran dan menggalakkan aktiviti pelaburan.
 Sekiranya ekonomi belum mencapau guna tenaga penuh, pertumbuhan
pelaburan akan menaikkan perbelanjaan agregat yang seterusnya
menggalakkan pertumbuhan ekonomi apabila tingkat pendapatan Negara
semakin bertambah.

3) Inflasi yang melampau menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

14 | P a g e
 Semasa inflasi kadar bunga cenderung meningkat, ini menaikkan kos
pinjaman dan tidak menggalakkan pelaburan dan seterusnya menjejaskan
pertumbuhan ekonomi.
 Semaa inflasi lebih banyak sumber dialihkan kepada pelaburan yang tidak
produktif seperti pembelian hartanah dan emas kerana harga asset itu
cenderung meningkat dan beri pulangan dengan lebih cepat. Pengurangan
pelaburan yang produktif seperti pembelian mesin dan pembinaan kilang baru
mengurangkan kapasiti pengeluaran dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
 Semasa inflasi kaar faedah benar menjadi rendah atau mungkin menjadi
negative. Keadaan ini tidak menyokong masyarakat untuk menabung,
kekurangan tabungan menjejaskan pembentukan modal dalam ekonomi yang
diperlukan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

4) Nilai Wang Merosot.


 Nilai wang atau kuasa beli wang merujuk kepada jumlah barang dan
perkhidmatan yang dapat dibeli dengan sejumlah mata wang. Semakin banyak
barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang, semakin
tinggi nilai wang begitu juga sebaliknya.
 Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum. Semakin
tinggi tingkat harga umum semakin berkurangan jumlah barang yang dapat
dibeli dengan sejumlah wang.
 Sebaliknya, apabila tingkat harga umum menurun nilai wang akan meningkat
kerana jumlah barang yang dapat dibeli dengan sejumlah wang telah
ditambah.

15 | P a g e
4.0 CADANGAN-CADANGAN PELAKSANAAN DASAR UNTUK
MENSTABILKAN KADAR PENGANGGURAN DAN INFLASI.

Kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi dengan melaksanakan dasar-dasar


makroekonomi untuk menangani isu-isu makroekonomi.

1) Dasar Kewangan
 Dasar kewangan ialah langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah bekalan
wang atau kadar bunga untuk mempengaruhu perbelanjaan agregat dalam
ekonomi bagi mencapai matlamat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.
 Dasar kewangan mengembang dilaksanakan semasa ekonomi mengalami
pengangguran atau kemelesetan. Tindakan bank pusat untuk menambahkan
bekalan wang akan menurunkan kadar bunga. Ini seterusnya mengurangkan
kos pinjaman dan menaikkan perbelanjaan agregat. Pertambahan dalam
perbelanjaan agregat akan meningkatkan kegiatan ekonomi dan seterusnya
mengurangkan masalah pengangguran.
 Dasar kewangan menguncup dilaksanakan semasa ekonomi mengalami
inflasi. Tindakan bank pusat untuk mengurangkan bekalan wang akan
menaikkan kadar bunga. Ini seterusnya meningkatkan kos pinjaman dan
mengurangkan perbelanjaan agregat. Pengurangan perbelanjaan agregat akan
mengurangkan tekanan inflasi.
 Keberkesanan dasar kewangan dapat diukur seperti berikut :
a) Kenaikan kadar bunga mungkin tidak dapat mengurangkan
perbelanjaan agregat dengan banyak. Pengusaha masih sanggup
membuat pinjaman walaupun kadar bunga telah meningkat sekiranya
untung yang diramalkan adalah lebih tinggi. Tambahan pula,
pengusaha mungkin mempunyai dana sendiri dan tidak semestinya
bergantung kepada pinjaman untuk membiayai pelaburan.
b) Usaha untuk mengurangkan bekalan wang melalui penjualan bon di
pasaran terbuka mungkin tidak berjaya sekiranya pasaran bon adalah
terhad dan kurang permintaan untuk surat-surat jaminan tersebut.
c) Kejayaan dasar kewangan juga bergantung kepada kecekapan kawalan
bank pusat terhadap namk-bank perdagangan. Dasar kewangan kurang

16 | P a g e
berkesan sekiranya bank pusat gagal mengawal aktiviti bank
perdagangan untuk mencapai kredit.

2) Dasar Fiskal
 Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan
dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat
dalam ekonomi bagi mencapai matlamat guna tenaga penuh dan mengawal
inflasi.
 Dasar fiksal mengembang dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi semasa
ekonomi mengalami pengangguran yang serius. Tindakan kerajaan menaikkan
perbelanjaan kerajaan atau mengurangkan cukai akan meningkatkan
perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Kenaikan perbelanjaan agregat
menaikkan pendapat Negara dan seterusnya meningkatkan guba tenaga dalam
ekonomi untuk mengurangkan masalah pengangguran,
 Dasar fiskal menguncup dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi semsa
mengalami inflasi. Tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
atau menaikkan cukai akan mengurangkan agregat dalam ekonomi. Ini akan
mengurangkan tekanan inflasi dalam ekonomi.
 Keberkesanan dasar fiskal dapat diukur seperti berikut :
a) Pengurangan perbelanjaan kerajaan melalui penangguhan atau
pemabatalan projek-projek pembangunan menjejaskan pertumbuhan
ekonomi dan mengurangkan guna tenaga dalam ekonomi.
b) Peningkatan cukai tak langsung terhadap sesetengah barang yang tidak
anjal permintaan tidak memberi kesan yang ketara untuk
mengurangkan perbelanjaan. Permintaan terhadap barang yang tidak
anajl permintaan tidak kurang dengan banyak walaupun harga telah
naik.

3) Dasar Kawalan Upah.


 Kenaikan upah buruh yang tidak diikuti dengan peningkatan daya pengeluaran
menaikkan kos pengeluaran. Pihak majikan dan kesatuan sekerja perlu
berunding dan memastikan kenaikan upah perlu diikuti dengan peningkatan
produktiviti yang setimpal untuk mengelakkan kenaikan kos pengeluaran.

17 | P a g e
 Kerajaan boleh melaksanakan dasar upah maksimum untuk menentukan kadar
upah maksimum yang boleh dituntut kesatuan sekerja. Dasar upah maksimum
akan dapat mengawal kenaikan upah dan seterusnya mengawal inflasi tolakan
kos.
 Upah maksimum ialah tingkat upah paling tinggi yang boleh dibayar oleh
majikan atau boleh dituntut oleh kesatuan sekerja.
 Jika kenaikan upah buruh terkawal, kos pengeluaran tidak naik, seterusnya
para peniaga tidak ada alasan untuk menaikkan harga barang.

4) Dasar Kawalan Harga Maksimum.


 Kerajaan boleh campur tangan secara langsung untuk mengawal harga
barangan khususnya harga barang keperluan pengguna seperti gula, tepung,
minyak masak, susu dan sebagainya. Dasar harga maksimum atau harga siling
boleh ditetapkan untuk barang-barang pengguna yang tergolong sebagai
barang kawalan.
 Penetapan harga input pengeluaran perlu untuk memastikan kos pengeluaran
tidak naik melebihi harga maksimum supaya peniaga tidak memindahkan
beban kenaikan kos kepada pengguna.
 Untuk memastikan dasar itu berjaya, kerajaan perlu memantau harga di
pasaran supaya pengeluar mematuhi harga yang ditetapkan. Masalah lebih
permintaan boleh diatasi melalui pencatuan di mana kerajaan menghadkan
jumlah kauntiti barangan yang dapat dibeli oleh pengguna.

5) Dasar Sebelah Penawaran.


 Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan melalui pelbagai intensif untuk
meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi untuk meningkatkan
penawaran agregat bagi mencapai guna tenaga penuh tanpa inflasi.
 Kejayaan dasar ini akan meningkatkan kecekapan pengeluaran barang dan
perkhidmatan pada kos yang lebih rendah sehingga mengalihakan keluk
penawaran agregat ke kanan. Ekonomi dapat menaikkan tingkat pendapatan
Negara dan pada masa yang sama menurunkan tingkat harga umum.

18 | P a g e
6) Kawalan Inflasi Import.
 Semasa berlakunya inflasi, kerajaan boleh mengurangkan import barang yang
tidak penting. Melalui cara ini, kerajaan boleh mengenakan kuota atau cukai
import.
 Barang import yang harganya semakin naik digantikan dengan barang
keluaran yang harganya lebih rendah tetapi hamper menyamai kualtiti barang
import tersebut.

7) Pengurangan Cukai Import Barang Perantaraan.


 Barang perantaraan merupakan barang import yang terpenting bagi Malaysia
dan jumlah import itu semakin meningkat apabilasektor perkilangan
berkembang dengan pesat.
 Pengurangan atau pengecualian cukai import terhadap barang perantaraan
tersebut akan mengurangkan kos pengeluaran firma dan seterusnya
mengurangkan inflsi tolakan kos.

8) Mempelbagaikan Sumber Import.


 Kerajaan dan pengeluaran boleh berusaha untuk mencari sumber import yang
lebih murah untuk mengatasi masalah inflsi diimport.
 Misalnya, bagi barang import makanan dan input pertanian yang tidak boleh
dikeluarkan dalam Negara, usaha perlu dijalankan untuk mempelbagaikan
punca import khususnya dari segi mencari sumber import yang lebih murah.

19 | P a g e
RUMUSAN :

20 | P a g e
RUJUKAN :

https://1-million-dollar-blog.com/malaysia-labour-force-unemployment-rate/

https://www.ukessays.com/essays/economics/unemployment-affects-economic-growth-
in-malaysia-economics-essay.php

madam, kita perlu nyatakan setiap tahun punya unployment rate.... and inflation rate 

ataupun hanya tulis unemployment rate tinggi pada tahun...... then terangkan
mengapa??

unemployment rate rendah tahun ........ then terangkan mengapa

inflasi rate tinggi tahun....... terang mengapa

inflasi rendah tahun ....terang mengapa..

like this?

https://www.ukessays.com/essays/economics/unemployment-
affects-economic-growth-in-malaysia-economics-essay.php

21 | P a g e

You might also like